Selasa, 19 Jun 2012

11 Fatwa Yahudi Orthodoks


Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.
Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV
Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.
Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.
Bagi membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV.
Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi
Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.
Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.
Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.
Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.
Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.
Kempen ini bermula pada Julai 1990.
Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan
Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.
Lelaki- wajib memakai baju berlengan panjang
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan
  
Perempuan- Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.
Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka.
Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat
Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.
Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.
Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.
(Chomotarium = rumah pembakaran mayat)
Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera
Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni.
Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai
Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.
Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.
Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam.
Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera
Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.
Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.
Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.
Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.
Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian internet.
Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas.
Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player
Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.
Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.
Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka.
Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka
Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.
Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing.
Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel
Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa.
Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian
Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.
Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.
Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.
Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.
Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar.
Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.
Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser.
Kesimpulan
Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan benci kepada Islam.
Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam secara senyap-senyap.
Wallahu’alam…

Segitiga Bermuda masih misteri selepas 500 tahun


Nuffnang Ads
KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri.

Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.

Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jetGrumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Marinerditerbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcaryang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini danMcDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.

Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes - ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.

Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

Kisah hidupku Part 2


Alhamdulillah,di beri lagi kesempatan berjumpe n bertemu pd bab yg kedua,terima kasih banyak2 selama ni pd semua yg menyokong Dayana dan sekeluarga..Macam2 yg jd lately nih..KLon tk habis2,kutuk mengutuk n sebagainye..tp inilah yg harus di bayar demi bergelar seorg ank seni..Thanks pada yg terus mempertahankan keluarga kami..Sesungguhnye hanya Allah saje yg bisa membals segala perbuatan baik anda,Apelah sgt jika dibandingkan dgn ramai lg yg masalhnye jauh lg teruk dr kami..setakat mcm ni..biasalah..hujung kuku je..Berbalik pd story i..untuk bab kedua ni ,nikmatilah..Khas untuk u all semua..

Hari2 yg mengembirakan bile hendak menjejak kaki ke sekolah menengah,terlalu ramai kawan2 yg baru..banyak subjek yg kena belajar,,tingkatan satu tk berapa aktif sgt..biasala budak baru nk di kenali..masuk tingkatan 2 je mule la bergiat blk dalam sukan n menyanyi..mcm biasa la..menyanyi dh jd sebahagian dr aktiviti..mule2 nasyid,Nyanyian solo peringkt Negeri..tp masa tu mcm tk berapa fanatik la nyanyi ni.Yg paling suke sgt sukan la..tu memang fanatik habis..masa tu i tinggal di asrama..Asrama tu namanya asrama putri..kalau sebut je psl asrama,semua pon tau kan,banyak cite2 seram..normally, semua sekolah mengalami cerita seram kt asrama ni..tkpe..kite bukak bab tu jap lg..hehe2..nanti ade lak yg kecut perut kang..

Yang paling tk boleh lupe sukan merentas desa..,kalau merentas desa maklumla,mesti keliling2 kampung,lalu ikut jalan2 batu,tepi bukit2..memang syok sgt..tp yg paling lucu bile lari tu kalau org lari btul2,tp i ni nakal sikit..i pegi naik basikal kawan i yg tk pegi sukan so cepatla sampai..kadang2 bile sampai awl siap singgah makan meehun sup lg..masa dulu ade kedai2 kt tepi2 sekolah jual mee,meehun sup perut bulat..best sgt..beli megie yg 5 sen tu,masukkan sekali dalam sup tu..tuang cuka ngan sambal banyak2 fuhhh....best beb..meleleh..hehe2..tu la makanan paberet i masa sekolah dulu..sama mcm sekolah rendah jugak..kalau sukan still no 1 kat sekolah tu..acara balapan i masuk 100 mtr,200,400,800,4x100,4x200,4x400 n 4x800,kalau acara padang lak i masuk Bola baling,tp dek kerana i ni aktif sgt,ckgu i nk semua sukan i main,,yg paling tk mint bola jaring..sorry to say la..coz masa sekolah2 dulu i ni mcm tomboy skit..memang lasak gile,pokok rambutan yg tinggi2 tu i boleh panjat sambil pejam mata je.

