Rabu, 20 Jun 2012

MURTAD..apa tindakan kita..?


Renung2kanlah,
‘Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.
1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal … Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
‘Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.’
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..
Butir asal permohonan.. ….
Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, ‘Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.’
Perenggan 23: ‘Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik’.
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi…. semua tak termasuk.
Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.
Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.
Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.
Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.
Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.
Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.
Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.
Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.
Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.
Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.
Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.’ Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ‘ Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.’ Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.
Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,’Allah hu Ahad’.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata ‘Allah hu Ahad’. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan ‘Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak’. Sahabat bertanya ‘Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ‘ ‘Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.’ Sahabat bertanya lagi. ‘Mengapa begitu ya Rasullullah? ‘ Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia’.
Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, ‘Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.’ Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (tak Silap saya).
Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.
Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.’
Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu..
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi’. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.
Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.
Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. ‘Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.
Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali,
email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.
#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan
email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari
jalan yang betul.
Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat
kepada Allah.

Janji zionis yahudi ke atas Palestin



Rakyat palestin terus ditindas daripada satu rejim Perdana Menteri Israel kepada yang lain.

ISRAEL dinisbahkan sebagai bangsa Yahudi yang disebutkan dalam al-Quran, terkenal dalam sejarah sebagai bangsa yang kejam, ganas dan biadab. Mereka banyak membunuh utusan Allah termasuk para anbia-Nya.
Mereka juga telah disumpah Allah sebagai kera yang hina dina dalam kisah tersohor pelanggaran hari Sabat (Sabtu).
Sejak peristiwa tersebut, sehingga menjelang tahun 1948, dengan disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia, mereka mulai merampas dan mengganyang bumi Palestin dari pendudukan bangsa Arab sehinggalah sekarang.
Hal ini telah dirakamkan al-Quran yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasarani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka. (al-Baqarah: 120).
Sikap Perdana Menteri Israel dalam isu Palestin
Berikut adalah pernyataan dari para Perdana Menteri Israel sejak dahulu hinggalah ke hari ini, kesinambungan sifat-sifat dan kriteria peribadi mereka.
*DAVID BEN GURION (1948- 1954 dan 1955 -1963).
– Kita harus mengusir orang-orang Arab dan mengambil tempat mereka. (Ben Gurion and the Palestine Arabs, Oxford University Press, 1985).
– Kita harus menggunakan keganasan, pembunuhan, intimidasi, penyitaan tanah, dan penebangan semua layanan sosial untuk membersihkan Ghoyim dari penduduk Arabnya. (Mei 1948, untuk Staf Umum. Dari Ben Gurion, A Biography, oleh Michael Ben Zohor, Declacorte, 1978, New York).
– Ada anti Semitisme, Nazi, Hitler, Auschwitz, tapi apakah itu kesalahan mereka? Mereka melihat tapi satu hal: Kami telah datang dan kita telah mencuri negara mereka. Mengapa mereka menerima itu? (Nahum Goldmann di Le Juif Paradox (The Paradox Yahudi), halaman 121-122).
– Desa Yahudi dibangun di tempat desa-desa Arab. Anda bahkan tidak tahu nama desa-desa Arab, dan saya tidak menyalahkan anda kerana buku-buku geografi tidak ada lagi. Tidak hanya buku-buku Arab yang tidak ada, desa-desa Arab juga tak ada lagi di sana. Nahlal muncul di tempat Mahlul, Kibbutz Gvat di tempat Jibta, Kibbutz Sarid di tempat Huneifis, dan Kefer Yehushua di tempat Tal al-Shuman. Tidak ada satu tempat yang dibangun di negeri ini yang tidak memiliki hubungan dengan pemiliknya, penduduk Arab. (The Jewish Paradox, oleh Nahum Goldmann, Weidenfeld dan Nicolson, 1978, halaman 99).
