Rabu, 20 Jun 2012

Barangan Boikot Dan Perbezaan Antara Dua Berita

Coca Cola lancar kilang pembotolan RM1 bilion di Nilai
NILAI: The Coca Cola Company dari Amerika Syarikat hari ini secara rasminya melancarkan kilang pembotolan terbarunya yang bernilai RM1 bilion di Nilai, Negeri Sembilan.

Majlis pecah tanah kilang baru itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hina Nabi: Umat Islam digesa boikot barangan Sweden
KUALA LUMPUR 16 Mac – Seorang penyokong kerajaan menyarankan umat Islam di negara ini memboikot barangan keluaran Sweden sebagai bantahan terhadap tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan lakaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata, kerajaan Sweden perlu memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia kerana kejahilan warganya iaitu pelukis Lars Vilks yang jelas tidak menghormati agama Islam.

"Mereka seharusnya memahami perasaan penganut agama lain dalam memastikan keseimbangan berterusan dalam setiap perkara,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.
Lakaran karikatur berkenaan yang pada mulanya dikemukakan kepada sebuah pusat warisan budaya Sweden untuk pameran, ditolak atas sebab-sebab keselamatan, tetapi sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya.

Ini membawa kepada bantahan negara-negara Islam dan Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Pada 10 Mac lepas, tiga akhbar Sweden lain menyiarkan semula karikatur itu.

"Tidakkah mereka terfikir disebabkan kejahilan tersebut boleh memberi kesan yang tidak baik seperti yang berlaku pada tahun 2008, apabila akhbar Denmark, Politiken yang menyiarkan perkara sama dan kemudiannya mendapat kecaman masyarakat Islam seluruh dunia,” kata Ismail. – Bernama
Ulasan Ringkas

Berita pertama dipetik dari akhbar Berita Harian, manakala berita yang kedua diambil daripada Utusan bertarikh 16 Mac. Tidak terlintas untuk mengulas secara terperinci dalam isu ini. Cukup sekadar bacaan daripada anda, kemudian buatlah konklusi sendiri.

Kita menganggap bahawa barangan boikot bukanlah hanya barangan Sweden semata-mata. Coca-cola juga adalah salah satu barangan musuh Islam.
Senarai Barangan Boikot
Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

KEKUASAAN ALLAH S.W.T - Sungai dalam laut



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.





Foto Menakjubkan










Siapa pengkhianat dan petualang agama, bangsa dan tanahair

Parti perkauman Umno masih giat lagi bermain dengan isu –isu panas perkauman dan menghidupkan api assobiyyah melalui platform lain ( NGO perkauman ) iaitu; Perkasa dan GPMS yang menebal assobiyyah kaumiyyahnya yang menyokong sentimen perkauman Melayu Umno dan mengapi-apikan DAP sebagai anti Melayu untuk meraih undi Melayu pada PRU 13 nanti ; dengan menolak PAS kerna tahaluf siasi dengan DAP.

Politik mutaakhir ini mempamirkan penolakan rakyat ke atas perjuangan yang bernaunsakan assobiyyah( kebangsaan ) dan kaumiyyah ( perkauman) yang dipelupori UBN. Namun , rata-rata pengundi Islam masih lagi termakan umpan Umno kononnya PAS adalah alat DAP dan tersasar daripada siasah Islam . Sekitar 70 % orang Islam masih lagi ada elemen assobiyah dan perkauman Melayu yang memenangkan calon Umno dan mengalahkan calon PAS dan PKR yang berugama Islam.

Ini bererti hanya sekitar 30% sahaja pengundi Islam yang memahami konsep Islam sebagai “ Rahmatan lil ‘alamiin ‘ . Sebaliknya pengundi bukan Islam yang boleh menerima konsep tersebut dan polisi ‘Justice For All “ dan “ PAS FOR ALL “ sehingga lahirnya di dalam PAS sendiri; Dewan baru yang diberi nama Kongres Penyokong PAS ; membuktikan bahawa Islam memang sistem yang paling kondusif untuk masyarakat majmuk yang memberikan keadilan sejagat , kemakmuran dan kedaimaian ummah.

