Rabu, 20 Jun 2012

Pompeii "Kota Yang Dilaknat".


SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain - penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta berinteraksi antara satu sama lain.
Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.

Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.

Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur? di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar.


(Ini adalah anjing yg mati)

Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.




(Antara manusia yang mati)

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.

Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.


(ibu dan anak)

Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ’sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.

Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Ruj;Berita Harian.

ATLANTIS “Benua yang Hilang??



Benua Atlantis?? Ya.. Sebuah benua yang besar dan mempunyai peradaban yang tinggi seperti yang diceritakan oleh ahli ilmu mantik yunani “plato” didalam beberapa kajian beliau. Sebenarnya masih banyak kajian yang sedang dijalankan oleh pakar kaji purba dan juga ahli-ahli geologi berhubung misteri benua ini. Mengikut perkiraan dari Plato, benua tersebut terletak di dalam gambar seperti yang telah dilakarkan oleh beliau dibawah ini;

Plato ada menulis didalam buku beliau yang berjudul Timaeus: Di hadapan "Selat Mainstay Haigelisi, ada sebuah pulau yang sangat besar, dari sana kalian dapat pergi ke pulau lainnya, di depan pulau-pulau itu adalah seluruhnya daratan yang dikelilingi laut samudera, itu adalah kerajaan Atlantis. Ketika itu Atlantis baru akan melancarkan perang besar dengan Athena, namun di luar dugaan Atlantis tiba-tiba mengalami gempa bumi dan banjir, tidak sampai sehari semalam, tenggelam sama sekali di dasar laut. negara besar yang mempunyai peradaban tinggi itupun lenyap dalam semalam."

Mungkinkah kaum atlantis ini kaum yang hidup dizaman Nabi Allah Nuh a.s?? Ada kebarangkalianya kerana mengikut perkiraan Islam banjir besar pernah berlaku dizaman Nabi Allah Nuh a.s dan banjir tersebut telah menenggelamkan kesemua permukaan bumi sehingga baginda digelarkan sebagai 
“bapa manusia kedua” selepas Nabi Adam a.s.
Solon ( 639-559 SM), merupakan salah seorang dari 7 cendikiawan Yunani Kuno ada menceritakan perihal Atlantis didalam syairnya. "Ada sebuah daratan raksasa di atas Samudera Atlantik arah barat Laut Tengah yang sangat jauh, yang bangga dengan peradabannya yang menakjubkan. Ia menghasilkan emas dan perak yang tak terhitung banyaknya: istana dikelilingi oleh tembok emas dan dipagari oleh dinding perak. Dinding tembok dalam istana bertakhtakan emas,cemerlang dan megah. Di sana, tingkat perkembangan peradabannya memukau orang. Memiliki pelabuhan dan kapal dengan perlengkapan yang sempurna, juga ada benda yang bisa membawa orang terbang. Kekuasaannya tidak hanya terbatas di Eropa, bahkan jauh sampai daratan Afrika. Setelah dilanda gempa dahsyat,tenggelamlah ia ke dasar laut beserta peradabannya, juga hilang dalam ingatan orang-orang."


Kebarangkalian wujudnya benua yang hilang ini dikukuhkan lagi dengan penemuan sebuah Kota Kristal di bawah dasar laut Bahama oleh Robert Charmux seperti yang dinyatakan beliau dalam 
“Dokumen kunonya”. Dan pada tahun 1970-an, seramai 5 orang penyelam telah menyelam ditempat yang telah dinyatakan oleh Robert Charmux dan para penyelam tersebut berjaya menjumpai sebuah pyramid Kristal yang berwarna emas , kemudian para penyelam tersebut mengambil sedikit dari Kristal tersebut untuk dibuat kajian. Setelah kajian dibuat, pakar mendapati Kristal tersebut dapat menyembuhkan penyakit kulit dan metod-metod tersebut masih tidak dijumpai hingga kehari ini dimanakah ianya berasal.


Sebuah jalanraya yang besar juga turut ditemui ditempat kota Krital itu berada dan ahli sains masih belum dapat membuktikan teknologi apakah yang digunakan oleh pakar-pakar atlantis untuk membuat jalanraya tersebut kerana keadaanya masih lagi elok walaupun sudah melebihi 10 ribu tahun ditenggelami air laut.

