Khamis, 30 Ogos 2012

Cinta aku Dan Dia Episod 6


Cinta aku Dan Dia Episod 6




Kepala ku yg masih buntu dan emosi ku masih tidak stabil, entah mengapa tiba2 aku rasakan hidup aku begitu penuh dengan Ujian, Yg mampu aku buat ialah sentiasa memohon pd Allah dan bersabar dengan apa sahaja ujian yg bakal melanda..Sungguh aku tidak mampu menahan segalanya di saat ini, aku perlukan seseorang untuk bersama aku berkongsi masaalah dan menenangkan aku. Namun semuanya aku rasa tidak bererti. Jiwa yg masih berserabut melayan seribu persoalan bermain di minda ku ini, Hanya Allah lah tempat aku mengadu, Ya Allah, aku redha dengan ujianmu, bantu lah aku supaya aku tabah menghadapi segalanya..Semoga sinar bahagia menjelma buat aku..

" Krinnnggggg kringggggg  " Lamunan aku tiba2 terhenti mendengar bunyi telefon di ruang tamu.

Ku biarkan sahaja deringan itu tanpa berangkat, hati aku kosong dan mud aku masih dalam keadaan yg tidak menentu, bimbang jikalau aku terkasar bila bercakap nanti. 

" Kringgggggggggg " makin di biarkan makin kuat berdering..Hati aku semakin geram dan bosan dengan deringan telefon itu. 

" Sapa lah pulak ni, Arghhhh " Aku bangun dan cepat2 mengangkat telefon di ruang tamu.

" Helllo, !!  " suara aku agk kasar, 

" Nak cakap ngan sapa " ? 

Aku bertanya siapakah gerangan yg menelefon, sebaliknya suara tidak kedengaran, hanya dengus nafas seakan  terketar- ketar ingin memulakan perbualan.


" Hello, awk sapa dan nk cakap dgn sape ? , Jawablah, kalau tk jawab saya letak telefon nih, " Nada suara aku bertambah geram.
Agk lama jugak aku menanti jawapan ,  nampaknya suara belah sana tidak kedengaran,  sunyi dan sepi.  Hanyalah hembus nafas yg semakin lama semakin kuat kedengaran, harapan aku supaya pemanggil misteri ini menjawab dan menyatakan apa yg dia nak sekarang.

" Heii...cepat boleh tak ? saya dengar  nafas awk ni.,kalau awk rasa nak cakap , cakap, kalau tk saya letak !! " Aku cuba mengugut. Nada suara aku makin tinggi.

" Ci.... sa sa sa..saya rindu awk " Tiba2 suara di sebalik gagang itu berbunyi, aku gk terkejut, dan aku seakan cam dengan pemilik suara tersebut.

" Deeezzzz, " Terkeluar nama itu di mulut aku.

Aku kaget dan sgt terkejut dengan panggilan telefon itu, sungguh aku tidak menyangka , panggilan telefon itu dari Deez..Btulkah Deez atau org lain ? tp suara itu sgt aku kenali, tidak lain dn tidak bukan, memang Deez. 

 " Tuuuuutttt ... Tuuuuuu... Tuuuuuut " Talian di putuskan oleh Deez..aku terduduk. Jiwa aku terimbas dan terpana, mengapa ??? di saat aku bencikan mu, di saat ini kau dtg..Tidak cukupkah lg dengan apa yg kau lakukan pd ku Deez ? Kepala aku semakin berat, hati ku meronta meminta penjelasan. Kebencian aku meruap pd Deez, tp apakah aku benci atau sebaliknya ? berulang kali aku cuba menolak seribu andaian, dan aku cuba bersikap seperti biasa, tp aku tewas. SEmakin lama semakin suara itu menghantui aku. Kedengaran suara itu seperti org sedang menangis atau tercungap. Kenapa dengan Deez ?? 

Tengah2 aku  berfikir apakah di balik semua ini, tiba2 aku di tegur oleh ayah..

" Cici, Malam ni ayah nak melawat Aimee d Hospital, Cici kena ikut ya.. Ayah nk bincangkan pasal pertunangan cici dengan Ayah  Aimme nanti..siap2 ya." Ayah menyapa aku.

Aku agk terkejut mendengar suara ayah, aku sapu air mata aku yg mengalir tanpa di minta, dan mengangguk tanda setuju dengan permintaan ayah.

" Cici, ci kenapa ? Ayah mendekati aku dan muka ayh sedikit kaget melihat aku sedih. 

" Eh tkde pape ayah,,Ci ok je, " aku cuba menstabilkan emosi aku. Aku menyapu cepat2 air mata aku yg semakin kuat membasahi pipi. Hiba terasa tapi aku cuba sorokkan dr ayah. Aku tk mahu ayah sedih bila tau aku sedih..

" Hurmmm, Ci, ayh tahu Ci tgh berlawan dengan perasaan ci, ayah faham, tp ayah nak Ci redha, ayah doa yg terbaik untuk ank ayah, " Ayah cuba menenangkan aku sambil mengusap rambut aku..Buat kesekian kalinya air mataku jatuh lg..aku memeluk ayah dengan erat, Esakan aku makin deras.

