Selasa, 19 Jun 2012

PAKATAN KERAJAAN 1 DUNIA



Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya.  Mahu percaya atau tidak, bumi pasti akan musnah. Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid/surau yang tegar, akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini.  Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya.  Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan, sesuai dengan apa yang dijadualkan.  Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?
Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi, terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan, menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat!  Apakah tanda-tanda itu?
Sedar tidak sedar, para Elit The Hidden Hand semakin terdesak mengatur rancangan berusaha untuk menguasai dunia sebelum tibanya 'End Game'.  JIka terlambat maka sudah tentu mereka gagal dalam misi untuk mengalahkan Allah,Tuhan yang dikatakan merampas kuasa dari Lucifer.  Jika mereka berjaya sebelum ketibaan EndGame, maka mereka berjaya merebut kuasa memerintah bumi dan mengembalikan kuasa Lucifer untuk memerintah alam semesta. 
Semua perancangan dilakukan dengan mengira tarikh-tarikh tertentu, pergerakan bintang-bintang dan planet, nombor-nombor keramat dan ramalan-ramalan sihir.  Iblis telah mengajarkan kepada para Elit ini supaya percaya kepadanya dan jika mereka berjaya menawan bumi dan berjaya mempengaruhi seluruh umat manusia supaya mengikut mereka, Allah pasti akan dikalahkan dan terpaksa menyerahkan kuasa-Nya kepada Iblis (Lucifer).  Tuhan Lucifer pasti akan mengurniakan kekayaan dan hidup kekal abadi kepada para Elit.
Para Elit ini kini menguasai pelbagai industri dari pembuatan makanan hinggalah kepada pembuatan jentera berat.  Media, pendidikan, hiburan dan telekomunikasi juga dikuasai oleh mereka.  Namun ini adalah asas kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.  Ketika para goyyim (manusia biasa yang tidak tahu apa-apa atau tidak mahu ambil tahu) hidup dalam dunia mereka sendiri, ada sekelompok manusia yang benar-benar merancang untuk menguasai dunia.  Mereka merancang satu demi satu strategi untuk menguasai dunia secara perlahan-lahan.
'One World Government'(OWG) adalah istilah yang merujuk satu sub-operasi mereka yang terpenting di bawah 'New World Order'.  Sebelum mewujudkan OWG, terlebih dahulu perlu untuk mewujudkan TIGA paksi terbesar yang akan mendokong cita-cita OWG.
1 - Kuasa Tentera
2 - Kuasa Ekonomi
3 - Kuasa Politik
Kuasa Tentera boleh berkait rapat dengan politik namun tidak semua tujuan politik boleh dibereskan dengan kuasa tentera.  Adakalanya cara kekerasan tidak perlu, jadi strategi politik boleh dimanipulasi untuk tujuan menguasai sesuatu negara.  Kuasa Ekonomi merangkumi semua jentera ekonomi, empayar industri dan koridor-koridornya.  Media, pembuatan, perkhidmatan dan pemasaran berserta nilai-nilai komersilnya adalah termasuk dalam aktiviti ekonomi.  Bank, pasaran saham dan naik turun harga komoditi juga adalah paksi Kuasa Ekonomi.  Jadi tiga Kuasa ini perlu dikuasai sebelum benar-benar mampu mewujudkan apa yang dinamakan 'One World Government'.