– Jangan mengabaikan kebenaran di antara kami sendiri, politik kami adalah penyerang dan mereka membela diri. Negara ini milik mereka, kerana mereka tinggal di situ, sementara kami ingin datang ke sini dan hidup nyaman, dan dalam pandangan mereka, kami ingin mengambil negara mereka. (halaman 91-92, Chomsky’s Fateful Triangle, yang dimuat dalam Simha Falapan’s Zionisme dan Palestina, halaman 141-2, mengutip sebuah pidato tahun 1938).
– Kalau saya tahu bahawa sangat mungkin untuk menyelamatkan anak-anak Jerman dengan mengangkut mereka ke Inggeris, dan setengahnya memindahkan mereka ke tanah Israel, saya akan memilih yang terakhir, bukan hanya kerana kebohongan tentang jumlah anak-anak ini, tetapi juga perhitungan sejarawan dari umat Israel. (halaman 855-56, dalam Ben Gurion Shabtai Teveth).
*GOLDA MEIR (1969-1974).
– Tidak ada yang namanya orang Palestin. Ini bukan kerana jika kami datang dan mengusir mereka dan mengambil negeri mereka. Mereka tidak ada. (Laporan The Times, 15 Jun, 1969).
– Bagaimana kita boleh mengembalikan wilayah-wilayah pendudukan? Tak ada seorang pun yang akan memulangkannya kepada mereka sendiri. (8 Mac, 1969).
– Setiap orang yang berbicara untuk membawa kembali para pengungsi Arab juga harus mengatakan bagaimana ia bertanggungjawab untuk itu, jika ia tertarik pada negara Israel. Lebih baik bawa segala sesuatunya dinyatakan secara jelas dan terang : Kami tidak akan membiarkan ini terjadi. (Dalam pidato di Knesset, dilaporkan dalam Ner, Oktober 1961).
– Negara ini ada sebagai pemenuhan janji yang dibuat oleh tuhan sendiri. Akan jadi kurang siuman jika bertanya kepada pemiliknya sendiri. (Le Monde, 15 Oktober, 1971).
*YITZHAK RABIN (1974-1977 dan 1992-1995).
– Kami berjalan keluar, Ben Gurion menyertai kami. Allon mengulangi pertanyaannya: “Apa yang harus dilakukan terhadap penduduk Palestin?” Ben Gurion melambaikan tangannya sebagai isyarat yang mengatakan: “Usir mereka!” (Dari memoir Rabin, New York Times, 23 Oktober, 1979).
– Israel dalam 10 atau 20 tahun ke depan akan memindahkan perkongsian Jalur Gaza dan Tebing Barat ke Jordan. Untuk mencapai ini kami harus mencapai kesepakatan dengan Raja Hussein, dan tidak dengan Yasser Arafat. (David Shipler di York Times, 1983/04).
*MENACHEM BEGIN (1977-1983).
– Orang Palestin adalah binatang buas yang berjalan di atas dua kaki. (Amnon Kepeliouk, Begin and the Beasts, New Statesman, 25 Jun, 1982).
– Pemisahan Palestin adalah tidak sah. Ini tidak akan pernah diakui. Jerusalem akan selama-lamanya menjadi ibu kota kami. Eretz Israel akan dikembalikan kepada orang-orang Israel. Semuanya. Selamanya. (Sehari setelah pemungutan suara PBB untuk memisahkan Palestin).
*YIZHAK SHAMIR (1983-1984 dan 1986-1992).
– Para pemimpin masa lalu kami meninggalkan pesan yang jelas untuk menjaga Eretz Israel dari Laut sampai ke Sungai Jordan untuk generasi yang akan datang, untuk imigrasi Yahudi, dan bagi orang-orang Yahudi, yang semuanya akan dikumpulkan dalam negara ini. (Dinyatakan pada upacara peringatan Tel Aviv untuk mantan pemimpin Likud, November, 1990, Jerussalem Domestic Radio Service).
– Penyelesaian tanah Israel adalah inti dari Zionisme. Tanpa penyelesaian, kami tidak akan memenuhi Zionisme Sederhana. (Maariv, 21 Februari 1997).
– (Orang Palestin) akan hancur seperti belalang, kepala mereka akan hancur menimpa batu dan dinding. (Dalam pidato untuk pemukim Yahudi, New York Times, 1 April, 1988).
*BENJAMIN NETANYAHU (1996-1999 dan 2009-sekarang).
– Israel harus mengeksploitasi penindasan daripada demonstrasi di China, ketika perhatian dunia terfokus pada negara itu, untuk melakukan pengusiran massa antara orang-orang Arab dari wilayah ini. (Berbicara dengan mahasiswa di Universiti Bar Ilan, dari jurnal Israel Hotam, 24 November, 1989).
*ARIEL SHARON (2001-2006).
– Ini adalah tugas para pemimpin Israel untuk menjelaskan kepada pendapat umum, dengan jelas dan berani, dengan sejumlah fakta yang melupakan waktu. Yang pertama adalah bahawa tidak ada Zionisme, penjajahan, atau Negara Yahudi tanpa pengusiran orang Arab dan perampasan tanah mereka. (Agence France Presse, 15 November, 1998).
– Semua orang harus bergerak, berlari dan mengambil sebanyak-banyaknya puncak-puncak bukit milik Palestin untuk memperbesar permukiman Yahudi, kerana segala sesuatu yang kita ambil sekarang akan tetap menjadi milik kita. Segala sesuatu yang tidak kita ambil, akan tetap menjadi milik mereka. (Agence France Presse, 15 November, 1998).
Tidak hairanlah kalau mereka dan para tenteranya bertindak agresif dan ganas merampas tanah milik Palestin, membunuh, memenjarakan rakyat Palestin di bumi Gaza dan lain-lainnya, atas alasan mereka mendirikan negara Israel di bumi Palestin.