Sebaliknya, Umno dan BN hanya hidup dengan isu perkauman ; Umno tipu Melayu, MCA tipu Cina dan MIC tipu India . Siapakah yang buang kuasa raja, Bahasa Melayu dan biasiswa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan?. Siapakah yang mengkhianati Perlembagaan Persekutuan ? PAS kah ? DAP kah Bukankah Umno ? ; MELAYU TIPU MELAYU di atas nama Melayu DEB ; memfaraidkan saham bumiputra untuk kroni elit Umnoputra! Yang terkini merompak emas hitam kepunyaan bangsa sendiri demi kepentingan kroni dan politik rakus suku-sakat mereka .

Bangsa boleh disayangi tetapi bukan sebagai teras atau tonggak perjuangan kerna TERAS PERJUANGAN adalah ISLAM; yakni Kitabullah dan Assunnah bukan perkauman . Naik Islam maka naik secara otomatis bangsa yang mendukung Islam seperti bangsa Parsi yang digeruni Amerika ; mengusir thoghut Shah dan mustakbirin Amerika ! Bahkan digusari CIA dan KGB .

Ini bukti kehebatan Islam. Mana bangsa Arab .? diratahi yahudi dan nasoro kerna assobiyyah Arab yang ditegakkan; bukannya Islam sebagai ‘ Ad –Deen waddaulah ‘ dan ‘ Ad-Deen Wa Syariah “ dalam menegakkan agama dan panji-panji Islam dan memerintah dunia dengannya .

Justeru itu .bukan Islam hendaklah didekati melalui Kongres Penyokong PAS yang sama taraf dengan semua Dewan dalam PAS. Cuma mereka tiada boleh diundi atau mengundi ; tetapi, mempunyai suara dalam Muktamar dan wakil di peringkat pusat .

Sementara fahaman assobiyah –kaumiyyah tajaan Umno hendaklah di tangkis secara bijaksana supaya 70% orang Islam yang dikelirukan Umno itu dapat memahami siapakah sebenarnya PENGKHIANAT AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR agar ummah tiada tertipu lagi dengan retorik SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR ) dan JTR ( JUARA TIPU RAKYAT )

Tegakkanlah roh panji Islam di dalam diri anda, famili, dan komuniti anda, insyaAllah akan tertegak negara “ nafi deenilah hi afwaja “ di dalam negara anda. Yang ada hanyalah Allah dan Rasul sahaja. Tiada ‘ Tuhan Melayu” “ Tuhan Arab” atau “ Nabi Melayu” atau “ Nabi Arab” tetapi hanya wujud “ Rabbil ‘alamiin” ( Tuhan semesta alam ) dan “ Rahmatan lil ‘alamiin” ( Muhammad rahmat kepada sekalian alam ).”One World “ ( Satu Dunia ) , “ One Soul “ ( Satu Nyawa: Adam ) and “ One Creator” ( Satu Maha Pencipta ) bukannya SMS ( Satu Malaysia Sekular ) .

Keamanan dan kedamaian akan tertegak di mana –mana juga apabila sentimen perkauman yang diapi-apikan parti perkauman Melayu Umno bisa dihapuskan dengan Univesalitas Sejagat tanpa batasan geografi , kaum, etnik dan agama. Umno gagal untuk melaksanakan obligasi politiknya kepada umat Islam dan warga Malaysia pada keseluruhannya.

Umat Islam di Pulau Pinang yang terpinggir dan tertinggal itu dihebuhkan kononnya angkara PAS bertaluf siasi dengan DAP yang baru setahun jagung memerintah . Selama ini , lebih daripada lima dekad , siapa yang memerintah Pulau Pinang ? Bukankah Umno dan Gerakan . PAS dan DAPkah yang meminggirkan umat Islam?.