Jika dahulu imperialisme menggunakan Kuasa Tentera, namun pada hari ini imperialisme masuk melalui caranya yang lain iaitu melalui siasah politik. Strategi pertama pada masa dahulu selepas imperialisme melalui Kuasa Tentera ialah cuba menempatkan seberapa banyak boneka yang mampu meneruskan idea politik The Hidden Hand.  Sebab itu selepas imperialisme, HUKUM ALLAH YANG TERANG-TERANG TERMAKTUB DI DALAM ALQURAN tidak popular di kalangan nasionalisme untuk digubal sebagai undang-undang negara.
Menghalang Pelaksanaan Hukum Allah
Jangan cakap negara-negara Arab, di sini, di negara kita juga, Hukum Allah Azza Wa Jalla bagaikan tisu tandas yang dilapkan dipunggung kemudian dicampakkan ke tong sampah.  Amat beratlah tanggungjawab seorang pemimpin sesebuah negara itu di akhirat kelak ,nanti dia akan ditanya satu-persatu, sehelai demi sehelai, apakah yang menghalang dia dari berusaha menegakkan Hukum Allah di dalam AlQuran.  Bukan sahaja pemimpin, malah rakyat juga, APAKAH KITA SEBAGAI KELOMPOK PERTAMA YANG  ADA USAHA WALAUPUN SEDIKIT, UNTUK MEMASTIKAN HUKUM ALLAH BERDAULAT DI ATAS MUKA BUMI? ATAU ADAKAH KITA KELOMPOK KE DUA YANG SEBENARNYA BERSEKONGKOL BERSAMA MEREKA-MEREKA YANG BERCITA-CITA UNTUK MENJAHANAMKAN HUKUM ALLAH DAN YANG AKHIRNYA BERSAMA-SAMA MEREKA BERSUKA RIA DAN BERSENDA GURAU DI NERAKA JAHANAM KELAK?  Fikir-fikirkan dan renung-renungkan... kita berada pada kelompok mana, yang pertama atau yang kedua?
Hiburan
Strategi The Hidden Hand ialah, jika sesebuah negara dihalang untuk menjalankan Hukum Allah, maka amat senang bagi mereka untuk memasang (install) ideologi-ideologi sekularisme dan gaya hidup hippies yang gemar berhibur 24 jam.  Setiap negara (Islam terutamanya) akan dipaksa mengikut 'standard' yang digunapakai oleh mereka.  Sesiapa yang cuba untuk 'reinstall' kembali Hukum Allah ke dalam sistem perundangan, maka akan diganggu dan diancam.  Pemimpinnya akan dipanggil untuk diadakan perbincangan tertutup.  Di dalam perbincangan itu (selalunya diiklankan sebagai 'dialog' atau 'lawatan'), pemimpin yang disyaki cuba untuk melaksanakan Hukum Allah akan diberi kata dua.
Agen-Agen
Sesebuah negara akan disumbatkan dengan ejen-ejen The Hidden Hand untuk melaporkan suasana politik atau sosial kepada proksi-proksi The Antichrist. Dalam kes ini yang paling terkenal ialah 'ejen CIA'.  Mereka amat bijak dan berperawakan menarik.  Mereka adakalanya amat fasih bercakap dalam bahasa tempatan (mereka terpaksa belajar). 
Namun amat bagus jika ejen-ejen ini di kalangan rakyat tempatan.  'Ejen CIA' dikalangan rakyat tempatan adalah manusia yang amat tidak boleh dipercayai.  Mereka telah ditawarkan habuan yang amat banyak, dan jika apa-apa terjadi kepada mereka atau rahsia mereka terbongkar, maka mereka akan disokong untuk lari keluar negara. 
Apabila negara musnah akibat perbuatannya, maka dia akan angkat kaki segera dengan disediakan tempat tinggal dan elaun sara hidup di luar negara.  Dia tidak peduli apakah anak bangsa atau agamanya akan dikeroyok oleh musuh-musuh mereka.  Yang penting ialah perut dan nafsunya semata-mata.  Ini adalah modus operandi biasa The Hidden Hand ke atas ejen-ejennya. 
Jika ejen-ejen ini mampu menyelinap ke dalam pentadbiran negara sebagai salah satu pemimpin, MAKA INI ADALAH BONUS BESAR bagi proksi-proksi The Elite yang menjadi hamba kepada The Hidden Hand.Ejen ini akan disokong dan dibantu bagi menjayakan cita-cita politik mereka. Kejayaan politik mereka adalah kejayaan politik bagi The Hidden Hand.
Idealogi dan Pendidikan Kuffar
Satu lagi strategi The Hidden Hand ialah setiap pemimpin negara mesti menghantar anak-anak mereka untuk belajar di luar negara bagi memastikan mereka didoktrinkan secara senyap sebagai boneka mereka.  Tanya diri sendiri, berapa kerat pemimpin negara yang menghantar anak-anak mereka belajar di Maahad Tahfiz atau belajar perundangan Islam
Anak-anak pemimpin negara dipastikan supaya mengikut gaya hidup Barat, mengabaikan solat lima waktu dan bersosial sehabis-habisnya.  Arak adalah minuman kelas pertama yang harus dihidangkan kepada mereka.  Biarlah mereka menghirup keenakkan air kencing syaitan itu supaya mereka mampu didoktrin menjadi tentera-tentera syaitan melawan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla. 
Akhirnya apabila bapa mereka berundur, mereka pula akan mewarisi karakter bapa mereka tanpa mahu disuruh-suruh lagi.  Ini adalah PUTARAN GANAS sistem karakter Dajjal The Antichrist ke atas hegemoni bonekanya supaya Hukum Allah kekal tidak mampu dilaksanakan oleh manusia di Bumi.  Sukar untuk keluar dari Putaran Ganas Sistem boneka Dajjal ini, kecuali yang terpilih mendapat hidayah Allah, namun ramai di antara mereka memilih untuk hidup di dalam Putaran Ganas Sistemsupaya mampu memenuhkan nafsu selagi hidup di dunia walaupun di akhirat untung nasib mereka benar-benar berisiko tinggi.

