Rabu, 20 Jun 2012

Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute



kawan1 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
Semua orang ade kawan baik kan?? Tak kira la dulu korang ni pernah bermusuh ataupun gaduh-gaduh…Tengok-tengok korang dah jadi kawan baik…hehe. Macam tak logik je kan??
p/s:Selamat hari minggu semua. Minggu ni semua orang macam busy skit kan…hu??
kawan2 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan3 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan4 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan5 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan6 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan7 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan8 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan9 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan10 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan11 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan12 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan13 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan14 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan15 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan16 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan17 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan18 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan19 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan20 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan21 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan22 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
kawan23 Bila Kita ada Kawan Baik yang Cute
cute betol la..hehe...

Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan


rumahkubur1 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
Hurm, kesiannye tengok diorang ni. Agaknya miskin sangat sampai kene duduk kat kat kawasan perkuburan…ish,ish. Hidup kat kubur, mati pun kat kubur…hurm
rumahkubur2 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
jadi playground budak-budak
rumahkubur3 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
Karaoke pun boleh la
rumahkubur4 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
Dari yang kecik sampai ke tua, semua suke duduk situ
rumahkubur6 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
Siap main-main dengan tengkorak plak tu…cantekkk
rumahkubur7 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
Nak alihkan mayat ke tu???
rumahkubur8 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
Rak Tv disediakan
rumahkubur9 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
Port berjudi pun ade
rumahkubur10 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
Hurm, tak tahu la nak cakap ape..huhu
rumahkubur11 Komuniti yang tinggal di Kawasan Perkuburan
kalau la betul ade..memang kesian...

Sungai suci di India.


Hye kepada semua! kita kembali bersiaran langsung dari india lagi. Hahaha. Aku tak tau ini siri apa. Sudah tiga post berkaitan dengan negara india. Jangan fikir aku ni terlalu bersifat perkauman ye. Aku sekadar ingin berkongsi apa yang menarik je.. terpulang bagaimana anda nak menerimanya. Kalini tak sama macam post yang sebelum ni yang bersifat serabut..yang ini lebih teratur dan kemas kan? Tengok gambar yang tersusun rapi di bawah, anda nak tengok dengan jelas? klik la kalau berani.. berani klik, berani tanggung. Jangan sampai muntah – muntah sudah la ek.
Berkaitan gambar di bawah, ia adalah kawasan Sungai Gangga. Bagi mereka yang baeragama hindu, sungai tersebut adalah sungai suci. Gambar di bawah adalah permandangan sebenar di kawasan tersebut. Suasana dalam cerita hindustan yang anda tonton selama ni mungkin nampak berlainan dengan gambar di bawah.
Sekian. Enjoy!