.Hoki,bola tampar,tu pon main mcm kena paksa..tp kena paksa2 pon sampai ke peringkt daerah jugk la main Hoki n bola jaring..i pernah jd coach untuk bola baling n bola jaring,selalu di gandingkan antara peserta2 sukan campuran sekolah2 untuk pertandingan peringkat negeri.paling tk bleh lupe bile kayu hoki tu kena betis ni..adess..sakit beb..huaaaaa...cube bayangkan bile menang ,berapa pingt2 yg boleh..as my adik ckp la..pingt2 tu banyak, sampaikan dieorg boleh buat main game2 kat umah..sape menang bg hadiah gune pingat tu..Kalau menyanyi jgn la nk kata,,kt sekolah tu i je la..sampai peringkat negeri..mcm sekolah rendah jgk,cume senario je la berbeza..

Tp tu la..walau pon i ni aktif kat sekolah,i ni agk nakal skit..kalau budak2 kt sekolah i tu tau la yg i ni mcm gangster skit, ye la..kite dh aktif,budak2 ramai yg dengki..kalau bertumbuk tk main la pompuan,tumbuk ngan budak laki saje..hehe2..sampaikan kalau jeling budak pompuan yg kaki dengki ni memang tkut..pernah ade sorang budak ni buat mulut i pernah masuk dalam kelas die..ckgu ingt kan nk datang panggil budak untuk aktiviti sukan..sekali i lempang die tengah2 org ramai,sampai ckgu pon nganga..terkejut..sudah lempang i terus keluar kelas..hehe2..pastu dengar la ckgu disiplin panggil i..tp yg bgsnye ckgu disiplin tu my mum best frend.,..ckgu cakap ape.".kalau kau nk pukul ke ape ke lantak lah..aku bg lesen"..hehe2..sinidir ke ape ke tk tau lah..kalau perhimpunan asyik turun naik ambik sijil je.

Bulan puasa yg tk boleh lupe,duduk asrama la kenangan yg paling best..Asrama tu bukan kire puasa tk puasa..tetap jgk berhantu..Org dulu2 kata tapak asrama tu tapak jepun pancung kepala..kalau mlm2 kiteorg akn jalan naik ke musalla untuk sembahyang tarawih,semua pelajar di wajibkan pergi kecuali yg uzur ..tengah2 perjalanan tu ade sebuah rumah tinggal,rumah tu plak memang berhantu gile2 ...kalau kite kata bulan puasa mane ade hantu,tp i pon tk faham ape sebenanye..ade satu mlm,masa tu tgh uzur,,tgh sedap2 siapkan keje sekolah n ape yg ptut,..tengah2 study tu,terasa meremang je bulu roma,,,tak tau kenapa..ade kawan sorang ni soh teman die naik ambik buku kat ats..masa tu 5 org je yg ade dalam asrama tu..kiteorg belaja mcm biasa la kt bawah,ats plak tempat tidur..naik la ngan kawan tu sebelah ats..tibe2 tepandang satu susuk berwarna putih ngan rambut panjang tengah ngadap ke almari...kawan i terus je meraung..kuat sgt meraung sampai tk sedar diri,rupe2 kawan i tu dh kena sampuk..seb baik la i masa tu bukan penakut sgt..tkut tu ade tp tkdelah takut gile2..cepat2 i pegi lari rumah warden,Warden tu pegi panggil ustaz untuk ubat kawan i tu..memang kecoh asrama mlm tu...menakutkan..mlm tu asrama lelaki pon kena usik,ade budak nampak kepala je melayang2..bahaya btul la..ade budk yg tk tahan keluar asrama,macam2 la..kalau tidur tu memang dekat2 je..tkde nk berani2 jauh2 duduk n buang air sorang2 mlm2..tp memang best bile nk di kenang kan blk..kalau kt kelantan bile puasa mcm2 hidangan yg kite boleh makan..yg pastinye semuanya sedap2 blaka..

Semakin remaja,semakin banyak yg di lalui,semua suka duka kt sekolah,kt kampung,dan yg pastinye kenangan yg tkkan dapt dilupakan sampai bile2.Tk boleh lupe bile belaja silat ngan Arwah datuk.Atuk ni memang handal dalam seni mempertahankan diri,rugi la kalau lepaskan peluang belaja silat..kalau belaja silat ngan atuk,atuk pukul betul2..sampai lebam2 badan ni..tp enjoy n seronok..kalau adik2 tk dengar kata, ade la yg kena silat nanti..hehe2..Rumah plak di kelilingi oleh kebun2,belakang rmh plak ,ade sungai yg menghubungkan ke sungai kelantan,Kalau nk cakap seram rumah yg i duduk lg seram..kalau nk tau kisah selanjutnye jgn lupe baca bab yg ketiga..ade kisah yg menyayat hati n serrammmm yg akn di kongsi bersama....so tunggggggggggggu

Petua Memanfaatkan Surah Al-Fatihah


Petua dan tips daripada Dr.Fatma..

