Rabu, 20 Jun 2012

Hukum Menjirus Kuburan


Hukum Menjirus Kuburan

Dalil :

Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.

Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya. Pernah aku mendengar seseorang dalam ceramahnya yang berapi-api membid`ahkan amalan ini. Maaf maaf cakap, mungkin pengajiannya belum tamat agaknya, atau mungkin waktu tok guru sedang mengajar bab ini dia tertidur atau ponteng tak turun kuliyyah agaknya.

Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i.

Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain. Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur.

Tetapi menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas dari serendah-rendahnya dihukumkan makruh yakni dibenci Allah dan rasulNya dan diberi pahala pada meninggalkannya, seperti juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada faqir dan miskin atas nama si mati, dan ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulama tanpa ada khilaf.

Maaf.. Saya Tidak Tahu..


Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :
ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith di atas memberi pengertian yang besar kepada mereka yang berani membuat fatwa atau menjatuhkan hukum tanpa ilmu. Entah berapa ramai sekarang ini yang apabila ditanya tentang sesuatu soal agama walaupun tanpa ilmu terus mudah dari lidah dan jarinya mengeluarkan 'fatwanya' sendiri. Malahan ada yang hanya belajar melalui buku sahaja tanpa pernah ada asas-asas kaedah untuk mengeluarkan hukum, terus mengatakan itu halal, ini haram. Engkau masuk ke syurga, dan dia masuk neraka.

Bayangkan seorang yang jahil dalam ilmu kedoktoran kemudian apabila ada pesakit yang selsema dan ia mengatakan pesakit ini harus dibedah perutnya. Inilah kerosakan yang telah dibuat.

Fahamlah, rupanya proses untuk mengeluarkan fatwa itu sendiri bukanlah senang. Kerana ulamak takut untuk mengeluarkan hukum tanpa hak.

Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :
"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya.


Dengan menghafaz belumlah dikatakan seorang faqih yang dapat mengeluarkan fatwa selagi ia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi syarat-syarat lain untuk berfatwa.

Sukarkah Mengatakan "Aku Tidak Tahu" ?

Ulamak salaf (ulamak yang hidup di kurun ke 3 dan sebelumnya- kurun yang terbaik) melarang keras orang yang berani mengeluarkan fatwa tanpa mempunyai ilmu dan persediaan yang cukup.

Alangkah, para ulamak muktabar yang benar-benar takutkan ALlah seperti Imam Malik pernah berkata :

Jika seseorang diminta untuk berfatwa, sebelum memberikan jawapan ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwanya)".

Ibn al Qasim berkata :
"Aku pernah mendengar Imam Malik berkata : "Saya sedang memikirkan (jawapan) bagi suatu kemusykilan sejak beberapa puluh tahun dulu, tetapi hingga saat ini belum juga sampai kepada pendapat yang pasti".

Ibn Abi Layla pernah berkata :
"Saya menemui seramai seratus dua puluh orang Ansar dari sahabat Rasul sallaLLahu 'alaihi wasallam, jika seorang di antara mereka diajukan pertanyaan (diminta berfatwa), ia akan mengalihkannya kepada yang kedua, dan orang yang kedua akan mengalihkannya kepada orang ketiga dan seterusnya. Sehingga pertanyaan tadi kembali kepada orang yang pertama. Jika salah seorang daripada mereka diminta untuk berfatwa atau ditanya tentang sesuatu masalah, ia akan memohon sahabat yang lain menjawabnya.


Fahamlah di sini, mengapa kita perlu menghormati ulamak muktabar yang terdahulu. Yang telah mengasaskan mazhab dan menulis kitab-kitab, mengajar anak muridnya untuk menyampaikan ilmu yang diajarnya kepada umat Islam yang lain.

Antara Maksum dan Orang Yang Berilmu

Ada pula laungan-laungan dari orang awam atau mereka yang bukan dari kalangan ulamak malahan yang baru menghafaz beberapa hadith mendabik dada mengatakan dirinya adalah tempat dijadikan rujukan. (Sedangkan rujukan dirinya hanya melalui internet semata-mata). Ingatlah bahawa ilmu dan akhlaq akan berjalan seiring. Orang awam seperti kita ini mengatakan pula 'ulamak tidak maksum' terutamanya tuduhan ini ditujukan kepada ulamak yang mengasaskan mazhab, ulamak seperti Imam asy Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Bahkan melekehkan pula orang yang mengikut mazhab yang disampaikan oleh ulamak-ulamak, ustaz ustazah dan guru-guru.


Ya, benar, ulamak tidak maksum (ada membuat dosa dan kesilapan). Tetapi berbanding dengan orang yang bercakap atau ustaz yang selalu memperlekehkan ulamak muktabar. Siapa pula yang lebih berilmu, lebih berkelayakan untuk mengeluarkan hukum? Ulamak yang lebih muktabar jauh lebih tinggi ilmunya, menguasai disiplin ilmu untuk membolehkan mereka mengeluarkan pendapat. Di sinilah adanya perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, kurang ilmu, faham dan tidak faham, sempurna akal dan yang tidak, dan yang jahil. Sebagaimana firman ALlah :

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)

Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (Surah az Zumar : Ayat 9)

Terkadang terfikir juga penuntut ilmu yang cetek akhlaknya, atau mereka yang berfikiran suka melekehkan ulamak muktabar hanya memandang ulamak dari atas kertas sahaja. Mentang-mentang nama-nama ulamak itu sudah acapkali dilihat dan ditulis di dalam akhbar, majalah dan buku-buku, kitab-kitab yang banyak berlegar di pasaran. Mentang-mentang sudah belajar beberapa hadith sahih dan beberapa ilmu yang baru.