Mengganda Amalan Soleh Pada Sya’aban dan Ramadhan


    Maksud Surah al-Nahl: 126: “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang sudah ditimpa kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang yang sabar.”
Nilai kebaikan sejagat yang ada pada ayat ini ialah sifat mulia dan terpuji yang ada pada kesabaran dengan tidak membalas kejahatan orang lain terhadap diri kita walaupun ia dibenarkan atas dasar qisas sebagai ‘semangat’ keadilan.
Oleh itu kita dapati baginda Rasulullah SAW menarik balik sumpahnya untuk mengqisas Wahsyi, budak yang membunuh bapa saudara Rasulullah, Hamzah kerana baginda mahu mendapatkan pahala sabar yang besar di samping melaksanakan anjuran Allah SWT dalam ayat di atas.
Maha Benar Allah SWT dengan firman-Nya bermaksud: “Dan bersabar (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu) dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” – (Surah al-Nahl: 127).
Pada bulan yang mulia ini, Syaaban sebagai pembuka kepada bulan mulia yang lain, Ramadan ada baiknya kita menilai diri di manakah keadaan kita sebenarnya di antara orang yang mulia? Orang yang mulia berakhlak baik kerana akhlak yang baik itu adalah kebahagiaan tersendiri, sedangkan akhlak yang buruk adalah petaka dan bencana.
Dalam hadis bermaksud: “Sesungguhnya akhlak yang baik dapat menjadikan seseorang mampu mencapai darjat orang yang suka berpuasa dan orang yang suka melakukan sembahyang malam.”
Baginda sentiasa berdoa pada Syaaban ini dengan doanya yang masyhur Allahumma barik lana fi Sya’ban, wa ballighna Ramadan, Ya Allah, anugerahkan kami keberkatan pada Syaaban dan sampaikan hidup kami ke Ramadan. Betapa mulianya Ramadan sehingga Baginda mengharapkan dapat hidup di dalamnya walaupun di antara Syaaban dan Ramadan tinggal selangkah lagi. Betapa besarnya Ramadan sehinggakan Baginda ingin mendapatkan kebesarannya walaupun masih berada dalam Syaaban.
Kebaikan yang ada dalam kedua-dua bulan mulia ini sangat banyak dan tidak seperti bulan lain. Baginda tidak pernah banyak berpuasa sunat kecuali pada Syaaban, sedangkan selama Ramadan baginda menunaikan kewajipan puasa.
Pada Syaaban, ada malam Nisfu Syaaban dan dalam Ramadan ada malam Nuzul al-Quran. Dalam Syaaban ada solat sunat Nisfu Syaaban bagi sesetengah umat yang mahu melakukannya, manakala pada Ramadan ada solat tarawih bagi semua umat. Pada Syaaban pengampunan Allah SWT ke atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan, pembunuh diri dan pelaku zina manakala pada Ramadan ada pembebasan manusia daripada api neraka.
Kebaikan sedemikian yang kita cari di dunia sebagai jalan menuju kehidupan abadi di akhirat kelak. Melalui kebaikan itu kita akan mendapatkan kemuliaan dan kemuliaan akan mendekatkan kita kepada al-Khaliq, Maha Pencipta.
Allah berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah SWT) kerana bagi Allah jugalah segala kemuliaan. Kepada Allah jugalah segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang salih pula diangkat-Nya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan pun) akan rosak binasa.” – (Surah Fatir: 10)
Jika kemuliaan boleh didapati dengan melaksanakan perintah Allah SWT seperti dikatakan ayat di atas, maka sebaliknya kehinaan akan diperoleh seseorang jika dia mengetepikan perintah berkenaan.
Dalam realiti kehidupan negara, kemuliaan warga negara dapat diperoleh jika dia melaksanakan semua peraturan negara dengan baik. Bagi pemimpin pula, kemuliaan kepemimpinannya akan semakin terserlah dengan lapan perkara.
Abu Ja’far bin Babawaih al-Sijistani berkata: “Seorang raja pernah menulis surat kepada raja negeri lain. “Bagaimana engkau mengatur kerajaanmu dan memerintah rakyatmu? Raja negeri itu menjawab: “Dengan lapan cara; tidak bergurau ketika memerintah dan melarang; tidak melanggar satu pun janji dan ancaman; menghukum berdasarkan kesalahan bukan berdasarkan kedengkian; mengangkat pegawai berdasarkan kecekapan bukan berdasarkan keinginan; memujuk hati rakyat dan tidak memaksa; mempermudah pemberian kebenaran bukan kerana kelemahan; menyediakan bahan makanan dengan merata dan menghindari perkara yang berlebihan.”
Kemuliaan itu bukanlah diukur dengan kegagahan dan penampilan. Hidup kekurangan bukanlah bukti bahawa dia hidup sengsara. Demikian pula kebahagiaan, tidak dinilai daripada banyaknya harta dan hidup dalam kemewahan.
Nilai manusia yang mulia sebenarnya diukur daripada kemurahan hati dan sifat terpuji, bukan baju yang dipakainya, kasut yang digunakannya, bukan istananya dan bukan pula rumahnya. Justeru, yang menjadi ukuran ialah nilai ilmu, dermawan, kesabaran dan akalnya yang dirangkumkan dalam istilah takwa. “Sesungguhnya, orang yang paling mulia di antara kalian adalah orang yang paling bertakwa,” maksud firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 13.
Syaitan sebagai musuh yang wajib kita lawan menyuruh berbuat jahat dengan tidak mengendahkan ajaran Allah. Dengan mengikuti jejaknya itu kita akan tersesat dan hina. Oleh itu supaya kita tidak tersesat dan menjadi mulia, kita wajib melawannya dengan tidak membalasnya melakukan perbuatan dosa tetapi dengan melakukan perbuatan baik. Di situlah kemuliaan manusia terserlah dan pada Syaaban dan berikutnya Ramadan adalah masa sesuai untuk bertindak menuju kepada kemuliaan. Allahumma barik lana fi Sya’bana wa ballighna Ramadana.

Nikmat Bersin dan Bahana Menguap Tanpa Tutup Mulut


    ANAS bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: “Sebab yang seorang mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.
Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma’ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.
Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah ‘alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan ‘yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa ‘yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis riwayat Bukhari).
Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.
Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta. Firman-Nya dalam hadis Qusi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”
Lain bersin, lain pula menguap (tatha’ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit.
Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.
Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.
Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian Baginda merendahkan suaranya.” Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang flu (selesema).”
Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya’ari pula, berkata: “Seorang Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah: ‘yahdikumullah wa yuslihu balakum.’”
Berdasarkan hadis ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidayah dan taufik kepada keimanan, dan tidak mendoakan mereka dengan rahmat.
dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun tidak boleh bagi orang yang mendengarnya mendoakannya dengan mengucapkan yarhakumullah.
Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang mereka ucapkan setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas mereka. Maka dengan bersin itu mereka saling mendoakan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaannya.
Dari al-Barra’ bin ‘Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami dari tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan, menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang bersin, membalas salam, menolong orang yang dizalimi, memenuhi jemputan, dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).

Yakjuj Makjuj Sudah Ditemui ?


     Saya teruskan artikel mengenai kaum Yakjuj dan Makjuj, iaitu satu kaum
ganas yang akan terus menjadi misteri kepada umat manusia di atas muka
bumi ini hinggalah sampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu
secara tepat bilakah kiamat akan terjadi tapi tanda-tanda kecil sudah
banyak. Kemunculan semula Yakjuj dan Makjuj di akhir zaman adalah salah
satu dari 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya Zulkarnain pun
merupakan satu misteri, siapakah dia sebenarnya dan di manakah tembok
yang telah dibina oleh baginda masih tidak mendapat jawapan yang jelas.
Kitab suci Al-Qur’an memberitakan semua ini agar umat Islam mengkaji
selanjutnya, itu kehendak Allah. Ia adalah keadaan yang lebih baik
berbanding “spoon-feeding” kerana ia akan menghidupkan minda dan
memajukan pemikiran. Dan kejadian-kejadian terserempaknya manusia di
atas muka bumi ini dengan UFO dan alien menyebabkan kita ingin tahu
lebih lanjut adakah ianya ada kaitan langsung dengan kaum Yakjuj dan
Makjuj dan adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepas ke atas
muka bumi?

Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj? Dari sumber Al-Qur’an dan Hadis,
ternyata bahawa mereka ini adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka
adalah anak-anak Adam juga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Umur mereka panjang-panjang dan berkembang biak mengatasi bilangan
manusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung
atau terpenjara di bawah bumi di planet bumi ini sendiri, dan di bawah
bumi terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan
semata-mata bersaiz gua).
Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam
Fathul-Bari terdapat berbagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum
ini, dan ia boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu (1) Sebahagiannya
punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120 kaki (2)
Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3)
Sebahagiannya akan jadikan sebelah dari telinganya sebagai hamparan
untuk tidur sementara telinga sebelah lagi sebagai selimut. Ada juga
riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang paling tinggi
ialah tiga hasta. Tapi kesemua riwayat-riwayat itu dianggap lemah dan
tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh
Nawwas bin Saman dalam Hadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan tidak mampu dikalahkan oleh
manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini punya muka
yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan dan muka mereka
adalah seperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).


Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Dari sumber-sumber
hadis, ternyata bahawa bilangan mereka amat ramai dan jauh lebih ramai
berbanding manusia yang berada di atas muka bumi. Menurut riwayat
Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah
telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah
Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah
manusia biasa (yang di atas muka bumi)”. Ini bermakna jika seluruh umat
manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilion orang, jumlah mereka ialah
sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu ramai, logikkah bagi
mereka mendiami bawah bumi yang “sempit”? Saya berpendapat bahawa
sebenarnya manusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di
bawah bumi. Teori magma (bahawa di bawah bumi suhunya amat panas)
mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubang tidak boleh
ditolak begitu saja apabila kita mengambilkira faktor kaum Yakjuj
Makjuj dan juga berita mengenai “dabbatul ‘ard”. Sekadar menambah
pengetahuan, mungkin anda tahu bahawa California di Amerika itu
berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap sekitar 3
inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke
dalam laut pada satu hari nanti.
Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain
zaman berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam
jangkamasa yang singkat? Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini
berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan tembok itu dengan
mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semula
ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a.
meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali
atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat
bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka
pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah
telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan
mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari
demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila
Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu
mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada
esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka
telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah
mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).
Mengenai hadis di atas Ibn Arabi berpendapat bahawa sebenarnya Allah
masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka mereka masih boleh
bekerja memecah tembok di waktu malam dengan bergilir kerana mereka
ramai. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj ini
mempunyai teknologi (punya banyak jenis peralatan), dan mereka boleh
dengan mudah gunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi
menyatakan bahawa perkataan “InsyaAllah” tidak pernah mereka ucapkan,
hinggalah sampai pada saat bila mana Allah menghendaki mereka keluar,
maka mereka akan mengucapkannya.
Untuk rujukan, berikut petikan hadis dalam bahasa Inggeris: Abu
Hurayrah (may Allah be pleased with him) reports that the Prophet
(peace and blessings be upon him) said: â€Å“Every day, Gog and Magog try
to dig a way out through the barrier. When they begin to see sunlight
through it, the one who is in charge of them says, ‘Go back; you can
carry on digging tomorrow,̢۪ and when they come back, the barrier
becomes stronger than it was before. This will continue until their
time comes and Allah wishes to send them forth. They will dig until
they begin to see sunlight, then the one who is in charge of them will
say, ‘Go back; you can carry on digging tomorrow, Insha’Allah.’ In this
case, he will make an exception by saying Insha̢۪Allah, thus relating
the matter to the Will of Allah. They will return on the following day,
and find the hole exactly as they left it. They will carry on digging
and come out against the people. They will drink all the water, and
find the hole exactly as they left it, and the people will entrench
themselves in their fortresses. Gog and Magog will fire their arrows
into the sky, and they will fall back to earth with something like
blood on them. Gog and Magog will say, ‘We have defeated the people of
earth, and overcome the people of Heaven.̢۪ Then Allah will send a kind
of worm in the napes of their necks, and they will be killed by it…
‘By Him in Whose Hand the soul of Muhammad is, the beasts of the earth
will become fat.’” (Reported by At-Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad)
Dr. Fauzi Deraman, Pensyarah Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya pernah menyatakan mengenai kaum
Yakjuj dan Makjuj. Menurut beliau, Yakjuj dan Makjuj bukanlah haiwan
atau spesis lain tapi berasal dari keturunan Adam a.s. Yakjuj dan
Makjuj adalah dari keturunan Yafits, iaitu salah seorang dari tiga anak
lelaki Nuh a.s. Keturunan Yafits ini berkembang biak melewati masa
sehinggalah Zulkarnain membina tembok yang menghalang mereka keluar
dari lokasi mereka.

