Isnin, 25 Jun 2012

Cinta Aku dan Dia - Episod 1





CINTA AKU DAN DIA








   Masih terkenang sewaktu Hari Graduasi 2 tahun lepas, semua kelihatan sangat gembira dengan pencapaian dan kejayaan masing-masing. Tidak terlepas juga aku dan keluarga aku. Lamunan aku terbang sekejap melihat foto-foto hari kegemilanganku. Betapa kenangan yang tidak sekali kali aku lupakan. Dan kini , Alhamdulillah ,  semuanya sudah selesai dan aku pun telah selamat bekerja sendiri .
   
    Buat aku,  bekerja mengikut apa yg kita minat adalah lebih baik dari paksa diri bekerja mengikut keperluan, bukan senang nak senang. Hampir 2 tahun aku menguruskan perniagaan milik ayah ,  dan aku bertuah mempunyai Ibu, Bapa yg sentiasa memahami dan menyokong apa sahaja yg aku lakukan asalkan tidak bercanggah dengan Agama dan " halal". Perniagaan tempahan Kad-kad bisnes, kad kahwin dan bermacam bentuk advertisement aku buat. Dan aku juga ade menceburkan diri di belakang tabir dalam dunia hiburan. Itu akn aku lakukan waktu aku ade projek dan dapat job yg aku rasakan sesuai buat aku.

     Setiap keping gambar aku lihat dengan penuh senyuman. Terimbas semua kenangan, yg manis, pahit, sedih dan gembira, semuanya masih bermain dalam benak fikiran. Sambil otak aku berfikir, masih banyak lg kerja yg perlu  aku siapkan . Agak bertimbun-timbun la jugak pesanan dari pelanggan . Namun, pandangan aku tetap pd gambar-gambar itu. Satu persatu aku lihat tanpa rasa jemu. Hati aku tiba-tiba terusik bila sampai pada sekeping gambar, dan tiba-tiba airmata aku jatuh membasahi pipi aku yg halus. Semakin lama semakin deras airmata aku mengalir tanpa di minta. Dalam hati aku dan bibir ku , aku beristigfar supaya aku tenang.

" Ya Allah , beratnya dugaan mu pada ku Ya Allah " keluh ku.

" Bantu lah aku untuk menghadapi semua ini dengan tenang Ya Allah, SesungguhNya, Kau Maha Mengetahui " bahu aku terhenjut-henjut menahan tangisan.

   Aku peluk gambar itu  dan aku tidak lepaskan sedikit pun pandangan aku pd gambar tersebut. Segalanya terimbas dengan sekeping gambar itu. Aku pasrah. Tiba-tiba satu ketukan pintu mengejutkan aku dari lamunan, cepat-cepat aku menyapu air mata aku yg masih lagi bercucuran jatuh ke pipi.

" Masuk " Aku cuba menyembunyikan air muka ku yg jelas sedih dan mataku yg merah akibat menangis, aku menyapu dengan tisu air mata aku. Pintu di buka, kelihatan Farah, pekerja aku yang paling setia, bersama-sama bersusah payah membantu aku membuka cawangan perniagaan aku , dari mula syarikat ni di ambil alih oleh aku dan sampai sekarang still berkhidmat tanpa rasa jemu. Dia jugak pekerja terbaik di syarikat Ayah aku.

 " Cik Cici,  saya nak bg Cik Cici  senarai pelanggan yg menempah pesanan dr kita, jd saya harap cik              semak balik yg mana dah di hantar, saya dh suruh Bibi dan Burn  siapkan semua pesanan tu dan hantar secepat yg mungkin , nanti apa-apa, saya update kat cik balik ." Farah melihat aku dengan penuh hairan.

 " Cik Cici ok ke ? Nampak mcm ada masaalah je, boleh saya bantu ? " farah cuba menelah apa yg aku alami, ternyata farah dapat  mengesan kesedihan yg terpancar di raut muka aku.

" Farah , awk dah bgtau tak pd pelanggan kita , yg pesanan tu kena tunggu lg 2 hari , kan kita perlu siapkan semua baru hantar serentak , peon kita tu sakit, biar dia sembuh dulu, lgpun 2 hari je lagi, nanti dh ok kita hantar semuanya sekali gus. " Aku cuba tenang dan alihkan semua kesedihan .Sambil aku membelek kertas senarai nama pelanggan  yg di beri oleh farah.

" Saya dah bagitau Cik Cici,  Cik tak perlu bimbang, yg saya bimbang sekarang ni keadaan Cik Cici, Cik ok ke ? " farah cuba menenangkan aku dan terus bertanya.

" Farah, saya ok, cuma mata saya masuk habuk je, ala, sikit je ni, jap lg nanti ok la. " Aku cuba berselindung, sambil mata aku gosok beberapa kali.

" Kalau macam tu, saya keluar dulu la Cik cici, btul ye cik ok kan ? " Farah cuba memastikan keadaan aku ok seperti sedia kala. Aku mengangguk dan farah  terus berlalu meninggalkan aku yg masih dalam bilik.

          Aku menyusun helaian kertas yg ada di atas meja, dan kepingan gambar yg aku tatap td aku simpan dalam  " box "  kesayangan aku. Cuma gambar yg aku pegang td tetap aku pegang dan aku kembali merenung gambar tersebut. Air mata aku jatuh lagi kesekian kali. Sambil aku menatap air mata ku deras mengalir.

" Mengapa awk tinggalkan saya ? Awk dh mungkir janji." Aku mencium gambar itu berkali kali, hati aku remuk, rasa sakit kehilangan yg tidak pernah di alami oleh sapa-sapa pun selain aku. Aku terus melayan perasaan aku dan sesekali aku mengusap air mataku yg kian membasahi baju aku.

            Jam di dinding menunjukkan waktu semakin petang, aku cuba menyiapkan secepatnya kerja-kerja dan pesanan-pesanan yg harus di semak dan di hantar.Walaupun hati masih sedih, aku menjenguk ke luar office aku dan meninjau keadaan di luar.
 
     " Arghhhh, jalan jem", keluh aku. Aku cukup benci bila berasak-asak di jalan raya. Tapi apakan daya, itulah rutin yg terpaksa aku alami tiap-tiap hari selepas bekerja seharian di pejabat. Tidak boleh tidak aku terpaksa. Kepala rasa berat dek migrain yg aku alami semenjak d bangku sekolah lagi, lg aku nangis lg sakit. Aku mencapai ubat dalam beg aku dan menelan sebiji. Aku menyandar seketika, mengharapkan pening ku reda . Terasa ringan dan hanyut seketika, mungkin kesan dari ubat membuatku agk mengantuk.


 Suasana tenang, matahari memancar terang. masih lagi berada di tempat yg sama. Keadaan yg dingin, di hembusi angin sepoi-sepoi bahasa. Dalam keadaan yg sangat tenang dan di kehijauan padang itu, Tiba-tiba susuk tubuh yg sering bermain di benakku muncul. Dan masih lg aku ternampak muka yg sama  iaitu
" Si Dia " . Hati aku bertanya, apa sebenarnya yg ingin kau sampaikan "? Dalam hati aku pelik dan sering mengundang gusar apakah di sebalik semua ini ?, " Si Dia" yg ku maksudkan hanya memandang sambil tersenyum pada aku,  pandangannya agk sayu.  Siapakah " Si Dia"  ini ?? berdebar-debar bila aku terlihat wajah " Si Dia ". Adakah ini petanda ? Sedang aku terpukau dengan senyuman " Si Dia itu " , aku terdengar dentuman yg berulang kali, semakin lama semakin kuat. Aku cuba mengamati bunyi dentuman yg entah dari mana datangnya itu.

" Cik cici ,Farah memanggil agk kuat, sambil pintu di ketuk." Hari dah malam saya dh nak balik, Cik cici, " farah terus memanggil nama aku berulang kali.

      Rupanya aku tertidur dan bermimpi.  Dentuman yg dalam mimpi td tu , datangnya dari ketukan pintu  luar bilik office aku. Semakin lama pintu di ketuk berulang kali. Bunyi itulah buatkan aku tersedar, dan buat ke sekian kalinya , ini adalah mimpi aku yg ke 5, mimpi yg sama aku alami sepanjang 2 tahun ini. Aku sendiri tidak faham, kenapa aku alami dan mimpikan benda yg sama berulang kali. Adakah ada sesuatu di sebalik semua ini, ataupun hanya sekadar mainan tidur aku ? aku cepat-cepat membuka pintu, sambil menggosok mata aku yang agk kabur.

" Ade apa farah ketuk pintu bilik saya ? kuat plak tu , awk dh kejutkan saya tau " aku agk bengang dengan farah.

" Cik cici, hari dh malam, saya takut cik cici terus tidur sampai pg je, dah la lampu bertutup. Saya pun dh nak balik. Nasib baik saya tk kunci dari luar. " Farah cuba mengingatkan aku.

" Dah-dah, awk boleh balik, saya balik kejap lg " sambil aku mencapai semua dokumen-dokumen yg perlu di atas meja dan bersiap-siap nak balik. Aku capai kunci kereta , dan menutup semua suis-suis yg ada.    
     
     Gambar-gambar td aku letak balik dalam lipatan album yg aku reka sendiri susun letak nya. Sekilas aku teringat kembali mimpi aku tadi. Tidak akn aku lupakan senyuman " Si Dia itu" dan semakin aku memikirkannya, semakin aku ingin mencari siapakah " Si dia " yg di maksudkan. Aku tinggalkan bilik aku dan terus menuju balik ke rumah.

" Assalamualaikum, " aku memberi salam sebaik sahaja sampai di rumah , ku menuju ke dapur, kelihatan ibu ku sedang menghidangkan makanan malam untuk kami semua.

" Walaikumussalam , dah balik pun cici ank mak, mcm mana kerja, ok ke semua ? " senyuman mak buat aku tenang. Mak aku sangat baik dan amat rapat dengan aku, segala cerita yg boleh di kongsi akan aku kongsikan bersama mak, dan aku tidak segan-segan mengadu walaupun masalah itu teramatlah peribadi bg aku.

" Kerja banyak sikit mak, cici lambat sikit hari ni, maaflah tk dapat tolong mak masak."  Aku cuba bergurau sambil memeluk mak dari belakang.

" Takpelah, bukan mak tak biasa masak sorang-sorang, dah pergi mandi, solat, pasni kita makan sama-sama ya." Aku tersenyum memandang muka mak yg tenang dan putih bersih, Segala kesedihan  aku terasa ringan bila aku lihat wajah mak.

" Hurmm, hari ni mak masak apa ya ? " aku cuba memancing mak bertanya,  apa masakan yg mak masak. Selalunya menu mak  banyak dan tersangatlah sedap, hingga boleh tambah 2, pinggan nasi.

" Mana boleh bgtau, nak tau lepas ni la, mak masak special tau. " Mak cuma senyum.

" Kalau macam tu, cici naik dulu lah. nanti lepas mandi dan solat kita makan sama-sama ya. Oh ya, ayah dan adik mana mak ? " hampir aku terlupa pada ayah dan satu satunya adik aku " Lina"  yg masih lg bersekolah menengah tak jauh dr tempat tinggalku.

" Ayah ada meeting dengan kawan lama katanya, ayah dah pesan, dia balik lmbt sikit, adik kamu,  ayah akn ambik, sbb dia ade discussion dengan kawan-kawan dia kt rumah Lili."

" Ohhh, Hurmm, cici naik dulu ya mak ." aku bergegas ke tingkat atas bersiap siap untuk mandi dan solat.