Kecurian wang emas kepunyaan umat Islam dan warga Terengganu dan Kelantan yang difaraid antara kuncu-kuncu kabel politik Umno yang meminggirkan Terengganu antara negeri yang termiskin di Malaysia . Angkara petualangan siapa? Walhal Terenganu kaya dengan emas hitam ! Bagaimana, bisa menjadi miskin?

Hak umat Islam dan warga Kelantan sebanyak RM 2 BILLION dirompak oleh Umno dan hutang emas hitam semasa yang belum dilunaskan bahkan di samun dan disonglap sebanyak RM 600juta seperti kata Husam dikhianati oleh petualang Umno yang kononnya dikatakan berjumlah semuanya RM20juta sahaja. Satu penipuan yang ketara oleh Umno.

Bahkan Ku Li kata Kelantan adalah Negeri yang terkaya di Malaysia dengan anugerah Allah emas hitam tersebut . DAP kah yang menghalang ? PAS kah yang menghalang? Siapakah sebenarnya petualang Agama , Bangsa, dan Tanah Air !?.

Umno menjaja api perkauman Melayu dan memburukkan imej dan reputasi PAS-DAP kerna untuk menutup kegagalan Umno untuk memertabatkan agama. bangsa dan tanahair. Terbukti tahaluf siasi PAS – DAP- PKR dalam PAKATAN RAKYAT adalah lebih baik daripada Umno-MCA-MIC yang bernausakan perkauman dan kronisma .
Guan Eng hapuskan kabel kronisma dan hanya gunapakai kabel komputer sahaja . Siapa layak dia dapat tanpa mengira kaum atau parti . Inilah yang dibenci oleh kontaktor –kontraktor Melayu yang tiada layak yang selama ini pakai kabel politik . Bahkan fitnah anti DAP-PAS dan perkauman oleh Umno akhirnya makan diri balik apabila data rasmi e-TENDER TERBUKA terbukti dimenangi oleh 70 peratus dari kalangan Bumiputra.

Siapa sebenarnya perkauman dan siapa sebenarnya petualang bangsa , agama dan tanah air. Bahkan bajet Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memperuntukkan jumlah yang besar kepada institusi Islam , SAR dan para hufaz lebih daripada Umno berikan.

Kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan diakui oleh Akauntan Negara dan International Transparency sebagai ‘ GOOD GOVERNANCE” dan Kelantan diiktiraf sebagai “ ZIFAR KORUPSI” . Ini membuktikan ISLAM BOLEH dan Kelantan adalah model SATU MALAYSIA sebenarnya yang tiada korupsi , tiada kroni dan tiada perkauman . ‘ PAS FOR ALL’ and “JUSTICE FOR ALL “ bukan untuk Ananda Krishan, Vincent Tan dan Mukhriz sahaja.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.
Harakahdaily.net/-

Imam Ali bin Abi Thalib (s.a) Orang Kaya yang Zuhud

Mungkin orang yang mendengar zuhudnya Imam Ali (sa) berpikiran bahwa beliau adalah seorang pengangguran, penyendiri, miskin, dan berpakaian kotor. Kezuhudannya dikarenakan kemiksinannya itu. Dengan kata lain, mereka berpikiran bahwa ia melepaskan dunia dan duduk di sudut hanya untuk beribadah. Asumsi itu adalah tidak benar. Imam Ali (sa) adalah seorang yang berkemampuan dan pekerja keras. Ia adalah seorang petani yang berbakat dan berpikiran jauh ke depan.

Di masa Rasulullah saw masih hidup, apabila tidak berada dalam peperangan, beliau mengisi waktu kosongnya dalam pertanian, perkebunan, penggalian sumur, pembuatan kanal, dan penanaman pohon kurma. Melalui jalan inilah, beliau memakmurkan perkebunan dan ladang kurma. Sepeninggal Rasulullah saw, di masa khalifah-khalifah yang tiga, beliau juga tidak menyendiri dan menganggur. Beliau mengisi waktu kosongnya dengan menjaga ladang atau kebun serta adakalanya memperluas kebun.

Dari ladang pertanian dan kebun kurma, beliau mendapatkan penghasilan yang melimpah. Namun, di saat yang sama, beliau tidak terikat dengan harta dunia. Beliau tidak membelanjakan hartanya untuk melawan hidup dan memperbaiki kualitas apa yang dimakan atau pakaian keluarganya. Beliau tidak menumpuk untuk masa depan dan anak-anaknya. Beliau sangat zuhud dengan makanan dan pakaian pribadinya. Beliau membelanjakan hartanya di jalan Allah. Beliau membeli ratusan budak lalu membebaskannya dan mewakafkan hartanya untuk kebajikan sosial.

Dituliskan bahwa Imam Ali, dalam setahun, mendapatkan penghasilan seribu dinar dari Gahllah. Namun, beliau menyedekahkan semuanya kepada fakir miskin. (Bihârul Anwâr, jld 40, hlm 26)

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Ketika membagikan ghanimah, Rasulullah saw memberikan sebidang tanah kepada Imam Ali (sa). Beliau menggali sumur di tanah itu. Kebetulan sumur galian beliau sampai ke mata air, yang seperti leher unta, airnya mengalir deras. Dari situlah, beliau menamakan sumber air itu dengan yambu’ ‘sumur artezin’. Imam Ali (sa) diberi kabar gembira bahwa air sumurnya begitu melimpah. Beliau berkata: “Berilah berita gembira kepada pewarisnya karena kusedekahkan sumur ini kepada hujaj ‘jemaah haji’ Baitullah dan mereka yang lewat. Sumur ini adalah wakaf, tidak dijual, tidak dihadiahkan untuk seseorang, dan juga tidak diwariskan kepada anak anak. Barangsiapa yang menjualnya atau menghibahkannya maka laknat Tuhan kepadanya dan amalnya tidak akan diterima Allah.” (Bihârul Anwâr, jld 40, hlm 26)

Ketika meninggal, beliau berwasiat agar membelanjakan sebagian hartanya di jalan Allah, sebagian untuk anak-anak Fatimah, sebagian untuk anak-anak beliau yang berasal dari selain Fatimah, sebagian untuk Bani Hasyim, dan sebagian untuk anak-anak Abdul Muthalib. (Bihârul Anwâr, jld 41, hlm 40)


Berapa ramaikah dikalangan Kaya n cerdik pandai kite sezuhud ini ? renungkanlah..

Mendaulatkan hukum-hakam Islam tanggungjawab setiap Muslim


Setiap Muslim wajib mempunyai niat atau cita-cita menegakkan hukum-hakam Islam. Dengan adanya niat itu, diharapkan kita terlepas daripada dakwaan tidak melaksanakan hukum Allah apabila diadili di Mahsyar nanti, demikian beritahu seorang tuan guru dalam kelas tafsir al-Quran mingguan yang penulis ikuti baru-baru ini.

Bagaimanapun niat saja tidak mencukupi. Niat perlu disertakan usaha dan doa. Setiap orang perlu berusaha mengikut kemampuan masing-masing. Ustaz dengan kelas pengajiannya, penulis dengan tulisannya dan begitulah seterusnya.
Selain usaha, doa amat penting, demikian beritahu Tuan Guru.

"Marilah kita berdoa semoga pembesar dan pemimpin negara dibukakan hati untuk melaksanakan hukum-hakam Islam. Marilah kita berdoa supaya pemimpin kita terbuka hatinya untuk menjalankan hukum-hakam Islam. Bukankah beliau daripada keturunan baik-baik dan datuknya seorang ulama?" kata Tuan Guru.

Tuan Guru amat bimbangkan masa depan umat Islam negara ini kerana pemimpin terdahulu sudah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam. Malangnya perisytiharan itu tidak disertai dengan pelaksanakan hukum-hakam Islam.

Kes ini berat, kata Tuan Guru. Apabila seorang itu bercakap mengenai perkara yang tidak dibuatnya, amat dibimbangi Allah akan menjatuhkan hukuman ke atasnya di dunia lagi. Sama seperti mengatakan negara ini negara Islam tetapi tidak melaksanakan hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran.

