Rabu, 20 Jun 2012

Islam Memelihara 5 Perkara



Sebagaimana diketahui, bahawa semua agama di dunia ini mengharamkan arak. Islam mengharamkan arak kerana ia merosakkan akal, membawa kepada ketagihan dan mensia-siakan harta. Islam telah meletakkan 5 perkara yang perlu dijaga iaitu menjaga akal dengan mengharamkan meminum arak dan seumpamanya termasuk penagihan dadah. Menjaga harta dengan perlaksanaan hukum mencuri dan merompak. Menjaga keturunan dengan melaksanakan hukuman bagi orang yang melakukan perzinaan dan menuduh berzina. Menjaga nyawa iaitu dengan perlaksanaan qisas ( balasan seimbang ) bagi pembunuhan dan mencederakan anggota. Juga menjaga agama dengan melaksanakan hukum murtad( keluar agama). Ini semua tersebut dalam Hukum Jinayah Islam.

Apa Itu Arak?

Para fuqaha' berselisih pendapat dalam menentukan takrif arak. Apakah ia memberi erti apa sahaja bahan yang memabukkan atau nama khas bagi minuman yang tertentu sahaja.



Menurut pendapat jumhur, Arak disini bererti segala bahan yang memabukkan samaada diberi nama khamru atau memakai nama apapun juga dan samaada ia diproses dari bahan-bahan tertentu seperti buah anggur atau lain-lainnya seperti tamar, gandum dan sebaginya. Samaada ia dapat memabukkan apabila banyak ataupun tidak memabukkan ketika sedikit.

Islam Mengharamkan Arak

Pengharaman Arak amat jelas disebut oleh Allah dam Al-Quran dan Sunnah Nabi S.a.w:
" Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan yang keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (haramkanlah) perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan "
(Surah Al-Maidah:90)

" Mereka bertanyakan kepada kamu( wahai Muhammad) tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa keduanya lebih besar(banyak) dari kebaikan "
(Surah Al-Baqarah:219)

Sabda Rasulullah s.a.w:
" Apa-apa yang banyaknya memabukkan maka sedikitnya juga haram (walaupun belum memabukan )"
(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Hibban )

Berdasarkan ayat di atas, arak ada mempunyai kebaikan tetapi keburukan lebih besar maka Islam mengharamkannya.

Keburukan Arak

Diantara kesan dari minum arak ialah membawa kepada kerosakan mental, penagfihan, mensia-sikan harta dan menjadi punca kepada kejahatan.
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, alcohol-related crime adalah seperti berikut:

1. Hampir 45% kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa peyerangnya di bawah pengaruh alkohol(arak)
2. 39% keganasan rumahtangga melibatkan alkohol.
3. Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008 dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

Manakala di Rusia pula, sekitar 72% kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42% kes mati bunuh diri hasil dari arak.

Nabi menyatakan:
" Arak itu adalah ibu kepada kejahatan"
(Hadis Hasan )

Hukuman Bagi Peminum Arak

Hukum minum arak adalah termasuk dalam Hukum Hudud. Hukuman ini dapat disabitkan melalui keterangan saksi, pengakuan dan bukti.
Nabi bersabda:
" Barangsiapa yang minum arak maka sebatlah dia "
(Hadis Riwayat Ahmad)

Sabda rasulullah lagi:
" Allah s.w.t telah melaknat arak, peminum, pemberi minum, penjual, pembeli, pemerah, orang yang diperah untuknya, pembawa dan orang yang dibawa arak kepadanya "
(Hadis Riwayat Abu Daud )

Jumlah Sebatan

Banyak hadis-hadis nabi yang menerangkan jumlah sebatan yang dikenakan kepada orang yang telah disabitkan dengan kesalahan minum arak.
" Nabi telah didatangkan seorang lelaki yang telah minum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali"
(Hadis Riwayat Muslim)
" Sesungguhnya dipukul(sebat) bagi arak(peminum) dengan kasut dan pelepah tamar sebanyak 40 kali "
(Hadis Riwayat muslim)

" Sesungguhnya nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian abu bakar(dizamannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan. Diketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan dari orang ramai. Apa pandangan kamu tentang sebatan bagi orang yang minum arak?. Lalu Abdul Rahman bin Auf berkata: Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan ( qazaf ), maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan "
(Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud )

Beberapa Pandangan Ulamak

Jumhur fuqaha' mengatakan bahawa sebatan 40 kali kepada pesalah arak adalah hukuman hudud manakala Saidina Umar menjatuhkannya sebanyak 80 kali itu adalah bercampur hukuman ta'azir ( hukuman pengajaran atas pertimbangan hakim ) Maksudnya 40 kali adalah hudud dan selebihnya adalah ta'azir.

Peruntukan Hukuman Arak

Undang-undang Jenayah Syariah dinegeri-negeri ada memperuntukan undang-undang dengan kaedah Denda tidak melebihi RM5,000, penjara tidak melebihi 3 tahun , sebatan tidak melebihi 6 kali.
Walau bagaimanapun sekiranya hukuman itu adalah hudud maka peruntukan itu tidak mencukupi. Tetapi jika ia adalah Ta'azir maka peruntukan itu wajib dihormati sebagai hukum Allah.

Hukum Sebatan Syariah Islam

Hukuman sebatan Syariah amat berbeza dengan sebatan sivil kerana sebatan untuk kesalahan seperti meminum arak bukanlah bertujuan untuk menyiksa, tetapi lebih kepada memberi pengajaran. Bahkan cara-cara menyebat mengikut Islam telah diperincikan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 Negeri Pahang, Seksyen 125 dan 126. Garis panduan perlaksanaan hukuman sebatan mengikut Islam adalah seperti berikut:
1. Mahkamah atau Kerajaan Negeri menentukan dimana hukuman itu hendak dilaksanakan.
2. Pesalah mesti diperiksa oleh Doktor Kerajaan tentang tahap kesihatannya untuk menjalani hukuman sebat itu.
3. Alat untuk digunakan adalah rotan atau ranting kecil pokok yang berukuran panjang tidak lebih dari 1.22 meter (4 kaki) dan tebalnya 1.25cm (1/4 inci).
4. Orang yang akan menyebat itu mestilah seorang yang adil dan matang.
5. Tukang sebat itu mesti gunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya lebih dari paras kepala supaya tidak melukakan kulit.
6. Selepas mengenakan satu sebatan dia hendaklah angkat alat sebatan itu keatas dan tidak menariknya.
7. Sebatan boleh dikenakan ke seluruh badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
8. Pesalah yang disebat hendaklah berpakaian mengikut Hukum Syarak.
9. Pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuansecara duduk.
10. Perempuan yang hamil tidak boleh disebat dan mesti tunggu selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

Kesimpulan

Perbezaan antara sebatan dipenjara yang ada pada hari ini( sangat berat ) jika dibandingkan dengan sebatan Syariah ( lebih ringan ) maka Hukum Islam amat adil sekali jika dibandingkan dengan hukum ciptaan manusia. Tetapi mengapa ada orang Islam yang mempertikai Hukum Allah. Tanyalah diri kita sendiri.........


Disediakan Oleh:
Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Selangor


Konsep Berkawan


KAWAN mempunyai pengaruh cukup besar dalam pembentukan nilai dan perwatakan diri. Malah, kesannya boleh jadi berpanjangan, dari zaman remaja hingga ke alam dewasa.

Sekiranya pengaruh itu berunsur positif, tiada siapa menentang, tetapi bagaimana dengan pengaruh negatif? Tiada sesiapa menidakkan kesan dan pengaruh kawan sepergaulan serta sahabat seperjalanan.

Akhir-akhir ini, pengaruh dan kesan buruk cukup menonjol, misalnya merokok, melepak, pergaulan bebas, merempit & pelbagai lagi gejala yang melanggar syariat agama.