Banyak lagi bukti-bukti penemuan yang berkait rapat dengan kewujudan benua Atlantis ini. Jadi adakah benua ini benar-benar wujud seperti yang digambarkan oleh ilmuan-ilmuan kuno ?? tepuk dada dan luu pikirlah sendiri.

Di bawah ini ada aku selitkan beberapa keping lagi lakaran yang telah dibuat oleh ahli ilmuan purba.



Walaubagaimanapun, masih banyak kekhilafan dari para ilmuan berhubung kesahihan kisah benua yang hilang ini. Untuk mendapatkan lebih ketepatan darisegi kesinambungannya haruslah kiranya kita mencarinya didalam Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W kerana disana ada jawapannya, mungkin secara tersurat atau mungkin tersirat…Sekian..

Gambar Mekah & Madinah dari satelit


Gambar Kaabah dari satelit US. Sungguh indah terang benderang Kaabah di Mekah juga gambar Madinah dari satelit.

Orang-orang Barat sentiasa mahu mengkaji kawasan Tanah Haram, tetapi apa yang mereka jumpa sungguh ajaib dan menunjukkan kekusaan Allah seperti luasnya air telaga zam-zam yang tak pernah kering walaupun telah digunakan sekian lamanya. Maha Suci Allah!

Namun ada juga yang kata sebab marmar putih yang ada di Kaabah.

Kawasan Bumi Kaabah Terang Benderang.
Ku lihat dari kacamata satelit. Lihatlah kekuasaan Maha Suci Allah SWT....






Makkah, Via Satelite (1 meter IKONOS, Dec. 1999)
Well, the watermark really is distracting, but you can easily make out the salient features of the Masjid al-Haram in brilliant white marble, and the surroundings: (1) The Holy Kabah (2) Well of Zam Zam, entrance (3) Mount al-Safaa (4) Mount al-Marwa (5) Barbers (6) More prayer area (red mats) (7) King's palace. You don't see it in many pictures, but it can't hide from the satellite. There's a solid concrete wall dividing the palace from the Masjid area. (Cool Hotels and shops at street level. This particular one is Kughee's, a favorite among the South African crowd. The green line is about the point from where you begin the circumbulation of the Holy Ka'bah (going counter-clockwise). At that point of the Ka'abah itself is the Black Stone, the Hajr-e-Aswad. On the other side, is a green light, as a marker.



Madinah, Via Satelite (1 meter IKONOS, Dec. 1999)


Masjid-e-Nabawi, The Mosque of Prophet Muhammad Peace be upon him. The white marble brings out the Masjid easily against the dark terrain and surrounding buildings. (1) Masjidun Nabawi (2) Bab-e-Jibrael, The Gate of Jibrael (Angel Gabriel, the gate through which he entered). Be sure to enter the Majid through here to attain much reward on your visit, insha-Allah. And then, when you leave, leave through the adjacent door, passing the grave of Prophet Muhammad (Sallallahu alayhi wasallam) where you may greet him. Buried here (between 2 and 3) are also Hadhrat Abu Bakr Siddique Radiallahu Anhu, and Hadhrat Umar Radiallahu Anhu. (3) the green dome of the Masjid (4) Jannatul Baqee. Here is the final resting place for many of the great companions (May Allah be pleased with them) of Prophet Muhammad peace be upon him. It borders the Mosque at the top, and down to the street at the bottom of the image where the 4 is located. (5) Shops, bazaars. (6) Hotels

_________________SUBHANALLAH

7 Keajaiban Baru Dunia


Pada 7.7.07 lepas, tujuh keajaiban baru dunia telah diisytiharkan olehNew Seven Wonders setelah undian dilakukan melalui Internet, telefon dan SMS premium. Tujuh keajaiban baru dunia tersebut ialah Tembok Besar China, Christ Redeemer (Brazil), Taj Mahal, Colosseum (Itali), Chichen Itza (Mexico), Machu Picchu (Peru) dan Petra (Jordan).

Walau bagaimanapun, keputusan ini telah mencetuskan pelbagai kontroversi kerana ramai menganggap keputusan ini hanya berasaskan keuntungan yang diraih dan bukan berdasarkan pengamatan saintifik. Cara pengundian juga diragukan dan keputusan yang diperolehi tidak menggambarkan pemilihan yang dibuat adalah tepat.