Tuan Guru sedih kerana ada pemimpin kerajaan yang berani mengumpulkan imam-imam dan pegawai masjid dan kemudian meminta mereka memberikan pandangan bagaimana hendak menangani jenayah rogol, bunuh, zina dan sebagainya yang semakin menjadi-jadi.

Kata Tuan Guru adalah berdosa untuk memberi pandangan sebab jalan penyelesaian sudah ada dalam al-Quran. Panduannya sudah diberikan oleh Allah, kenapa manusia pula pandai-pandai mahu mencari jalan keluar? Tidak mahukan hukum-hakam Allah bermakna tidak takutkan Allah. Jika seseorang atau negara tidak melaksanakan hukum Allah bermakna dia lebih berkuasa daripada Allah, sebab dia mampu tolak perintah Allah.

Apabila pemimpin menyatakan Malaysia sebuah negara Islam tapi tidak melaksanakan hukum-hakam Islam, amat-amatilah apa yang akan berlaku. Misalnya, Amerika sudah mengintip-intip untuk menghebatkan cengkamannya, orang Islam yang taat dicop sebagai pengganas dan dihumbankan dalam penjara tanpa bicara manakala masyarakat menjadi huru-hara dengan kes jenayah yang tidak berkesudahan.

Jika benar Umno hendak menegakkan hukum-hakam Islam, buatlah sekarang sebab parti berkenaan sudah diberi kepercayaan besar oleh rakyat. Kalau tak buat, kita bimbang Umno memang tidak hendak Islam berkuasa.

Ini kerana sudah lebih 40 tahun Umno menguasai kerajaan. Kalau dalam tempoh selama itu tidak dilaksanakan hukum-hakam Islam, kita mahu tunggu berapa lama lagi...400 tahun?

Kita berani katakan Islam di Malaysia adalah Islam yang ditadbir dan bukan Islam yang mentadbir sebab anak-anak sekolah juga diajar perkara ini.

Misalnya dalam subjek Kenegaraan Malaysia dalam Pengajian Am 1 Peringkat STPM, antara lain pelajar diajar bagaimanakah agama Islam ditadbirkan di Malaysia.
1. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, agama Islam terletak di bawah kuasa negeri.
2. Setiap negeri menggubal Enakmen Pentadbiran Agama Islam masing-masing.
3. Setiap negeri juga membentuk Majlis Agama Islam yang mengandungi tokoh-tokoh Islam dan bertindak sebagai badan perundangan Islam yang sebenar di negeri itu.
4. Tugas utama Majlis Agama Islam termasuk:
a) Membuat peraturan-peraturan mengenai agama Islam.
b) Mengeluarkan fatwa.
c) Mentadbir masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama.
d) Mengutip zakat, fitrah dan bayaran yang lain yang diwajibkan bagi orang Islam.
e) Mengurus wakaf.
5. Di samping itu sebuah Jabatan Agama Islam yang mengandungi pegawai-pegawai kerajaan juga dibentuk untuk membantu Majlis Agama Islam menjalankan tugasnya.
Perlembagaan Persekutuan juga mengehadkan pemakaian undang-undang Islam.
1. Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri untuk membuat undang-undang mengenai pentadbiran agama Islam termasuk Mahkamah Syariah bagi negeri yang berkenaan.
2. Bagaimanapun Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa atas umat Islam dan mengenai pengamalan ajaran Islam setakat ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan.
3. Dengan itu Akta Mahkamah Syariah 1965 (pindaan 1984) telah mengehadkan kuasa Mahkamah Syariah pada paras menjatuhi penjara sehingga tiga tahun, hukuman denda sehingga RM5,000 dan hukum sebat sehingga enam rotan.
4. Mengikut suatu pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1988, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-mahkamah Bawahan tidak mempunyai kuasa kehakiman ke atas perkara-perkara yang telah menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.
5. Undang-undang HUDUD tidak diamalkan di Malaysia.
Dinyatakan juga bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad.
1. Bidang kuasa sivil meliputi:
a) Perkahwinan.
b) Penceraian.
c) Nafkah anak dan isteri.
d) Pewarisan harta.
2. Bidang kuasa jenayah meliputi:
a) Kesalahan matrimoni seperti tidak taat kepada suami.
b) Kesalahan hubungan seks seperti persetubuhan haram, berkhalwat dan pelacuran.
c) Kesalahan minuman keras seperti menjual dan meminum arak.
d) Kesalahan keimanan seperti tidak solat Jumaat, tidak berpuasa atau tidak membayar zakat.
e) Kesalahan pertukaran agama seperti tidak mendaftarkan masuk atau keluarnya daripada Islam.
f) Kesalahan berhubungan dengan perjudian.

Fakta-fakta ini jelas sekali menunjukkan bahawa Islam di Malaysia adalah Islam diperintah dan bukan Islam yang memerintah. Di sinilah terletak kesedihan kita yang amat sangat kerana hukum-hakam Islam belum lagi didaulatkan di bumi Malaysia.

Sehubungan itu, sejajar dengan ajakan Tuan Guru, marilah bersama-sama kita berdoa semoga pembesar dan pemimpin negara kita akan terbuka hati mereka untuk mendaulatkan hukum-hakam Allah.

Jika sejarah telah membuktikan apabila Raja-Raja Melayu memeluk Islam, rakyat akan berbondong-bondong mengikutinya, maka hari ini diharapkan apabila pembesar dan pemimpin negara terbuka hati untuk mendaulatkan hukum-hakam Islam, insya-Allah seluruh negara akan mengikuti dan insya-Allah rahmat Allah akan menyirami bumi bertuah ini! Amin...Ya Rabbal Alamin.

1 COMMENTS:

Singgah abbebakar said...
Salam.
Tuan yang dihormati,
Saya yang selalu mengikuti tulisan tuan dimana-mana ada kesempatan, berkeyakinan bahawa tuan seperti saya tidak mendapat didikan Islam secara formal. Tentunya sebagai seorang Islam, kita tidak buta tentang addin yang kita anuti. Kalau kita "kaki masjid", antara Mahgrib-Isyak saban malam kita dapat mengikuti pengajaran walaupun hanya sebagai pendengar atau sesekali terlena juga. Kalau rajin kita boleh menjarah masjid untuk memilih guru atau kandungan pengajaran yang disampaikan terutama bila mana kitab lama yang dibaca itu telah beberapa kali khatam.
Saya membawa persolan ini bila memikirkan kandungan, method dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang tak pernah berubah dari pengalaman saya yang dah berumur lebih setengah abad. Keadaan ini pada saya amat berkait rapat dengan dominasi ke atas masjid oleh segolongan yang meletakkan diri mereka dalam kelasnya yang tersendiri. Selain kelompok ini (mungkin orang muda muak dengan mereka kot), pihak berkuasa juga terlalu menyekat campur tangan orang luar dari kelompok ini selain membataskan fungsi masjid itu sendiri. Sebagai contoh, jika ada anak muda yang ada suara ala Mawi untuk sesekali melaungkan azan, ada setengah Jawatankuasa masjid tidak membenarkannya.
Begitu pula dengan ramai lulusan agama, dari luar atau dalam negara, tidak mendapat kesempatan yang baik untuk menyampaikan kuliah mereka dengan pendekatan yang mungkin lebih segar dan menarik? Lalu golongan ini selalunya mencari alternatif lain dengan membuka tempat-tempat pengajaran bukan di masjid seperti disurau-surau, markaz-markaz atau pusat-pusat tarbiah yang dibina secara persendirian. Lecehnya, tempat-tempat ini selalunya dipandang seorang oleh segolongan umat Islam terutama pak lebai dan orang-orang penting disesebuah kampung itu. Tuan juga barangkali amat menyadari keadaan ini bilamana terdapat perbezaan aliran pendapat dan pandangan dua pihak.
Jadinya, saya amat mengkagumi usaha dan hasrat tuan untuk mempelbagaikan penyampaian dakwah terutama melalui ICT. Paling megembirakan saya ialah bila tuan memberi sumbag saran supaya dakwah itu menjadi kewajiban setiap muslim termasuk tuan dan juga saya. Amat sediah tuan bila setengah yang balik dari luar negara dengan gelaran ustaz, ilmu agama penuh didada tapi tidak terlibat dengan masyarakat disebabkan peraturan sosial yang tidak dilembagkan di kampung-kampung dikebanyakan kawasan dalam negara kita pada hari ini.
Wassallam.