Media
Salah satu instrument yang amat penting bagi The Hidden Hand ialah media.  Televisyen adalah perkakasnya yang sudah teruji kehebatannya sebagai alat 'mind contol' paling hebat sepanjang zaman.  Setiap rumah tidak boleh tidak pasti ada perkakas 'mata' Dajal ini. 
Tahukah anda?, di samping propaganda-propaganda sedar yang ditayangkan di televisyen, sebenarnya terdapat gelombang-gelombang bawah sedar yang turut dipancarkan sama ketika menonton televisyen.  Frekuensi gelombang televisyen disetkan pada kadar tertentu supaya mampu menghantar mesej bawah sedar ke dalam minda manusia.
Apabila sekelompok manusia menonton televisyen setiap hari, maka mereka telah di'brainwash' berkali-kali.  Namun ini memakan masa panjang.  Inilah sebab mengapa semakin lama semakin degil manusia-manusia goyyim ini mahu menerima Hukum Tuhan sebagai undang-undang yang mengawal dan melindungi manusia.
Satu 'clue' dalam program 'mind control' melalui televisyen ialah dalam filem Batman Forever di mana watak The Riddler lakonan Jim Carrey dalam satu adegannya telah mencipta satu alat seakan televisyen yang digunakan untuk mengawal minda manusia dan menyedut 'IQ' mereka.  Ini adalah pembayangnya, di mana sebenarnya ia benar-benar berlaku di Amerika.  Eksperimen telah dijalankan di Amerika lewat Perang Dunia Kedua, di mana sebelum frekuensi televisyen benar-benar dapat ditetapkan, para saintis mereka telah pun menemui bahawa jika sesuatu mesej disampaikan pada frekuensi yang bersamaan dengan frekuensi minda manusia,maka maksud mesej itu mampu dicerna kedalam fikiran!  Terdapat satu eksperimen rahsia dimana frekuensi telah dipancarkan ke satu bandar dengan mesej-mesej pembunuhan.  Akibatnya statistik pembunuhan telah meningkat dengan drastik.Namun cara kawalan minda secara frekuensi ini tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang berzikir mengingati Allah kerana Allah melindungi orang yang selalu mengingatinya.

Firman Allah:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)