“Selain dari berita Yakjuj dan Makjuj dalam Al-Qur’an, terdapat banyak
hadis yang kuat membicarakan mengenai kaum ini. Namun ulama berbeza
pendapat mengenai ciri-ciri kaum ini. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad,
ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj ialah bermuka bulat dan kulit kekuningan
seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah. Ada pendapat lain
menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar dan
Monggol, dan lokasi tahanan mereka adalah di kawasan pergunungan
Caucasus yang luas. Kebanyakan ulama menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia
manusia oleh Allah dengan tembok yang dibina oleh Zulkarnain.
“Tugas kaum Yakjuj dan Makjuj ini ialah mengorek tembok tersebut untuk
tembus ke muka bumi tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali
meneguhkan tembok tersebut sehinggalah hampirnya hari kiamat. Bila
hampir kiamat, Allah mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj Makjuj
bebas ke permukaan bumi. Peristiwa ini menjadi salah satu daripada 10
tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan muncul selepas kematian
Dajal yang dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Kaum Yakjuj dan Makjuj akan
mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan kaum Yakjuj dan
Makjuj dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa
yang mampu menewaskan mereka.
“Nabi Isa a.s. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di
pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian
baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan
Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka
hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk,
Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan
mayat-mayat itu daripada muka bumi.
“Ulama juga cenderung berpendapat bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj berasal
dan di kurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran Ayat 90 Surah
Al-Kahfi yang menyebut bahawa Zulkarnain sampai “di tempat terbit
matahari” iaitu timur dunia.
“Ketika kemunculan semula, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan menuju
ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga
kering. Kaum ini juga dikatakan memiliki zuriat yang ramai dan mereka
ini tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat (umur mereka
panjang sebagaimana umur anak Adam sebelum taufan Nuh a.s.). Kaum
Yakjuj dan Makjuj ini hebat, tiada siapa yang mampu menewaskan mereka,
dan mereka hanya binasa dengan kekuasaan Allah.
“Dalam sebuah hadis, Rasulullah ada menyatakan kebimbangan baginda
kerana pada zaman baginda, kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah
berjaya menebuk benteng Zulkarnain menjadi sebesar bulatan ibu jari dan
jari telunjuk. (Saya salinkan di sini petikan hadis dalam bahasa
Inggeris: Zainab-b-Zahash says: “Once the Prophet Peace and blessings
be upon him awoke from such a sleep that his face was red and these
words were on his tongue, “There is none worthy of worship but Allah.
Destruction is upon the Arabs on account of that evil which has come
close to them. Today a hole as big as this has opened in the wall of
Yajuj and Ma’juj. (The Prophet Peace and blessings be upon him
indicated the size of the hole with his finger and thumb)”
(Bukhari/Muslim) In the lengthy Hadith of Nawwas-b-Saman it has been
mentioned, “And Allah will send Yajuj and Ma’juj and they will come
from every lofty place.” (Muslim)
Begitulah hasil temubual seorang pemberita, Nasron Sira Rahim dengan
Dr. Fauzi Deraman. Saya pula telah mencatat semula isi kenyataan beliau
menggunakan gaya bahasa saya sendiri, di mana perlu, tanpa menjejaskan
fakta-faktanya yang asal. Saya harap petikan kenyataan dari Dr. Fauzi
ini dapat anda renungkan dan kaitkanlah dengan artikel-artikel yang
telah saya catat sebelum ini.
Kewujudan kaum Yakjuj dan Makjuj ini bukan hanya diberitakan dalam
Al-Qur’an, tapi juga dalam kitab-kitab terdahulu iaitu Taurat dan
Injil. Orang-orang Yahudi menyebut sebagai Gog dan Magog. Mereka
percaya bahawa Gog (Yakjuj) adalah nama satu kaum yang berasal dari
anak-cucu Yafits bin Nuh a.s. tapi mereka berpendapat bahawa Magog
adalah nama bagi sebuah tempat atau kawasan. Kaum Nasrani pula
berpendapat bahawa Gog dan Magog adalah nama bagi kaum. Kedua-dua agama
ini juga percaya bahawa kaum Gog dan Magog ini adalah ganas lagi jahat
serta membuat kerosakan di muka bumi. Al-Qur’an telah memberitakan
secara jelas mengenai hal ini, pertamanya ialah bahawa mereka ini
adalah kaum dan bukannya tempat, kedua ialah kisah pembinaan tembok
pemisah oleh Zulkarnain, dan ketiganya ialah hakikat mereka ini akan
muncul semula ke muka bumi bila kiamat sudah hampir.
Di manakah letaknya tembok yang dibina oleh Zulkarnain? Ada pendapat
yang menyatakan bahawa ianya terletak di Derbent di Asia Tengah, iaitu
di Daerah Hissar, kira-kira 120 batu di tenggara Bukhara. Kawasan itu
amat sempit, dengan batu-batu seperti dinding, dan ia berada di laluan
utama antara Turkestan dan India. (latitude 38 degrees N; longitude 67
degrees E). Pada masa sekarang ianya dikenali dengan nama
Turkish-Buzghol Khana (rumah kambing), tapi di masa silam ia dikenali
sebagai Tembok Besi (Babul Hadid dalam bahasa Arab, Dar-i-ahani dalam
bahasa Parsi dan Tie-men-kuan dalam bahasa China). Pada masa kini
tembok besi itu sudah tiada lagi, tapi ianya masih ada pada kurun ke
17, bila seorang pengembara China bernama Hiouen Tsiang nampak tembok
itu dalam pengembaraannya ke India. Beliau nampak pintu gerbang dibuat
dari besi dan padanya ada tergantung loceng. Berhampirannya ada sebuah
tasik yang bernama Iskandar Kul, yang mungkin ada kaitan dengan
Iskandar Zulkarnain. Al-Maqdis, seorang pengembara bangsa Arab dan
pakar geografi, telah menulis sekitar 375 Hijrah (985-986 Masehi)
bahawa Khalifah Abbasiyah bernama Al-Wathiq (842-846 Masehi) telah
menghantar satu misi ke Asia Tengah untuk melaporkan mengenai Tembok
Besi ini. Mereka telah menemukan puing (defile) selebar 150 ela, di
atas dua tiang pintu (jambs) yang dibuat dari kepingan-kepingan besi
yang telah dipeteri menggunakan timah cair, dan di sana terdapat dua
pintu gerbang besar yang tertutup rapat. (Saya sendiri berpendapat
bahawa tembok Zulkarnain bukan di Bukhara).