Fikir-fikirkanlah 'Dacing Akhirat'


Beberapa hari menjelang pilihan raya 8 Mac lalu, dacing mengamuk sakan. Dacing berada di mana-mana. Dacing mendominasi ruang dan tempat. Tengok kiri dacing, tengok kanan dacing. Tengok depan dacing. Dacing berimbang atas kayu ini sudah ketinggalan zaman - orang sekarang pakai dacing elektronik atau dacing ada muka. Tetapi kenapa dacing 'kuno' ini membiak subur akhir-akhir ini?

Subuh-subuh buta, keluar saja dari rumah untuk ke masjid, sudah nampak dacing. Malah dalam rumah pun, ceritanya tidak lain daripada dacing, dacing dan dacing. Radio cakap pasal kebaikan dacing. TV pun cakap pasal dacing. Malah apabila membuka saja komputer, lambang dacing tertera di skrinnya.

Bermotosikal untuk ke tempat kerja, sepanjang laluan nampak ribuan dacing. Di tepi sekolah, di tembok masjid ada dacing. Batang pokok pun tak selamat daripada ditampal dacing.

Sebut saja dacing, tidak salah untuk kuncu-kuncu pejuang dacing ini pasang lambang di bangunan awam, malah billboard (iklan besar di tepi jalan raya) juga terpampang gambar pemimpin dacing.

Beli akhbar dan baca berita, hampir semuanya pasal dacing. Ada iklan dacing. Pendeknya, di mana-mana saja ada dacing. Cerita akhbar, TV dan sebagainya berkisar kepada dua perkara saja. Satu dacing baik. Kedua, yang selain dacing, semuanya jahat-jahat belaka.

Kerana terlalu banyak dacing dan dikelilingi dacing, penulis cuba memahaminya dari sudut sosio-budaya orang Melayu. Dalam hidup bermasyarakat, atau norma manusia bertamadun, seseorang itu tidak boleh menilai dirinya sendiri. Dalam masyarakat Melayu, kerana ketelitian bangsa ini, ada satu peribahasa menyebut 'masuk bakul angkat sendiri'.

Sekarang BN masuk dacing, selepas itu angkat sendiri. Sebab itu apabila harga barangan keperluan atau harga minyak naik, orang yang masuk bakul ini (dacing) akan berkata 'kenaikan ini tidak membebankan'.

Mana ada beban, dia sendiri sudah masuk dalam bakul. Yang menanggung beban adalah orang di luar bakul (luar dacing). Orang dalam dacing, semuanya kata tidak membebankan. Betullah tu, sebab dia berfikir dalam timbangan dacing. Macam ikan busuk atau ayam pencen sudah masuk dacing, takkan boleh menjerit, aku beratlah!

Memang hebat fikiran orang Melayu dulu. Mereka mencipta simpulan bahasa, peribahasa yang cantik-cantik itu sebagai iktibar untuk orang kemudian. Orang Melayu dacing tidak faham kecantikan dan keindahan bahasa Melayu. Sebab itu mereka menginggeriskan Sains dan Matematik.

Berbalik kita kepada peribahasa 'masuk bakul angkat sendiri'. Adalah norma dalam masyarakat, seseorang yang jahat tidak akan berkata dia jahat. Seorang pencuri tidak akan berkata dia pencuri.

Seorang penyamun tidak akan mengaku dirinya penyamun. Sebaliknya apabila berlaku sesuatu kecurian dalam sesebuah kampung, si pencuri yang terperangkap akan menjerit, mengejar orang lain dengan mengatakan orang lain sebagai pencuri.