Mengawal negara-negara melalui boneka atau proksi-proksi mereka adalah sudah semestinya, namun dengan gaya baru yang lebih maju.  Meletakkan boneka setelah melanggar sesebuah negara tidak lagi menjadi pilihan kecuali beberapa kes tertentu seperti di Afghanistan dan Iraq.  Ini kerana kedua-dua negara itu terletak dalam wilayah 'Khurasan' yang diramalkan di dalam hadis-hadis nabi. 
Ini wilayah 'blacklist' yang MESTI dikawal kerana pergerakan Mujaddid agung diramalkan dikesan akan bergerak di sini.  Jadi pelu untuk mengawal wilayah panas ini, supaya jika pergerakan Tentera Panji Hitam kononnya akan melalui wilayah ini, mereka dengan segera akan mampu dicantas pergerakannya dengan menghantar 'air-strike' atau peluru berpandu.  Jadi kedua-dua negara itu perlu diletakkan segera boneka-boneka supaya tidak akan membantu pergerakan pejuang akhir zaman.
Sifat 'aku...aku, kau..kau' (Sendiri mau ingat)
Namun negara-negara lain seperti Arab Saudi misalnya, para pemimpin mereka ditaburkan kemewahan dan gaya hidup berfoya-foya supaya mampu menari mengikut rentak The Hidden Hand.  Semua negara-negara Arab dididik supaya bersikap nafsi-nafsi supaya tidak mencampuri urusan negara-negara Islam lain terutamanya sekitar mereka yang ada masalah dengan Israel.  INI SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM MIND CONTROL tajaan Amerika-Israel terhadap pemimpin-pemimpin Arab yang dungu.
Syarikat Konsultan dan Perniagaan
Untuk memastikan bahawa program OWG berkesan dan berjalan lebih lancar, kini The Hidden Hand telah bergerak lebih efektif dengan menubuhkan syarikat-syarikat konsultan dalam perencanaan pentadbiran, sistem elektronik atau ekonomi. Syarikat-syarikat konsultan ini bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin-pemimpin negara-negara yang menggunakan khidmat mereka.  Dalam bidang ekonomi misalnya, badan-badan ekonomi seperti Bank Dunia dan IMF adalah instrumen Dajjal bagi memaksa ekonomi dunia mengikut telunjuk mereka.
Semua ini adalah anak-cucu kepada Federal Reserve yang amat-amat berjaya di Amerika. Federal Reserve bukanlah badan ekonomi milik kerajaan Amerika,TETAPI KEPUNYAAN PENCACAI DAJJAL THE ANTICHRIST PALING DISAYANGI iaitu The House of Rothschild. Semua polisi kewangan Amerika dan matawang Dollar Amerika adalah di bawah telunjuk Rothschild.
"Biar aku keluar dan menguasai wang negara-negara dan aku tidak memperdulikan siapa sahaja yang menulis undang-undangnya" - Mayer Amschel Rothschild
"Ajar rakyat Amerika yang angkuh itu dan jajah mereka semula." - Nathan Mayer Rothschild
Kini rakyat Amerika diperhambakan melalui ekonomi.  Kita lihat dari segi zahirnya mereka banyak duit dan mewah namun kekayaan mereka itu adalah kosong dan ditentukan oleh The Hidden Hand. Kekayaan mereka hanyalah disandarkan kepada kertas-kertas dolar yang tidak bernilai.  Apabila aliran ekonomi mengalami 'crash', merekalah yang terlebih dahulu menerima tempiasnya berbanding Pak Kassim yang menanam ubi keledek di belakang rumah.  Simpanan mereka beribu-ribu di bank, namun apabila pasaran saham bertukar negatif, simpanan mereka bukan sahaja habis malah menjadi teramat negatif pula, menjana hutang berjuta-juta!

Sebab itu gaya hidup mereka, apabila mewah teramat mewah, namun sekali jatuh, mereka akan jatuh sejatuh-jatuhnya kerana sistem kewangan atau ekonomi tajaan Dajal bersifat tidak stabil dan sememangnya dirancang sebegitu.  Mengapa?  Kerana mudah mereka untuk menjalankan strategi P A N I C dan 'Ordo Ab Chao'.
Bayangkan semua urusan perbankan dan ekonomi kita dikawal oleh satu syarikat swasta.Inilah yang berlaku di Amerika dan Eropah.
Bagaimana pula dengan bidang-bidang yang lain?  Sistem data atau rangkaian juga telah diserahkan kepada syarikat-syarkat konsultan dari Israel-Amerika.  Anda pernah dengar tentang sistem maklumat yang digunakan dalam institusi keselamatan negara ini, telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Israel?  Jadi tujuannya adalah untuk menyimpan maklumat rakyat negara ini bagi kegunaanPENGECAMAN.  Ramalan dari AlQuran dan Hadis semakin lama semakin terbukti, dan The Hidden Hand semakin terdesak untuk menyumbatkan segala strateginya di sini dan lain-lain kawasan di dunia sebelum mentari muncul di ufuk barat.
Bagaimana dengan dana kempen sesuatu parti politik?  Pentadbiran Malaysia pernah meminta dana kempen politik dari sumber Amerika-Israel yang dirahsiakan walaupun surat mengenainya kononnya tersebar.  Amerika sebenarnya telah lama membiayai kempen-kempen politik para bonekanya di Timur Tengah dan Pakistan. Amerika juga membiayai satu pertubuhan yang bergerak untuk menjaga demokrasi ala Amerika tetap tertegak di Bumi.Bagaimana dengan sebuah parti politik pecahan UMNO, yang juga mendapat bantuan The Hidden Hand?

