Selasa, 19 Jun 2012

ANAK DERHAKA ??


Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu
kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok
dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun
tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun
kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai
pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan
sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau
peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur
mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan
hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang
penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah
bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan
sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat
letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak
rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan
rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi
sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan
tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh
cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah
tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani
tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya
sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka,
jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "@#$%,
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu
mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan
orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak
tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu
juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur
memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang
tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur
pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa
tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat
mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa,
tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan
bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah
meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan
melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur
emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.
Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran
yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha
dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas
rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat
kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala
turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku
setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat
dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan
Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua,
bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka
bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk
perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan
dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam
konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh
utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali
kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih
sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak
berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun
kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan
di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua
mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil
kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan
menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang
tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti
tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa
tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya
tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan
terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang
anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana
taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua
rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan
bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham,
kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang
wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah,
kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga
bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak
ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim
dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim
ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada
di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati.
Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh
suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki
tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu
adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol
kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada
kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi
Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak
mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat
dan menantunya melayan dengan bersopan santun
walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim
tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan
alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan
ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis
iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi
anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak
anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika
diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai
winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan
antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan
diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara
losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips:

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan
yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan
menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.
(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang
itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara
berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan
anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan
tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,
janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan
anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu
giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi
yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg
daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan
pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan
kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah,
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri
mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka
juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang
kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah
kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa
yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi
ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke
rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri.

_________________
INGAT !!!!
MAKANLAH MAKANAN YANG HALAL DAN DAN DIUSAHAKAN OLEH UMAT ISLAM
SIMPAN DUIT DI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM
TUNAIKAN ZAKAT
TUNAIKAN SOLAT
BERIKANLAH DUIT BUAT IBU BAPA
SEDEKAHKANLAH DUIT UNTUK AMAL JARIAH

NSTP...Dayana performing at Pavillion...Never too young


Cool gambar ni....Dayana tgh senyum...Ape2 pun memang best,Dayana menyampaikan 2 lgu iaitu Baby n one time yg di popularkan oleh Justin bieber

My cutie Little D Princess..


Dalili n Dayini.....Love u so much...muaaaaaaaaaaaah

Amalan Khurafat Dlm Adat Istiadat Orang Melayu


Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka. 

Persoalannya golongan manakah yang 
mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ? 

Persoalan yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak?

Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu. 

Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada 
majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu 
kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita. 

Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari (makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya 
sebagai ahli kubur. 

Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Bomoh, Pawang, Bidan, Dukun, Guru latihan pertahanan diri, Mak Andam dan seumpamanya. 

Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini 
bergantung kepada bidang masing-masing. Antara Contoh-contoh adat 
istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang 
Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :- 

a. Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut. 

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk 
mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu. 

b. Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal 
tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa 
belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya. 

c. Kenduri Tolak Bala.

Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut. 

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :- 

i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut 

ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu. 


d. Upacara Persandingan.

Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita. 

Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini di arak dan di sanjung serta di 
puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita, 
dengan sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari. 


e. Mengandung / Kelahiran bayi

Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari. 


f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.

Semasa seseorang meninggal dunia Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih). Kenduri 40 hari sebagai 
tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur. 

Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu bapa yang telah mati daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak adalah digalakkan dalam Islam.

g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.

Upacara ini biasanya di lakukan oleh guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan seorang Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan 
upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang. 

Sesetengahnya menyapu darah tersebut di tapak kaki pelatih latian pertahanan diri. Selepas itu Bomoh tersebut akan menyeru nama-nama panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Bomoh tersebut akan mengasapkan kemian 
di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya. 

h. Membuang Air Kecil/Besar 

Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua 
kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut "Minta tabik 
tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing" atau "Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu". Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut. 

Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh agama Hindu, agama Buddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh. Adat-adat tersebut masih kuat diamalkan dalam budaya orang Melayu, yang menyangkakan sebahagian daripada adat Melayu yang tidak bertentangan dengan agama Islam, tetapi sebenarnya 
adat istiadat dan budaya tersebut terang-terang bertentangan dengan 
Islam. Contoh Peralatan dalam pemujaan jin Yang biasa dilakukan oleh Bomoh, Pawang dan seumpamanya. 

Peralatan yang sering digunakan oleh Bomoh dalam pemujaan jin yang kononnya dikatakan sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranya adalah 
seperti berikut :- 

a. Puja Kubur.

Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan. 

Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya 
adalah untuk " jamu " Jin . Yang jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahu menyesatkan mereka. 

b. Keris, Kemian dan Limau. 

Keris sering dikaitkan dengan latihan 
pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran. Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan keris sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan baik. Keris tersebut perlu dimandikan 
dengan limau dan di asapkan dengan kemian serta di balut dengan kain 
kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan 
keris ini selalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera 
dan jampi-jampi tertentu. 

Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris 
tersebut, supaya penjaga (saka) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris tersebut tidak mempunyai apa-
apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata tetapi yang berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang menjadi khadam kepada keris tersebut. 

c. Ancak.

Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada 
juga terdapat ancak yang di buat daripada daun pisang yang di isi 
dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.

Ancak juga di gunakan sebagai "jamu" untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-
Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan. 

d. Sanggu

Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja. 

Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap 
ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. 

Perkakas dan alat "jamu" yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya. 

e. Sangkak 

Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat 
tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah di 
proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih 
sebagai "jamu" bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya 
atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu. 

Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak 
tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan 
diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan 
sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula 
maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau. 

f. Pemujaan Tanduk Kerbau. 

Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. 

Kepercayaan ini sebenarnya ada hubungan dengan kepercayaan puja Dewa 
bagi satu puak di Tanah Jawa, yang mempercayai adanya kuasa pada 
tanduk kerbau itu apabila di puja dan di sembah. (sebenarnya adalah kuasa Jin ) 

Pemujaan tanduk kerbau sering di aitkan dengan sesuatu keturunan. Namun apa yang jelas tanduk kerbau ini di gunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau " jamu" kepada Jin tersebut. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung 
tersebut atau anak cucu orang yang berkenaan. 

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di atas suatu tempat tertentu, di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya 
dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Pawang atau Bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah tertentu untuk memanggil Jin berkenaan. Kadang kala apabila Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh Pawang atau bomoh tersebut, dan bomoh itu akan bercakap sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka. 

Ringkasnya pemujaan-pemujaan seperti yang dilakukan di atas adalah terang-terang bertentangan dengan agama Islam yang mulia dan semata-mata perkara Khurafat yang mesti kita jauhi demi keselamatan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. 

Keselamatan, kesihatan dan rezeki manusia sebenarnya telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada 
keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka. 

KERIS LAGENDA ALAM MELAYU

Keris tidak dapat dipisahkan daripada orang Melayu. Keris merupakan lambang dalam alam latihan pertahanan diri bagi hulubalang-hulubalang dalam masyarakat Melayu sejak dari dahulu hingga kini. 

Kehebatan dan kemegahan seni latihan pertahanan diri juga tidak akan teserlah tanpa penggunaan keris. Demikian juga sebahagian daripada 
permainan seni latihan pertahanan diri tidak akan sempurna jika tidak ada permainan keris. 

Keris juga merupakan senjata utama kepada ahli-ahli latihan pertahanan diri Melayu. Tanpa keris seperti ada kecacatan pada seni latihan pertahanan diri tersebut. Sungguhpun keris tidak di bawa berjalan merata-rata pada zaman sekarang, namun ia masih lagi 
berfungsi sebagai mercu kemegahan seni latihan pertahanan diri tersebut, terutamanya pada saat upacara tamat latihan. 

Keris juga memainkan peranan penting kepada sesetengah Bomoh, Pawang dan Dukun. Di dalam arena perubatan tradisional Melayu, keris digunakan sebagai alat perantaraan antara Jin dengan Bomoh bagi mengadakan upacara tertentu. Kadang-kala keris itu di 
asap dengan kemian terlebih dahulu untuk menyeru Jin yang dihajati. 
Setelah beberapa ketika datanglah Jin yang di seru itu melalui Bomoh tersebut. Ada sesetengah Bomoh yang menggeletar tubuh badan mereka apabila dimasuki Jin, namun ada juga yang sampai berguling-guling dan tidak ketinggalan juga yang berkeadaan biasa apabila dimasuki oleh Jin tersebut. Setelah selesai upacara itu dan Jin 
tersebut telah keluar dari tubuh bomoh, maka keris tersebut akan 
di kucup, di asap dan disarungkan kembali ke dalam sarungnya. 

Biasanya orang-orang yang terlibat dalam bidang latihan pertahanan 
diri dan perbomohan gemar menggunakan keris, kerana mereka mempunyai 
kepercayaan yang kuat kepada kuasa keris tersebut. Sesetengahnya 
mendakwa memperolehinya dalam mimpi, apabila bangun dari tidur, 
didapatinya keris tersebut telah berada di sisinya. 

Sesetengahnya pula mendapat keris tersebut setelah sekian lama bertapa di tempat-tempat tertentu. Tidak kurang juga yang memperolehinya dari warisan turun temurun dari datuk nenek mereka, yang kononnya mereka adalah 
warisnya dengan disyaratkan kepada mereka yang menjaga keris itu, 
mestilah melakukan apa jua syarat yang diperlukan sebagai penjaga warisan keris tersebut. 

Dengan memiliki keris tersebut, jadilah ia seorang Bomoh ataupun 
pendekar dengan bantuan Jin penjaga keris terebut. Keris itu dihormati sebagai tetamu dan di jaga dengan rapi. Sesetengahnya mengambil kesempatan pada malam Jumaat untuk mengasapkan keris tersebut dengan kemian dan dimandikan dengan sintuk dan limau nipis bagi menjaga kuasa yang ada pada keris tersebut supaya tidak hilang. Selepas itu keris tersebut di bungkus dengan kain kuning atau hitam, di kucup dan di simpan di tempat yang khas dan selamat. 

Ada di antara keris-keris itu yang berbunyi pada waktu malam atau 
siang mengikut keadaan dan keperluan. Contohnya bila ada tetamu hendak datang atau bila ada sesuatu bencana yang akan berlaku seperti banjir, musuh akan datang menyerang dan sebagainya. Keadaan berbunyinya berbeza-beza. Ada yang keluar masuk sarung tanpa henti sehingga diberhentikan, ada juga yang berlegar-legar atau bergegar di tempatnya dan macam-macam cara lagi. 

Mengikut perkiraan lojik, adakah keris itu mempunyai nyawa untuk berbunyi atau bergerak-gerak ataupun keluar masuk ke dalam sarungnya sendiri? Tetapi apa yang sebenar berlaku ialah bergeraknya keris itu adalah disebabkan oleh Jin penjaga keris itu yang mahu memberitahu sesuatu kepada tuannya. 

Orang yang sebeginilah yang selalunya di anggap Tok Keramat oleh sesetengah orang. Sebenarnya bagi orang yang memiliki keris tersebut, Jin penjaga 
keris itu bukan lagi sebagi khadam kepada keris itu, tetapi 
sebaliknya sebagai tuan kepada manusia, kerana manusia (tuan 
keris) itu terpaksa akur dan patuh kepada segala kehendak Jin tersebut. 

Kerana itulah keris tersebut perlu di asap dan dilimaukan sebagai syarat perhubungan mereka. Jika tidak Jin itu akan menggangu tuannya atau jika tuan keris itu sudah meninggal dunia maka Jin itu akan menggangu anak-cucunya pula dengan berbagai-bagai kesusahan dan penyakit. Penyakit itulah yang dinamakan "saka" atau keturunan. Maka bagi anak cucu yang mahu membela, 
maka diamlah Jin tersebut dari menggangu, sementara yang tidak mahu 
menerima, saka Jin itu akan terus menerus menggangunya. 

Penjelasan Berkenaan Dengan Isu Surat Berantai


Dengan Nama ALlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Penjelasan Oleh

Syaykh Yusuf al-Qaradawi
Berkenaan Dengan Isu Surat Berantai
Saya rasa perlu menjelaskan perkara ini kepada sdr/i semua. Berikut adalah soalan dan jawapan berkenaan "wasiat Sheikh Ahmad" yang berlegar di ruang E-mail baru-baru ini. Apakah menurut Islam perkara seumpama ini boleh atau tidak? Saya ringkaskan jawapan daripada Syaykh Dr Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama' terkenal apabila ditanya berkenaan perkara seumpama ini. Ringkasnya, beliau menjawab, "Perkara ini adalah khurafat" dan tidak boleh dilakukan oleh seorang muslim.

Di bawah diberikan huraian perinci mengenai isu ini.

Soalan:

Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi kandungannya. Ia dikatakan sebagai satu wasiat daripada Sheikh Ahmad (pemegang anak kunci makam RasuluLlah s.a.w.) kepada semua umat di seluruh dunia. Di akhir wasiat itu beliau berkata: "Di Bombay terdapat seorang yang telah menyalin wasiat itu sebanyak 30 salinan dan dia telah dikurniakan ALlah rezeki sebanyak 25000 rupiah. Seorang lagi menyebarkan wasiat itu diberikan rezeki 6000 rupiah oleh ALlah. Terdapat seorang yang mendustakan wasiat ini, maka dia telah kematian anaknya pada hari itu juga." Dia berkata bahawa sesiapa yang menerima wasiat ini dan tidak menyebarkannya akan ditimpa musibah yang besar. Apakah pandangan tuan terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau dusta?

Jawapan Shaykh Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ramai orang tertanya-tanya tentangg wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dengan seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makam RasuluLlah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Ianya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya al-Qur`an dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada al-Qur`an dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi. ALlah berfirman dalam al-Ma`idah:
"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku ridha Islam sebagai agamamu"

Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh ALlah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu. Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab ALLAH dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti "sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah". Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini? Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.
Wasiat tersebut menyatakan bahawa si-fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan org2 Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunnah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan ALlah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat syafa'at khusus daripada RasuluLlah s.a.w. Sesungguhnya syafa'at RasuluLlah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis:

Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada ALlah" dengan penuh keikhlasan hatinya.
Kita memohon kepada ALlah memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.

Wassalam

Khurafat dan Bidaah


   Pada waktu yang lepas ada seorang sahabat bertanya mengenai khurafat dan bidaah… sebenarnya perkara ini teramatlah umum sekali di dalam dunia blog.. saya dah buat survey ke blog-blog lain mengenai isu ini… tetapi teramatlah sensitif sekali terutamanya tentang Bidaah.. Mungkin ramai yang menyuarakan pendapat masing-masing jadi benda ini jadi tidak tetap..
Ini adalah sedikit ilmu untuk anda daripada saya, mari kita mulakan dengan Khurafat terlebih dahulu lepas itu baru kita cerita mengenai Bidaah pulak..
Maksud khurafat secara umumnya adalah kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep Tauhid dan Syariat. Kita boleh mengambil contoh yang mudah…
Contoh :-
1) mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang.
2) mempercayai binatang seperti burung boleh membawah tuah atau sial.
Mari kita batalkan balik dengan ilmu Tauhid dan Syariat… Mustahil azimat boleh menahan sesuatu bala atau bahaya sedangkan perkara yang berlaku semuanya datang dari Tuhan sendiri ( Tauhid ) dan mustahil ada burung yang boleh membawa tuah atau sial kerana dari segi Syariat nya kesemua itu makhluk Tuhan jadi teramatlah mustahil makhluk ingin memberi pembalasan terhadap makhluk melain kan Tuhan yang izinkannya… <— Jika salah perbandingan ilmu sila lah beri tunjuk ajar…
Kenapa budaya mengamalkan perbuatan khurafat ini masih berlaku? Pernah tak kita terpikir selama ini, perkara yang paling mudah kita boleh ambil ialah kerana faktor ingin kan sesuatu tetapi tidak kecapi jadi Umat Islam kini lebih sanggup melakukan perkara sedemikian rupa.. Mungkin juga kurang nya kesedaran hakikat hidup di dunia… Atau tidak sedar akan akibat buruk yang akan berlaku..
Rasanya tidak terlampau kalau saya mengatakan boleh menyebabkan syirik dan boleh membatalkan iman seseorang atas sebab perbuatan ini. Lari nya Tauhid seseorang ini dengan melakukan perbuatan tersebut menyebabkan jatuh syirik atas dirinya.. Lari lah dari landasan Syariat dan itu lah terbatal nya Iman.
Baiklah sampai situ sahaja mengenai khurafat…
Sekarang kita pergi pula pada persoalan tentang Bidaah..
Sedar sejak kebelakangan ini ramai yang menyoalkan tentang Bidaah kerana masing-masing keliru mengenai tersebut… Jika ada keliru di pemikiran mereka tidak mustahil boleh mendatang kan was-was mengenai sesuatu ibadah mereka. Dan ini teramatlah bahaya kepada orang yang selalu memandang kesempurnaan sesuatu ibadat itu Smile .
Bidaah pada segi bahasa ialah nama bagi suatu yang baru diadakan. Menurut istilah pula bidaah ialah satu jalan atau satu cara perbuatan yang diada-adakan dalam agama, tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah dan sahabatnya, dengan maksud untuk mendampingkan diri kepada Allah atau beribadat kepada-Nya kerana ingin mendapat pahala-Nya.
Bidaah ini menjadi sensitif kerana mempunyai dua pendapat yang berbeza di kalangan orang bijaksana ( ulama’ ). Dua pendapat yang berbeza telah berubah menjadikan 2 golongan pula ( yang dimaksudkan saya puak-puak). Dimana golongan yang pertama mengatakan Bidaah ini ada 2 iaitu bidaah Hasanah dan bidaah dhalalah. Ini dapat dilihat dari segi ketegasan Imam Syafie  mengatakan….
Imam Syafie berkata: “Bidaah itu dua jenis iaitu: bidaah yang terpuji dan bidaah tercela. Maka, bidaah yang sesuai dengan sunnah adalah terpuji dan bidaah menyalahinya ialah yang tercela.”
Sementara golongan kedua pula mengatakan Bidaah ialah dhalalah yang bermakna Bidaah itu sesat. Tiada yang terpuji tetapi asal disebut Bidaah kedua-dua nya sesat bagi golongan kedua ini. Ini dapat di sokong dengan hadis ini “Setiap bidaah adalah sesat” -Riwayat Imam Muslim.
Mereka yang mengatakan bidaah terbahagi 2 bahagian iaitu Hasanah dan dhalalah meletakkan bidaah dhalalah itu ialah bidaah yg bercanggah dengan prinsip agama seperti mempunyai unsur tahyul, khurafat dan sesat yg tentunya Nabi tidak melakukannya.
Sementara bidaah Hasanah pula ialah perkara yang nabi tidak lakukannya namun ianya tidak bercanggah dengan prinsip agama. Seperti membaca yasin, solat terawih 20 rakaat, dll. (bagi mereka ini juga bidaah tetapi bidaah yang menjurus kejalan kebaikan.. atau tidak bercanggah dengan syariat agama)
==================================================================
tambahan dari website yang lain tapi saya lupa website yang mana…
Sementara golongan ulama’ yang menganggap semua bidaah sesat adalah mengira semua perkara yg nabi tak buat dan bercanggah dengan prinsip agama adalah sesat. Adapun golongan ini tidak menganggap naik kereta itu bidaah, solat terawih 20 rakaat itu bidaah kerana ia termasuk dalam perkara yg diizin oleh syarak seperti Nabi pernah bersabda yang maksudnya: Antara manusia yg bahagia ialah mereka yg mempunyai rumah besar, kenderaan yang baik, isteri yg solehah dan jiran yg baik.Maka naik kereta dimasukkan dalam kategori kenderaan yg baik.
Demikian juga dengan solat terawih. Rasulullah hanya mengerjakannya sebanyak 8 rakaat. Syaidina Umar yg melakukan 20 rakaat, sungguhpun begitu golongan ini menganggap ini bukan bidaah kerana nabi pernah berkata: “Sahabatku seperti bintang dilangit, sesiapa yg mengikutnya nescaya ia dapat petunjuk.” Maka sesiapa yg mengikut cara Umar al khattab maka ia tetap mendapat petunjuk dengan maksud tidak salah mereka solat terawih 20. Ianya bukan bidaah, sebab ia termasuk dalam peruntukkan nabi bahawa apa yg dilakukan oleh sahabatnya suatu pengiktirafan dari nabi sendiri.