Ada pendapat yang meneliti dengan lebih terperinci. Sheikh
Hifzur-Rahman dalam “Stories of the Qur’an” telah menuliskan bahawa
“Yakjuj Makjuj melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di kawasan
yang luas, dan kerana gangguan mereka ini, banyak tembok dan dinding
telah dibina di zaman dan tempat yang berlainan oleh raja-raja zaman
silam. Ada empat yang paling terkenal:
1) Tembok Besar China, dibina oleh Raja China 3,460 tahun selepas Nabi Adam a.s.
2) Tembok di Asia Tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh, di tempat bernama Derbent.
3) Tembok di Degistan Rusia, juga dikenali sebagai Derbent berhampiran Laut Caspia.
4) Tembok yang berada di bahagian barat Derbent di Degistan Rusia itu, iaitu di kawasan Caucasus.
Beliau berpendapat oleh kerana tembok-tembok di atas dibina untuk
tujuan yang sama (melindungi rakyat dari gangguan kaum yang ganas) maka
amatlah sukar untuk menentukan secara tepat di manakah sebenarnya
tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Tiada siapa yang berpendapat Tembok
Besar China dibina oleh Zulkarnain kerana ianya berada di bahagian
timur sedangkan Al-Qur’an memberitakan bahawa tembok Zulkarnain berada
di arah utara. Pakar-pakar sejarah seperti Masoodi, Istakhri dan Hamawi
berpendapat bahawa tembok Zulkarnain ialah sama ada di Degistan atau di
Caucasus. Seorang pakar ilmu hadis, iaitu Allama Anwar Shah Kashmiri
dalam bukunya Aqeeda-tul-Islam berpendapat bahawa tembok Zulkarnain
berada di kawasan Caucasus. Allama Aloosi pula berpendapat bahawa
kedudukan tembok Zulkarnain tidak dapat diketahui secara tepat, dan
besar kemungkinan ia sebenarnya berada jauh di sebalik gunung-ganang
yang dipisahkan oleh laut yang luas.
Kesimpulannya. Setelah membaca berbagai sumber hadis dan pendapat ulama
di atas tadi, semakin jelaslah pada kita semua bahawa kaum Yakjuj dan
Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh
a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu 9 kali lebih
ramai berbanding bilangan manusia di atas muka bumi. Umur mereka pun
panjang-panjang, membolehkan mereka beranak-pinak begitu ramai sebelum
mereka mati. Mereka juga dikatakan begitu kuat dan hebat, hinggakan
seluruh manusia di bumi tidak terdaya mengalahkan mereka. Namun mereka
akhirnya akan mati bergelimpangan akibat serangan “ulat”. Walaupun
mereka ini hebat dan kuat (hampir pasti juga mereka ini berteknologi
canggih), mereka tidak dapat memecahkan tembok Zulkarnain menggunakan
segala kepakaran dan teknologi yang ada selagi Allah tidak mengizinkan.
Saya telah catat dalam artikel sebelum ini mengenai kemajuan teknologi
kaum-kaum sebelum terjadinya taufan Nuh a.s., dan hakikat bahawa mereka
itu, termasuk Nuh a.s. sendiri berumur panjang, sekitar 1,000 tahun.
Ada sarjana berpendapat bahawa jumlah mereka pada ketika itu ialah 10
bilion orang, tapi kesemua mereka telah pupus ditenggelami banjir
besar. Manusia yang terselamat hanyalah yang beriman, yang menaiki
bahtera bersama Nuh a.s. Ada kemungkinan bahawa antara yang terselamat
ini telah mewarisi beberapa teknologi maju kaum yang telah pupus
tersebut, dan sempat mengajarkan teknologi tersebut kepada anak-cucu
mereka. Termasuklah juga kepada Yafits iaitu bapa kepada Yakjuj (Gog)
iaitu datuk-nenek kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Artifak-artifak pesawat
terbang silam yang telah ditemui oleh para pengkaji serata dunia,
ditambah lagi oleh catatan-catatan dalam kitab-kitab kuno India dan
China membuatkan kita dapat menerima hakikat bahawa di zaman silam
sudah wujud teknologi yang amat maju, dan sebahagiannya, kalau tidak
kesemuanya, tentu telah diwarisi oleh kaum Yakjuj dan Makjuj yang ramai
ini.

