Selasa, 19 Jun 2012

Sayangnya Allah pada hambanya

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap anak Adam akan dijaga oleh
dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang
sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan.

Malaikat di sebelah kiri: “Apakah yang harus aku catit?”
Malaikat di sebelah kanan: “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.”
Malaikat di sebelah kiri: “Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?”
Malaikat di sebelah kanan: “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.”

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, “Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.”

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayang-Nya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

MURTAD: Azlina Jailani @ Lina Joy


Latar belakang Azlina Jailani:

Lina Joy, 44, yang berbangsa Melayu keturunan Jawa, bekerja di ProQuest, Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Ibunya, Kalthum binti Omar manakala ayahnya, Jailani bin Shariff masih beragama Islam dan mengamalkan cara hidup Muslim.

Sejak tahun 1990 beliau telah mempraktikkan ajaran Kristian sepenuhnya. 8 tahun selepas itu, dia dibaptiskan pada 11 Mei 1998. Pada tahun 2000 beliau berhasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta perkahwinan tersebut disahkan.

Fakta Kes:

Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk mendaftar perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan kerana kad pengenalan beliau masih tertulis ‘beragama Islam’ walaupun beliau telah berjaya menukar nama dalam kad pengenalan kepada Lina Joy.

Pada tahun 1999, beliau membuat permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan dan kad pengenalan baru beliau masih tertera perkataan Agama Islam.

Pada tahun 2000, beliau membuat permohonan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut. Permohonannya tidak dibenarkan oleh JPN tanpa kebenaran dari Mahkamah Syariah yang memperakui beliau keluar dari agama Islam.

Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

Permohonan beliau bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19 Sept 2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam pada kad pengenalannya.

Peguambela, Dato’ Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-muslim: Ketua Hakim Tun Fairiz, Dato’ Alauddin, & Dato’ Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan. Namun, Majlis Peguam yang di ketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta barisan NGO yang menyokong Lina Joy, meminta untuk memberi hujah dan bersuara, telah DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

Permulaan isu ini dibesarkan kerana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara, peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak dan kuasa Mahkamah Syariah. Meraka hanya memberi hujah bahawa Lina Joy berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak relevan lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Muslim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan “person” (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 untuk dirujuk kepada individu, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia, sebegitu berani dan bersikap kurang ajar dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut bagi menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan dan syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.

Implikasi dan definisi “Individu” :

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi implikasinya melampau batas pemikiran kita…!

Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

Apabila definisi “person” didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya.

Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa. Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya. Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan perundangan Syariah sudah tidak releven. Sebagai contoh, solat boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solay yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi “bukan Islam” pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

Semua badan-badan Islam tidak releven lagi dalam perundangan semasa, sebab hak mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama.

Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam.

Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.

Mengapa kes Lina Joy?

Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapi ianya telah di ‘marketing’ kan diperingkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan.

Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain.

Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11″ yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sisters-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin negara yang beragama Islam.

Kes Lina Joy mampu memberi kesan yang amat besar, dan diistilahkan sebagai “beyond our imagination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, sama ada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al-Quran & As-Sunnah.

Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang amat lemah untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

http://www.becketfund.com, http://www.malaysianbar.org.my, http://www.bernama.com.my, menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi tekanan kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy antaranya;

Malaysian Bar Council
All Women’s Action Society (AWAM)
Sisters in Islam (SIS)
Catholic Lawyers Society
Interfaith Spiritual Fellowship
Malaysian Civil Liberties Society (MCLS)
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS)
National Human Rights Society (HAKAM)
Pure Life Society
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Vivekananda Youth Movement, Seremban
Women’s Aid Organization (WAO)
Women’s Development Collective (WDC)

Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian & tekanan mereka ke atas mengkehendaki agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan, dan membentngkan ‘paper & kes study’ yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi.

Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam (Malik Imtiyaz Sarwar) telah mengambil partisan stand untuk memberi hujah yang menyokong tindakan Lina Joy tanpa mendapat restu dari Bar Council member.

Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka…

Amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali wakil peguam dari ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.

Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy dalam mengakhiri kes itu menyebut, “…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia, Islam is just a subservient to constitution…”

Tindakan segera

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 28-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, bekas Presiden Majlis Peguam untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy.

