Khamis, 21 Jun 2012

Rumah Sewa Murah Hanya RM50 Yang Berhantu di Shah Alam










Tika ini , kecoh mengenai sebuah rumah berhantu di Shah Alam.Apa yang menariknya , tuan rumah hanya mengenakan sewa bulan sebanyak RM 50 sahaja.Amatlah tidaklah logik kerana kadar sewaan di Shah Alam biasanya Mahal!
Adakah benar ianya berpenunggu ?
Ikuti cerita selanjutnya… Jika anda mempunyai cerita yang menarik mengenai rumah sewa ini , silakan berkongsi dengan kami.

Sembilan tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
  • Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah….[?]
  • Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya…
  • Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi “dagu” orang pertama kena.
Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.
Malam tu kami kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. 
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.
Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku….taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!
Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk “Bila masa pulak kami tengok dvd ?”. Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul…..kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.
Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.
Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. 
Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss……
Aku demam 3 hari.


Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la…nokia 3310

Senibina Freemason Di Malaysia.

Senibina Freemason Di Malaysia.

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.


Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.

Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.


Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu..





Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross


Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya.

Putrajaya



Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata)

Lagi gambar.. 



Di Alamanda, Putrajaya.





Presint 5, Putrajaya.



Yang ini jelas "mata"nya



Ok kita beralih kepada Obelisk pula.

Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang?




Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrivaldengan hati dan minda yang sedikit menerima.

Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah

Mekah di masa hadapan


Assalamualaikum
Hari ini aku nak share sikit pasal apa yang aku jumpa dalam internet, tengok pada tajuk entri ni pun ada yang dah tahu apa aku nak tulis kan? Begini, dengan kegilaan manusia sekarang membina bangunan-bangunan tinggi dunia sebagai mercu tanda dan pencakar langit, ianya secara langsung menunjukkan yang tanda-tanda kiamat makin dekat, apatah lagi, dengan gambar-gambar yang aku jumpa dalam Internet tu..MasyaAllah..
Apa yang bakal korang tengok ni takde kena mengena dengan Dubai apatah lagi Burj Al-ArabBurj Khalifa yang baru dibangunkan tu, tapi apa yang bakal berlaku di Mekah pada masa hadapan.
Ada diantara kita mungkin menganggap apa yang dipaparkan ini hanyalah sebagai grafik komputer dan effect Autocad semata-mata, tapi, apa yang korang dapat lihat ini adalah apa yang berlaku di Tanah Suci Mekah dan sedang dalam perancangan pun. Mungkin ada diantara kita bakal berbangga dengan apa yang bakal dikecapi oleh orang Islam di Arab ni nanti, yelah…manakan tidak, orang Islam selalu sahaja dipandang rendah oleh barat, jadi mungkin ada yang menganggap pembinaan bangunan-bangunan tinggi seperti ini suatu benda yang dapat menaikkan nama negara Islam..
Tapi, cuba rujuk dari pandangan lain, Hadis Kedua
Islam, Iman, dan Ihsan

Maksudnya:
Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda:(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
(Hadis Riwayat Al-lmam Muslim)
Jadi, mari kita saksikan bangunan-bangunan yang bakal muncul dan didirikan di Mekah ini:
Mekah Dahulu
Mekah 2009 
Pelan Pembangunan Mekah
Dan yang dibawah ini adalah gambar banguna Abraj Al-Bait yang masih dalam pembinaan di Mekah sekarang:
Pembangunan Pencakar Langit
Gambaran Artis Berkomputer tentang bangunan dan Kaabah
Emaar Residences
Jadi, kesimpulannya, apa pandangan korang semua tentang pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit ni..lagi-lagi apabila  bangunan tu dibangunkan di Mekah. Okaylah, kalau rajin…korang komen la sikit bagi pandangan…emm..pada entri akan datang, kalau ada masa aku buat kenapa diorang buat bangunan tinggi-tinggi camni…stay tuned!!!

Benarkah Nabi juga pernah disihir?


Soalan

Saya ada beberapa soalan:
1. Ada dakwaan mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. pernah disihir, betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum, terpelihara daripada kejahatan manusia? Adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunah tentang perkara ini?
2. Apakah hikmah Islam melarang keras pekerjaan atau amalan sihir?
3. Bolehkah saya menggunakan tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia?

MOHAMAD BACHOK
Rengit, Johor

Jawapan Pertama

Maksud firman Allah: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepada mu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al-Maaidah: 67).

Perkataan maksum daripada makna perkataan ya’tsimuka (memelihara kamu). Dalam tafsir muktabar maksudnya, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna, Nabi Muhammad dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.

Bagi peristiwa Nabi disakiti sehingga luka kaki, dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesa kitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya, ia bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.

Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku. Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?

Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’samDitanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut?Dijawab nya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.

Maka ditanya lagi, dengan apa kah kita akan merawatkan Muham mad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa sanya, Allah SWT telah menyem buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadis sahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari ba rang-barang sihir tersebut, dikeluar kan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.

Peristiwa ini tidak boleh disa makan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripada melakukan kerja harian.

Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya.Tiada siapa yang me ngetahui, Aishah pun tidak menge tahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayat pelindung penyakit sihir.

Ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidak mengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahu bahawa baginda telah matbub (disi hirkan).

Jika Nabi sendiri tidak menge tahui baginda disihirkan, bagaima na orang hendak berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba si pengubat mengatakan ‘kamu telah kena sihir’ Datang pesakit lain, dikata ‘kamu telah kena buatan orang’, ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘ka mu telah disihir fulan bin si fulan.’

Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, ini lah masalah yang kita hadapi. Tidak sepatutnya berlaku sede mikian kerana hanya Allah sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai mendakwa orang itu kena sihir atau menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.

Jawapan Kedua

SIHIR pada kebiasaannya meng agungkan makhluk halus sama ada yang bernama iblis, jin, syaitan dan sebagainya. Mereka bertugas sapenuh masa menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka dari rahmat Allah SWT.
Selepas dilaknati Allah mereka berusaha menyesatkan manusia. Salah satu caranya adalah meng gunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kejahatan tersebut.

Manusia mudah terpengaruh melihat orang yang mampu mela kukan perkara ganjil, mengetahui penyakit orang lain tanpa diberitahu, atau mungkin boleh membaca fikiran orang lain. Kemungkinan ini boleh berlaku dengan bantuan makhluk halus. Perkara itu merangsang manusia mendampingi dan mendapatkan khidmat ahli sihir untuk menyam paikan sesuatu maksud mereka.

Sihir menyebabkan kerosakan akidah. Maksud hadis Rasulullah, “Sesiapa yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah SWT.” (Riwayat Imam Muslim)

Hadis lain menyebut (mahfumnya), “Sesiapa yang mendatangi seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib, lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quranul Karim yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.”

Sihir membuka jalan manusia mempercayai apa sahaja yang di katakan ahli sihir. Kata-kata seperti, “penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya” atau kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya). Ini boleh menimbulkan permusuhan sehingga perkara yang tidak sepatutnya beraku, dilakukan. Lebih buruk apabila, dibalas balik dengan sihir juga.

Allah menyebut (mahfumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.” (Ali-Imran: 91)

Apabila orang yang mendatangi ahli sihir,  syaitan mengambil kesem patan menimbulkan permusuhan antara dua orang yang berkasih, menimbulkan kebencian antara anak beranak.

Ilmu sihir boleh menimbulkan caca marba dalam masyarakat. Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir, tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keun tungan duniawi sehingga menge nakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.

Maka Islam sebagai agama salam sejahtera, menyelamatkan manusia dari hal-hal yang tidak baik, khasnya menjaga akidah supaya tidak rosak, memelihara harta benda dari peme rasnya dan supaya manusia kembali kepada pertolongan Allah SWT.

Islam melarang dengan sekeras  kerasnya menggunakan sihir sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud.



Jawapan Ketiga

DI zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan dalam masyarakat jahiliyyah. Rasulullah mengharamkan tangkal dan meng gantikan dengan penggunaan ayat Al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah menghindari dari sesuatu yang tidak diingini.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mahfumnya, “Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.”

Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat menerima ayat al-Quran, diamalkan untuk menghindari gangguan, menulis ayat tersebut di kertas dan menggantungkan kepada anak-anak meneka yang belum boleh membaca al-Quran. Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya. Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.

Pandangan ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa an Zahabiyyah pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, “Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah SWT untuk dijadikan tangkal, maka ulama- ulama berselisih pendapat, di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya dengan syarat-syarat khusus.

“Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam.

“Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, (1) mencegah daripada keburukan yang lebih besar; (2) menjaga kesucian al-Quran dari terbawakedalam tandas dan; (3) membulatkan keyakinan bahawa Al lah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya.”

(Petikan dari ruangan Bersama Dato’ Dr. Haron Din akbar Harakah 16-31 Julai 2006)

TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS


Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :
  • Mandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan ).

  • Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
  • Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
  • Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini: 
a.      Lekas marah atau panas baran
b.      Irihati
c.      Cemburu
d.      Jahat sangka
e.     Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan
f.       Menjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya.
Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.

TANDA-TANDA SESEORANG ATAU KELUARGA ITU TERKENA ILMU SIHIR ATAU DISIHIRKAN 
  • Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya. 
  • Hilang ceria diri dan rumah kediaman. 
  • Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik. 
  • Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri. 
  • Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti: 

a.                  Api menyala dengan sendiri
b.                  Bunyi orang berjalan
c.                  Menangis
d.                 Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
Antara sebab-sebabnya ialah: 
  • Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama. 
TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI: 
  • Mimpi.
  • Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
  • Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
  • Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
  • Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya. 
Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.
GANGGUAN KETIKA TIDUR
1.     Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.
2.     Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.
3.     Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.
4.     Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.
5.     Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.
6.     Di kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.
7.     Mimpi melihat binatang yang menakutkan.
8.     Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.
9.     Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.




Kami Sedia Membantu Anda Untuk Menyelesaikan Segala Masaalah Penyakit Gangguan Yang Anda Hadapi Dengan Izin Allah SWT. Manusia Hanya Berikhtiar, Allah SWT yang Menentukan Segalanya. Kesembuhan Adalah Hak Mutlak Allah SWT Yang Maha Esa.


"Ada tiga golongan manusia yang tidak akan masuk syurga, yaitu, peminum kamar (minuman keras), orang yang mempercayai sihir dan pemutus silatulrahim".

(Hadis : Riwayat Ahmad bin Ibnu Hibban)



“ Engkaulah ya Allah, yang Maha mengetahui tentang diri kami, Engkaulah ya Allah, yang dalam genggaman Mu seluruh peristiwa, Engkaulah ya Allah, yang dalam ke Maha luasan ilmu mu segala alam syahadah dan alam ghaib redhailah dan ilhamkanlah kami ilmu bermanfaat dari perbendaharaanMu berilah kami kekuatan untuk sentiasa mengamalkannya dalam berdzikir, bersyukur dan menyempurnakan pengabdian kami kepadaMu bismillah…….dengan asmaMu, izinkanlah kami….”