Apa yang berlaku sepanjang zaman, seorang penyamun akan pura-pura buat baik bagi menutup 'kepenyamumannya'. Orang puasa dia puasa. Orang raya dia pun raya. Orang bayar zakat fitrah, dia pun bayar zakat fitrah. Orang naik haji, dia pun naik haji. Itulah penyamun tarbus namanya. Banyak filem sudah dibuat mengenai hal ini. Jadi apa nak dihairankan jika penyamun tarbus dacing mengaku dia terbaik di dunia ini.

Dalam masyarakat Melayu, adalah pelik seseorang itu mengaku dia baik. Orang Melayu ini pemalu. Orang Melayu yang baik tidak mendabik dada dia baik. Sebab baik itu adalah penilaian orang.

Apabila seseorang itu mengaku dia baik atau mengiklankan bahawa dia baik, tentulah ada yang tidak kena dengan dirinya. Apabila orang mendakwa dia baik, hampir pasti dia tidak baik atau ada 'wayarnya putus' (short-cicuit).

Orang Melayu halus dalam budi bicaranya. Ada yang gemar bercakap 'cara kebalikan' (reverse). Apabila seseorang anak terjatuh kerana memanjat pokok, bapanya akan berkata, "panjat, panjat, panjat lagi", tetapi hakikatnya si bapa tadi tidak mahu si anak memanjat pokok lagi. Demikian betapa hebatnya orang Melayu berbahasa!

Tetapi apa yang dacing sudah buat? Dacing mengiklankan dia hebat! Kalau digunakan pendekatan 'reverse' tadi, hakikatnya dacing itu tidaklah hebat. Kalau dacing kata PENDIDIKAN PERCUMA, ia bermaksud PENDIDIKAN TIDAK PERCUMA.

Tanyalah mana-mana ibu bapa yang ada anak di sekolah. Mana ada pendidikan 'free'. Bagi seorang anak, kos ke sekolah rendah pada penggal baru lalu adalah antara RM100-RM300. Anak sekolah menengah pula (asrama) kosnya antara RM500-RM1,000. Betul buku teks adalah 'free', tetapi janganlah berbohong menyatakan pendidikan 'free'.

Dacing memang suka cakap 'reverse'. Katanya jangan berpolitik di bangunan sekolah, masjid dan tempat awam lain. Tetapi dia buat. Katanya, jangan hasut rakyat, dia yang mempropaganda rakyat. Mana tidaknya, buka saja radio atau TV, akan terdengarlah dakyah murahan..."Kerajaan dacing telah buat itu, telah buat ini...kejayaan sana, kejayaan sini...cemerlang, gemilang, terbilang..."

Kalau dacing telah buat semuanya, orang lain selama ini buat apa? Selepas itu dibilang pula, "pembangkang huru-hara...rakyat tidak selamat...bla,bla." Demikiannya kerja dacing siang dan malam. Petugas penyiaran, wartawan yang mengaku beriman, tidak takut dosakah berbohong menyatakan dacing baik-baik saja?

Akhir sekali dengarlah nasihat terakhir yang terbaik mengenai hal ehwal dacing ini. Dacing dunia ini lazimlah sifatnya tidak dapat diadili. Kuasa, pangkat dan duit boleh membeli dunia ini. Bolehlah masuk bakul (dacing), angkat sendiri. Tetapi semua mahu ingat ada satu lagi dacing yang timbangannya MAHA TEPAT. Itulah dacing akhirat. Ketika diadili dacing ini, TIDAK BOLEH LAGI MASUK BAKUL (DACING) ANGKAT SENDIRI!

Ingatlah masa manusia itu hanya ada tiga - SEMALAM, HARI INI dan ESOK. Semalam adalah sejarah. Hari ini buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Esok (termasuk tanggal 8 Mac) belum tentu. Entah-entah esok sudah berada di alam barzakh. Jadi usahlah difikirkan sangat dacing di dunia ini, fikirkanlah dacing di sana. Itulah jalan selamat di dunia dan akhirat.