10 Wanita Terkejam Didunia


Kat sni ade bebebrapa list pembunuh wanita paling kejam yang pernah tercatat dalam sejarah. Muka je nampak baik tapi hati kejam, tade perasaaan perikemanusiaan langsung.hu
pembunuh1 10 Wanita Terkejam Didunia
1. Jiang Qing 1914 – 1991
Jiang Qing adalah isteri kpd Mao Tse-tung seorang diktator komunis di China. Kerana kepintarannya menyusun gerakan dia mendapatkan posisi yang paling berkuasa didalam parti komunis (berkuasa seperti Presiden). Dipercayai bahawa dialah dalang disebalik Revolusi Budaya Cina (dimana dia menjadi wakil pemimpin). Jutaan orang di Cina dilaporkan mengalami penyeksaan hak-hak asasi selama Revolusi Budaya. Jutaan yg lain juga dipecat secara paksa. Jumlah korban kematian, baik dari orang barat dan orang timur sekitar 500.000 dalam kekacauan pada tahun 1966-1969 tetapi perkiraan tersebut naik menjadi 3 juta dari 36 juta orang yang dianiaya.
pembunuh2 10 Wanita Terkejam Didunia
2. Elizabeth I of England 1533 – 1603
Korban : ribuan orang
Elizabeth I, dalam perintahan untuk menindas fahaman Katolik, ribuan penganut Katolik di Inggeris dibunuh. Selama dia melakukan hal-hal baik untuk kehormatan parlimen, dia juga merupakan raja yang kejam. Sebagai tambahan, Elizabeth memberikan Queen Mary of Scots tempat perlindungan, lalu tiba-tiba mengkhianatinya dan meletakkan dia didalam penjara selama hamper 19 tahun, lalu membunuh dia. Dia menganjurkan perompakan melawan kapal-kapal Sepanyol dan mendalangi penukaran budak.
pembunuh3 10 Wanita Terkejam Didunia
3. Elena Ceau?escu 1916 – 1989
Korban : penghapusan etnik
Elena Ceau?escu merupakan orang Romania yang menyatakan diri sebagai ilmuwan, isteri dari pemimpin komunis Romania Nicolae Ceau?escu, dan wakil perdana menteri Romania. Romania menyatakan bahwa Elena Ceau?escu bertanggungjawab atas pembebasan dari kontrol kelahiran yang mencipta krisis dari tahun 1970-1980an, menghasilkan kebanjiran bayi yang tidak diinginkan. Bayi-bayi, dan anak-anak tersebut akhirnya tinggal di tempat yatim piatu. Dia juga mengetuai komisi kesihatan lingkungan, dimana dia menyangkal adanya AIDS di Romania, yang merupakan salah satu kuasa paling besar didunia barat. Dia juga bertanggungjawab atas kehancuran gereja-gereja dan pendistribusian makanan yang pada tahun 1980an terletak di Romania. Dia akhirnya dihukum bunuh atas kejahatannya yang melawan kemanusiaan dan semasa hukumannya berlangsung, dia berteriak “pergilah ke neraka” ketika itu.
pembunuh4 10 Wanita Terkejam Didunia
4. Phoolan Devi 1963 – 2001
Korban : 22 org lebih
Phoolan Devi adalan dacoit India (perompak bersenjata) yang mempunyai karier singkat sebagai ahli politik. Pada 1970an dia diculik dia akhirnya bergabung dengan mereka untuk melakukan kejahatan. Pada satu saat dia diperkosa oleh sekumpulan laki-laki di Behmai. Dia memilih untuk lari dan meneruskan hidupnya untuk melakukan kejahatan, merompakk dari orang-orang kaya. Lalu dia akhirnya kembali ke Behmai dan dia memerintahkan semua lelaki untuk berbaris dan menembak mereka semua. Paling tidak sekitar 22 laki-laki terbunuh. Lalu dia akhirnya ditangkap dan menghabiskan 11 tahun penjara. Dia masuk kedalam dunia politik, tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana adanya pemberontakkan. Secara mengejutkan, tahun 1998, Phoolan Devi dinominasikan untuk mendapatkan penghargaan Nobel oleh beberapa anggota parlimen Inggeris. Pada tahun 2001, dia dibunuh oleh seorang lelaki dalam usaha balas dendam atas pembunuhan yang ia lakukan di Behmai.
pembunuh5 10 Wanita Terkejam Didunia
5. Rosemary West 1953
Korban : 12 org
Bersama suaminya Fred, Rosemary West dipercaya telah menyeksa dan membunuh 12 wanita muda. Pada ogos 1992 Fred West ditangkap setelah tertuduh memperkosa anaknya yang berumur 13 tahun sebanyak 3 kali, dan Rosemary West ditangkap atas kekejaman terhadap anak. West mengembangkan kebiasaan untuk mengambil anak-anak perempuan dari perhentian bas disekitar Gloucester, Inggeris dan memenjarakan mereka dirumah mereka untuk beberapa hari sebelum membunuhnya. West mempunyai nafsu seks yang besar sekali dan menikmati perkosaan secara ekstrem dan seks sadomasocithistic. Rosemary adalah seorang biseksual dan banyak mangsa mereka menjadi korban-korban untuk kepuasan seks dia dan suaminya. West juga bekerja sebagai pelacur. Dua dari anak mereka adalah anak dari kliennya. West adalah salah satu dari hanya dua wanita yang pernah dihukum mati dipenjara di UK (yang lainnya adalah Myra Hindley yang sudah meninggal saat ini)
pembunuh6 10 Wanita Terkejam Didunia