Saya berpendapat bahawa kekuatan dan kehebatan kaum Yakjuj dan Makjuj
ini adalah bersebab dari teknologi canggih yang ada pada mereka. Mereka
mungkin punya senjata pemusnah yang hebat (sebagaimana kesan-kesan
kemusnahan di Mohenjo-Daro dan Harappa - baca artikel sebelum ini) dan
mungkin lebih hebat dari senjata nuklear yang ada pada manusia di bumi
pada masa sekarang, kerana pada ketika mereka keluar nanti, mereka
tidak mampu dikalahkan oleh manusia. Maksudnya pada ketika itu
kemusnahan yang hebat akan berlaku, dan ramai manusia di muka bumi akan
mati. Manusia boleh terselamat jika mereka melarikan diri ke
gunung-ganang menjauhi kaum ini.
Maka setelah membaca sumber-sumber hadis dan pendapat ulama di atas
tadi, adakah anda masih anggap bahawa UFO dan alien berasal dari
angkasa lepas? Atau, adakah anda anggap UFO itu adalah kenderaan kaum
Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah kaum Yakjuj dan Makjuj? Saya
sendiri berpendapat bahawa UFO dan alien bukan datang dari angkasa
lepas. Ia berasal dari planet bumi ini sendiri. Sama ada UFO itu
kenderaan Yakjuj dan Makjuj dan alien itu adalah Yakjuj dan Makjuj
belumlah dapat disahkan oleh mana-mana manusia di atas muka bumi ini.
Ini menyedarkan kita bahawa ada banyak lagi misteri yang masih tidak
dapat dibongkar oleh manusia, walaupun manusia kini menganggap mereka
sudah serba canggih. Maka kalau alien itu tidak ada kaitan langsung
dengan Yakjuj dan Makjuj, apakah sebenarnya alien itu dan siapakah
sebenarnya yang mencipta UFO yang berbagai bentuk itu?
Saya berpendapat bahawa sepatutnya umat Islam mengkaji dan menemukan
fakta-fakta berkaitan ini mendahului apa yang terdaya dicapai oleh
Barat dan agama-agama lain. Ini kerana pada kita ada Al-Qur’an, kitab
terakhir dan teragung (The Final Revelation) yang mana ayat-ayat
mukjizatnya telah memecahkan persoalan kitab-kitab terdahulu darinya
(terutamanya Taurat dan Injil) dan memberikan penjelasan. Kita patut
bangkit semula menjadi umat yang menggunakan akal fikiran, bukan hanya
punya akal fikiran. Mengenai persoalan Yakjuj dan Makjuj, masa akan
menentukan jawapannya, jawapannya mungkin diperolehi tidak lama lagi,
mungkin juga kita tidak sempat menyaksikannya. Tapi yang pasti ialah
bahawa janji Allah itu benar dan pasti akan terjadi.
Semoga siri artikel mengenai Yakjuj dan Makjuj ini dapat menimbulkan
keinsafan dan mendorong diri setiap Muslim untuk berjuang memertabatkan
ilmu ke tahap yang diajarkan oleh Allah dan ke jalan yang diredhaiNya.
InsyaAllah.
Wallahua’lam.

Piala Dunia lahirkan umat percaya ramalan Sotong daripada ketetapan Allah



PAUL berenang dekat replika trofi Piala Dunia di dalam
Akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman semalam.


Keghairahan teka pemenang Piala Dunia berdasar gerakan binatang boleh jejas akidah
KEJAYAAN Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 awal pagi kelmarin menjadikan sotong kurita bernama Paul semakin popular mengalahkan bintang bola sepak yang berjuang bermati-matian di padang untuk meraih kemenangan setiap perlawanan.
Sotong di Akuarium Sea Life di Oberhausen, selatan Jerman itu sebelum ini membuat ramalan mengenai perlawanan membabitkan pasukan Jerman yang kebetulan, ramalannya mengena.
Rentetan ramalan Paul yang mengena itu, ada pihak termasuk sesetengah umat Islam seakan-akan percaya sotong ini memiliki keajaiban untuk menentukan hala tuju sesuatu perlawanan.
Sungguh aneh, budaya yang begitu sebati dalam masyarakat Arab zaman jahiliah kini menular di kalangan peminat bola sepak pada zaman serba moden. Arab jahiliah dulu memang hidup mereka sentiasa dibayangi amalan syirik, tahyul dan khurafat.
Contohnya, jika mereka ingin memulakan sesuatu perjalanan, mereka akan melihat gerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri atau ke kanan.
Mereka beranggapan arah gerakan itu boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin dihadapi dalam perjalanan nanti. Jika pergerakan itu dianggap menunjukkan alamat tidak baik, mereka akan membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan.
Imam al-Syafi’i pernah berkata: “Dulu golongan jahiliah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Jika ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah itu. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, Baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya.” (Hadis riwayat Abu Nu’aim al-Asfahani dalam Hilyah al-Auliya’).
Perkara sebegini termasuk mempercayai ramalan ‘sang sotong Paul’ yang dinamakan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian buruk atau baik disebabkan sesuatu perkara. Islam menyelar tathayyur dan menganggap ia mencemar kemurnian tauhid.
Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata.
Firman-Nya bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jugalah hendaknya orang yang beriman bertawakal.” (Surah al-Taubah: 51).
Meramalkan sesuatu musibah bakal menimpa berdasarkan sesuatu perkara seperti gerakan binatang, kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu dan lain-lain adalah perbuatan tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain mempengaruhi keputusan-Nya.
Firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Surah al-A’raaf: 131).
Oleh itu, bagi sesiapa yang membuat sesuatu keputusan berdasarkan tathayyur maka dia terjebak dengan syirik.
Daripada Abdullah Ibn Umar, dia berkata, Rasulullah bersabda bermaksud: “Barang siapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Daripada Abdullah Ibn Mas’ud, Rasulullah bersabda bermaksud: “Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seorang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud).
Setiap manusia akan berhadapan dengan perasaan tathayyur tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam segala perkara yang mendatangkan manfaat dan menjauhi musibah, maka Allah menghilangkan perasaan itu daripada jiwa kita.
Oleh itu bagi yang sudah terpengaruh dengan keupayaan Paul dalam membuat ramalan, hendaklah membersihkan jiwa mereka daripada keyakinan sebegini. Paul cuma seekor binatang yang tidak dikurniakan akal. Tentu sekali ia langsung tidak mampu mengenali bendera sesebuah negara atau memahami fungsi kotak dalam akuariumnya.
Pergerakannya ke arah kotak dan bendera tertentu hanya kebetulan. Jika kita terjebak dalam perlakuan tathayyur, untuk menebusnya Rasulullah SAW mengajar kita untuk mengucapkan doa: “Ya Allah, tidak ada kebaikan kecuali kebaikan-Mu dan tidak ada kesialan kecuali kesialan daripada-Mu dan tidak ada Tuhan selain-Mu.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Hati gelap punca maksiat