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep. *utk memohon supaya Allah mencukupkan rezeki kita,bacalah surah al-fatihah 28 kali selepas masuk waktu isyak..

2. For terminal diseases: * Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain: * Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time: * Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door * Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:

* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions. Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):
* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat * lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita * Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut. Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:

Untuk awet muda both internal & external.

1.Zikir - Baca " Ya Badiyah " 1 x " Ya Nur " 1 x " Ya Hadi " 1 x " Ya Allah " 3 x Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud


Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m' 

Tafsirannya: 
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, 
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana 
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam 
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama 
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, 
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. 
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan 
ahad.) sebanyak 3 kali. 

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. 
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah 
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat 
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan 
membantu kita menjawab persoalan kubur. 

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar 
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan 
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab 
salam malaikat itu. 

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya 
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak 
Allah di langit dan di bumi. 

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah 
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah 
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad 
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita 
sehari. 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, 
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan 
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian 
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul 
Qurthuby). 

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara 
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang 
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan 
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.. 

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali 
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya 
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab 
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. 

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. 
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama 
dengan membaca 30 jus Al-Quran. 

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. 

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu 
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. 

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, 
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah 
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. 

Sabda Rasulullah SAW lagi: 

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di 
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, 
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan 
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. 

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali 
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke 
jumaat yang berikiutnya. 

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak 
mengalami apa-apa kesusahan.

-HIDUP SESUDAH MATI...RENUNGAN DAN IKTIBAR-


Orang-orang yang beriman harus senantiasa beramal sebagai persiapan akhirat, dan jangan terpengaruh orang-orang
kafir yang selalu memikirkan dunia.


Manusia terbagi menjadi tiga bagian besar;

1.Beriman/percaya dan yakin akan adanya hidup sesudah mati.
2.Orang kafir yang tidak percaya akan hidup sesudah mati.
3.Orang munafiq yang mengaku percaya, tapi tidak percaya.

Dalil golongan pertama:
"Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah
diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya kehidupan akhirat." (Al-Baqarah : 4).

Dalil golongan kedua:
"Apakah ia menjanjikan kepada kamu sekalian apabila kamu telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang-tulang kamu
akan dikeluarkan dari kuburmu? Jauh! Jauh sekali (dari kebe-naran) apa yang diancamkan kepada kamu." (Al-Mukminun :
35 - 36).

Dalil golongan ketiga:
"Dan di antara manusia ada yang mengatakan: 'Kami beriman kepada Allah dan hari Kemudian' padahal mereka itu
sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman." (Al-Baqarah : 8).

Sedangkan Allah menyangkal golongan kedua dan ketiga dengan firmanNya: "Bagaimana kamu kufur kepada Allah,
padahal kamu asalnya mati lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkanNya kembali,
kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan?" (Al-Baqarah : 28). Ayat ini menunjukkan bahwa manusia mengalami dua
kematian dan dua kehidupan; janin, kehidupan dunia, kubur dan hidup sesudah mati. Dan ini baru diakui orang-orang
kafir nanti apabila mereka sudah dihidupkan di akhirat, tapi pengakuan tersebut tidak berguna. Allah berfirman: "Mereka
menjawab: 'Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami
mengakui dosa-dosa kami. Maka adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari Neraka)?'" (Al-Mukmin : 11). Dan
akan dijawab kepada mereka: "Yang demikian itu adalah karena kamu kafir apabila Allah saja disembah, dan kamu
percaya apabila Allah dipersekutukan. Maka putusan (sekarang ini) adalah pada Allah Yang Mahatinggi lagi
Mahabesar." (Al-Mukmin : 12).

Bagi orang-orang yang beriman sudah barang tentu yakin akan adanya hari akhirat (hidup sesudah mati), tapi sayang
disayang kebanyakan orang yang mengaku beriman kurang memikirkan tentang hidup sesudah mati. Yang paling banyak
difikirkan adalah masalah duniawi. Bukti-bukti menyatakan, jika sekarang ini ada perang, kebanyakan mereka sekedar
ingin merdeka dari penjajahan atau menuntut hak, tidak ada tendensi akhiratnya. Terbukti masih banyak terjadi
peperangan antara umat Islam, bahkan keduanya mengumandangkan kalimat takbir dalam perang mereka, namun
sekedar untuk memperebutkan tanah air.

Percaturan politik juga biasanya hanya merebutkan jabatan kursi dan kepentingan pribadi, sehingga umat Islam sulit
menyatukan suara untuk kepentingan akhirat. Dalam seni dan budaya, akhirat sudah dilupakan sama sekali, bahkan ada
yang beralasan melestarikan budaya namun dengan mengambil resiko kemusyrikan. Dalam dunia pendidikan juga begitu,
ilmu duniawi dikejar setinggi langit, dipikirkan secara nasional, namun urusan ilmu agama dan pengamalannya
diserahkan kepada masing-masing pribadi. Sebagai pedoman, pada umumnya mereka menggunakan hadits dha'if:
"Kerjakanlah urusan duniamu seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya dan kerjakan urusan akhiratmu
seakan-akan kamu mati besok." (Silsilatul Ahadits Adh-Dha'ifah wal Maudhu'ah, No. 8, Al-Albani). Kedha'ifan hadits
tersebut -sehingga tidak bisa dijadikan dalil- semakin kita yakini dengan mengkaji ayat-ayat berikut: "Tapi kamu memilih
kehidupan dunia padahal akhirat itu lebih baik dan lebih kekal." (Al-A'laa :16 - 17).

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan pada apa-apa yang diingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak,
harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan
hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (Surga)." (Ali Imran : 14).

"Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan
dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengagumkan petani, kemudian tanam-tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning
kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaanNya. Dan
kehidup-an ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid : 20).

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang
sebenarnya kehidupan kalau mereka mengetahui." (Al-Ankabut : 64).

Allah telah mengingatkan orang-orang yang beriman supaya selalu memperhatikan dan mengingat akhirat (hidup
sesudah mati). Allah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang
memperhatikan apa yang dia kerjakan untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu
Allah menjadi-kan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik." (Al-Hasyr : 18 - 19).

Ali bin Abi Thalib menjelaskan: 'Dunia ini berjalan mundur (semakin jauh) ditinggalkan, sedang akhirat berjalan maju
(semakin dekat). Masing-masing memiliki anak. Maka jadilah kalian anak-anak akhirat dan jangan menjadi anak-anak
dunia. Sesungguh-nya hari ini (saat ini) adalah tempat beramal, belum ada hisab (balasan), sedangkan esok (akhirat)
adalah tempat hisab (balasan) tidak ada lagi amal.'

Maka dari itu orang-orang yang beriman harus senantiasa beramal sebagai persiapan akhirat, dan jangan terpengaruh
orang-orang kafir yang selalu memikirkan dunia. Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhu, ia berkata:
"Rasulullah saw memegang pundakku seraya bersabda: "Jadilah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pelintas
jalan." Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhu berkata (sebagai penjelasan): "Apabila engkau ada di waktu sore janganlah
menunggu waktu pagi dan apabila engkau di waktu pagi janganlah menunggu waktu sore, gunakanlah kesehatanmu
untuk sakitmu dan hidupmu untuk matimu." (HR. Al-Bukhari).

Rasulullah saw bersabda: "Orang yang cerdik adalah orang yang selalu meneliti dirinya dan beramal untuk persiapan
sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akal (bodoh) ialah orang yang mengikuti hawa nafsunya serta
mengangan-angankan atas Allah dengan bermacam-macam angan-angan." (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi). Maksudnya
-menurut penjelasan ahli ilmu- orang tersebut tidak ta'at kepada Allah bahkan berbuat maksiat kepadaNya, namun selalu
mengangankan ampunan Allah dan dia tidak mau bertobat.

Marilah kita jauhi kebiasaan orang kafir yang hanya memikirkan dunia saja, atau bahkan hanya isi perutnya saja. Mereka
punya slogan, 'Mengapa memikirkan hari esok, yang sekarang saja belum beres. Urusan akhirat itu urusan nanti.' Mereka
akan menyesal dengan perkataan mereka tersebut pada hari Kiamat. Firman Allah: "Orang-orang kafir itu seringkali (nanti
di akhirat) menginginkan, kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang-orang muslim. Biarkanlah mereka (di dunia) ini
makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat
perbuatan mereka)." (Al-Hijr : 2 - 3).

Semoga peringatan ini menjadikan kita semakin bersemangat dalam mengejar kehidupan akhirat.