Di sekolah, bahkan di mana-mana institusi, perbuatan seperti itu tidak diajar, tetapi bagaimana seseorang boleh tahu merokok dan mahir merempit? Bukankah ia lahir daripada kawan?

Berkawan tidaklah salah, malah dalam Islam amat digalakkan kerana menghubungkan ikatan persaudaraan. Tetapi apakah jenis kawan yang harus didekati?

Kawan yang dianjurkan ialah kawan yang baik serta ikhlas kerana Allah. Sikap Islam terhadap faktor dan peranan ini dapat dilihat dengan jelas daripada beberapa al-Quran serta hadis.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah: 119)

Orang yang bersifat benar ialah orang yang baik, berbudi bahasa, berakhlak dan mengamalkan budaya hidup terpuji, bukan orang jahat serta suka berdusta.

Ayat lain menceritakan, kawan yang bertakwa sebenarnya kekal dan bermanfaat, sementara kawan tidak bertakwa akan bermusuhan sesama sendiri.

Ini memang benar kerana kawan yang bertakwa mengenal Tuhan dan menjadikan Tuhan sebagai rujukan dalam semua perkara, manakala kawan tidak bertakwa lupa Tuhan serta demi kepentingan masing-masing bercakaran, walaupun sesama sendiri.

“Teman-teman pada masa itu setengah dengan setengah yang lain adalah musuh melainkan yang bertakwa.” (Surah al-Zukhruf: 67)

Dalam satu ayat lagi, Allah menceritakan mengenai penyesalan orang yang bertemankan si jahat.

“Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” (Surah al-Furqan: 28)

Kita sama-sama memohon perlindungan dan berharap supaya tidak termasuk golongan yang rugi bertemankan yang jahat sehingga mengakibatkan diri tersesat daripada landasan kebenaran.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Memang benar perumpamaan diceritakan itu. Apabila berkawan dengan orang baik, kita juga akan menjadi baik, tetapi jika berkawan dengan yang jahat, kita juga mungkin lambat laun serupa saja.

Walaupun kita tidak mengikut gelagat jahatnya, kadangkala tempiasnya terkena pada kita. Bukan sedikit orang yang berkawan dengan pencuri atau perasuah, juga dituduh mencuri atau merasuah, sedangkan dia tidak melakukannya.

Dalam sesetengah keadaan juga, kawan selalu diberikan keutamaan dan kepercayaan yang lebih berbanding ahli keluarga.

Malah, ada juga kawan yang dibela, manakala keluarga dicerca, sebagaimana penagih yang mahu menghilangkan ketagihannya. Kajian psikologi remaja amat jelas menunjukkan kebenaran ini.

Apa pun, tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan.

Kita boleh murtad ??? Nauzubillah



Isu murtad di sini, isi pentingnye bukan si Minah masuk agama lain sebab pakwe/suami, atau anak pak kali masuk agama lain sebab terpengaruh dengan gerakan gereja atau pak pin buat agama sendiri sbb boring dgn agama lama, atau si polan dapat 'wahyu' dalam mimpi or masa pergi bertapa…bukan..!!!

Isu murtad di sini…ialah bagaimana nak elakkan diri kita dari murtad dan memahami yang kita pun bila2 boleh murtad dengan aktiviti seharian kita….nauzubillah…

Bismillaa hirrahmaa niirahiim.

Mukaddimah:

Kalau kita tanya pendakwah muaalaf, apakah benda yang paling bernilai?

Rata2 ramai akan jawab, hidayah ALLAH. Akidah Islamiyyah adalah nikmat yang tidak ternilai. Sahabat nabi semua pun muallaf. Muallaf ni….memang best…Sebab diorang dapat compare. Dan dengan itu, diorang yakin dan bertambah yakin. Dan diorang pun tak nak orang lain terus sesat, maka diorang akan bersungguh2 pelajari ilmu ALLAH dan sebarkan. Mereka tahu batas2 yang akan menyebabkan akidah mereke tergelincir sebab mereka telah melalui benda2 tu…

Namun, perasaan ini tidak dapat aku rasa. Kurang sensitifnye aku dengan permasalahan ini. Aku TERLALU sibuk dengan ilmu2 lain seperti fekah, muamalah, munakahat, Tak dinafikan SEMUANYA AMAT PENTING. Tetapi yang paling penting ialah MENDALAMI dan MEMAHAMI ilmu tauhid, akidah, usuluddin dan seangkatannya. Bagi diri aku, aku paham Allah itu Esa. Aku dah paham segalanya. Sebab itu aku lalai bab ini…

Aku kata, "Aku dah yakin dah Allah ni ..Nak paham apa lagi??"

Maka di situlah bermulanya masalah aku….

Masalah kaum aku..

Dan kali ni, aku nak cerita,

1. Apakah kelemahan aku sampai ramai sahabat sebangsa murtad.

2. Bagaimanakah aku pun berpotensi untuk murtad DAN ADAKAH AKU SEDAR HAKIKAT ITU?

Kelemahan aku.

Banyak kes murtad bukan calang orang. Mereka yang berpendidikan agama. Datuk Imam, Bapak imam, dia sendiri Ustazah sekolah rendah. Tapi akhirnya murtad. Sedih? Heran? Tak Mungkin? Tipu? Palsu?

Tidak…ini benar…….Janganlah sedih…tapi marahlah diri sendiri…….sebab kalau aku tak marah kat diri aku, mungkin aku pun bleh murtad sebab aku ni, datuk bukan imam, bapak pun bukan, aku pun bukan ustaz. Maka risiko lebih tinggi..?? Nauzubillah…

Aku sendiri tidak menggerakkan usaha2 mencegah murtad. Serangan akidah bertalu2 pada zaman moden ini. Terus direct masuk ke rumah melalui dajjal 4 segi (TV). Aku tak mantapkan diri aku dengan ilmu akidah. Takde persediaan langsung. Takde strategi nak menghadapi musuh.

Masalah kat sini ialah kita tak kenal musuh. Kalau kita tak kenal musuh dalam perang, maka macam mana nak menang? Jangan tuding jari kepada mubaligh agama lain sebab dah itu kerja mereka. Bolehkah kita salahkan syaitan sebab menggoda kita di dunia? Bukan kah itu kerja mereka?

Sama seperti serangan akidah yang masuk ke rumah kita, terus kepada anak2 kita secara tanpa kita sedari. Macam mana cara nak mantapkan hati kita dan ahli keluarga kita dengan akidah yang padu? Aku takde ilmu ni. Ilmu dunia lain tu..tau memang mantap…ilmu TAUHID yang satu ni??? Pergh…aku tak carik pun sebab aku ingat tak bleh terjadi kat keluarga aku… Aku ingat aku dah pandai. Keluarga aku dah pandai dan faham benda SIMPLE ni. Maybe sebab aku dilahirkan dalam keadaan ISLAM , sebab itu aku relax je bab ni….

Itulah maksud tak kenal musuh… Tak de ilmu nak kenal musuh. Maka tak de ilmu jugaklah nak melawan musuh.

MUSUH

Maka musuh kat sini ialah diri kita sendiri.

Kita yang membenarkan semua ini terjadi.

Kita benarkan bisikan syaitan.

Kita benarkan kata2 propaganda atas alasan logik akal.

Kita benarkan open minded yang tidak terkawal dan tidak mengikut batasan dan tertib syariah dalam perbincangan.

Kita benarkan pergaulan bebas atas dasar perpaduan masyarakat majmuk.

Kita benarkan diri kita dan keluarga kita tidak terdidik.

Kita benarkan anak kita menonton kartun jepun dan omputih 24 jam sehari.

Tak termasuk akademi2 lagu dan sifu yang kita angkat martabatnye untuk menjadi mentor dlm rancangan2 tertentu yang membuatkan hati tidak dapat menerima makrifat Allah.

Maka akan tepatkah pandangan hati2 itu?

Akan tepatkah hati yang sentiasa dibuai perkara sia2 seperti sinetron.

Akan tepatkah hati yang selalu dibuai dengan kata2 puisi dan lagu2 nasyid yang menyebabkan kurangnye peratusan kita mendengar dan mendendangkan ayat2 al quran dan zikir kepada allah?

Akan tepatkah hati yang selalu mendengar nyanyian dan kata2 manis artis dan model2 iklan. Aurat2 mereka? Senyum mereka?

Pokok pangkalnya, Hati kita kena jaga supaya bersih. Perkara sia2 akan memudarkan hati. Zikir akan melembutkan hati.

Kata2 puisi manis ciptaan manusia aku suka dengar. Ayat Allah lagi perfect tapi aku tak suka dengar/hafal/kaji…….jahilnye aku..

Lalu aku pun inginkan altrenatif. Maka nasyidlah alternatifnye….Boleh ke?

Oh ..ampunkan aku ya Allah…

Juga kalau aku ingat internet ni alternative kepada information tentang ISLAM, maka aku salah. Ini hanya tambahan, dan bukan alternative. Kalau bukan tambahan pun ia hanya launch pad, dan bukan alternative dari berguru direct dengan ulama dan mendengar ceramah/kuliah agama dari ulama.

Kalau semua di atas kita benarkan….maka..kitalah musuh kepada kita..

Maka kenal lah musuh ANDA….dan bagaimana nak menghadapi musuh2 ini.

Moga dapatlah kita mengatasi kelemahan kita dalam isu ini.

Contoh soalan ilmu tauhid yang susah aku nak tangkis:

1. Muhammad ada ibu bapa seperti kita. Tapi Isa takde bapa. Maka dia adalah Anak Allah.

2. Siapakah NAbi terakhir? Bukankah Isa akan turun pada hari2 terakhir alam dunia ini?

Buat yang belum tahu, jawapannya di akhir rancangan.


Disebabkan kelemahan ilmu tauhid lah, kita juga tidak berdakwah pada bukan islam. Contoh satu kampung melayu, satu keluarga cina…Turun temurun keluarga cina tu masih dengan agamanya sendiri. Aku takut nak approach sebab keyakinan tak kuat. Sebab Ilmu tak ada. Aku tak pernah carik. Tak yakin pada Allah sebenar2 yakin. Takut dengan dugaan Allah. Takut orang bukan Islam tu saman sana, saman sini. Tindas sana sini. Takut ISA, Takut serba serbi. Maka layakkah aku kata aku ni sudah mantap akidah?

Lihat sejarah bagaimana mantapnye akidah Sumayyah dan Yaseer. Keluarga yang pertama syahid di jalan Allah. Subhanallah!

Aku berpotensi? Layak untuk murtad?

Ye, sememangya semua orang berpotensi dan layak untuk murtad.

Bezanya cuma risiko itu besar atau tidak.

Jika kita sentiasa sedar dengan perkara syirik, maka kita akan agak terselamat. Namun berdoa2lah hari2 supaya kita mati dalam keadaan yan g baik (husnul khotimah)

Cuma, masalahnye, bila sebut syirik, kita akan ingat syirik besar seperti sembah berhala dan mintak pertolongan dari syaitan/jin

Syirik Kecil

Bagaimana dengan syirik kecil? Riak? Takabbur? Bagaimana dengan amalan masyarakat. Apakah yang mencemarkan akidah dan sekaligus boleh membatalkannya? Adakah aku tau????? Aku tak tau…Sifat riak dan takabbur ini amat perlu diperhalusi. Sentiasa lah beristighafar. Ingat allah banyak bila lintasan riak dan takabbur itu menjelma. Jangan suburkan ia dengan melayan dan memberi seribu alasan untuk membenarkan rasa riak dan takabbur itu.

Kurang rasa yakin pada janji Allah dan bersangka buruk dengan Allah juga amat bahaya.Hari ini ada kawan kawan aku (mari mengumpat..) yang buat syarat denganAllah..oh..