Semaklah sejarah semula, jangan dilipat sahaja adab-adab dan akhlaq ulamak muktabar, lihat bagaimana cara mereka berfikir sebelum mengeluarkan pendapat, jenguklah disiplin ilmu yang telah mereka kuasai sebelum berani mengeluarkan fatwa. Luaskan pandangan bagaimana ulamak mendidik jiwa mereka, melihat kepada keadaan, cara hidup dan budaya. Imam Syafie juga menghormati mazhab hanafi apabila datang ke tempat mereka yang mengikut mazhab tersebut.

Untuk akhirnya para fuqaha' selalu berkata "Sesiapa yang tidak pernah mengetahui dan mengerti perbezaan pandangan dan pendapat di kalangan fuqaha', bermakna dia belum sempat menghidu haruman fiqh..!

Sumber rujukan :

1. Prof Dr Yusuf al Qardhawi, Al Fatwa Bayna Al Indibat al Tasayyub, Fatwa & Antara Ketelitian & Kecerobohan, 1996, Thinker's Library, Selangor.

Kisah hidupku Part 3 ( Buat teman2 ku yg di sayangi...)


Salam..Seribu kemaafan jika keterlewatan Nota ini menyusul menemui teman2 ku yg disayangi..Lantaran kesibukan dalam menjalankan tugasan harian menyebabkan lewat untuk diri ini menulis rentetan hidupku kesekian kalinya..Alhamdulillah,di beri lagi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah yg tercinta,Semoga Allah memanjangkan umur kite semua untuk terus bernafas dan beramal di muka bumi Allah ini..

Bile mengupas cerita berada di asrama,membangkit kenangan kite di zaman persekolahan..mengingatkan semua pahit manis dalam menempuhi hidup hingga ke tahap ini..Begitulah jugak aku..penuh ngan kisah suka duka,ragam manusia,dan itulah juga yg mengajar dan mematangkan diri ini..

Masa ni tingkatan 3,ingt lg satu kejadian yg tk boleh lupe..Mak terpaksa pindah ke Machang sbb rumah kat kampung masih lg dalam proses pembinaan,kalau nk sekolah tempat biasa amatlah jauh walaupon duduk asrama,so jalan yg terbaik terpaksa la pindah..Cikgu2 dan kawan2 semua amatla berat hati nk lepaskan..maklumlah..dh jd ayam tambatan sekolah ni payahla skit..

First day di sekolah baru amatlah best..sbb cikgu2 n pelajar2 kat sane boleh di katakan sudah mengenali aku,ye lah asal belawan bola ke lumbe lari muke ni jugk la..so lg la senang nk berkomunikasi..pendek kata popular la masuk sekolah baru,org ni nak kawan,org tu nak kawan,asyik berkepit je..ade la nak tanya itu la nak tanya ini la..dekat sekolah baru ni jgk aku tinggal di asrama,suasana n persekitaran yg bagus..mungkin sbb rasa selesa di sanjung oleh org sekeliling kot..sbb tu rasa best sgt.

.Masuk2 je sekolah terus pegang jawatan dalam ASRAMA,kelas n rumah sukan..terpaksa train pelajar2 yg nk main acara padang n balapan..masa ni tk yah cakap la sijil2 sukan n koko berlambak,sampai ade yg tk berambik kt sekolah..banyak benda yg join,drama sekolah,nyanyi la nasyid la,koir la..masa ni jugak RTM kelantan undang untuk menyanyi program terbitan RTM di siarkan di Radio kelantan..Rancangannye setiap sabtu pkl 9 mlm..nyanyi 3 lgu dapat la 150.00.. rakaman di buat dalam studio rtm ..nyanyi lagu2 dr 40 an sampai la 70 an..nama rancangan ni Bingkisan Irama..memang best..Aku plak memang mint lagu lama2..so lg la senang n banyak tahu lagu2 klasik ni..

Paling aku tk boleh lupe sampai sekarang pengalaman budak laki yg boleh di katakan sangt gile bile tgk aku..heran jugk ape la yg buat sampai die mcm gile bayang bile tgk aku,aku sendiri pon tk tau..cube bayang,budak laki ni pernah hantar surat kat ex girlfren die soh bg surat tu kat aku..kebetulan plak aku baik dgn exgilrfrend die..tekejut jgk bile tahu kawan baik aku tu ex budak laki ni..budak laki ni dahla hendsome,keturunan raja lak tu ( raja,nik,che,wan ) keturunan ni memang ada baka che siti wan kembang..sekali tgk muke die macam james dean gitu..memang jd rebutan perempuan2 yg sekolah kt situ lah pendek kata..kelas 5 sains,pelajar harapan sekolah lak tu..memang baik budaknye..rumah tepi sekolah je..ade ke ptut,hari2 hantar bunge,,aduhh tk dapat bunge ros segala macam bunga die hanta,,termasuk la bunga raya n bunge kertas..nak tegelak pon ade..surat jangan kate la..hari2 hantar surat..Ade je benda atas meja..kadang2 time org belajar die lalu depan kelas..maklumlah kiteorg rehat tk sama.