6. Delphine LaLaurie 1775 – 1842
Korban : 10 org lebih
LaLaurie adalah kaum sosialis yang kejam yang tinggal di New Orleans. Rumahnya adalah ruangan yang penuh dengan keseraman. Pada 10 April 1834, kebakaran terjadi di dapur dan org ramai yg cuba memadamkan kebakaran menemui 2 budak yang dirantai pada dapur, dimana diyakini merekalah yang memulakan kebakaran untuk mendapatkan perhatian. org2 tadi dipandu oleh budak yang lain menuju ke loteng dimana terdapat benda yang lebih mengejutkan. Lebih dari satu dozen budak cacat terbelenggu di tembok atau lantai. Beberapa menjadi subjek untuk percubaan ubat yang mengerikan. Seorang laki-laki terlihat sebagai bagian pertukaran seks yang ganjil, seorang wanita terjebak di kandang yang kecil dengan lengannya yang rosak dan wanita lainnya tanpa tangan dan kaki, dan adanya timbunan daging pada dirinya agar terlihat seperti ulat bulu. Beberapa mulutnya dijahit dan kelaparan sampai mati, yang lainnya lagi tangannya dijahit dengan bahagian badan yang lainnya. Kebanyakan ditemui mati, tetapi beberapa masih hidup dan beberapa meminta untuk dibunuh agar tidak menderita lagi. LaLaurie lari sebelum dia dihakimi dan dia tidak pernah tertangkap.
pembunuh7 10 Wanita Terkejam Didunia
7. Marybeth Tinning 1942
Korban : 9 org
Antara tahun 1972 dan 1985, Tinning mempunyai 8 anak, dimana semuanya dibunuh termasuk anak angkatnya Selama waktu kematian, tidak ada satupun yang curiga bahawa dia membunuh mereka, dan justeru menyalahkan kelainan genetic. Hal ini terjadi walaupun anak angkatnya adalah anak ketujuh yang dibunuh. Dia mengaku bahawa dia mencekik anak-anaknya, tetapi kemudian dia menarik kembali pengakuan itu. Dia dihukum 20 tahun penjara, dan kedua permintaan pembebasan bersyarat ditolak.
pembunuh8 10 Wanita Terkejam Didunia
8. Dorothea Puente 1929
Dorothy Puente adalah wanita tua yang menjalankan perniagaan rumah sewa. Selama dia menjalankan perniagaan ini, dia telah perlahan-lahan membunuh orang-orang yang tinggal bersamanya dan memalsukan tanda tangan mereka untuk pemeriksaan kesihatan. Dia tidak mengizinkan penyewa-penyewa itu untuk menggunakan telefon atau surat. Dia akan mengambil semua wang yang dikirim untuk para penyewa itu dan menyimpannya untuk dirinya sendiri. Para korbannya biasanya sedang mabuk, dan menderita schizophrenia. Salah satu mayat yang ditemui dikebun belakang, ditemukan tanpa kepala, lengan, dan kaki. wang yang dicuri, dipakai untuk pakaian-pakaian mewah, perfume dan operasi penegangan kulit muka sebelum sebelum dia tertangkap. Puente tidak memperlihatkan kekesalan yang dalam atas kejahatan yang dia lakukan dan saat ini dia berada dipenjara dengan hukuman seumur hidup.
pembunuh9 10 Wanita Terkejam Didunia
9. Karla Homolka 1970
Korban : 3 (disyaki ada 5 org lainnya)
Karla Homolka adalah pembunuh bersiri dari Kanada yang menarik perhatian media diseluruh dunia ketika dihukum kerana membantu suaminya, Paul Bernardo untuk memperkosa dan membunuh gadis-gadis remaja, termasuk juga adiknya sendiri Tammy Homolka. Karla merakam segala perbuatan dan pembunuhan gadis muda yang dilakukan oleh suaminya, rakaman video ini digunakan sebagai bukti mereka dipengadilan dan beberapa bahagian dapat disaksikan diinternet walaupun kerajaan Kanada meminta agar video itu dihapuskan. Yang lebih mengejutkan lagi, Homolka dibebaskan dari penjara pada tahun 2005 setelah hanya dihukum 12 tahun dan sekarang hidup di West Indies
pembunuh10 10 Wanita Terkejam Didunia
10. Williamina “Minnie” Dean 1844 – 1895
Korban: 3 org
Minnie Dean adalah satu-satunya wanita yang dihukum bunuh dalam sejarah New Zealand. Dia dihukum bunuh dengan tali gantung. DIsebalik menyelamatkan gadis muda yang miskin, wanita iblis ini membunuh anak mereka dan mengambil wang mereka untuk meningkatkan gaya hidupnya. Pada waktu itu, wanita muda yang hamil tanpa suami dijauhi oleh masyarakat. Hal ini memunculkan suatu kejadian phenomena yang disebut “baby farming” dimana orang akan menjadi sukarela untuk mengambil anak mereka dan membesarkan mereka dengan gaji dari kerajaan. Dean adalah salah seorang pengasuh, tetapi daripada membesarkan anak-anak itu, dia membunuh mereka ketika ada kesempatan dan mengambil gaji itu. Hal ini sangat memungkinkan dilakukan kerana pengasuh tidak wajib mendaftar sesuai hukum. Dalam banyak kes, anak-anak itu lenyap di rumah pengasuh ini. Dean membunuh paling tidak 3 anak tetapi banyak orang yang mengesyaki dia membunuh lebih dari itu. Saat ini, tulang dari 3 anak itu disimpan didalam muzium New Zealand.
Kejam btul...