Timur Tengah dan Pakistan adalah medan permainan yang membosankan bagi Amerika dan Israel.  Semua misi-misi OWG telah berjaya walaupun mereka hanya bermain sebelah mata sahaja.  Kini perhatian tertumpu kepada rantau sebelah sini.  Negara-negara majoriti Islam di Asia Tenggara perlu ditundukkan supaya mematuhi ibupejabat OWG.  Kaji apakah yang dibisikkan kepada Gus Dur (Allahyarham) oleh proksi-proksi Dajjal ketika beliau naik memerintah Indonesia satu ketika dahulu.  Gus Dur adalah pemimpin kepada sebuah organasasi Islam yang besar dan adalah penting untuk mengawal beliau.  Maka keluarlah kempen Islam Liberal antara yang terbesar dalam sejarah Indonesia sepanjang pemerintahannya.  Bagaimana dengan 1Indonesia?
Mari kita lihat permainan catur The Hidden Hand di sini.  Parti pemerintah telah dibiayai oleh satu entiti luar yang ada kaitan dengan Israel-Amerika.  Sudah sekian lama kempen-kempen politik ditaja mereka secara senyap.  Namun kini, sebuah parti politik pecahan parti pemerintah juga mendapat pembiayaan The Hidden Hand.  Kedua-duanya adalah proksi mereka walaupun pada zahirnya bertentangan.  Sebab itu pemimpin parti pecahan itu tahu tentang APCO, kerana ia adalah permainan parti pemerintah sekian lama.  Mengapa ini terjadi dan apakah permainan The Hidden Hand kali ini?
SEMUANYA ADALAH UNTUK MENJALANKAN 'DIVIDE AND RULE' KE ATAS UNDI UMAT ISLAM KHASNYA MELAYU. Hanya satu jalan untuk menguasai tampuk pemerintahan Malaysia yang majoritinya Melayu Islam.  PECAHKAN UNDI MEREKA!
Setiap misi mereka, akan dibayar oleh bos-bos mereka.  Namun adakalanya semua ini bukan lahir dari dalam hati mereka tetapi setelah diugut dan ditawarkan pelbagai janji dan kekayaan, maka iman pun terjelepuk di tapak kaki proksi The Antichrist.
Penubuhan parti baru dari pecahan parti pemerintah adalah taktik untuk menubuhkan vakum bahaya untuk satu parti berorientasikan agama.  Kini parti ini tersepit di celah-celah Melayu Sekular dan 'Racist-Socialist'.  Perjuangan suci mereka terperangkap dalam vakum politik yang disediakan khas untuk mereka.Ini akan mengelirukan para pemimpin dan penyokong mereka.
Jadi kedua-duanya adalah rancangan proksi The Hidden Hand untuk mewujudkan pelan 'One World Government' bagi negara ini,sepertimana pelan asal 1Israel.  Jadi kini para Sekular tidak lagi berdepan dengan topik paling membahayakan dalam pertempuran kerajaan-pembangkang iaituAGAMA.  Kini para Sekular hanya berdepan dengan bayang-bayang Sekular yang memayungi golongan Rasis-Sosialis dan Agama.  Para Sekular hanya bermain tahi dan lumpur sendiri.  Kes yang paling terkenal adalah kisah Zahid Ibrahim.  Kisah beliau dengan araknya adalah mukaddimah kepada amalan hidup para Elit Melayu yang menjadi 'ruling class' Malaysia.
Setiap negara akan memakai khidmat proksi-proksi Dajjal untuk mewujudkan sub-sub OWG di negara masing-masing.  Khidmat nasihat dan pembiayaan diberikan, asalkan negara-negara dunia mengikut arahan mereka.  INI ADALAH IMPERIALISME ORDER BARU.  Kemudian setiap negara ada konsep 1Negara.Contohnya 1Amerika,1Thailand,1Indonesia,1Israel,1Malaysia....
Semuanya mengikut telunjuk si 'Mata Satu' 1Seeing-Eyes... 1World Government.
Fikir-fikirkan