Al-Maraghi berkata: Setelah Allah SWT menyebut tentang ucapan mereka: “Al-Quran itu adalah dongengan orang terdahulu dan bukan wahyu daripada Allah SWT.”
Lalu disusuli keterangan tentang sikap biadab mereka yang disebabkan kebiasaan mereka berbuat keji, lalu hati mereka tertutup untuk menerima pandangan yang baik sehingga tidak dapat membezakan antara dongengan dan hujah yang benar.
Kemudian Allah SWT menolak tuduhan dusta yang mereka dakwa dan sering diulang dalam bentuk ucapan: “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, pasti kami mendapat kedudukan yang mulia di sisi Tuhan”.
Namun, Allah SWT telah menjelaskan kepada mereka, bahawa mereka itu berdusta. Mereka akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT dan tidak akan memperoleh keredaan-Nya.
Kemudian mereka diperintahkan memasuki neraka dan akan dikatakan kepada mereka bahawa azab ini sebagai balasan terhadap perbuatan kamu dahulu dan juga kerana mereka mendustakan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada kamu sekelian.
Firman Allah SWT: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
Syed Qutub berkata: Maksudnya hati mereka telah ditutupi kekotoran dosa dan maksiat yang dilakukan mereka.
Sebenarnya, apabila hati itu lumrah dengan kerja-kerja maksiat, maka cahayanya amat muram, gelap dan kemudian diliputi karat yang tebal yang tidak dapat lagi ditembusi nur hidayah.
Sifat kepekaannya perlahan-lahan hilang dan akhirnya menjadi lemah dan terus mati.
Riwayat Ibn Jarir r.a, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah dari Muhammad Ibn al-’Ijlan dari al-Qa’qa’ Ibn Hakim dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya yang bermaksud: “Apabila seseorang hamba itu mengerjakan satu dosa, maka timbullah di dalam hatinya satu tompok karat yang hitam.
“Andainya ia bertaubat daripada dosa itu, maka hatinya kembali bersih dari karat tersebut dan jika dosanya bertambah, maka tompok karat hitam itu bertambah besar”.
Firman Allah SWT: Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.
Ibn Kathir berkata: “Maksudnya pada hari kiamat nanti, mereka mempunyai satu kedudukan dan menempati Sijjin. Kemudian pada hari kiamat kelak mereka akan terhalang daripada melihat Allah SWT iaitu Pencipta mereka.
Imam Abu Abdillah al-Syafie berkata: “Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa orang-orang mukmin dapat melihat Allah SWT pada hari tersebut”.
Firman Allah SWT: Kemudian, sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya dikatakan (kepada mereka): Inilah dia (azab seksa) yang kamu dustakan dahulu.
Al-Maraghi berkata: “Setelah mereka dihalang mendekatkan diri kepada Allah SWT pada hari kiamat dan memperolehi idaman yang dahulu mereka harap-harapkan, lalu mereka dicampakkan ke neraka bagi merasakan berkobar-kobar apinya dan kepanasannya.
Seksaan yang ditimpa itu adalah sebagai balasan terhadap perbuatan kamu yang mendustakan berita-berita yang disampaikan oleh rasul yang benar itu.
Sebagaimana kamu juga beranggapan sama sekali tidak akan dibangkitkan, dan al-Quran itu hanya dongengan orang terdahulu serta Nabi Muhammad SAW itu ahli sihir dan pendusta dan lain-lain dakwaan.
Surah ini jelas membincangkan golongan yang tidak baik seterusnya membawa kepada balasan neraka.
Lebih malang lagi mereka yang kufur tidak dikurniakan melihat Allah SWT pada hari kiamat sedangkan majoriti ulama menafsirkan bahawa mafhum muafakah menunjukkan orang yang beriman boleh melihat Allah SWT sebagai tambahan kurniaan Allah kepada mereka pada hari akhirat kelak.
Hal ini dibenarkan oleh jumhur ulama seperti Imam al-Syafie, Imam Malik, al-Baghawi dan lain-lain. Melihat Allah SWT merupakan kemuncak kenikmatan dan penghormatan yang dapat diraih oleh hamba-hamba Allah yang soleh
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI