Rabu, 20 Jun 2012

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bersambung lagi kita di dalam topik Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka. Kali ini kita akan menyelami banyak lagi perkara yang bersangkut paut dengan pengenalan dan simbol-simbol yang digunakan oleh mereka. Adakah anda sudah bersedia?  Baca bismillah dulu sebelum membaca seperti biasa yer.
3 NA = NAZI + NASA + NAVY
Ada sesiapa lagi yang masih tidak kenal dengan NAZI?   Siapa tidak kenal dengan Adolf Hitler? Seorang pemimpin NAZI yang sangat berkaliber, eh berkaliber ke dia?.  Siapa tidak kenal dengan sejarah NAZI yang telah membunuh ramai umat Yahudi yang berpegang dengan ajaran mereka yang betul dulu.  Dan yang banyak ditinggalkan selepas itu adalah yahudi korup yang sudah banyak menyeleweng dari ajaran asal mereka.  Sama seperti ajaran sesat di dalam Islam, yang banyak menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar, seperti munculnya RASUL MELAYU, RASUL WANITA, mengaku IMAM MAHDI  dan sebagainya.
Di bawah ini adalah simbol / lambang kepada NAZI;
nazi
Ya , ianya adalah terlalu ‘familiar’ atau dikenali oleh anda bukan?  Itulah dia lambang / simbol NAZI yang diberi nama Swastika. Asalnya juga merupakan simbol MATAHARI bagi pengamal2 ajaran purba, tetapi dihidupkan semula oleh Hitler dan menggunakannya sebagai simbol NAZI. Maka sila lihat pula gambar di bawah ini;
navy base nazi
Gambar di atas ini diambil dari gambar satelit. Ianya merupakan gambar sebuah bangunan di Amerika Syarikat sana. Tahukah anda bangunan apakah itu?  Ya, itu lah dia bangunan pengkalan ‘Navy’ bagi tentera laut di California Selatan, Amerika Syarikat.  Maka adakah bentuk itu terjadi secara kebetulan?  Anda boleh fikir sendiri.
navy Logo
Gambar ini diambil pada tahun 2007 dahulu dan telah mendapat publisiti yang meluas. Bermacam-macam alasan dibuat bagi menutup hubungannya dengan pihak NAZI. Mungkin sekarang ini mereka telah mengubah balik bentuk bangunan tersebut. Tetapi sebab sebenar mengapa salah sebuah bangunan berek tentera Navy tu menjadi seperti lambang Swastika Nazi masih menjadi misteri.
Ini kerana mengikut sejarah NAZI dahulu, ianya disokong dengan dana yang besar dari pihak Illuminati sendiri.
Dan pengaruh NAZI bukan sahaja kepada NAVY, tetapi juga kepada NASA (National Aeronautic Space Administration). Di mana pengaruh NAZI kepada NASA adalah lebih kuat dengan banyak bukti termasuk lah dari bekas2 saintis NASA sendiri. NASA selama ini telah banyak melakukan PEMBOHONGAN / HOAX dan menyembunyikan fakta sebenar. Sebagai contoh tentang pendaratan Neil Armstrong ke bulan, itu hanya lah satu rekaan. Sebenarnya tiada manusia yang pernah jejakkan kaki ke bulan kerana keadaan di permukaan bulan amat merbahaya kepada manusia, dengan gas2 beracun dan sebagainya.
NASA_logo