MISTERI SEGITIGA BERMUDA


Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkena  iaitu Christopher Columbus                                                                                   .

Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.


Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.


Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui 'suasana' yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat 'pertunjukkan'. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.




Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.


Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.


Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah- wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat ditemui.




Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.


Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana.


Apa pun yang pasti Segitiga Bermuda ini akan tetap terus menjadi misteri...

MISTERI BAHTERA NABI NUH AS


Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.

Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama dengan 'rahsia2' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan'atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.

Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.

Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa pelbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yangtelah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.

Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar berada di puncak Mt .Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya.

Samalah The Great Noah Ark itu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman mereka sudah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan utk menyadurkan logam.
Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C

Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.

Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.

Ada juga Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.

Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.

Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)

Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.

Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang orang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia, Iran dan Turkey".

Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau dilihat CNN hari ini pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.

Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.

Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]

Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

DAJJAL, SIAPAKAH GERANGANNYA ?


Tarikh tepat kejadian hari kiamat tidak dapat ditentukan oleh sesiapa kerana ia termasuk dalam `ilm al-ghaib yang tersembunyi daripada manusia. Tiada siapa mampu mengusahakan ilmu ini, sekalipun dia seorang nabi atau rasul utusan Allah.

Namun tiada siapa pula yang menafikan bahawa kiamat hampir tiba waktunya. Baginda Rasulullah s.a.w. dalam hadis riwayat Jabir menyatakan: "Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi." (Hadis riwayat Bukhari dalam kitab al-Tafsir 8/530 Muslim dalam kitab al-Fitan, bilangan 2950).

Antara tanda-tanda besar kiamat ialah terbitnya matahari waktu pagi dari arah barat, munculnya Ya'juj dan Ma'juj, turun Nabi Isa a.s., keluar haiwan ganjil dari perut bumi, muncul Dajjal dan lain-lain. Kemunculan Dajjal dianggap antara tiga manusia yang ditunggu-tunggu sebelum kejadian kiamat, di samping Nabi Isa dan Imam Mahdi.

Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal perlu diteliti dengan tenang kerana sekian ramai individu yang mengaku dirinya Mahdi, bahkan tidak kurang juga individu yang didakwa sebagai Dajjal, kerana tabiatnya yang suka berdusta dan menipu.

Banyak hadis membicarakan kemunculan Dajjal sebagai salah satu antara tanda-tanda kiamat. Ada hadis yang disifatkan sebagai sahih dan ada yang tidak sahih, tetapi keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa Dajjal bukan sesuatu yang dongeng atau tidak berasas. Kewujudan riwayat berhubung Dajjal daripada pelbagai sumber menunjukkan ia adalah suatu hakikat, bukan cerita dongeng.

Hadis yang paling sahih tentang kemunculan Dajjal ialah hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w. selalu memohon doa agar Allah melindunginya daripada fitnah Dajjal. Doa dalam bahasa Arab itu membawa maksud: Ya Allah! Aku berlindung kepadamu dari azab neraka jahanam, aku mohon berlindung kepadamu dari azab kubur, aku mohon berlindung kepadamu dari ujian hidup dan mati dan aku mohon berlindung kepadamu dari fitnah Dajjal.

Berpandukan riwayat ini, Ibn Hazm al-Zahiri memutuskan, doa di atas wajib dibaca selepas membaca tasyahhud akhir. Sesiapa yang tidak membaca, maka tidak sah solatnya (al-Muhalla 3/277). Ini bermakna, sesiapa yang tidak membaca doa ini dalam tasyahhudnya, nescaya batal solatnya.