Kebanyakan undi yang diperolehi pastinya datang dari negara yang mempunyai kadar ketembusan Internet yang tinggi dan ini tidak menyeluruh ke seluruh dunia. Pastinya ada sentimen tersendiri semasa undian dibuat.

Di Brazil, satu promosi besar-besaran telah dilakukan untuk mempastikan Christ Redeemer tersenarai sebagai salah satu tujuh keajaiban baru dunia. Pihak operator telefon bimbit telah memberikan SMS percuma buat para pengundi menghantar undian untuk Christ Redeemer tersebut. Banyak juga iklan disiarkan seperti di TV dan di tiket bas. Maka, Christ Redeemer telah berhasil disenaraikan.

Melihat kepada senario di atas, antara faktor penentu ialah kesedaran orang ramai tentang undian ini. Pihak pengelola undian ini juga pernah menemui bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan bekas PM itu mencadangkan Menara Berkembar Petronas disenaraikan sebagai calon.

Ketika itu, The Sun telah mempromosikan pengundian ini. Namun The Sun bukanlah akhbar nasional dan terhad pengedarannya. Maka, rakyat Malaysia tidak ramai yang tahu. Aku sendiri pun tidak mengetahui akan hal ini sehinggalah heboh tentang pengumuman yang bakal diwar-warkan pada 7.7.07 yang lalu.

Di India pula, tidak ramai yang tahu sehinggalah di saat-saat akhir. Pada mulanya Taj Mahal tidak termasuk di kedudukan tujuh teratas. Namun, promosi besar-besaran dilakukan termasuklah oleh artis Bollywood sendiri berjaya menaikkan Taj Mahal ke tujuh kedudukan teratas. Mungkin juga di saat-saat akhir, dek Taj Mahal yang memang sudah tersohor, ramai yang mahukan Taj Mahal tersenarai juga.

Menteri Kebudayaan Mesir pula menyelar pihak penganjur kerana telah memasukkan Piramid untuk bertanding dengan calon-calon lain. Atas desakan itu, pihak penganjur telah memasukkan Piramid sebagai calon kehormat dan dikecualikan daripada pengundian.

UNESCO pula awal-awal lagi tidak mahu dikaitkan dengan pengundian ini dan menjelaskan ini tidak terbabit dengan senarai warisan dunia UNESCO.

Pihak penganjur juga diselar kerana pengundian bukanlah percuma dan jelas unsur keuntungan menjadi matlamat pengundian ini. Pengundian juga tidak adil kerana pengundi boleh mengundi lebih dari sekali.

Beberapa calon yang dianggap terkenal juga tidak termasuk dalam pusingan akhir. Antaranya Candi Borobudur di Indonesia. Mungkin tiada lobi daripada pihak tertentu.

p/s - Sepatutnye Kaabah tersenarai dalam salah satu "keajaiban" dunia..tiada tempat yg paling ajaib..Kaabah la tempat pertama yg ptt di senaraikan ajaib..
Renungkanlah

Jangan Jilat Pelekat Sampul Surat


Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.

Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa.

Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada
lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah wanita tersebut.

Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong
bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya terdapat telur lipas padapelekat sampul surat yang dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."

"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki
pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka
benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!"

"Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak
2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur
lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

Awas Dakyah Kristian 2 !


Awas Dakyah Kristian 2 !

Saya terpanggil untuk menulis mengenai polemik kalimah Allah yang telah diputuskan oleh mahkamah yang berpihak kepada Kristian Katolik baru-baru ini. Penulisan yang menyokong keputusan mahkamah memenuhi setiap ruang laman-laman web ultra kiasu tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam. Begitulah wajah sebenarnya mereka yang selalu menuduh media lain tidak betul, siapakah sebenarnya yang betul? Kumpulan ini tidak pernah bersyukur, malah semakin berani menunjukkan belangnya.

Saya tidak menafikan hak agama lain untuk menggunakan kalimah Allah, sekurang-kurangnya kalimah ini menjadi sebutan mereka, manalah tahu suatu hari ini merekapun turut ikut bersunat. Namun, saya amat musykil, tetapi kenapa baru sekarang menjadi isu besar? Apakah tujuan di sebaliknya? Siapakah sasaran mereka? Sebagai umat Islam kita perlu memahami isu ini.

Bagi mereka yang tidak menyertai NGO, mungkin mereka tidak berapa nampak niat mereka yang sebenar. Tetapi bagi kami yang selalu berdamping dengan NGO, kami sudah masak dengan teknik dan taktik mereka ini. Mereka tidak akan berhenti untuk menuntut sehingga cita-cita mereka tercapai. Mereka akan menuntut semaksima mungkin, walaupun nampak seolah-olah tuntutan tersebut amat ekstrim. Mereka tahu, jika kerajaan tidak memenuhi kesemuanya, sekurang-kurangnya kerajaan akan memberi sebahagian. Sebahagian itu adalah kemenangan besar kepada mereka. Dengan sebab itu, kerja mereka hari ini ialah menuntut dan mendesak, apatah lagi ketika umat Islam dilanda perpecahan yang begitu melemahkan. Saya tidak fikir mereka sebegitu berani jika umat Islam bersatu. Sejarah menunjukkan bahawa apabila sesebuah bangsa itu kuat, biasanya ia akan digeruni.

Rakan-rakan facebook saya mengadu, ada kalangan orang Melayu Islam telah keluar daripada Islam dan menganut agama lain. Kumpulan ini begitu aktif menjalankan kerja dakwah mereka walaupun mereka tahu ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Hal yang sama pernah berlaku kepada Siti Hasnah Vengarama atau Banggarma Subramaniam baru-baru ini. Kita begitu hairan kenapa orang bukan Islam begitu berani ‘menikahkan’ Banggarma dengan lelaki bukan Islam yang ternyata bertentangan dengan perlembagaan dan salah di sisi undang-undang.

Walaupun Banggarma mengatakan bahawa dia sudah tidak Islam lagi, tetapi beliau masih tertakluk kepada undang-undang syariah, tidak kiralah sama ada dia beramal dengan Islam ataupun tidak. Mereka yang bertanggungjawab menikahkan beliau, sepatutnya merujuk kepada pihak berkuasa agama, sebagai tanda penghormatan ke atas agama Islam. Ironinya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam. Tidakkah ini dinamakan toleransi?

Saya masih ingat, apabila isu ini disensasikan, belum apa-apa lagi kita lihat reaksi Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Mahkamah Syariah membenarkan Banggarma menganut agama Hindu dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah. Paderi Kristian selaku presiden MCCBCHST berpendapat, murtad itu sah kerana menganut agama Islam pada masa kecil sahaja dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Paderi tersebut mendesak agar memberikannya kebebasan memilih agama kerana ia berumur lebih 21 tahun. Mahkamah Syariah dikatakan tidak layak kerana tidak mempunyai bidang kuasa ke atas ‘mereka yang tidak mengamalkan agama Islam’.

Persoalan saya, siapakah paderi tersebut untuk mengatakan sama ada Mahkamah Syariah layak atau tidak mengadili kes ini. Janganlah bertindak seperti hakim. Kita harus bersifat professional dan bukan beremosi serta bersentimen. Hormatilah kedudukan Islam selaku agama persekutuan. Ini tidak, belumpun perkara ini dibawa ke mahkamah, mereka sudah menjadi hakim. Saya amat bimbang jika wujud hakim seperti ini dalam mahkamah.

Berbalik kepada kes kalimah Allah ini, semua badan NGO bukan Islam bersatu hati mahukan kita menghormati keputusan mahkamah. Ironinya, bila keputusan menyebelahi bukan Islam, kita disuruh menghormati mahkamah dan keputusan itu adalah keputusan yang adil, tetapi bila keputusan menyebelahi orang Islam, kita kata mahkamah berat sebelah dan telah dipengaruhi tangan-tangan tertentu. Adakah tindakan ini wajar? Kenapa kita tidak bertindak secara profesional?

Apa jua alasan kita mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, mudarat dan sakitnya lebih dirasai oleh umat Islam. Sepanjang pengamatan saya, di negara-negara barat majoriti Kristian, kalimah Allah tidak pernah digunakan sama sekali, sama ada digereja-gereja mahupun percakapan harian. Malah dalam filem-filem merekapun, saya tidak pernah menonton atau mendengar kalimah Allah digunakan.

Tidak dinafikan bahawa kalimah Allah telah digunakan di Indonesia dan beberapa negara Arab yang lain. Begitu juga di Sabah dan Sarawak. Persoalannya, adakah ia bermakna negeri lain perlu terikut sama?

Saya cukup hairan kenapa kita harus melayan tuntutan Kristian di Semenanjung yang hanya berjumlah kurang dari 9 peratus, berbanding dengan agama lain yang lebih dari itu. Seperti yang saya sebut sebelum ini, walaupun mereka sedikit, publisiti mereka sehingga menenggelamkan agama yang lain. Sedangkan kita tahu dari segi hak, mereka yang beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme mempunyai lebih sedikit hak, sebab mereka ada 22 peratus.

Pada saya, apapun hujah untuk membenarkan Kristian menggunakan nama Allah, perlu ada pertimbangan antara mudarat dan sensitiviti umat Islam serta kesesuaiannya dengan perlembagaan negara kita. Bukanlah bermakna kita takut dengan dakyah Kristian, tetapi berpada-padalah dengan kedudukan mereka yang hanya 9 peratus. Kementerian Dalam Negeri dan Majlis agama Islam negeri mesti bertindak tegas ke atas mereka tanpa kompromi jika adalah risalah yang cuba untuk mengelirukan umat Islam. Perkara ini amat penting bagi menghindarkan mudarat lebih besar yang boleh menimpa orang awam Islam yang agak lemah dan mengelakkan konflik.

Justifikasi beberapa cendekiawan dan pertubuhan Islam yang tidak melarang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan mereka, agak berat juga untuk diterima. Alasan mereka, “umat Islam tidak perlu berebut nama Allah dengan penganut Katolik. Mereka berhak menamakan Tuhan mereka dengan nama Allah kerana dalam al-Quran pun kaum Musyrikin menggunakan nama Allah”. Benarkah begitu? Mereka seolah-olah mendakwa Allah ‘membenarkan’ namaNYA digunakan oleh bukan Islam bagi merujuk kepada Tuhan Bapa, Jesus, dan segala sembahan yang bathil dan syirik itu.

Selaku bekas penganut Kristian bersama-sama beberapa rakan lain, kami tahu benar bagaimana orang Kristian bekerja. Cuma, saya ingin mengingatkan umat Islam supaya lebih berwaspada dan berhati-hati. Kalimah Allah ini merupakan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu ketika dahulu. Walaupun IFC belum berjaya ditubuhkan, mereka berselindung di bawah MCCBCHST. Boleh dikatakan hampir kesemua 14 tuntutan yang mereka kemukakan telah berjaya dipenuhi. Tuntutan ini ternyata menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Antara tuntutan mereka adalah, pertama: seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. Kedua, orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ketiga, sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. Keempat, tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam. Kelima, orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang. Keenam, seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

Ketujuh, orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya. Kelapan, kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kesembilan, orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. Kesepuluh, bibel dalam bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Kesebelas, pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah. Keduabelas, program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing, dan ketigabelas: orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang bukan Islam dan akhirnya, sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Persoalan saya, hampir kesemua tuntutan telah tercapai, tidak cukupkah lagi toleransi yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan umat Islam hari ini? Pada saya, kita sudah terlebih memberi, atas dasar demokrasi dan takut kepada ugutan mereka. Inilah kelemahan kita yang menyebabkan orang lain berani memijak kepala.

Toleransi umat Islam telah sampai ke tahap yang cukup tinggi. Seingat saya, umat Islam tidak pernah atau amat jarang campurtangan dalam hal ehwal agama bukan Islam. Apatah lagi untuk mengganggu-gugat istilah agama mereka seperti Pope, Paderi (priest), Sami (Monk) dan sebagainya. Ini disebabkan oleh prinsip kita yang menghormati agama lain.

Justeru, adakah salah kita ingin mempertahankan sedikit yang masih ada? Jika sedikit ini terus mahu diambil dan dikongsi, apakah yang masih tinggal pada umat Islam di buminya sendiri? Justeru, tindakan kerajaan melarang penggunaan nama Allah dalam surat khabar Herald adalah tindakan tepat dan positif yang bermakna bagi umat Islam. Ia perlu disokong oleh semua umat Islam tanpa berbelah bahagi. Pada masa sama janganlah bertindak di luar batasan agama seperti membakar gereja, itu sudah ekstrim namanya. Jika berlaku peperangan sekalipun, Islam tidak membenarkan kita meroboh atau memusnahkan rumah ibadat mereka. Begitulah indahnya Islam. Pun begitu, kita masih belum tahu siapakah sebenarnya yang membakar gereja? Mungkin orang Islam? Mungkin tidak? Atau mungkin juga orang bukan Islam yang mahu menangguh di air yang keruh? Pokoknya, jangan mudah menuding jari dengan mengatakan orang Islam yang buat.

Apa yang berlaku pada hari ini ialah kita hanya mempertahankan kalimah Allah untuk tidak digunakan sewenang-wenangnya. Syarat-syarat ketat hendaklah dikenakan sekiranya kalimah ini ingin digunakan. Kuasa yang ada dalam perlembagaan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mempertahankan dan menyelamatkan maruah agama tercinta ini. Saya dengan penuh takzim menyembah ke bawah duli Tuanku, Majlis Raja-Raja Melayu untuk campurtangan menyelamatkan kesucian Islam daripada dicemari oleh tangan-tangan yang cuba mengotori kesucian ad-deen ini. Ambillah pengajaran yang berlaku ini untuk kita bangkit kembali menjadi aktif serta proaktif, dan bukannya action-oriented. Bila sudah berlaku barulah kelam-kabut. Tidakkah kita perlu sentiasa bersedia dan beristiqamah mempertahankan maruah agama mulia ini dan bukannya bermusim? Semoga Islam akan terus menyinar dan bersinar.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

Awas Dakyah Kristian !




Apa yang jelas, rancangan Kristian Malaysia untuk menggunakan perkataan ALLAH itu adalah dalam konteks mempercayai nama ALLAH itu adalah nama bagi Tuhan yang berkonsepkan fahaman Triniti: iaitu 3 dalam 1. Sudah tentu ini bercanggah dengan aqidah umat Islam termasuk bangsa Melayu. Malahan pada saya ini adalah satu perancangan halus dan jahat mereka untuk mengelirukan umat Islam. Yang saya pelik, mengapa mereka berkeras mahu menggunakan perkataan ALLAH hanya bagi penerbitan Kristian dalam Bahasa Melayu, tetapi didalam versi bahasa Inggeris mereka masih menggunakan perkataan Jesus dan lain-lain. Tidakkah itu membuktikan satu muslihat yang jahat. Malahan sebenarnya muslihat la'nat ini telah digambarkan oleh ALLAH kepada kita didalam Al Quran di surah Al Baqarah:2, "sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu (umat Islam) selama-lamanya selagi kamu tidak mengikut cara kehidupan mereka; namun katakan (kepada mereka) bahawa cukuplah petunjuk ALLAH (al Quran) sebagai petunjuk kami (umat Islam). Tetapi jika kamu masih mahu mengikuti cara mereka setelah datang kepada kamu Al Quran, maka perbuatlah, namun Aku (ALLAH) tidak akan membantu dan membimbing kamu (iaitu ALLAH akan berlepas tangan denagn kita umat Islam).













petikan dari ulasan Dato Muhammad Daud Iraqi (ex Ketua Dewan Ulamak PAS) :

Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa.










Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata :

kalimah Allah bukan sesuatu yang boleh dipermainkan tambahan pula jika digunakan oleh penganut agama lain kerana boleh menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.

Kalimah Allah merupakan sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran yang pada setiap masa tanpa sebarang kompromi tidak boleh dikongsi oleh mana-mana pihak selain penganut Islam.

Ia tiada dalam 'kamus' agama lain dan jika masih ingin digunakan, ia membawa maksud untuk mempermain-mainkan kesucian kalimah ini





Ketua Penerangan PAS Ust Idris Ahmad bertegas :

Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

p/s : Penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam sahaja kerana ia sebahagian daripada ayat-ayat suci al-Quran dan langsung tidak terdapat dalam kitab agama lain.

Firman Allah : Sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah adalah Islam