Lagi pun, mungkin kerana Amerika sebelumnya tidak puas hati dengan Russia, kerana Russia menjadi negara pertama yang menghantar manusia mengelilingi BULAN, iaitu angkasawan Yuri Gagarin.  Maka tidak ada pilihan lain, Amerika kononnya ingin melakukan satu perintisan dengan menghantar manusia menjejakkan kaki ke bulan.
Kenapa penjejakan kaki manusia di bulan adalah satu HOAX?  Beberapa pakar sendiri telah menyatakan bahawa ianya hanya dirakamkan di dalam studio dan kesan cahaya dari cahaya matahari dari gambar yang diambil di permukaan bulan itu adalah TIDAK LOGIK sama sekali.
hoax on the moon
- Saintis2 roket NAZI dibawa masuk ke USA secara rahsia dan bertugas di NASA.  Mereka digelar sebagai ‘Project PaperClip team’.
Project_Paperclip_Team_at_Fort_Bliss_crop
Project Paperclip Team
Walaubagaimana pun, bukanlah semua pekerja NASA dan NAVY Amerika itu terlibat dengan NAZI atau Illuminati. Tetapi maksud yang ingin disampaikan ialah pertubuhan2 itu sudah dikuasai oleh golongan pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai Illuminati itu.
NAVY dapat memonitor laut dan udara, sedangkan NASA dapat memonitor keadaan angkasalepas dan sewaktu dengannya. Perancangan mereka bukannya sembarangan tetapi diatur dari segenap sudut dan ceruk dunia ini.
.
Cop mohor kerabat diraja British pada produk2 di pasaran
Pernahkah anda melihat simbol yang digunakan oleh kerajaan British ini yang biasanya dipanggil sebagai ‘Coat of Arms’?
coat of arms - devil's seal
Perhatikan simbol2 itu di bangunan2 milik mereka
buckingham-palace-gate
Pintu pagar istana Buckingham, England
philip morris wall
Di dinding syarikat pembuat rokok ternama iaitu Philip Morris
Immigration Museum, Old Customs HouseBangunan Immigration Museum, Old Customs House, Australia
Chief Secretary's BuildingChief Secretary’s Building, Australia
Dan camam2 bangunan yang menjadi milik mereka lagi …….
.
Dan perhatikan simbol2 yang walaupun tidak 100% sama, tetapi asasnya begitu yang digunakan pada produk2 rokok dan arak sebagai tanda pengenalan mereka.
Philip-Morris
Philip Morris
Marlboro_logo
Marlboro
benson and hedges
Benson & Hedges
Dunhill International
Dunhill
camel
Walaupun rokok Camel tidak menggunakan simbol ‘Coat of Arms’, tetapi lihatlah terbentang di bahagian latarbelakang sana, segitiga piramid.
.
Produk2 arak dan minuman keras …….
Imperial-Blue-Whisky
Imperial blue whisky
vodka_russia
Vodka Russia
vat69c
Vat69
bells_whisky
Bells whisky
Dan camam2 lagi yang anda boleh lihat sendiri di pasaran sana …….  Amacam? Masih mahu hisap rokok lagi?
.
Orang2 atasan Illuminati adalah dikatakan mereka2 yang berketurunan dari puak Dan, salah satu keturunan Yahudi. Pendek kata, mereka juga adalah keturunan Yahudi.  Dan ada juga pendapat yang mengatakan mereka berketurunan dari Firaun. Lagi pun ada 15 keturunan semuanya yang dikaji berada dalam tampuk pemerintahan Illuminati.
.
Lagi video logo2 bagi syarikat yang mereka gunakan
Symbols
.

Misteri Vatican City


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sudah lama ambe tidak menulis panjang lebar, tulisan kali ini agak panjang sedikit tetapi diharap agar anda sabar membacanya kerana isinya agak kritikal pentingnya. Terlebih dahulu ambe mohon maaf kepada sesiapa yang berkenaan kerana tulisan ini bukannya berniat untuk menyerang sesiapa , tetapi sekadar berkongsi maklumat berdasarkan fakta dan tiada istilah kutuk-mengutuk atau maki hamun.  Maka jika ada yang tidak puas hati dengan tulisan ini, mari kita berdialog secara baik dan elakkan rusuhan :Dvatican city
Pertamanya, timbul satu tanda tanya, mengapa Pusat terbesar pentadbiran Gereja Kristian Katolik adalah di Vatican City, Rome, Italy? Kenapa bukan di tempat lahir dan mengajarnya Nabi Isa a.s (dalam Bahasa Arab) , Yesus (Bahasa Melayu), Jesus (Bahasa Inggeris),  atau nama sebenarnya iaitu Yeshua (Bahasa Ibrani)?  Sepertimana kita ketahui, Yesus lahir di Bethlehem (dalam bahasa Arabnya Baitul Laham), Palestine. Dan ada juga pendapat mengatakan Yesus lahir di Nazareth. Maka mengapa tidak tertubuhnya pusat pentadbiran Katolik di sana?
Jika pusatnya di negara lain tidak mengapa lagi, tetapi mengapa Italy atau dengan kata lainnya negara bangsa Roman itu juga yang menjadi pentadbirnya? Kata kunci yang boleh dberitahu, Vatican City yang menyebarkan Kristian adalah lahir dari pengaruh POLITIK kerajaan ROM dan sebenarnya ada dalang di sebaliknya.
Yesus lahir di bawah pentadbiran kerajaan Rom
Lahirnya Yesus adalah di sebuah tempat bernama Bethlehem di Palestine. Waktu itu kerajaan yang menguasai tempat itu ialah kerajaan Rom. Dipendekkan cerita, selepas Yesus menyebarkan ajaran Tauhidnya, dia dituduh sebagai pembawa ajaran sesat oleh orang2 Yahudi. Maka Yahudi dan kerajaan Rom telah sepakat untuk mengenakan hukuman salib terhadap Yesus.
Tetapi tidak kah anda merasa pelik, mengapa akhirnya kerajaan Rom dan orang2 berketurunan Yahudi sendiri yang menyebarkan agama Kristian?  Termasuklah Paulus kerana Paulus adalah keturunan Yahudi dari sebelah bapanya. Yesus dituduh membawa ajaran sesat, tetapi akhirnya mereka sendiri yang menganut dan menyebarkan ajaran itu. Pelik tetapi benar bukan?  :)
Yang lagi peliknya, ketika pemerintahan raja Konstantin, persidangan Niceae telah diadakan pada 325 AD (iaitu 325 tahun selepas kelahiran Yesus) yang mana hasil dari persidangan tersebut telah sepakat mengatakan bahawa Yesus itu adalah anak Tuhan ataupun penjelmaan Tuhan dalam bentuk manusia.  Ini bermakna Yesus diangkat menjadi Tuhan hasil dari UNDIAN manusia. Yesus dianggap sebagai Tuhan selepas 300 tahun ketiadaannya. Begitu lama masa yang diambil untuk mengangkat Yesus sebagai Tuhan.
Yesus sendiri tidak pernah mengaku sebagai Tuhan atau anak Tuhan dan tiada bukti dalam Bible yang mengatakan dia adalah Tuhan.  Sedangkan raja Konstantin yang bertanggung jawab dalam persidangan Nicaea itu sendiri diragui keimanannya dalam Kristian oleh orang2 Kristian sendiri. Ada pendapat dalam Kristian sendiri mengatakan bahawa raja Konstantin memeluk Kristian kerana menjaga keamanan di dalam empayarnya semata-mata kerana waktu itu terlalu banyak berlaku selisih faham dan pecah-belah. Maka siapakah dalang yang telah membonekakan raja Konstantin?
Vatican City menjadi pusat pentadbiran Kristian Katolik dan pelbagai misteri
ufo in vaticanZaman demi zaman berlalu, manusia pun sudah ramai yang lupa dan mengabaikan kisah2 lalu. Kini, Vatican City yang terletak di negara bangsa Rom iaitu Italy telah menjadi pusat pentadbiran bagi gereja2 Kristian Katolik iaitu mazhab Kristian yang paling ramai pengikutnya. Walaupun ia terletak dalam  Rome, Italy, tetapi ia sebenarnya telah menjadi  sebuah negara tersendiri sejak 1929 , secara ringkasnya negara kecil dalam sebuah negara besar.
Di sebalik itu, muncul banyak kisah misteri yang berkaitan dengan Vatican City. Antaranya ialah kemunculan UFO (Unidentified Flying Object) di sana dan desas-desus mengatakan Vatican City ada hubungan dengan makhluk yang menjadi misteri di dunia sekarang ini. Dan mengikut kajian, UFO itu sendiri sebenarnya adalah berkait rapat dengan Illuminati.
Vatican City dikaitkan dengan ‘Black Magic’ dan banyak simbol dan gambar di Vatican City yang berunsurkan sihir. Gambar2 dan patung manusia telanjang pun banyak. Sedangkan dalam 10 commandments, Tuhan telah melarang membuat patung apa saja. Tetapi di sini, gereja sendiri telah melakukan larangan dalam 10 Commandments itu. Jika Vatican sendiri tidak segan silu dengan patung dan gambar manusia2 telanjang, apa lagi orang awam?
Pembunuhan Pope-pope Vatican juga telah banyak berlaku, kononnya Pope-pope itu dibunuh kerana tidak memberi kerjasama kepada pergerakan rahsia itu.  Pope yang bersekongkol dengan mereka akan dapat bertahan lama biasanya.
Vatican City juga dikaitkan bersekongkol dengan Zionis. Mengapa Zionist yang juga satu pakatan dari Illuminati mahu berbaik dengan Vatican City? Kerana melalui Vatican City mereka boleh mempengaruhi amat ramai umat manusia dan menjalankan operasinya secara halus.  Dari dahulu lagi mereka tahu bahawa Vatican City mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia, maka tiada lain melainkan cuba mempengaruhi Vatican City itu sendiri secara halus untuk melaksanakan impian mereka.
Vatican City merupakan salah satu dari 3 pusat pentadbiran besar Illuminati;
1 – Washington DC - Sebagai pusat pentadbiran ketenteraan
2 – London city – Sebagai pusat pentadbiran ekonomi dan kewangan
3 – Vatican City – Sebagai pusat pentadbiran keagamaan
Ketiga2 wilayah tersebut merupakan wilayah bebas ‘independant states’. Mereka menjadikannya sebagai Triniti yang tidak suci.
Dan yang menjadi kekeliruan yang amat ketara sekali ialah munculnya simbol2 Illuminatidi dalam banyak gereja sedangkan Illuminati sendiri ialah satu pertubuhan Anti-Kristian yang mana umat Kristian sendiri mengetahui tentang akan munculnya golongan anti-Kristian tersebut, tetapi akibat tipu daya dan kelicikan Illuminati, maka masih ramai yang tidak menyedarinya dan buat2 tidak sedar. Saksikan video di bawah berkenaan dengan munculnya simbol2 Illuminati di dalam banyak gereja di seluruh dunia.
Obelisk di Vatican City
obelisk at vatican city
Di Vatican City juga terdapat sebuah ‘Obelisk’. Obelisk ialah satu menara yang tinggi di mana hujung di atas nya berupa sebuah piramid. Obelisk asalnya adalah senibina orang Mesir kuno dan banyak Obelisk telah dipindahkan dari Mesir dan diletakkan di negara2 lain contohnya di kota London. Adalah dipercayai Obelisk digunakan oleh Illuminati sebagai sebahagian mercu tanda mereka.
Obelisk merupakan simbol kepada tuhan matahari iaitu Amon Re / Ra. Maka mengapa di Vatican City pun ada didirikan simbol kepada tuhan matahari yang disembah oleh orang2 Mesir Kuno itu? Maka bukan sahaja Hari Ahad (SUN DAY) yang telah diputarbelitkan oleh Illuminati terhadap Kristian, agar menjadikan nya hari suci sedangkan Hari Ahad itu adalah hari suci orang2 menyembah tuhan matahari. Obelisk juga di antara satu tanda dan tipudaya mereka.
Pope benedict XVI dahulunya adalah seorang Nazi
ratzinger_young
Dari bekas seorang Nazi kini menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik. Dia dilahirkan pada 16 April 1927 di Marktl am Inn,  Bavaria, Jerman. Nama sebenarnya ialah Joseph Alois Ratzinger. Sejak berusia 14 tahun, Ratzinger telah menyertai Hitler Youth kerana ia adalah satu kewajipan di sana untuk menyertainya apabila berumur 14 tahun, di bawah pemerintahan Nazi Adolf Hitler. Walaupun begitu, ayah Ratzinger merupakan seorang yang mempunyai fahaman yang bertentangan dengan Nazi kerana Nazi amat bertentangan dengan ajaran iman Katolik.
Walaubagaimana pun, selama bertahun2 juga Ratzinger terlibat dengan Nazi yang mana kemudiannya dia diserap terus ke dalam askar Nazi infantri Jerman. Dia pernah ditangkap oleh tentera Amerika dan menjadi tahanan perang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Nazi juga telah dipengaruhi oleh gerakan illuminati. Tindak-tanduk Adolf Hitler di dalam Nazi adalah dibiayai oleh Zionist iaitu cabang dari Illuminati.
Bermula dari tahun 1959, beliau telah menjadi professor di Universiti Bonn, dan pelbagai lagi hingga lah sekarang ini beliau telah menjadi pemimpin terbesar Kristian Katolik dan bergelar Pope Benedict XVI.
pope-benedict-xvi
Walaubagaimana pun beliau pernah memberi syarahan yang menimbulkan kemarahan umat Islam suatu ketika dulu pada 12 September 2006 di Universiti Regensburg, Jerman.  Antara kata2nya yang begitu sensitif berbunyi;
Show me just what Muhammad brought that was new and there you will find things only evil and inhuman, such as his command to spread by the sword the faith he preached.”
Yang bermaksud, “Tunjukkan padaku apa yang dibawa oleh Muhammad suatu yang baru, dan kamu akan dapati tiada apa2 melainkan kejahatan dan tidak perikemanusiaan, seperti menyuruh agar menyebarkan dengan pedang pegangan yang diajarnya“.
Illuminati amat suka bermain dengan simbol2 dan mereka sememangnya amat bijak dalam permainan simbol. Mereka menggunakan simbol2 kerana pergerakan mereka adalah secara rahsia. Mereka menggunakan simbol2 agar ianya diketahui oleh golongan mereka sahaja. Tetapi niat dan perbuatan yang jahat akhirnya akan terbongkar jua.
Setakat ini sahaja dulu, insyaAllah masih banyak lagi yang akan dibongkarkan tentang kegiatan Illuminati (manusia2 penyembah Lucifer / Iblis) dan ingin menghapuskan hidup beragama. Yang telah banyak merosakkan agama yang asalnya suci tetapi telah dinodai oleh mereka sedikit demi sedikit dan secara halus.  Anda juga digalakkan memberikan sumbangan pengetahuan2 anda berkenaan mereka. Sama2 kita berkongsi maklumat untuk kebaikan kita bersama. Semoga kita berhati2 dengan dunia sekarang, sayangi keluarga, anak cucu kita dan mereka2 yang tidak bersalah. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari bala, semoga Allah melindungi kita dari azab kubur dan api neraka, amiin.
hydrogen-bombIngatlah, Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga2kan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata2 , untuk menghancurkan sesama sendiri. Daripada zaman dahulu manusia hanya berperang dengan senjata pisau, kapak, pedang, sehinggalah ke zaman moden, manusia menghancurkan sesama sendiri dengan BOM. Lihatlah hasutan syaitan boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan hilang perikemanusiaan. Sudah tidak menghiraukan lagi nasib pihak yang diperangi, nasib anak dan keluarga mereka. Begitu tekadnya mahu hancurkan manusia yang lain, hasil dendam kesumat yang diapi-apikan oleh syaitan, na’uzubillah.
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103
p/s: Kita masih mahu bertegang leher, berpuak2, berbalah sesama sendiri, sedangkan musuh utama dunia sedang rancak menjalankan operasi mereka. Ayuh wahai saudara2 ku, bersatulah kita semua di bawah Tauhid yang satu ……

Bukti AlQuran adalah dari Tuhan pencipta alam ini



Bukti AlQuran adalah dari Tuhan pencipta alam ini

Dalam Quran Ada bbrp perkataan yg diulang dgn bilangan yang menarik. Antaranya :

Day (Hari) - 365 kali
Days (Hari2) 30 kali
Moon (Bulan) 12 kali

Punishment (Hukuman) 117 kali
Forgiveness (pengampunan) 2 X 117 kali

World (Dunia) - 115 kali
HereAfter (Akhirat) 115 kali

Tujuh langit (Seven Heaven) 7 kali
Penciptaan langit (The Creation of The Heaven) 7 kali

Faith (Iman) 25 kali
Infidelity (Kufur) 25 kali

Zakah 32 kali
Blessing 32 kali

The Truly Virtue 6 kali
Libertine 3 kali


Human Being (Manusia) 65 kali

Soil - 17 kali
+
Air Mani 12 kali
+
Embrio 6 kali
+
A lump of Flesh 3 kali
+
Bone 15 kali
+
Flesh 12 kali
= 65 kali (jumlahnya sama dengan bilangan perkataan manusia)




Misteri: Benarkah Manusia boleh lihat bunian ?


Umat Islam tak digalak berkawan dengan makhluk ghaib kerana tidak diketahui beriman atau kafir.
DI sebalik dunia nyata yang kita tempuhi, ada kehidupan sama seperti manusia tetapi terselindung dan tidak dapat disingkap pancaindera biasa.
Penduduk alam ghaib itu dikatakan memiliki budaya setempat seperti bermain kompang dan berzanji, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia.
Penghuni dunia itu juga hidup bermasyarakat, mendirikan rumah dan penempatan sama seperti kita malah dikatakan turut menunaikan haji dengan menaiki kenderaan sama seperti manusia.
“Apa yang membezakan orang bunian dengan manusia ialah jika berpakaian, semuanya mesti satu warna. Dari baju ke seluar sama warna,” kata Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah di Kuang, Selangor; Dr Jahid Sidik.
Dr Jahid yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, selain warna pakaian; berdasarkan pengalaman dan kes yang dirujuk kepadanya, semua aktiviti bunian sama seperti manusia.
“Cuma manusia tidak nampak mereka. Dalam al-Quran juga menyatakan manusia tidak dapat melihat makhluk ghaib seperti syaitan, jin dan bunian kerana mereka tidak memiliki jasad. Manusia memiliki empat unsur iaitu air, api, tanah dan angin tetapi bunian menyamai jin hanya memiliki unsur api dan angin (menyebabkan mereka tidak berjasad),” katanya.
Beliau yang berpengalaman hampir 15 tahun dalam perubatan Islam berkata, sehingga kini ada dua teori dikemukakan mengenai kewujudan dan asal usul orang bunian.
“Mengikut cerita orang lama termasuk guru saya; asal bunian ialah apabila manusia berkahwin dengan jin. Sememangnya dalam kitab fekah ada perbincangan mengenai perkahwinan antara manusia dan jin.
“Berdasarkan pengalaman yang dirujuk kepada saya, membuktikan perkahwinan antara jin dan manusia memang berlaku dalam kehidupan ini,” katanya yang turut menjelaskan bahawa perkahwinan itu menyebabkan bunian memiliki rupa dan budaya seperti manusia tetapi memiliki unsur api dan angin menyamai jin.
Satu teori lain mengenai kewujudan bunian adalah mereka pada asalnya manusia alim dan soleh, taat kepada perintah Allah tetapi akibat sebab tertentu, mereka terlalai dan melakukan kejahatan.
“Akibat malu berhadapan dengan manusia, mereka berdoa kepada Allah supaya kewujudan mereka tidak dilihat manusia. Ada versi mengatakan kejadian ini berlaku pada zaman Sahabat tetapi ada yang mengatakan ia berlaku sebelum zaman Rasulullah serta pada zaman Nabi-Nabi terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, manusia biasa tidak dapat melihat bunian atau jin tetapi keadaan itu boleh berlaku dalam beberapa keadaan tertentu, dengan izin Allah. Antaranya apabila ada jin atau bunian yang menumpang dalam badannya tanpa disedari individu itu.
“Ada orang berkata, bayi dapat melihat bunian atau jin kerana mereka masih suci. Itu tidak benar, sebenarnya bayi dapat melihat perkara ghaib itu kerana bunian atau jin menumpang di badannya.
“Ada satu kes seorang bapa mendakwa anak kecilnya istimewa (psikik) kerana dapat melihat benda ghaib. Selepas dibawa kepada saya, didapati dalam badannya ada jin dan selepas makhluk itu dikeluarkan, anak kecil itu kembali normal,” katanya.
Selain itu, manusia mampu melihat bunian jika makhluk itu menzahirkan jasadnya dan kebiasaannya kemampuan bunian menunjukkan fizikalnya berlaku apabila bunian itu mempelajari ilmu tertentu. Sebaliknya manusia juga boleh melihat bunian jika mereka mempelajari ilmu tertentu.
Dr Jahid menceritakan beberapa kes bunian yang dirujuk kepadanya sepanjang terbabit dalam bidang perubatan Islam itu.
“Satu kes di Kota Tinggi, Johor. Dua pemuda masuk ke hutan mencari rotan tetapi seorang daripada mereka hilang ketika hari hampir malam.
“Operasi mencari dijalankan tetapi lelaki itu tetap tidak dijumpai sehinggakan ahli keluarga dan penduduk kampung menganggap pemuda itu sudah meninggal dunia akibat dibaham binatang buas. Masa berlalu dan kehilangan pemuda itu semakin kurang dibualkan penduduk dan ahli keluarga.
“Tiba-tiba, kira-kira lebih setahun selepas kehilangannya, pemuda itu kembali ke rumah keluarganya dan membawa bersama seorang anak dan isteri,” katanya.
Pemuda itu menceritakan, pada hari kehilangannya, dia tersesat dalam hutan dan apabila menjelang malam, ketika mencari jalan keluar, dia terjumpa sebuah rumah.
Selepas berehat semalaman, pemuda itu meminta izin pulang tetapi disuruh pemilik rumah tinggal bersama mereka dan berkahwin dengan anak perempuannya.
Selepas setahun, lelaki itu diizinkan menjenguk keluarganya di alam manusia tetapi selepas itu, dia diberi pilihan oleh mentuanya sama ada ingin terus berada di alam bunian atau bersama manusia. Lelaki itu memilih kekal bersama anak dan isterinya di alam bunian.
Kes kedua diceritakan Dr Jahid berlaku pada tahun-tahun terakhir jemaah haji menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan. Dalam sebuah kabin, ditempatkan tiga lelaki dan selepas berkawan, mereka bertukar alamat apabila ingin berpisah.
“Apabila pulang, seorang dari mereka yang tinggal di Kedah mengambil keputusan melawat kenalannya di Muar, Johor. Sebaik sampai di Muar, dia menunjukkan alamat kepada pemandu teksi yang berasa pelik kerana tiada kampung di kawasan itu.
“Apabila sampai, didapati memang tiada penempatan di situ, selepas berjalan masuk ke dalam sedikit, baru dia menjumpai kampung dan rumah kenalannya. Tetapi selepas beberapa ketika berada di tangga rumah kenalan itu, dia ditolak seorang pemuda dan sebaik terjatuh, dia melihat rumah dan kampung ghaib sebaliknya digantikan dengan semak belukar,” katanya.
Kes ketiga lebih menyedihkan. Seorang gadis meminta pertolongan Dr Jahid untuk memisahkannya daripada suaminya lelaki bunian. Beberapa tahun sebelum perkahwinan mereka, lelaki itu mendatangi gadis itu dan mengugut supaya mengahwininya atau gadis itu akan mengalami sakit misteri.
Gadis itu enggan menyebabkan dia diserang penyakit misteri selama dua tahun. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan sehingga menyebabkannya lumpuh, gadis itu bersetuju berkahwin dengan lelaki bunian berkenaan.
Bantuan yang diminta daripada Dr Jahid bagaimanapun dibatalkan gadis itu dipercayai selepas diugut suami buniannya dan sehingga kini, tidak diketahui nasib wanita itu.
FAKTA
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
- Rawatan digunakan Dr Jahid untuk merawat gangguan jin atau bunian adalah kaedah ketukan. – Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

20 Gambar kemalangan pelik dan ngeri


Assalaamu’alaikum w.b.t…  Maaf lah, gambar2 di bawah ni bukannya berlaku di Malaysia kita, tetapi sekurang2 nya mempunyai kaitan, iaitu  KEMALANGAN JALANRAYA.  Kalau zaman dahulu kala, kebanyakan manusia di Malaysia maut dengan pertumpahan darah sesama sendiri, terkena sihir dan beberapa lagi kerana dah datang ajal, tetapi sekarang ini kebanyakan manusia maut dan mendapat cedera parah dalam kemalangan jalanraya.
Saya sendiri dah beberapa kali mengalami kemalangan jalanraya lebih2 lagi zaman muda2 dulu. Ada satu pengalaman agak lucu (mungkin tidak lucu bagi anda) . Pada suatu malam tu saya keluar pergi minum air ke kedai bersama kawan2. Kami semua menunggang motosikal. Ringkas kan cerita, saya masa tu membonceng, kawan saya bawak motor yang saya naiki. Kami bergurau senda yang lebih2 jugak la malam tu di atas motor. Akibatnya, tiba sampai tempat yang agak gelap, motosikal yang kami naiki tidak dapat dikawal.
Kami rebah berguling atas tanah, muka saya menyondol tanah di tepi jalan. Sampai masuk pasir dalam mulut ni. Bibir2 semua luka termasuk sedikit bahagian muka. Mujur jugak tak menyondol tar jalanraya tu. Kalau tidak mungkin rupaku tidak macam sekarang la kut huhu. Alhamdulillah, apa yang saya nampak itu sebagai pengajaran dari Tuhan, agar tidak lebih sangat bergurau, apa lagi di jalanraya.
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Ferrarri pun ntah ke mananya kalau dah sampai masa. Tiada yang gah berkenaan Ferrari sebenarnya, semuanya hanya sementara ;)
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Jalan raya bukan tempat berlumba, ia adalah lembah maut. Semakin laju sesebuah kenderaan bermakna semakin bahaya la ia. Maka kesabaran amat penting di jalanraya. Membawa kenderaan dalam keadaan yang tidak merbahaya adalah satu cabaran yang amat besar sebenarnya. Kerana masing2 mudah terleka dan masih merasa kurang laju. Yang dah amat laju pun dirasakannya kurang laju lagi huhu.
Bagaimana pun, pesan saya pada diri sendiri dan sesiapa sahaja yang sudi mendengar, sebelum keluar rumah tu baca lah ayat Kursi dan doa sebelum keluar rumah. Baca doa naik kenderaan dan sebagainya. Paling penting, jangan merasa terlalu berani apabila berada di jalanraya. Jangan merasakan kemalangan itu amat jauh dari kita, sebenarnya ia amat dekat. Bila2 masa sahaja boleh berlaku. Maka tawakkal pada Allah is the most important.
Tetapi kalau dah berlaku kemalangan tu bermakna ujian la tu. Semoga kita dapat sabar menempuh segala ujian, amiin. Sayangi diri dan keluarga anda, hayatilah gambar2  ini dengan penuh keimanan, bukan sekadar pengetahuan.
Really weird and terrible accidents picture
Really weird and terrible accidents picture
Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegah sebelum parah …….
Sumber gambar – Svobodnaya Pressa