Tawwus Ibn Kaisan, seorang ulama khas terkemuka, menyuruh anaknya mengulangi solat apabila didapati anaknya tidak membaca doa itu. Justeru pentingnya doa agar dilindungi kita daripada fitnah Dajjal, maka seorang ulama besar, Abdul Rahman al-Muharibi menyarankan agar guru-guru kelas tadika mengajar doa itu kepada murid-murid mereka.

Al-Safarini juga menyatakan, orang berilmu perlu mengajar doa ini kepada anak-anak, isteri dan keluarganya, bahkan kaum lelaki juga hendaklah membaca, kerana akhir-akhir ini ramai Dajjal yang suka menipu dan menyebarkan fitnah. Tetapi siapakah Dajjal itu?

Tiada kata putus menyatakan Dajjal itu siapa. Mungkinkah ia makhluk jin atau manusia, atau bukan jin dan bukan manusia? Di sini terdapat beberapa riwayat dan pendapat yang menyatakan individu itu. Antaranya:

Dajjal ialah syaitan dari keturunan iblis. Ia kini dipenjarakan di sebuah pulau di negeri Yemen. Tidak diketahui siapakah memenjarakannya, mungkin Nabi Sulaiman atau lain-lain nabi pada suatu ketika dahulu.

Diriwayatkan, mata rantai yang mengikat Dajjal ini terputus satu mata pada setiap tahun. Apabila tiba waktu kemunculannya, semua mata rantai itupun terungkai dan tidak dapat disambung lagi. Sumber-sumber lain pula menyatakan, Dajjal adalah anak kacukan yang dilahirkan daripada ibunya jin dan bapanya manusia.

Sebagai kesimpulan, Dajjal ialah syaitan yang akan lahir pada akhir zaman. Syaitan Dajjal ini mungkin keturunan jin atau manusia, bahkan mungkin makhluk kacukan antara jin dan manusia. Pada suatu hari nanti, ia akan dibebaskan daripada penjara dan tiba-tiba muncul di kalangan manusia.

Pendapat ini diperkukuhkan juga dengan suatu peristiwa yang berlaku kepada Tamim Ibn Aus al-Dari yang menceritakan tentang peristiwa al-Masih al-Dajjal, katanya: Pada suatu hari, aku menaiki sebuah sampan bersama 30 orang penumpang lelaki dari suku Lakham dan Juzam, tiba-tiba kami dipukul ribut, lalu hanyut dan memaksa kami mendarat di sebuah pulau pada waktu matahari hampir terbenam. Kami menemui suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. Kami bertanya kepada lembaga itu: Siapa kamu? Jawabnya: saya ialah al-Jassasah.

Kami kebingungan dengan jawapan itu, lalu kami bertanya lagi: Siapa al-Jassasah itu? Jawabnya: Jika kamu semua ingin tahu ceritanya, pergilah berjumpa seorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok kecil di pulau ini. Lalu kami dengan segera menemui lelaki itu, kami dapati ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau di Yemen.

Saya berpendapat, setakat ini belum kedengaran penjara ini ditemui manusia, walaupun pulau-pulau yang ada hari ini telahpun diterokai manusia dan dijadikan pusat-pusat peranginan bagi pelancong luar dan dalam negara. Kiranya benar wujud lelaki yang dipenjara itu, nescaya pasti ada orang yang mengetahuinya.

Ada pula riwayat menyatakan Dajjal itu ialah Saf Ibn Sayyad. Beliau dilahirkan di Madinah pada zaman awal Islam, ibu dan bapanya keturunan Yahudi. Beliau memiliki sifat-sifat yang disebut dalam hadis iaitu sebelah matanya buta, pendusta dan tertulis perkataan kafir di antara dua matanya.