"kalau Allah bagi aku kaya, aku sedekahlah"

"kalau Allah bagi aku kereta, aku akan kerap ke masjid"

"kalau Allah jodohkan aku dengan lelaki yang soleh, aku akan jadi wanita beriman"

"kalau Allah menangkan aku dalam peraduan tu, aku akan pergi haji"

"kalau Allah bagi menang dalam pilihan raya dan Negara ini di perintah oleh parti aku, aku akan memakmurkan masjid"

"kalau Allah tunjuk diri Dia, baru aku masuk islam"

Oii.. pergi mampos dengan syarat syarat korang wahai manusia, Allah tak perlu di 'ugut' oleh korang… sebaliknya korang yang selalu di 'ugut' oleh Allah, Cuma korang( termasuk aku)jer yang tak perasan..oh..nauzubillah…

Juga kalau kita baca apa2 ayat Allah or even buat solat hajat, jangan bergantung pada ayat tu (yang ni semua orang tahu) Cuma apa yang aku baru tahu ialah:

Buat semata2 kerana Allah suruh buat.

Baca semata2 nabi mengajarkan itulah caranya untuk Allah tolong

Itu cara paling selamat.

Kurang yakin juga dapat kita paham dengan contoh2 ini:

Aku buat kerja sebab nak amik hati bos, baru bleh gaji naik.

Aku tak boleh pegi solat dhuha waktu pagi sebab waktu tu paling best kita focus kerja

Aku tak boleh solat berjemaah sebab nanti tak khusyu

Aku tak boleh tegur orang sebab takut orang tu kecik hati

Aku tak boleh jaga kain orang sebab nanti orang tu kata aku nak tunjuk pandai

Aku tak boleh confident dengan apa yang aku tahu sebab nanti aku salah.

Aku tak boleh yakin 100% sekarang sebab kelak, in future aku kena jilat balik ludah aku. etc…………..

Nasihat aku untuk aku :

Usahakan dengan ikhlas apa yang aku ada/tahu pada hari ini, dan Allah akan tambahkan pemahaman dan iman aku..InsyaAllah



Amalan masyarakat

Masyarakat kita juga masih dengan bomoh, tangkal, horoskop dan sebagainya. Aku bagi contoh (sempena musim walimah yang bakal berlangsung minggu hadapan pada cuti sekolah..)adat melayu misalnya terlalu totok dengan perkara2 yang berkaitan agama hindu. Bersanding umpamanya. Menepung tawar. Itu semua bukan budaya orang India, tapi amalan keagamaan hindu.

Ada yang 'pandai' ni kata," Alaa….kita tiru je, bukan niat apa2 pun…dah adat, bukan kita ikut agama hindu, kita buat je..takde maksud apa"

Aku kata, " Kalau aku letak satu berhala, pastu kau pergi depan berhala tu, rapat dua tapak tangan, letak kat dada, and tunduk sikit (macam hindu semayang), tapi jangan niat apa2..boleh ke?"

Membenarkan seusatu itu adalah dengan

Hati

Lidah

Perbuatan

Nah…..skang macam mana? Nak bersanding dan menepung tawar lagi ke?

Aku takut…..sebab dah boleh tergelincir akidah ini macam.

Amatlah bahaya bagi orang yang dah murtad, tapi tak sedar…Nauzubillah

Tu belum lagi tepung tawar rumah, gantung paku, kain kuning, letak quran/yassin bawh bantal bayi, letak gunting, pulut kuning, hantu malam, hantu maghrib, jembalang, budak meracau nanti, tak bleh tengok, tak bleh angkat macam ni, peganng macam ni, taboo…dan byk lagiiiiii arghhhh..pening akuuuuu……

Marilah kita me-renew syahadah kita skang jugak dan bencilah kepada atas segala benda yang telah kita lakukan terdahulu, yang menyekutukan Allah, secara kita sedar atau tidak.