Secara langsung menunjukkan seolah Majlis Peguam adalah dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam dalam & luar negara untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumpaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

Zainur Zakaria dan dianggotai 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Ainiah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato’ Zaiton Othman mewakili Persatuan Peguam Muslim Malaysia, merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah; Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, PaaWan Chik Marican (Peguambela utama kes), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainuddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril, Raja Mustafa.

Satu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini, http://www.peguampembelaislam.com dan http://www.peguampembelaislam.org yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

Press Statement dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.

Terdapat kes ini yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya, kecuali kenyataan yang terkandung di dalam Bernama.

Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa perlu sedar dan disedarkan tentang apa yang sedang berlaku dan implikasinya terhadap Islam, Muslim dan perjuangan Islam di Malaysia pada masa hadapan.

Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm.

Press Statement telah dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato’ Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 tetapi langsung tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis, dalam bentuk yang mudah difahami kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Solat Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap ambil tidak endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan pekutusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dikumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.

Mengumpul tandatangan seluruh Muslim di Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan “bodoh” kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.

Seterusnya, atas usaha & idea bersama yang perlu dilakukan segera. Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma; peguampembelaislam@yahoogroups.com peguampembelaislam@yahoogroups.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya.

Penutup

Saudara sekalian, Allah tidak akan tanya apa hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya kita apa yang kita lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu ‘ain untuk menegakkan Islam di muka bumi dilaksanakan…

Fikir & bertindak. Wassalam.

Tanda-Tanda Kiamat Akan Hampir


Firman Allah, maksudnya:

"MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)

Tanda-Tanda Kecil Kiamat.

01. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
02. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.

03. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
04. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.

05. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.

06. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.

07. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).

08. Banyak berlaku gempa bumi.

09. Zaman sudah dekat mendekati.

10. Banyak fitnah memfitnah.

11. Banyak pembunuhan.

12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.

13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.

14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.

15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.

16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.

17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.

10. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.

19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.

20. Ramai orang solihin meninggal dunia.

21. Anak melawan ibubapa.

22. Hujan di musim kemarau.

23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.

24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.

25. Setiap desa dikepalai orang munafik.

26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.

27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.

28. Banyak minuman keras.

29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.

30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.

31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.

32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.

33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.

34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.

35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.

36. Orang alim sudah tidak disenangi.

37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.

40. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.

41. Banyak kematian secara mendadak.

42. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.

43. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.

44. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.

45. Rasuah berleluasa.

46. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.

47. Ramai orang menjual-beli hukum.

48. Memandang ringan masalah perceraian.

Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.
* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.

· Semua tanda-tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini yang pastinya Kiamat akan tiba. Amin...

Peristiwa dahsyat di Hari Kiamat.

Sebahagian daripada peristiwa yang akan terjadi di saat datangnya hari Kiamat itu telah dijelaskan dan diterangkan sesuai dengan sebutan namanya hari kiamat itu.Di saat itulah akan terjadi peristiwa2 dahsyat di hari Kiamat itu sebagaimana dikemukakan dengan jelas di dalam ayat2 Al-Quran yang berikut:-

1. Langit menjadi terbelah, bintang2 jatuh berserakkan, laut menjadi meluap dan semua kuburan di bongkar. -Surah Al-Infitar : 1-4-

2. Di saat itu pula matahari digulung, bintang2 berjatuhan, gunung-ganang hancur luluh, unta2 bunting sama sekali tidak dipedulikan, binatang2 liar dikumpulkan, begitu juga lautan menjadi meluap2, roh2 dipertemukan dengan tubuh, catatan2 amal manusia dibuka, semua bayi2 yang dikubur hidup2 ditanya mengapa mereka dibunuh, lantai langit dilenyapkan serta neraka Jahim dinyalakan dan syurga didekatkan.-Surah At-Takwir : 1-13-

3. Selain itu, pada hari Kiamat juga akan terjadi peristiwa yang sangat dahsyat lagi di mana bumi digoncangkan sedahsyat2nya dan gunung-ganang dihancur luluhkan sedahsyat2nya.-Surah Al-Waqiah : 4-5-

4. Kejadian yang lebih dahsyat lagi ialah ketika mana mata manusia terbelalak ketakutan, di saat itu pula bulan telah hilang cahayanya, lalu matahari dan bulan dikumpulkan. Sehingga para manusia takut dan panik dan bertanya dalam hatinya," Ke mana lagi tempat untuk lari?" Padahal tidak ada tempat untuk mereka berlindung dan bukan main panasnya ketika itu.-Surah Al-Qiyamah : 6-11-

5. lebih-lebih lagi pada hari itu manusia bagaikan anai2 yang bertebaran, dan gunung-ganang bagaikan bulu yang dihamburkan.-Surah Al-Qariah : 4-5-

6. Antara kejadian lain pula, akan menjadi lalai semua wanita yang menyusui anaknya, dan akan gugur kandungan semua wanita yang hamil. Manusia pada saat itu seakan dalam keadaan mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk tapi itulah merupakan seksaan Allah swt.-Surah Al-Hajj : 1-2-

7. Di saat itu pula, akan terjadi gempa besar, yakni bumi dan gunung-ganang bergoncang, sehingga ia menjadi tumpukan2 pasir yang berterbangan. Lantas hati manusia pada waktu itu menjadi sangat takut dan pandangannya tunduk kerana panik.-Surah Al-Muzzammil ; 1-4- & -Surah An-Nazi'at : 8-9-

8. Sebelum seluruh bumi akan digenggam oleh Allah, begitu pula langit akan digulung dengan tangan kanan- Nya yakni dengan semua kekuasaan-Nya.-Surah-Az-Zumar ; 67-

9. Allah menggulung semua langit pada hari Kiamat nanti sepertimana Allah menggulung lebaran2 kertas.-Surah Al-Anbiya' :104-

10. Akhirnya pada saat hari Kiamat itu, bumi digantikan dengan 'bumi' yang lain dan demikian pula langit.-Surah Ibrahim : 48-

Demikianlah antara lain ayat2 Al-Quran yang menegaskan peristiwa2 dahsyat pada saat terjadinya hari Kiamat nanti. Persoalannya, sudahkah kita semua bersedia untuk bersemuka dengan 'HARI KIAMAT' itu?! Tepuk DADA, tanyalah IMAN.............Wallahua'lam!

Petanda Kiamat Makin Hampir


Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..

Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah..

Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…

Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..

Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…

Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..

Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Wallahu a’lam

HARAM..Sambut Hari Valentine


Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.


Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.


Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.


Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.


SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE


Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.


1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.


Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.


Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.


Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.


Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


3) Pendapat ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM SAMBUT VALENTINE


Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.


Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).


Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.


Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.


Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Kemungkaran ‘Valentine Day’


Islam sebagai cara hidup fitrah telah menggariskan perayaan bagi umatnya. Sebagai umat Islam, perayaan menjadi salah satu cabang hidup yang mesti kita tempuhi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Tetapi kini, dengan pertembungan Islam bersama bangsa lain, dan nilai iman yang corot, umat Islam mula meniru amalan yang tidak berkaitan dengan agamanya. Apatah lagi di dalam suasana kepelbagaian kaum dan agama seperti dalam masyarakat kita.
Kini, Hari Valentine atau disebut kini ‘Hari Kasih Sayang’ pula muncul. Anak-anak muda, malah mungkin juga orang tua menanti apakah surprise yang disediakan oleh insan tersayang pada 14 Febuari. Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat amat popular dan merebak di Malaysia juga.
Apabila menjelangnya Februari, banyak kita temui simbol-simbol atau iklan-iklan tidak Islamik hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine.
SEJARAH VALENTINE
Valentine sebenarnya adalah seorang individu yang mengorbankan nyawanya kerana kepercayaan agamanya.
14 Februari 270M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada 15 Februari.
Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
Kesimpulannya, sambutan valentine day ini sebenarnya lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan bertopengkan percintaan, perjodohan dan kasih sayang.
Menerusi teori lain, "Valentine" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini mengumumkan atau mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana padanya Islam adalah zalim! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Terdapat juga beberapa teori lain tetapi semuanya menunjukkan bahawa perayaan ini bukan berasal dari agama Islam.
PANDANGAN ISLAM
Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut TAQLID.
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”. ( Hadith Rasulullah saw )
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja.
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Karena kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
Jika benar kita mahu membuktikan kasih sayang, maka buktikanlah ia menerusi cara Islam yang halal, indah, penuh barakah dan tiada kesan sampingan. Tanpa perlu menunggu 14 Februari, berkahwin adalah Sunnah Nabi SAW, yang jika kita serius ke arah itu, susunkanlah agenda hidup ke arahnya dengan baik. Usahlah dibazirkan wang untuk membeli bunga ros, kad-kad ucapan, atau candle light dinner di restoran-restoran mahal, kerana semua itu adalah keindahan yang menjadi pagar-pagar kemurkaan dan neraka Allah SWT.
Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam