Sabtu, 15 Disember 2012

Cinta aku Dan Dia Episod 7



Cinta aku Dan Dia Episod 7





         Doktor bergegas masuk ke bilik rawatan, Aimee memberikan reaksi yg sgt positif, terpancar senyum kecil di bibir ku, hati ku masih berdebar, perasaan aku resah dan perasaan ini aku rasa seperti mula2 ku rasa berkenalan dgn Deez, sedikit hairan dgn perasaan itu, apakah aku di lamun cinta ?? aku ketepikan perasaan yg menyaluti fikiran aku, Asal saja aku membuka ruang untuk hati aku, serta merta aku teringatkan wajah Deez, tambah2 aku di kejutkan dgn panggilan telefon dr Deez, ape sebenarnya yg terjd sampai Deez menghubungi aku ?


        Aku tk mahu mencampur adukkan semua dlm satu, aku positifkan diri aku sendiri demi menjalani hidup sehari hari, Walaupun memori di tinggalkan Deez terpahat dlm ingatan, Andainya dia kembali , aku takkan dan tk boleh menerima situasi itu. Aku pusatkan seluruh pandangan ku pd Aimee, terpancar ketenangan di mata nya yg tertutup rapi. Doaku moga cepat sedar.

" Sy rasa awk kenalah sentiasa berkomunikasi dgn pesakit ni, Jgn biarkan dia keseorangan, reaksi yg sy tgk sekarang sgtlah positif, dia mengalami trauma ats kemalangan tempoh hari, memang mkn masa untuk kembali sedar, tp kuasa Allah akn merubah segala..Sy buat apa yg termampu, Cik doakan lah ya, "

      Panjang lebar Doc menjelaskan pd aku, aku cuma mampu mengangguk faham dan doa sentiasa ku panjatkan untuk kesejahteraan Aimee. Perasaan aku masih lg sama sewaktu aku mula2 dahulu  menatap mata Deez, perasaan itu menganggu aku ketika ini, aku keliru apakah aku di lamun cinta atau sekadar belas untuk Aimee dek kerana kesilapan yg aku lakukan sendiri. Oh Tuhan, apakah yg aku alami ini cinta ? Kau tunjukkanlah perasaan dan gerak  hati aku ini, adakah Aimee berjaya membuka balik perasaan cinta aku ? Aku tidak sekali melepaskan pandangan mata ku ke wajah Aimee, sehinggakan aku tidak sedar yg Doc telah berlalu meninggalkan aku.


         Perlahan aku mendekati Aimee , aku memegang tgn nya, Hati makin berdebar debar, aku dpt rasakan seolah Aimee merenung ke wajah ku seperti yg selalu di buat sebelum ini. Tiba2 perasaan aku jd malu, dan tdk semena mena aku lepaskan tgn aku dr memegang tgn Aimee, Dgn tidak di sangka tgn Aimee erat membalas pegangan tgnku seolah olah tk mau lepaskan. Keras pegangan itu. Aku terkejut dgn reaksi Aimee badan ku menggeletar. Apakah Aimee dh sedar ?

" Aimee ? !!

" Ci cii.... Jgn tinggalkan Aimee "

       Suara Aimee agk lemah, matanya terbuka perlahan lahan..Sayu aku memandang kerlipan matanya, tgnnya yg lemah di eratkan semata mata tkut terlepas genggaman tgn ku. Tidak semena mena air mata aku jatuh berderai. Entah mengapa aku tidak cemas dan tidak terlintas untuk memanggil Doc yg bertugas, Saat  ini ingin aku manafaatkan, terasa seolah aku berada di alam yg lain, perasaan aku menerbangkan aku jauh.

" Saya Cintakan Awk Ci..jgn tinggalkan saya "

      Ungkapan itu yg aku dengar bila saja Aimee sedar..Aku menunduk, air mata makin laju..Mengapa aku ? aku tidak layak untuk mu..Perasaan aku bercampur antara suka dan sedih, Hati terdetik rindu, sayang dan ingin di dampingi. Cinta ?? Mungkin Aimee berjaya mengetuk hati aku, dan harus aku akui yg Aimee telah berjaya ..Aku juga cinta pd mu , kali ni aku tkkan malu untuk mengaku, setelah apa yg terjadi selama ini, dan aku takkan malu dan tidak ragu2 mengaku aku juga cinta pada mu Aimee.

" Aimee , Maafkan cici, selama ni cici banyak buat Mee sakit, maafkan ci Aimee "

      Airmata ku tk henti2 mengalir dan terus mengalir, semakin sebak bila ku kenangkan atas apa yg jd, inikah hikmah yg kau beri pd ku Ya Allah, besar sungguh kuasa mu, inikah yg di namakan Jodoh itu rahsia Allah ? Jikalau benar Aimee jodohku aku rela Ya Allah..Hati aku rasa senang, serta merta aku merasakan perasaan yg tenang dan serta merta fikiran indah, indah dengan Cinta Aimee. Lama kami saling merenung sesama sendiri, Indahnya.

Tiba2 aku di kejutkan oleh Ayah, ayah dtg menepuk kecil bahu ku,

" Alhamdulillah, Aimee dah sedar.."

   Suara ayah gembira dan teruja melihat Aimee dah berjaya membuka mata, Tgn ku masih di pegang Aimee, ayah memandang dan agk hairan dgn keadaan itu. Tp senyum kecil terukir di bibir ayah, aku cepat2 melepaskan pegangan, dan ku palingkan muka aku, perasaan malu dan debaran cinta ini masih ku rasakan. Tidak semena mena aku teringatkan Deez, Arghhh...mengapa aku harus ingat Deez ? ..Aku benci dia.
           
            Masih lg aku terganggu dgn panggilan telefon yg baru di buat oleh Deez , dan persoalan itu masih lg mengawal benak fikiranku, walau mcm mana pun jawapannya aku perlu untuk menenangkan hati yg rawan ini. Dan aku masih menunggu waktu yg sesuai untuk itu. Wajah Aimee silih berganti dgn wajah Deez walaupun Aimee hanya berada di sebelah aku. Aku dpt rasakan perasaan yg baru, perasaan yg hilang berlalu dr Deez, dan ianya muncul kembali dengan org baru iaitu Aimee.  

       Ku biarkan Doc menjalankan rawatan susulan sebaik Aimee tersedar dr koma .Aku berada di sudut tepi dan cuma mampu memandang . Gembira adalah satu perasaan ketika ini, tp aku takut untuk menghadapi di masa akn dtg, persoalan masih lg tidak terungkai dan kenyatan harus aku dan Aimee hadapi. Berat sungguh tanggungjawab yg ku tanggung ini. Moga Allah tabahkan hati aku menghadapi semuanya dan memberi aku sinar baru untuk ku hbskan sisa hidupku ini. Doaku agr bahagia. Walau bagainmanapun Aku ttp gembira dengan perasaan aku ketika ini..Hanya Allah saja yg tau.

        Ku pulang dgn rasa puas, puas dengan kebesaran Allah, apa yg terjadi cukup membuat aku mensyukuri nikmat Allah, Bukan senang nk jaga dr koma, hanya dgn izin Allah, Aku puas dengan hati aku sendiri, puas setakat mana yg aku rasa, kepuasan ini aku rasakan setelah lama tidk ku rasa. Perasaan yg selama ini hilang telah menjelma. Ku lihat ayah tersenyum kecil sepanjang memandu ,

" Ayah, senyum nampak , ade pape ke ? " aku menyapa .

" Mcm mana ayah tk senyum, tercapai jgk hajat arwah nakkan awk jd permaisuri hati Aimee, ayah tumpang gembira, ayah nampak mata kamu, ayah boleh rasa perasaan kamu ketika ini, "

Ayah memang jarang berkata kata soal cinta tp malam ini. ayah  buat aku terkejut. Tp tak hairanlah  bila melihat kasih sayang ayah pd Ibu tidak berbelah bahagi. sememangnya ayah seorang yg penyayang. Mak bertuah dapat suami mcm Ayah.


Aku menunduk malu dan terukir senyum bibirku...