" Dah2.. tk nk nangis, nanti hilang cantik, cepat siap, ayah tunggu ya." Ayah cuba berseloroh menenangkan hati aku, sambil menyapu air mata yg masih tersisa di pipi aku.

Aku hanya menunduk dan tersenyum pahit, dalam hati aku semakin keliru, persoalan yg semakin membuat aku buntu, kenapa sekarang Deez muncul, aku masih lg terbayang wajah sayunya di tanah perkuburan  dan sekarang hembus suaranya yg seakan dalam kesedihan, seakan akan mau memberitau aku sesuatu. Bagaimana pulak dengan Aimee ?? aku mesti patuh dan pegang pd janji, dan sekali kali aku tidak akn mungkiri, walau hati ku tidak untuk itu. Aku mesti tunaikan janji ku pd Arwah Datin..Mesti !!

   Ku sarungkan Baju Kurung warna unggu dan selendang unggu cair aku padankan bersama , mekap aku yg nipis dan mata ku yg bengkak masih jelas kelihatan di wajah ku. Aku cuba berkeadaan yg baik seboleh mungkin. Aku mesti harungi detik yg amt bermakna hari ini. Aku mesti bgtau pd Aimme tentang kematian Ibu kesayangannya. Dato sengaja mengamanahkan kepada ku mengkhabarkan berita sedih itu. Dan aku kena setabah yg mungkin untuk itu.

  
 Kereta memecut kadar yg sederhana menuju ke arah Hospital tempat Aimee di rawat. Mak tidak bersama kerana menyiapkan kerja2 yg masih tertangguh di rumah. Hanya aku dan ayah. Di benakku aku masih tertanya tanya, mengapa ??? btulkan suara tu suara Deez, ? memang ia suara tu kepunyaan Deez, tp mengapa ??? Arghh..kepala ku seakan nk pecah bile ku fikirkan. Lupakan semua ini..Perasaan aku berkecamuk. Aku harus lupakan semuanya berkenaan Deez, lupakah dengan apa yg Deez lakukan pd ku sebelum ini ? Tidak...!! Aku tk akn balik pd Deez, aku harus tumpukan sepenuhnya pd misi aku sekarang..

Ku alihkan fikiran ku yg bercelaru ini dengan  mengingatkan wajah Aimee. Serta merta hati aku berdebar debar, perjalanan yg agk jauh ku rasakan makin dekat, dan aku tidak mampu menghadapi ketika dan saat ini. Bagaimana aku harus mulakan dengan perkhabaran yg sedih itu ?? Tolong lah aku Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Berikan jugak kesembuhan dan kekuatan untuk Aimee meneruskan kehidupannya. Hanya pd mu aku berserah, dan hanya pd mu aku bermohon, Sesungguhnya engkau la penentu sebaik baik jalan. Berikan aku kekuatan, jikalau benar lah Aimee jodoh ku, maka kau dekatkan lah Ya Allah..Sesungguhnya hanya engkau yg Maha Mengetahui.

Ayah dan aku berjalan memasuki Lobby Hospital, Kami terus menaiki lif dan menuju ke Wad di mana Aimee di tempatkan. Sepanjang perjalanan,  mcm2 senario pesakit yg aku lihat , agk seram bila tgk kaki dan tgn tergantung akibat kemalangan. Dada aku berdegup kencang. Aku nampak Aimee dari kejauhan , Nampak nurse tengah melakukan tugas2 biasa memastikan agr semuanya berkeadaan baik. Aku memegang erat tgn Ayah, aku agk seram bila masuk hospital, maklumlah, aku takut jarum. tak boleh ku bayangkan kalu aku dalam keadaan mcm tu.  Aku nampak Dato tengah duduk di tepi katil Aimee. Dato setia menemani anknya yg tercinta tidak kira waktu. Tabahnya Dato, aku tk dpt bayangkan keadaan yg dato alami sekarang, baru sahaja kematian Isteri tercinta dan anknya masih tidak sedarkan diri. Kalau aku, mungkin aku pulak yg akn pengsan dan lansung tidak sedarkan diri bergelut dengan  keadaan begini..Semoga Dato sentiasa redha dengan ujian yg besar ini. Doaku dalam hati..

" Assalamualaikum, " ayah menyapa Dato, 

" Walaikumussalam " Dato menoleh dan terus memeluk ayah dengan erat, terpancar kegembiraan di muka ayah dan Dato.

Lama pelukan Dato. Seakan mau melepaskan beban yg di pikul dengan merangkul sahabat baik sedari kecil. Aku  sayu melihat ayah dan Dato berkeadaan begitu, aku lihat air jernih di muka Dato, berguguran juga air mata jantan yg di pendam ke sekian kalinya. Ayah menepuk2 kecil dan mengusap usap belakang Dato.