    Makan bersama mak td sangat la kenyang, dengan masakan yg mak masak, kena plak masakan kegemaran, macam mana tk tambah 2 pinggan. Masak lemak cili api Ikan keli, buat aku kenyang dan terbaring  dalam bilik lepas solat Isya . Keletihan melanda dan bercampur pulak dengan mimpi yang aku alami  petang td buatkan aku berfikir. Apa kah sebenarnya. Siapakah " Si dia " itu, senyuman nya yg manis, mukanya sangat kacak, susuk tubuh yg sederhana, memakai baju berwarna putih. Tak boleh ku lupakan walau sesaat wajah itu.

Aku mencapai beg aku yg berada di atas meja, telefon aku berbunyi sms

" Cici, jom kita kuar nak ? aku ade hal nk bincang ngan kau la "sms tu datangnya dari kawan baik aku Wawa,  sejak dari sekolah menengah sampai lah ke kolej dan kami still berhubung walau masing-masing dh berkerjaya. Aku membalas ringkas bertanya bila dan di mana hendak berjumpa, Aku terus bersiap siap dan akn ke tempat yg kami janjikan.

" Mak, cici keluar kejap tau, wawa nak jumpa, " aku meminta kebenaran dr mak yg berada di ruang tamu.

" Jangan lewat sangat balik ya Cici," Aku bersalam dengan mak dan menghidupkan enjin kereta, terus ke McD yg berhampiran  bandar berdekatan dengan rumah aku.

Sampai saja di McD, aku mencari parking. Kelihatan Wawa sedang duduk di luar sambil makan aiskrim kegemaran dia iaitu choco top. Aku terus ke meja wawa.

" Dah lama sampai" ? sapa aku pd wawa dan kami saling berlaga pipi.

" Baru je sampai " wawa gembira tengok aku, kegembiraan dia buat aku pelik.

" Kau dah kenapa ? " soal aku.

" Ala, ada la, " wawa tersenyum sampai ke telinga, " kau tak nak makan ke ? jom la odder aku belanja ek " wawa menarik tangan aku menuju ke kaunter pesanan.

" Eh tak payah la, aku dah makan dengan mak aku td ". aku menolak pelawaan wawa.

" Yeke ? alaaaa, tkpelah, kalau macam tu aku belanja kau McFlurry nak ? tu kan aiskrim kegemaran kau"
Aku mengangguk tanda setuju. Lepas mendapat pesanan , kami menuju ke meja yg berjauhan sedikit dengan org-org ramai untuk duduk.

" Ada apa kau panggil aku malam-malam ni wawa ? " sambil aku menyuap aiskrim McFlurry ke dalam mulut aku. Wawa tergedik- gedik gembira sambil tk sabar nak ceritakan kisah dia.

" Cici, kau tau tak, semalam aku jumpe mamat hensem tau, comell sangat, aku rasa aku dah jatuh cinta la. " wawa tersenyum dan gembira, kegembiraan nya tk pernah aku tengok sebelum ni. Muka aku agk hairan tengok wawa mcm tu, tk pernah lg tengok wawa teruja sangat cerita pasal mamat nih.

" Laaaaa, rupanya, takkan tengok sekali boleh jatuh cinta kot ", aku menjeling wawa.

" Cici, aku rasakan,  ni lah cinta pandang pertama, " muka wawa tersangatlah yakin.

" Mandai2 je kau cakap ni cinta pertama, yg sebelum ni kau bercinta tu , apa tuh ? cebik aku

" Allaaaaaaa kau ni , yg tu lain la. Lagipun aku dah putus dah, dan lama tk jatuh cinta balik, tu sebab la aku cakap ni cinta pertama aku ". Aku tergelak je tengok si wawa ni. Sikap nya kadang agk melucukan. kelamkabut pun dia lah, pelupa pun dia lah. Tapi dia sangat baik.