Hadis riwayat Muslim menyatakan, pada suatu hari Rasulullah saw bersama-sama Umar Ibn al-Khattab berjalan-jalan di pinggir Madinah, tiba-tiba mereka ternampak seorang budak remaja sedang bermain dengan kanak-kanak dalam sebuah bangunan kepunyaan Bani Maghalah. Kedatangan Rasulullah tidak disedari oleh budak itu hingga baginda menepuk belakangnya dan bertanya: Setujukah kamu mempercayai aku ialah Rasulullah. Jawabnya: "Aku setuju menyaksi bahawa kamu rasul orang ummi (buta huruf)", ia kemudian bertanya nabi: Kamu pula bagaimana?: Setujukah mempercayai aku sebagai Rasulullah? Lalu nabi menolak pertanyaannya sambil bersabda: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya.

Kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. ramai yang menyatakan Ibn Sayyad yang ditemui nabi itu ialah Dajjal besar. Antara mereka ialah Umar Ibn al-Khattab, Abdullah Ibn Umar, Ibn Mas'ud dan lain-lain.

Jika benar Saf Ibn Sayyad itu Dajjal agung yang bakal muncul pada akhir zaman atau sebelum kiamat, maka kemungkinan ia juga jin kerana Ibn Sayyad dilahirkan pada zaman awal Islam dan akan muncul pada akhir zaman. Umur sepanjang itu biasa wujud pada makhluk jin, tidak pada manusia.

Beberapa tahun yang lalu, saya pernah membaca sebuah buku tulisan Ustaz Amaluddin Darus. Beliau adalah seorang aktivis politik Islam dalam tahun 60-an. Beliau berpendapat Dajjal ialah kuasa-kuasa besar dunia, iaitu Rusia dan Amerika pada waktu itu. Tetapi sayang buku itu hilang daripada simpanan perpustakaan peribadi untuk dibaca semula hujah dan alasan yang diberinya.

Sesungguhnya pendapat Ustaz Amaluddin itu ada kebenaran dan nilai ilmiahnya, bahkan wajar dikutip penyelidik untuk dikaji semula. Saya berpendapat, jika Amaluddin berpendapat begitu, maka pemikiran beliau dapat diperkukuhkan lagi dengan alasan-alasan berikut:

Pertama: Dajjal yang dimaksudkan itu bukan individu tertentu, sama ada jin atau manusia atau makhluk kacukan antara jin dan manusia. Dajjal pemusnah manusia dalam bentuk kuasa ketenteraan atau disebut juga keganasan. Tetapi istilah keganasan ini telah dikelirukan oleh Dajjal sendiri, apabila pengganas menamakan orang lain sebagai pengganas bagi tujuan menyembunyikan dirinya yang merupakan pengganas sebenar.

Kedua: Alamat Dajjal disebutkan dalam hadis sebagai buta sebelah mata. Maksudnya tidak dapat menilai sesuatu dengan adil dan saksama. Memangpun kuasa-kuasa besar di dunia hari ini disifatkan sebagai buta atau sengaja membutakan sebelah matanya, iaitu apabila mereka tidak dapat melihat dengan adil isu-isu Palestin, Kashmir dan lain-lain. Mereka mempunyai kayu pengukur yang berbagai-bagai apabila bercakap tentang hak-hak manusia. Mereka menindas sesiapa juga yang mereka benci dan membela sesiapa yang mereka suka. Sifat ini lebih sesuai dengan orang yang hanya mampu melihat dengan sebelah mata.

Ketiga: Makna yang diketengahkan oleh Ustaz Amaluddin itu lebih merupakan makna majazi (simbolik) bukan hakiki. Penggunaan makna secara simbolik tidak menyalahi kaedah bahasa, kerana makna hakiki yang diketengahkan itupun masih jauh dan banyak yang diperselisihkan. Ini sama juga dengan istilah Nabi Khidir yang dikatakan wali dan masih hidup hingga kini. Apakah Khidir itu individu tertentu atau ia merupakan simbol bagi martabat wali yang silih berganti? Kedua-duanya ada dalil dan ada hujah masing-masing.

Ketahuilah, bahawa setiap satu ciptaan Allah swt itu ada hikmah disebalik kejadiannya. Kewajipan kita hanya menjalankan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Keluarnya dajjal itu bukanlah urusan kita, tetapi urusan Allah swt. Serahkan saja kepadaNYA, kerana DIA tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.