" Sabar , aku tahu kau sedih, kami ade untuk membantu kau..Aku tk nk tgk kau mcm ni., " Ayah cuba menenangkan Dato, aku biarkan ayah melayan emosi sedih ketika ini. Ku merenung wajah Aimee yg masih berbalut, masih lg tidak sedarkan diri. Aku pusatkan seluruh pandangan ku ke wajah Aimee. Bagaimana aku hendak ungkapkan kata2 itu ? Lgkan Dato pun lemah, apatah lg aku. Aku nampak Ayah memberi isyarat mata supaya aku mendekati Aimee, dan ayah membawa Dato ke bilik rehat untuk berbual.
Aku mendekati Aimee perlahan lahan, aku menarik kerusi dan duduk d sebelah Aimee..Aku renung mata Aimee yg masih kekal tertutup, entah bila agknya Aimee akn sedarkan diri, aku cuba memberanikan diri aku untuk berkomunikasi dengan Aimee. Kata Doc  , aku kena cuba berhubung dan bercakap seolah olah Aimee sedar seperti org biasa, dengan itu ianya meransang otak Aimee untuk cepat sedar.

Aku menyentuh lengan Aimee yg berbalut, aku letakkan tgn ku di lengan Aimee. 

" Assalamualaikum , awk, awk mungkin dh tk ingt saya, tp saya sentiasa ingt awk, saya nak awk cepat sembuh. Saya mintak maaf kalau selama ni saya selalu sakitkan hati awk. "

Suara aku agk gementar, perasaan aku berdebar debar. Aku cuba berkeadaan seperti biasa. tp keadaan ini sgt ganjil bg aku, aku tk boleh berpura-pura.

" Ermm...saya ade sesuatu untuk awk tau, tp awk kena cepat sembuh, kalau awk cepat sembuh baru sy bg sesuatu tu pd awk. Saya nk tgk awk lg, sy tk nk awk sakit, cepat sembuh ya awk."

Aku cuba berkomunikasi dengan cara aku sendiri.

Walaupun masih tiada respon aku ttp berusaha. Aku melihat di kiri meja dan aku ternampak kertas2 lukisan yg terletak di dalam fail. Elok tersusun lukisan2 itu semua, Tiba2 terimbas bila mana ku menolak Aimee sampai terjatuh, dan hbs lukisan2 jatuh berterbangan. Tengah2 aku melihat lukisan2 tersebut, mata aku tertumpu pd satu lukisan, di bawahnya tertulis " Gadis Idaman " ku amati lukisan itu, dan aku sgt kenal akn lukisan itu, Adakah itu aku ? memang lukisan itu gambar aku. Aku agk terkejut dan tidak sama sekali menyangka..Terimbas semua perlakuan yg aku lakukan pd Aimee..Serta merta air mata ku mengalir deras..Esakan aku semakin kuat, aku cuba menutup mulut aku supaya tidak kedengaran oleh sesiapa pun yg berada di situ.  Aku tertunduk dan menangis di lengan Aimee.. Semakin lama semakin kuat. Aku tidak dpt menahan lansung perasaan aku. Aku bersalah pd Aimee. Maafkan aku Aimee...


" Aimee, maafkan saya, saya banyak buat salah pd awk.." Semakin deras air mata membasahi pipi, 

Tengah2 aku menangis, tiba2 lengan Aimee bergerak kecil..Aku terkejut dengan perubahan Aimee,  aku agk gembira, Kalau lah Aimee btul2  dengar apa yg aku ungkapkan sebentar td, Aku doakan Aimee sembuh  cepat seperti sediakala. 

" Aimee !!! Aimee, aku mengoncangkan lengan Aimee.."

Aku cepat2 menekan butang di tepi memanggil Doc yg bertugas..

" DOc, cepat doc, lengan dia bergerak..Aku agk cemas bercampur kaget, gembira dengan perubahan terbaru Aimee..Tp dada ku ttp berdebar-debar, Kalaulah Aimee btul2 sedar, mcm mana aku nk beritau yg dia baru saja kematian ibunya yg tercinta..? sah2 Aimee sakit balik..Mcm mana ni ? 

" DOc tolong.." aku bangun dan mendapatkan Doc di kaunter..Rasa tidak sabar aku,  tidak boleh di sorokkan lg..


Apakah Aimee btul2 sudah sedar dr koma ? bagaimana Cici menghadapi situasi nya untuk mengkhabarkan berita sedih tentang kematian Ibu kesayangan Aimee..Berjayakah Cici ? Mcm mana pulak dengan panggilan misteri dari Deez tu, adakah Deez inginkan Cici kembali ? Adakah cici akan terima ?? sama2 kita nantikan sambungan dalam episod seterusnya dalam Cinta Aku dan Dia..


Di larang sama sekali mencetak atau mengcopy ke blog2 lain dan mana2 saja untuk tatapn pembaca2 melainkan dari blog saya sahaja. Sebarang pelanggaran hak cipta akn di ambil tindakan undang-undang.

Watak-watak tiada persamaan sama ada dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia. 
 















Hasil Nukilan : Aida Amer