" Ayah, malulah Ci mcm nih "


       Degup jantung ku tiba2 laju, teringat pandangan dan senyum manis dr Aimee td sebaik saja aku meninggalkan Hospital . Ku tinggalkan Aimee di jaga oleh Dato dan pembantunya, Insyallah aku kembali keesokkan nya nanti. Mata Aimee seolah olah meminta aku setia menunggu bersamanya, apakan daya. Sah kan dulu ikatannya aku akn ttp setia bersama mu Aimee, ini janji ku..

" Ci, ayah nak ci bahagia, ayah tahu ci dh banyak sedih, ayah tk nk ank ayah yg ayh sayangi sedih dan sia siakan masa berharga,  u must think about your self dear, Ayah tau, tk bermakna ayh senyap dan ayh tk buat ape2 ayah tk tau apa yg jd ,  "

Ayah cuba menyelam hati aku dan bercakap dari hati ke hati. Aku sedikit terkejut dan hanya terdiam, tk mampu aku ungkapkan sepatah pun kata. Apa telahan dan sangkaan ayah btul belaka.

" Ci, Allah maha tau, Ayah terima walau apa saja keputusan Ci, fikirlah untuk kebahagian dan masa depan Ci, ayah sokong ape saja.."

Aku masih membisu dan ku lepaskan pandangan ke luar, sambil ayah memandu pulang ke rumah, fikiranku hanya ingt Aimee, Dalam hati , aku bersyukur ayah amt memahami..Aku lemparkan pandangan dan ku renung wajah ayah,

" Ayah lah ayah yg terbaik di dunia ni, Ci sayang ayah,"


        Ku rangkul lengan ayah dan ku cium tgn ayah, walaupun ayah tgh memandu, sayangnya aku pd ayah dan aku sgt hargai semua pengorbanan ayah. Takkan cukup dan tk pernah cukup walau hancur dunia ini..Jasa ayah ttp tkkan terbalas. Hati ku sayu, saat ini ku rindukan dakapan Ibu..Kereta memecut laju di dalam kepekatan malam..Lamunan ku di bawa pergi..

" tittttiittiii tiiit tiiii "

Pesanan ringkas berbunyi, ku gapai phone dlm beg..

" Ci, sy nak jumpa awk, Please..tlg penuhi permintaan terakhir sy. _ Deez
 

Terkejut dgn SmS yg baru aku terima , cepat 2 aku padam text mesej dr Deez, kepala aku tiba2 buntu, baru saja aku ingin lupakan malah masih lg kau hantui hidup aku Deez, aku cuma nakkan satu jawapan..Hati aku berbelah bahagi. terus terang aku ingin lupakan tp aku juga ada hak untuk menuntut jawapan.

Ku alihkan fikiran dr terus menerus memikirkan Deez,  dalam kepekatan malam melusuri jalan, aku pasrahkan semua pd takdir, hati aku memang nak jumpa Deez, bukan untuk bersatu tp untuk mencari jawapan yg pasti. Lalu aku membalas pesanan Deez,

" tunggu sy di tempat biasa kita jumpa "

           Ku harus lakukan ini, ku lepaskan keluhan ku , Bagi mengelakkan kekusutan, ku matikan telefon, tak semena mena perasaan aku bertukar jd marah dan benci..Memang aku tk sabar nk lepaskan semuanya..Kau tunggu Deez..Inilah saat yg ku nanti2..Perasaan ku tk keruan, hati aku resah, api benci makin meruap, aku harus selesaikan,  Semoga semuanya selesai dan terungkai..Ya Alah kau tunjukkan lah apa yg sebnarnya, persoalan yg dh lama bermain di hati aku dan berikanlah aku ketabahan untuk mengharunginya..

Apakah yg akn terjadi seterusnya ?? Apakah cici akn berpuas hati bila berjumpa dengan Deez ? terungkaikah apa yg di harap oleh CICi ?  dan apakah   rahsia Deez  sebalik semua ini ? Tunggu sambungan " Cinta Aku dan Dia " episod 8 nanti..






Di larang sama sekali mencetak atau mengcopy ke blog2 lain dan mana2 saja untuk tatapn pembaca2 melainkan dari blog saya sahaja. Sebarang pelanggaran hak cipta akn di ambil tindakan undang-undang.

Watak-watak tiada persamaan sama ada dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia. 
 

Hasil Nukilan : Aida Amer