   Aku dan wawa sangat lama berkawan. Segala kisah-kisah sepanjang hidup aku dan wawa kami sama-sama kongsi bersama. Kalau wawa ada masaalah, akulah tempat dia mengadu. Samalah jugak kalau dia gembira, aku jugaklah tempat dia berkongsi rasa. Dan begitulah aku sebaliknya. Apa-apa sahaja masaalah, selain mak, wawa lah tempat aku melepaskan rasa. Pendek kata, " she's the best among the best friends i've ever had " . Tapi fikiran aku tidak tertumpu ke situ, entah mana melayang buat kan aku jd termanggu seketika.

" Cici, aku tengah cakap dengan kau ni, kau mengelamun ek ?? " bengang je wawa dengan aku.

" Alamak, sorry2, aku melayang td sekejap. Ok cuba explain mcm mana boleh jumpe " mamat hensem tu" ?, aku cuba mengambil hati wawa walaupun hati aku sendiri tidak tenang.

" Haaaaah, aku tau kenapa kau melayang td dan kemana kau melayang td, mesti  kau mimpi " Si Dia " tu lg kan ? " wawa seolah olah dapat membaca fikiran aku.

" Eh , mana kau tau ni ? " terkejut jugak aku dengan si wawa nih, pandai jugak dia baca fikiran aku.

" Alahai, dh banyak kali kau mimpi pun kan, aku jgk la tempat kau mengadu, aku dpt rasa kau memang tk tenang fikir pasal tu kan ?

" Pandainya kau, mana kau tau ek ?  mcm ni la kawan baik aku, " aku mencubit pipi wawa yg tembam, geram plak aku tengok bila si wawa buat muka curious, dia dah la cute, kalau cubit pipi dia,  muka dia mesti merah padam. tu yg best tu.

" Sakitlah,"  wawa mengusap pipinya bekas di cubit aku. Dalam bergurau gurau tu, wawa tiba-tiba berubah mud,  " Cici, kalau aku tanya kau jangan marah tau, "

" Apa " ? tanya aku, pelik plak aku tengok wawa.

" Cici, kau bila nk bercinta balik ? maaflah kalau pertanyaan ni buat kau terasa, tp aku saja nak tau bila hati kau terbuka untuk cinta " wawa tertunduk seakan takut aku marah sbb soalan td.

" Wawa, kau pun tau kan, berapa kali aku nak bgtau kau, hati aku dh tertutup dan payah aku nak dapat
" Cinta " balik.

" Cici, yg pergi tu dh ttp pergi, kita yg hidup ni kena la teruskan hidup kita, kalau kau terus mcm ni,aku pun tak happy tau" Wawa memegang tangan aku.

Dengan tak semena mena air mata aku mengalir. Semakin lama, semakin laju. Dan ternyata aku tk dapat menyembunyikan rasa sedih aku.

" Cici , kau nangis ? ! " Aku mintak maaf, aku tk bermaksud buat kau nangis, maafkan aku cici ". wawa memeluk aku.
      Serta merta kenangan 4 tahun dulu terimbas ke dalam benak fikiran aku. Dan kenangan itu amatlah pahit aku rasakan, sehinggakan aku memang tidak dapat maafkan diri aku sendiri atas semua kesedihan yg aku alami itu sampai sekarang.


Nak tau apakah kenangan yg Cici alami dan mimpi apakah yg sering menghantui cici, ? Tunggu di episod ke 2 dalam " Cinta aku dan Dia "

Hasil nukilan : Aida Amer
















DI larang sama sekali mencetak atau mengcopy ke blog2 lain dan mana2 saja untuk tatapn pembaca2 melainkan dari blog saya sahaja. Sebarang pelanggaran hak cipta akn di ambil tindakan undang-undang.

Watak-watak tiada persamaan sama ada dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia.

2 ulasan:

Iza Zaty berkata...

BESTNYE mama !
saya suka !!
kalau dh ade episod 2 bagi tau k :)

Aida C Daud berkata...

Insyaallah....saya akn post dalam fb saya...tunggu ya