"Ash ha du alla ila ha il lallah, wa ash ha du anna muhammadar rasulullah"

Oh ye..sebagai penutup, ni jawapan kepada soalan tauhid tadi…

(Aku pernah try explain ni dengan seorang non-muslim dan seorang muallaf. Dua2 dapat terima benda ni dengan positif sekali. Sebab ilmu tauhid itu mesti guna logik akal, tapi ilmu syariah tidak)

1.Nabi Adam dan Siti Hawa juga tidak ada bapa. Malah mereka tidak ada ibu . Adakah mereka ini anak tuhan? Kristian tidak menganggap mereka anak tuhan…kenapa pulak? bukankah kejadian ini lebih pelik dari Isa yang ada ibu? Kenapa mereka tidak dianggap anak2 tuhan yang sulung???

2.Sebagai contoh, saya ada dua anak lelaki. Ahmad dan Ali. Abang nama Ahmad. Abang pegi oversea. Ali (adik) meninggal. Lepas tu abang (Ahmad) balik semula ke Negara. Adakah abang (Ahmad) itu anak terakhir? Bukankah adik (Ali) tetap anak terakhir?

Ps : aku tertarik dengan kata2 ni…

" orang kafir yang bijak-bijak sedang mendekati islam, sedangkan orang islam yang bodoh-bodoh sedang meninggalkan islam "

orang non islam punyalah mahu mecari keburukan dan kekurangan islam, hingga tiap ayat dalam quran dorang kaji dan teliti(hingga dorang sedar kenapa ayat surah iqra' pertama-tama sekali diturunkan) sedangkan yang sudah sedia islam sekadar megakui dengan lidah, "aku islam" tapi tak pernah menghayatinya-

-macam ramai yang dah minum arak tapi tak mau makan daging khinzir- sedangkan dua-dua itu haram hukumnya

Dakwah tak dijalankan bersungguh dan beramai2 oleh SEMUA orang yang paham. Ada yang hanya meletakkan pernaan dakwah pada bahu sesetenganh golongan, padahal ada fadhu ain dan fardhu kifayah dalam agama..

Berapa jam sgt aku spend time untuk mengembangkan dan menyampaikan agama? SO, aku lah yang bersalah kalau orang murtad....memang aku...

Maafkan aku org2 murtad semua….

Hukuman Mati Di Yaman Kerana Meliwat


Hukuman Mati Di Yaman Kerana Meliwat
Beginilah nasib seorang banduan dari Yaman yang dihukum tembak sampai mati kerana kesalahan meliwat dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun.
Yehya Hussein al-Raghwah dihukum tembak dikhalayak ramai untuk menjadikan ini sebagai pengajaran kepada orang lain.
Nak kesian ke tak nak kat lelaki ni?
Tiada kasihan bagimu
Malaysia bila pulak nak buat hukuman di khalayak ramai??

Boikot Starbuck


Beberapa hari lalu saya ada terbaca satu artikel berkenaan banyak cawangan Sturbuck telah ditutup,tetapi itu bukan cawangan di Malaysia. Pada hari ini setelah lama tidak membuka tagged agak terkejut apabila beberapa post buletin telah di keluarkan oleh Sturbucks.
For the improvement of our products we would like to ask for your time to please answer our survey. Please check our profile and click the TAKE A SURVEY link in the about me section. Thanks and keep loving Starbucks! :)
Sebagaimana yang kita tahu Starbucks juga antara penyumbang kepada Tabung Israel. Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah melepak di Starbucks dan hanya sekali membeli minuman Sturbuks ini untuk kawan.
Sememangnya sekarang sangat heboh mengenai memboikot barangan dari isreal dan Amerika (USA). Namun begitu apakah hukum memboikot ini?
Jika dari sumber forum cari gold :
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: “Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIBdan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM.” Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. “Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam,” katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia- 12/1/2009
Sumber dari blog zaharuddin pula :
Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
Digalakkan juga umat Islam mengutamakan sayarikat Islam dan barangan keluaran Islam bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam. Ia juga adalah salah satu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Saudi. Wallahu’alam.
Artikel asal
Bagi pendapat saya sendiri pulak yang tidak beberapa arif tentang isu ini, saya memboikot dengan cara meminima kan ke atas produk-produk tersebut seperti tidak lagi memakan Mc d dan maggi. Nestle pula semacam sukar untuk memboikot terus kerana terlalu banyak produk yang dikeluarkan nestle yang sangat dekat dengan kehidupan harian kita.
Untuk itu juga, jangan lupa bagi kita pula untuk menderma ke tabung palestin bagi membantu juga kewangan saudara islam kita untuk melawan si lakhnatullah Israel dan kuncu-kuncunya.
Sekian.
P/s: Jika anda ada sumber-sumber yang membantu dalam hukum memboikot ini sila tinggalkan diruangan komen untuk panduan kita bersama.

9 Jenis Anak Syaitan






9 Jenis Anak Syaitan





















Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan

1. Zalituun – Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat

cermat. Menggoda

supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang

tidak

perlu.

2. Wathiin – Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka

buruk terhadap

Allah.

3. A’awan – Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati

rakyat.

Seronok

dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan

tidak mahu

mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf – Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang

yang

berada di

tempat-tempat maksiat (cth disko, kelab mlm & tempat yg ada

minuman keras).

5. Murrah – Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik

sehingga lupa

kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour

etc.

6. Masuud – Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,

gosip,

umpatan dan

apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH…) – Duduk di pintu

rumah

kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,

Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami

isteri

bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri

hilang

pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk

kemusnahan

rumah tangga lagi).

8. Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya

ketika

berwuduk dan

solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus – Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah

api/matahari.

Kod Babi Pada Makanan – Penting Untuk Umat Islam


Produk apa pun yang akan dipasarkan oleh suatu perusahaan, produk tersebut harus mendapat izin terlebih dahulu dari Badan
pengawas Ubat dan Makanan Perancis. Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC. Oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis
bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut ditulis dengan istilah ilmiah
namun ada juga beberapa yang ditulis dalam bentuk matematik seperti
E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemui bentuk matematik
tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut
kepada seorang Perancis yang pakar dalam bidang itu. Orang
tersebut menjawab, “KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.”

Jawaban tersebut menimbulkan rasa curiga buat Syeikh Sahib. Kemudian dia
mula menyelidiki kod matematik tersebut dalam dokumen yang
ada. Ternyata apa yang dia temui cukup memeranjatkan kaum muslimin
di dunia.

Hampir seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk
daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di
negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi
mencapai lebih dari 42000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan
dengan haiwan lain. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha
menghindari lemak-lemak tersebut.

Yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi
tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat
perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM. Kemudian badan babi tersebut dipusing untuk membuang lemak. Kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata ia berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa
dan dipasarkan. Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan
aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan dan ubat-ubatan dicantumkan pada kemasan.

Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan
nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke
negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit
perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda
mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua
melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan untuk sampai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya
mengalami kerosakan akibat terkena air laut.

Kemudian mereka punya idea untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak
babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu
sebelum digunakan. Saat berita mengenai lapisan tersebut tersebar dan
sampai ke telinga tentera yang kebanyakan muslim dan beberapa vegetarian
(orang yang tidak makan daging), maka tentera – tentera tersebut menolak
berperang sehingga mengakibatkan perang saudara (civil war).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan
catatan lemak babi dalam kemasan dengan mencatat lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.

Saat pengeluar produk ditanya oleh pihak berwajib dari negara Islam
mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya ialah lemak tersebut
adalah lemak sapi (lembu) & amp; domba, meskipun begitu, lemak-lemak tersebut masih haram bagi muslim kerana kaedah penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak menurut syarak. Justeru itu produk dengan label baru tersebut tetap dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Akibatnya, pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang
sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual
produknya ke negara Islam, di mana laba pasaran ke negara Islam bisa
mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya
diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod
tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di
banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & amp; ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk – produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan
barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)] oleh
negara-negara muslim, kita sebagai orang Islam tidak terkecuali
sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa
malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih
dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan merujuk
dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut
ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat
dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut di bawah ini mengandungi
lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,

E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Menjadi tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga menghebah informasi ini kepada saudara kita.