Keajaiban Allah Di 2nd Link JB-Singapore


awan1 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore
Keajaiban di 2nd Link Johor baharu- Storm Formation in Malaysia. Bukan senang kita nak tengok pembentukkan awan yang macam ni. Ni lah kuasa Allah SWT.
Ada yang bagitahu:
ini fenomena yang biasa, terutamanya di tempat-tempat seperti laut, fenomena tersebut sering disalah ertikan dengan ribut taufan, perkara tersebut hnya berlaku jika wujudnya faktor2 seperti angin kencang + air, ole itu fenomena ini hnya berlaku di kawasan laut, & tidk akn ke darat
awan2 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore
awan3 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore
awan4 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore
awan5 Keajaiban Allah Di 2nd Link JB Singapore
Tkut nye..La hau la wala quwataillah.billah hil azim..semoga tkde pape buruk yg tejadi..cube kalau ade puting beliung saat ni hbs la....Nauzubllah

Kepala Babi dalam Surau UM


babi1 Kepala Babi dalam Surau UM
Kepala babi di surau UM
babi2 Kepala Babi dalam Surau UM
Ya allah sape punye keje ni. Sedih betul aku tengok kejadian ni. Ape la motif orang tu letak kepala babi ni?? Letak kat rumah Allah pulak tu… Hurm bawak-bawak la bertaubat.
Apa makna ini semua.Ini dah lebih. Babi adalah simbol penghinaan untuk orang melayu dan islam. Dah la babi, letak kat surau pulak tu.. HOW DARE YOU…

Pencarian lailatul qadar


KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadan yang dirindui oleh para kekasih Allah SWT. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadan yang menandakan Ramadan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.
Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada.
Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya.
Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.
Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadan dan Aidil Fitri yang belum selesai.
Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadan yang sedang kita lalui ini.
Keutamaan lailatul qadar
Keutamaan utama hari-hari terakhir Ramadan ini berputar sekitar pemburuan mendapatkan keutamaan lailatul qadar.
Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.
Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah SWT yang ‘haram’ dilepaskan.
Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.
Benarlah pesan Rasulullah SAW bahawa,
“Sesiapa yang diharamkan mendapat kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah diharamkan. (daripada mendapat segala kebaikan)”.
Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.
Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang.
Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama lailatul qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.
Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut.
Oleh itu memburu lailatul qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah SWT kepada kita.
Mendapatkan lailatul qadar
Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha.
Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.
Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan.
Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya.
Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan.
Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.
Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan lailatul qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.
Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto’ misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa,
“Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)”.
Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan lailatul qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut.
Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan lailatul qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadan.
Semoga Allah menjauhkan diri kita dan mereka yang bersama kita daripada tergolong dalam golongan yang lalai.
Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi SAW untuk lailatul qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini,
Allahumma innaka ‘Afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘nniy yang maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku”.
Walaupun pintu untuk kita menghayati lailatul qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam.
Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati lailatul qadar.
Menghantar Pulang Tetamu Agung
Ramadan, tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun tetap akan pergi meninggalkan kita sedikit masa lagi.
Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.
Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah serta berharap agar bertemu lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah SWT selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah SWT menerima amalan mereka di bulan Ramadan yang berlalu.
Semoga Allah mengurniakan kita himmah yang tinggi dalam beragama seumpama mereka. Marilah kita menghantar pulang Ramadan kali ini hingga ke ‘hujung desa’. Ibarat menjamah juadah yang paling kita gemari, janganlah kita tinggalkan Ramadan kali ini bersisa sedikitpun.
Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal larian hanya untuk lemah-lesu ketika menuju garisan penamat. Marilah kita rebut setiap ketika yang berbaki di bulan Ramadan kali ini dan mengisinya dengan sebaik mungkin.
Sesungguhnya La hawla wala quwwata illa billah al-’Aliyyil ‘Adzim yang maksudnya,
“Tiada daya (menghindari maksiat) dan tiada kekuatan (melakukan ketaatan) melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”.