.Malu betul kalau time die lalu depan kelas n asyik perhati je..satu sekolah asyik bercakap..ckgu2 pon asyik perli je..budk2 pompuan yg gile kat mamat ni memang jelous jgn cakap la..asal lalu je buat muke menyampah..Bile time sukan je memang die tunggu sampai aku siap..sedangkan die tk main pon sukan tu..Memang gile lah..Yg sedihnya aku ni bukan jenis mcm tu..kite ni jenis lasak n tk suke couple2 ni..benda ni berlanjutan lama la jugk,,bile tk layan lg tambah parah plak..

Berlainan lak dalam asrama..Asrama ni biasala..kalau kisah seram2 ni tk yah la cakap..pernah kena sakat hantu dalam toilet..kalau malam2 memang tk berani la nk basuh bju sorang2..kena ajak teman..maklumlah sekolah dalam hutan..macam2 bunyi ade..sampai yg kena sorok bunian pon ade..seb baik bunian tu bg balik..kalau tk deal betul2 memang tkde lg la budak tu alam kite ni..dh bunian suke kat die nk buat mcm mane...Yg ni pon tk boleh lupe jugk..bile masuk asrama,ade sorang budak pompuan ni,memang pelik,cara die pandang,cara die tenung n layan..memang pelik n meyeramkan..jelingan die tu buat kite resah betul..budak ni tingkatan 1..memang manja budaknye..duduk lak sebelah katil aku..aku anggap die ni mcm adik la..tp die ni pelik..tiap kali kite makan ke ape ke die perhati je..pastu kalau ade org lain yg baik sgt ngan aku die mcm jeles la plak..seram sejuk je bile die kenyit2 mata lak..parah btul..ade jugak perempuan yg berkenan dgn perempuan..pernah die mintk nk tidur sama ngan aku satu katil..mule2 ingtkan dia takut,biasalah asrama memang lumrah kawan2 tumpang tido satu katil ni...dia plak ank bongsu,memang manja sgt2..ingt saje2 nak manja2..upenye ade niat lain..bile tido padam lampu je tangan dh meraba2 ke tempat yg tk sepatutnmye...terus aku lari keluar tidur tempat lain..keesokkan harinye ,nampak muke die yg teramat bersalah bile buat benda tu..memang tkut btul la benda2 mcm gini..

Sukan mcm biasa nyanyi pon mcm biasa..Mamat tu plak tk habis2 menganggu..memang tk selesa btul..siap ajak pegi umah la nak kenalkan kat mak die..tp kadang2 bile tgk lama2 cair jugk..maklumlah..mamat tu paling hensem tu kt sekolah tu...tp hati ni memang tk terbukak lansung pon..
Cuti sekolah la paling best..boleh balik kampung..mandi sungai,main bola,belajar silat,tambah2 masa musim buah..fuhh...panjat2 pokok tu memang dh jd rutin la..buah yg paling suke,rambutan kuning atau rambutan gading,duku,langsat,rambai,manggis,buoh seta,pauh,katak puru,cermai,asam jawa n ratah pucuk daun asam gelugur,,memang best lah..kalau nk ingt blk masa panjat tu pernah kena gigit kerengga n semut tiong..bibir tu bengkak mcm ade bibir lain je..hehe..

BUkak sekolah pon paling best,sbb masa tu la nk jumpe balik kawan2..Sekolah mcm biasa..asrama plak budak pompuan tu mintak maaf dan die hantar surat yg nk ambik jd kakak angkt..Kalau kt sekolah,resam ambik adik,kakak angkt ni memang teramat2 biasa sgtlah..hehe32..ade je surat sampai nk ambik kakk angkat la adik angkat la..aweks la..huh..macam2..Tgh syok2 makan kt kantin asrama,tiba2 mamat yg gile kat aku tu muncul,bawak tray makanan..pelik n ajaib je sbb kalau bukan stay asrama mane bleh makan kt dalam tu..die sengaja datang makan berdepan meja aku makan..nk makan pon tk senang..tanya punye tanya..upenye die mintk ngan ckgu nk duduk asrama,sedangkan umah die dekat je..die bg alasan, senang belajar bile duduk asrama kt ckgu,padahal ada benda lain..hish..kawan die cakap supaya die boleh tgk aku hari2..aduss....memang jiwa btul la mamat ni...

Satu petang , masa ni kiteorng nk lawan bola baling,die datang ckp nk jumpe ngan aku..kalau aku tk datang,aku tk akan tgk die lagi..ape maksud dia pon aku tk faham..aku ckp yg aku takkan datang punye,tp die cakap,,kalau tk datang die kelar tangan die ngan pisau...Gile btul la..tekejut beruk aku denga bile dia cakap die nk buat mcm tu...aku cakap kt die jangan jd gile boleh tak..die cakap gile ke bile saya buat mcm ni, ? sambil menyelak di pergelangan tangan die yg terukir dengan pisau bernama IDA..Hanya Tuhan tau perasaan aku di saat itu...Kalau nk tau ape yg jd seterusnye ,adakah aku pergi ke atau tk jumpe budak laki ni ?..TUnguuuuuuuuuuuu..sambungan nota seterusnye

Hukum Onani Dan Cadangan Penyelesaian


Onani: Masalah Remaja Masa Kini



Assalamualaikum Warahmatullah.


PENGENALAN

Memikirkan sejenak masalah sosial yang menimpa remaja masa kini, saya termenung berpanjangan. Saya juga turut tergolong di dalam golongan remaja. Inilah realiti dunia kita. Antara permasalah yang seringkali ditimbulkan oleh pelbagai pihak samada dari golongan muda remaja hinggalah dewasa berkeluarga adalah berkenaan masalah onani. Saya juga tidak terlepas dari pertanyaan ini terutamanya melalui perantaraan maya Yahoo Massenger. Permasalahan ini amatlah membimbangkan. Ia bagaikan satu kebiasaan dan lumrah umat pada masa kini terutamanya bagi golongan remaja.

Ada di antara mereka ketagih dengan onani ini dengan sebab mulanya hanyalah perasaan ingin mencuba untuk mencari sesuatu yang baru. Ada pula yang ketagih kerana telah diajar oleh pasangan kekasih mereka ketika hangat bercinta dahulu. Ada juga yang lebih teruk lagi dari itu ketagih setelah agak biasa melakukan persetubuhan haram berulang-ulang kali dengan kekasih hati. Jadi mereka semua ini secara umunya tidak dapat meninggalkan perbuatan onani dan seringkali melakukannya apabila ada masa terluang.

Di sini saya cuba membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan onani ini. Tujuan penulisan ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah sesiappun akan tetapi perbincangan ini adalah sebagai satu usaha dakwah saya untuk memberi faham kepada masyarakat mengenai permasalahan onani ini. Semoga perbincangan ringkas ini akan memberikan hasil yang lumayan kepada kita semua. InsyaAllah.

PENGERTIAN ONANI

Onani (melancap) dalam Bahasa Arab disebut Istimna. Dalam ertikata mudanya bermaksud mengeluarkan sperma atau mani secara sendirian bukan dengan jalan yang dibenarkan oleh syarak. Ia merupakan satu istilah untuk menyatakan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang itu dalam memenuhi syahwatnya dengan menggunakan tangan sendiri ataupun dengan bantuan alat-alat tertentu sehingga mengeluarkan mani.

HUKUM ONANI

Pandangan dari Mazhab Maliki dan Mazhab Shafie:
Mengatakan haram onani secara mutlak.
Dalilnya sepertimana firman Allah Taala bermaksud:


Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki (hamba) maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di bilik itu (berzina) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
(Surah al-Mukminun: ayat 5 hingga 7).

Pandangan dari Mazhab Hanafi:
Mengatakan haram pada sesetengah keadaan dan wajib pada sesetengah keadaan.
Mereka berkata: Wajib onani jika takut terjatuh dalam zina. Menggunakan kaedah qawaid fiqhiyah: Yang terlebih ringan daripada dua mudharat.
Mereka berkata lagi: Tidak mengapa onani apabila bergelora syahwat dan tiada di sisinya isteri atau hamba.

Pandangan dari Mazhab Hanbali:
Mengatakan haram onani. Melainkan boleh beronani jika takut diri berzina atau memudharatkan kesihatan ketika isteri atau hamba tiada di sisi dan tidak mampu untuk berkahwin.

Mereka berkata: Mani adalah benda lebih dari tubuh manusia. Maka boleh dibuangkannya dengan beberapa syarat-syarat tertentu.

Kesimpulan:
Dari perbincangan dan perbahasan ulama-ulama mazhab di atas maka saya lebih cenderung untuk memilih pendapat yang mengatakan haram beronani samaada kepada lelaki ataupun perempuan. Ini disabitkan dengan dalil seperti yang telah dinyatakan di atas.

SEKADAR PERINGATAN

Di sini saya bawakan juga beberapa hadis untuk peringatan dan renungan kita bersama dalam menghadapi persoalan onani ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Wahai sekalian pemuda yang mampu untuk mengeluarkan mahar maka kahwinlah. Maka sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan pandangan dan menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka berpuasalah. Maka sesungguhnya (puasa) adalah perisai.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibnu Majah, al-Darimi, Ahmad)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

Apabila seorang hamba Allah beristeri maka dia telah melengkapi sebahagian daripada agamanya. Oleh itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah untuk menyempurnakan sebahagian lagi.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah:
1. Orang yang melakukan homoseks.
2. Orang yang melakukan kahwin tangan (onani).
3. Orang yang melakukan hubungan seks dengan binatang.
4. Orang yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat).
5. Orang yang berkahwin antara ibu dan anak.
6. Orang yang berzina dengan isteri jirannya.
7. Orang yang menggangu jirannya.

(Riwayat al-Tabrani).

CARA-CARA MENGHINDARI KETAGIHAN ONANI

Di antara cara-cara untuk menyekat dan menghindarkan diri dari terus terjebak di dalam kancah ketagihan onani adalah:

01. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Taala.

02. Jika mampu dan tiada halangan maka berkahwinlah segera.

03. Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti dan program luar.

04. Sentiasa menjaga pandangan mata dari perkara-perkara maksiat.

05. Berkawan dengan kawan-kawan yang mampu membawa kebaikkan.

06. Sentiasa mendampingi dan meminta tunjuk ajar dari orang alim.

07. Sentiasa mempelajari ilmu agama secara ikhlas dan bersungguh-sungguh.

08. Berpuasa.

09. Dan sebagainya lagi.

PENUTUP

Saya juga ada terbaca beberapa artikel mengenai bahayanya ketagihan onani dari sudut kesihatan mental dan jasmani. Di sini juga saya ingin menyarankan dan menyeru kepada semua pihak agar sentiasa memberi perhatian dan mengambil berat tentang masalah sosial yang menimpa umat Islam di Malaysia khususnya pada masa kini. Semua pihak mestilah berperanan untuk membawa kembali budaya Islam ke dalam kehidupan masing-masing agar segala masalah sosial yang timbul dapat ditangani dengan sempurna. Peranan ini mesti ditanggung bersama oleh individu, keluarga, masyarakat dan pemimpin. Semoga kita semua dijauhi perkara-perkara seperti ini. Aminnn.

‘Memberi dan Berbakti’

Wallahualam.

Penulis : Ustaz Buluh IluvIslam

Memperingati Peristiwa Berdarah (Tak Bai)



"


Peristiwa berdarah Tak Bai yang berlaku pada 25 Oktober 2004 merupakan kejadian dimana 78 orang penduduk Islam Pattani syahid akibat kerakusan tentera penjajah Thailand pada bulan Ramadhan yang mulia. Namun yang lebih menggeramkan apabila kerajaan penjajah Thailand kemudiannya memutuskan bahawa sesiapa pun tidak bersalah dalam kejadian tersebut.

Peristiwa Tak Bai yang amat menyayat hati ini telah didahului sebelumnya dengan satu peristiwa iaitu pembunuhan kejam beramai-ramai di Masjid Kerisek. Kedua-kedua peristiwa ada persamaannya , iaitu tentera Thai bertindak dengan niat untuk membunuh semua ummat Islam yang hadir di lokasi peristiwa tersebut. Strategi yang terancang ini adalah sebahagian dari kempen "Pembersihan Etnik" penjajah Thailand terhadap ummat Melayu Islam Pattani.

Peristiwa kekejaman Kerajaan Penjajah Thailand terhadap ummat Islam Pattani ini adalah setara dengan tindakan zalim Serbia terhadap bangsa Bosnia dan Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin. Namun hanya berita-berita kematian orang Siam sahaja yang menjadi fokus supaya masyarakat dunia menghukum Islam yang bertanggungjawab. Bermula dari peristiwa-peristiwa sedih inilah tercetus kembali kebangkitan ummat Islam Pattani secara besar-besaran.

Peristiwa ini jugalah yang membakar semangat dan sumpah perjuangan oleh para pejuang Islam yang berjuang di Pattani.Mereka berikrar akan meneruskan perjuangan sehingga bumi Pattani dibebaskan sepenuhnya dari sebarang bentuk penjajahan. Peristiwa yang menyedihkan ini bukan sahaja diratapi oleh umat Islam Pattani bahkan oleh sesiapa sahaja yang mengaku Muslim di dunia ini. Peristiwa hitam 25 Oktober ini perlu dikenang oleh seluruh ummat Islam kerana perjuangan pembebasan Pattani adalah perjuangan ummat Islam seluruhnya. Isu Pattani mesti menjadi isu yang wajib diperjuangkan oleh ummat Islam.

Walau pun Kerajaan Thailand cuba menyembunyikan angka sebenar mangsa pembunuhan di Tak Bai tetapi amat diyakini bahawa jumlah mangsa kematian melebihi dari jumlah yang dilaporkan. Antaranya mangsa-mangsa yang mati ketika cuba melarikan diri dalam sungai. Mereka ditembak seperti ikan. Begitu juga liang besar pembunuhan beramai-ramai turut dijumpai di Telubok Pattani, di tanah perkuburan cina di Jala (Yala) dan juga perkuburan Cina di Naratiwat. Jumlah kematian di ketiga-tiga kubur ini dijangka melebihi 500 orang .

Peristiwa berdarah Tak Bai bukanlah kejadian yang luar biasa di bumi Pattani. Bahkan ianya adalah intisari daripada tindakan-tindakan ganas oleh penjajah Thai sejak dari 1786 lagi. Mereka membunuh ummat Islam Pattani laksana binatang dan mereka selamanya tidak pernah menganggap ummat Islam Pattani sebagai manusia untuk dihormati.

Pattani pada hakikatnya adalah sebahagian daripada Tanah Melayu. Tetapi pada pertengahan abad ke-19 Pattani telah menjadi korban dasar imperialisasi kerajaan Siam yang disokong sulit oleh barat. Tanggal 1826, penjajahan Siam ke atas Pattani telah diiktiraf oleh British.

Seiring usahanya untuk mengukuhkan penguasaanya ke atas Pattani, pada tahun 1902 Kerajaan Siam melaksanakan dasar yang menjurus kepada penghapusan sistem pemerintahan kesultanan Melayu Pattani. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Pattani telah diisytiharkan oleh British sebagai jajahan Siam tanpa kerelaan ummat Islam Melayu Pattani.

Sejak penggulingan Kerajaan Islam Melayu Pattani, ummat Islam Melayu Pattani terpaksa menghadapi suasana kehidupan yang perit dan dhaif. Ummat Islam Melayu menjadi mangsa kerakusan pemerintahan siam yang zalim .Oleh itu tidak hairanlah kemarahan ummat Islam sering meletus di Pattani. Tanggal 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas Raja pemerintah Kerajaan Melayu Patani, bersama-sama pejuang-pejuang Islam dari Turki, telah mendepani gerakan pembebasan. Kebangkitan anti Siam menjadi lebih hebat apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mensiamkan ummat Islam Pattani.

Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua bersekutu dengan Jepun telah memberikan peluang baru kepada ummat Islam Melayu Pattani untuk membebaskan Pattani daripada penjajahan Siam. Oleh itu Tengku Mahmood Mahyideen, Putera Raja bekas Raja Pattani, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Pattani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.

Hasrat Tengku Mahmud itu berbetulan dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti. Peluang itu semakin cerah apabila Kuasa-Kuasa Berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima pakai prinsip hak menentu nasib sendiri sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan. Lantaran itu, tanggal 1 November 1945, sekumpulan pemimpin ummat Islam Melayu Pattani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Pattani dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan penjajahan British di wilayah Asia Tenggara menjadi faktor utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Pattani. Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan beras untuk keperluan jajahannya. British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

Tindakan penjajahan ini juga selaras dan bertepatan dengan perancangan Zionis Yahudi . Pattani menerima nasib yang sama dengan Palestin dari segi perancangan licik penjajah kuffar. Kemaraan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor penting kepada British dalam menentukan polisi dan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis dari China. Justeru, Kerajaan British ingin memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan blok Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi menghadapi kemaraan Komunis di perbatasan Tanah Melayu. Justeru, Pattani adalah taruhannya.

Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk melaksanakan pembaikan sistem pentadbiran dan sosio ekonomi di Pattani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh ummat Islam Pattani. Sejak , isu pembebasan Pattani mula pudar malah jika dibangkitkan ia kononnya disifatkan bakal menjejaskan hubungan dengan Siam. Seusai Persidangan Senggora pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula bertindak terhadap pemimpin-pemimpin pejuang pembebasan Pattani. Tengku Mahmood Mahyideen ditekan hebat manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Pattani semakin lemah dengan pembunuhan Tengku Mahmood Mahyideen dan Syahidnya Haji Sulung pada tahun 1954.

Sebelum Perang Dunia Kedua ummat Islam Melayu di Pattani melebihi 90 %, tetapi nisbah ini semakin berkurangan dengan pemindahan penduduk dari utara Thai dan pembunuhan beramai-ramai yang sering dilakukan oleh kerajaan Thailand di wilayah Pattani. Kerajaan Thailand juga memperalatkan pihak berkepentingan demi melagakan sesama ummat Islam Pattani. Mereka telah menggunakan berbagai helah bagi melemahkan ummat Islam Pattani. Antaranya mengeluarkan fatwa bahawa perjuangan ini tidak syarie kerana Pattani ini asalnya adalah hak milik kerajaan Thailand.

Walau bagaimana pun perjuangan ummat Islam Pattani pada hari ini sudah sampai kepada apa yang disebut oleh Al Quran sebagai "Hari bertemunya dua ketumbukan", iaitu pertembungan pada hari ini hanya berlaku antara dua pihak, iaitu ummat Islam dan kaum Kafir yang zalim. Sesiapa yang memilih bersubahat dengan penjajah Thailand maka merekalah yang mengkhianati ummat Islam dan cenderung kepada kerajaan Thailand yang Zalim . Justeru, mereka yang bersekongkol dengan penjajah Thailand diberi amaran supaya kembali kepada paksi perjuangan yang sebenar. Jangan sesekali menista para pejuang dengan tuduhan tidak berperi kemanusiaan kapada bangsa sendiri.

Perjuangan kemerdekaan Pattani bangkit di atas percikan darah para syuhada. Ummat Islam lebih rela mati berjuang dari hidup sesaat lagi di atas bumi Pattani yang dijajah. Marilah Kita memohon kepada Allah SWT agar menerima pengorbanan dan perjuangan ini demi mendaulatkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Ya Allah seandainya Dikau matikan kami semuanya maka tiadalah lagi hamba-hamba yang ikhlas menyembahmu di bumi Pattani.

Piala Dunia: Waspada Daripada Mempromosikan Kekufuran!


Stadium bergempita. Tidak cukup sorakan manusia, vuvuzela mengalunkan pula irama lebah memenuhi pelusuk dunia. Seluruh bangsa-bangsa manusia bersatu. Seolah-olah dunia tidak pernah bersengketa. Bagaikan manusia tidak pernah berperang. Semuanya berhenti dan menumpu pada sebiji bola bernama Jabulani.
Isu-isu besar khali tanpa suara. Senyap tiada bernada. Yang berbunyi adalah bicara tentang sebiji bola dan siapa bakal merangkul juara.
Isu gula mahal tenggelam timbul. Isu Gaza terhenti seketika. Isu liwat juga seperti hilang taringnya sementara. Pokok pangkalnya, kedai-kedai kopi ceruk kampung hingga ke meja bulat persidangan antarabangsa, semuanya berkisar tentang kesebelasan pasukan pilihan utama.
Tertarik saya pada satu iklan siaran TV Mesir mengenai Piala Dunia. Gambarannya begini, sekumpulan pekerja lelaki di dalam pejabat siap berpakaian kot secara tiba-tiba berubah menjadi pemain bola. Mereka berlumba-lumba memasukkan ‘sesuatu’ yang dianggap bola ke dalam beg. Selepas berjaya bola dijaringkan ke dalam beg, mereka bertukar-tukar baju kot. Sebuah simbolik kepada perlawanan dunia.
Iklan kedua wataknya adalah wanita. Dua orang wanita berkejaran di dalam pasaraya mahu mendapatkan suatu barangan yang terhad. Posisi mereka seperti bermain bola. Siap beraksi tarik menarik baju, lalu dikenakan kad atas kekasaran itu. Kamera litar pasaraya dijadikan bahan bukti utama simbolik perlawanan olok-olok.
Dipendekkan cerita, bulan Jun dan Julai tahun ini adalah pesta temasya besar dunia yang fokusnya pada titik Piala Dunia. Segenap ruang legar media berkisar di situ. Mahu mengaut keuntungan lebih juga adalah titiknya di situ.
KITA ADALAH MEREKA?
Seperkara saya kira ianya amat penting untuk dimuhasabahkan bersama. Sedang ralit dalam bergabung di dalam keghairahan bola sepak Piala Dunia, cuba kita memerhati perlakuan mahupun suasana di sekeliling kita. Apakah perkara kebetulan ini adalah sengaja ataupun tanpa disedari berlaku.
Perkara apa?
Bunyinya agak menyesakkan. Ya, jika kalian seorang muslim – harus peka!
Mempromosikan Lambang Salib
Fenomena ini sudah lama berlaku tanpa disedari mahupun dalam situasi bawah sedar. Cuba perhatikan, kebanyakkan negara yang menyertai Piala Dunia setiap 4 tahun sekali ataupun kejuaraan Liga picisan lainnya adalah dibayangi negara berlambangkan logo salib.
Lalu dalam sedar atau tidak, ada sebilangan dari kita dengan senang hati menyarung jersi berlambang salib itu. Ia dianggap remeh. Alasannya adalah semata-mata menyarung jersi. Soal gambar atau logo itu bergantung kepada niat. Wah, lancang sekali mulut berbicara tanpa berlapik.
Sedangkan Rasulullah SAW pernah berpesan di dalam sebuah hadis bermaksud:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang menyerupai dengan sesuatu kaum maka beliau tergolong di kalangan mereka.” (Riwayat Ahmad)
Di dalam memahami masalah ini juga, kita harus melihat bahawa syara’ menegah sesiapa sahaja termasuk kafir zimmi (non-muslim yang menetap di bawah negara Islam) supaya tidak menzahirkan syiar-syiar agama kuffar di tempat khalayak awam. Sedangkan kafir zimmi juga fuqaha’ sudah menetapkan hukum sebegitu, inikan pula kita yang bergelar muslim.
Perkara ini dengan jelas dikhabarkan oleh Al-Ustaz Doktor Muhammad Said Ahmad Amir di dalam kitabMuhadharat Fiqh as-Sadah asy-Syafie’iyyah di bawah penerangan tajuk larangan kafir zimmi menzahirkan kemaksiatan di khalayak umat Islam secara terbuka. Ini termasuklah menzahirkan salib kristian, menzahirkan konsep triniti (seperti kepercayaan Yahudi dan Nasrani bahawa al-Masih Isa dan Uzair adalah anak Tuhan), memperlihatkan kemungkaran, menayangkan arak dan babi.
Jelas.
Lalu apakah kita mahu menjadi sebahagian daripada mereka? Nauzubillahhi minzalik. Mari muhasabah kembali sahabat-sahabiah.
Menzahirkan Lambang Arak
Terdapat sesetengah jersi bola sepak umumnya turut menzahirkan lambang syarikat arak yang menaja pasukan. Ini jelas terpampang pada sesetengah jersi berjenama dunia, baik di dalam perlawanan bola sepak liga mahupun piala berprestij khususnya World Cup.
Dan perkara ini seolah-olah dipandang enteng oleh sesetengah muslim yang sedar, walhal dosa arak adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Ia bukan sahaja melibatkan peminum, tetapi terangkum pada setiap cabang kaitan arak. Amat kesal jika perkara begini turut dilakukan oleh golongan yang tahu agama. Malang!
Konklusinya, mari fahami firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Maidah ayat 2 bermaksud:
“Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.”

Siri Propaganda Israel Di Sebalik Jendela Dunia


Bangsa Yahudi – Israel ini sudah lama membuat onar di muka bumi. Buktinya lihat saja firman Allah Ta’ala pada lembaran ayat 148 surah al-A’raf kisah mengenai kaum Bani Israel di kala era pimpinan Nabi Musa a.s.
Sekejap sahaja mereka berubah sikap dan kata. Kecekatan bangsa Yahudi ini langsung menatijahkan manusia sekitar seringkali tertindas. Merusuh dan tidak senang hati. Akhirnya mereka terbuang dari masyarakat antarabangsa. Tiada bernegara sebermula zaman kegemilangan Madinatu Munawwarah yang dipimpin Rasul tercinta – Muhammad SAW.
“Khaibar-khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya Udd!” Teriakan laungan ini segar diingatan. Dan ia menggentarkan nubari Israel hakikatnya. Lalu berciciran lari bangsa Yahudi ini merempat ke penjuru dunia.


Tatkala hidup tidak bernegara, mereka tidak pernah diam dan bisu daripada merencanakan sesuatu. Dendam kesumat tetap tersemat senantiasa bersama strategi menjahanamkan musuh. Mereka bijak dan cerdik, tetapi menyelewengkan kecerdikan itu mengikut telunjuk kuasa Syaitan, bukan Tuhan.
Bayangan serangan Holocaust Nazi pasca pemerintahan Adolf Hitler seringkali diputarkan ke seluruh sarwajagat – agar dunia tahu mereka bangsa tertindas. Lantas alasan tidak munasahabah ini selalu dimainkan bersama pembantaian terhadap umat Palestina. Berkekalan dimainkan tanpa henti.


Dunia terpaku, dunia diam seribu bicara. Dunia termakan kata-kata manis zionis Israel pada alasan pernah dizalimi Nazi. Propaganda ini jelas tidak terhenti di situ.
Yahudi melebarkan sayap pemerintahan senyap dalam gelap disebalik empayar kapitalisme Amerika Syarikat. Mereka menguasai seluruh perusahaan, bank-bank, penggurup matawang, politik dunia, media antarabangsa, sebaran sosial hatta kepada pembudayaan terhadap etnik dunia. Termasuk dunia Islam.
WASHINGTON 14 Mei – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta

Kongres meluluskan peruntukan AS$205 juta (RM697 juta) untuk membantu Israel mempercepatkan penempatan sistem pertahanan roket di kawasan sempadannya. Sistem ‘Kubah Besi’ Israel bertujuan untuk meminta roket yang dilancarkan dari Genting Gaza dan Lebanon
Lihat fakta ini – Bank Simpanan Persekutuan dikuasai pemilik-pemilik Yahudi seperti Rothschild Banks Of London dan Berlin, begitu juga pemilikan Lehman Brothers Bank Of New York, Lazard Brothers Bank Of Hernburg dan Amsterdam serta Goldman Sachs Bank Of New York.
Mereka menguasai sumber kewangan keluar masuk dunia. Jadi tidak mustahil umat Islam ‘terpaksa’ mengiyakan RIBA. Walhal mengiyakan RIBA bagai mengisytiharkan perang kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya!

Kata salah seorang Penguasa Amerika Syarikat bernama Amschel Bothschild:
“Izinkan saya mengeluarkan dan menguasai wang negara dan saya tidak peduli siapa yang menjadi Presiden atau mereka yang menulis undang-undang negara.”
Lalu slogan dicanang bahawa jalan lurus itu adalah west life, bukan sirathol mustaqim yang digembar-gemburkan firman Jalla Wa’ala. Bahkan mereka seringkali mencipta undang-undang, tetapi realitinya bagi Israel slogan NO RULES lebih kerap digunapakai.


PROPAGANDA MEDIA ISRAEL
Selesai pasca serangan ke atas kapal Flotilla dan penangkapan anak kapal Rachel Corrie, mereka tidak berdiam diri. Jangan disangka Israel akan diamkan sahaja detik 31 Mei itu. Serangan media mereka bertali arus dilancarkan siang dan malam.

Media mereka lantas memainkan perang saraf memutarbelitkan kefahaman dunia bahawa anak-anak kapal LineLife4Gaza itulah yang bersalah. Kononnya mereka menyerang pasukan lanun Israel terlebih dahulu.
Bijak bukan?!

Nah, siapa pula mahu menuntut bela atas kematian 20 aktivis itu? Senang bicaranya – tuntutan ke atas jutaan umat Islam yang terkorban dek pembantaian Israel selama ini?
Bisu.


Dan setelah menonton siri proganda itu, kalian tidak mengira apa pangkat sekalipun hatta para huffaz yang menghafaz 30 juz adalah dijemput dengan segala hormatnya meneliti ayat al-Quran:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka”. TMQ al-Baqarah: 120
12.54PM, 6 Jun 2010,
Siberbay, Tanta.