Ahad, 1 Julai 2012

Cinta Aku dan Dia - Episod 2


CINTA AKU DAN DIA


Aku teresak-esak di dalam pelukan wawa, serta merta kenangan lalu terimbas, 

" Ci , nape awk tk jawab saya tanya ? awk merajuk ek 
, alah ngan Deez pun nak merajuk , jgn la mcm tu, Deez sayang Ci tau, kan Deez dah cakap , tak mungkin Deez nak buat Ci mcm ni, lgpun Ci je dalam hidup Deez. Deez tk perlu org lain. "  Deez Iqram , org yg pernah mewarnai hidup aku selama 4 tahun. Perkenalan kami sehabisnya sekolah menengah , di saat aku menginjakkan kaki aku ke Universiti.  Dia seorang pemuda yg baik, sangat handsome di mata aku. Seorang yg berpendirian tegas dan " Anak Mak ". Sikap dia yg gentleman dan caring membuat aku sangat tertarik menjadikan dia teman hidup aku. 

" Deez, Ci tk suka tau Deez buat Ci mcm ni, Ci tk suke dengar mulut-mulut org, kalau Deez ade yg lain bgtau Ci, Ci boleh terima je." aku mencebik bibir, muncung ku panjang ke depan.

          Aku merajuk dengan Deez, kebaikan dia telah di salah erti oleh bdk2 kolej hingga ade yg menuduh Deez ade pasang awek lain selain aku. Padahal aku tau, Deez takkan buat mcm tu. Tapi hati ini agk bimbang, maklumlah Deez seorang yg proaktive. Setiap benda dan sesuatu, Deez akn sentiasa bersikap positif. Jarang sekali tengok dia give up walau apa sahaja masaalah melanda. Deez jugak baik dengan semua pelajar-pelajar tidak kira lelaki atau perempuan. Dalam hatinya sangat ikhlas untuk berkawan dan menolong pd yg memerlukan. 

  Tambah pulak dia seorang yg sangat aktif di Universiti aku, ramai lecturer yg suka kan Deez. Selalu manis dengan senyuman, tidak pernah sesekali tengok dia marah dan melakukan benda yg tak sepatut di lakukan oleh lelaki seusianya. Pendek kata Deez adalah calon menantu yg sangat sesuai untuk mak2 yg inginkan menantu yg soleh dan menghormati org2 tua. Dah la hansome,  dia Jejaka rebutan satu Universiti aku. Mau aku tak muncung bila dia baik ngan perempuan-perempuan yg nampak sangat nk ambik kesempatan bila mintak tolong dia. Macam la aku tak tau niat bdk2 ni. Dah masak sangat, walaupun bdk2 perempuan ni tau yg aku ni makwe Deez. Lg tengok kami bahagia, lagi diaorg nak kacau. Geram pun ade kalau ikutkan. 


" Ci , berapa kali deez nak bgtau Ci yg percaya itu penting dalam perhubungan kita , Deez tak perlu org lain dalam hidup Deez dan Ci pun tau tu, Please !! I love u so much Ci !!."  Deez memandang tepat ke mata aku dan melafazkan kata2 tu entah ke berapa kali sepanjang perkenalan kami. 
" Ingat pesan Deez, dan Deez hanya untuk Ci. Tak kira seribu tahun, walau Deez dh tkde sekalipun di dunia ini, 
Deez dah cukup bahagia mengenali Ci. Ingat tu je, " Deez menggenggam tangan ku seerat eratnya, pandangan matanya tidak di lepaskan walaupun sesaat. Serta merta titik2 jernih mengalir di pipi aku.


" Ci , kan Deez dah ckp jangan nangis, kalau Ci nangis maknanya  Deez dh berdosa buat Ci sedih, Deez tk nk sbb Deez ,Ci jd mcm ni, jangan nangis ya. Deez mengusap air mata di pipi aku. Senyuman manisnya terukir di bibir nya yg merah. Lekuk lesung pipitnya  menyejukkan hati  bila memandangnya. Aku tertunduk malu dengan Deez. Bagi aku, dialah insan pelengkap hidup aku, Insan yg paling baik aku pernah kenal dan yg paling aku sayang. Aku tidak rela kehilangan dia walau sesaat. Apatah ada yg cuba merampas kebahagian aku dan dia..

" Dah, sapu airmata Ci ya, Deez nk kena pergi settlekan apa yg patut, Nanti apa-apa Ci call Deez ya, Deez pergi dulu tau, sambil Deez menarik hidung aku, kepalanya di geleng banyak kali bila tengok sikap manja aku. Aku cuma tersenyum memandang Deez. Deez berlalu meninggalkan aku sambil tersenyum. 


Tiba- tiba aku di tegur..


"  Haiiii !! Asyik nangis je ?? dan putus ke ? " Geegee, Seorang pelajar boleh di katakan " Hot" jugaklah di Universiti aku, aktif dalam Bidang Kesenian dan minat sangat berlakon, Rupanya yg manis dan cun boleh di katakan jd igauan bdk2 lelaki di Universiti aku. Memang Deez sering di kacau oleh Geegee, dia memang ada hati nak memiliki Deez. Dan hasrat tu pernah di nyatakan oleh bdk2 perempuan kolej dengan bangganya, Tak segan silu dia canangkan pd semua org yg dia akn memiliki Deez, dan sebab itulah yg menjadi punca perbalahan aku dan Deez. Kalau ikutkan hati ni memang tk sabar dengan sikapnya yg selalu buat aku bengang. Mau je aku nak tarik rambutnya yg panjang ikal tu. 


" Geegee, i tak ganggu u, then please jangan ganggu i la..buat kerja masing2 la." Bertambah pulak rasa geram di hati aku bila pandang muka Geegee. 
" I saja je tanya, U jangan nak percaya sangat , Lelaki ni bukan boleh nak percaya, satu hari nanti dia akn tinggalkan u , sapa yg merana ? u jugaaaakkkk." Geegee cuba menghasut dan menyucuk jarum. Aku menjeling tanda geram.


" Geegee..Setahu i, Deez takkan buat i mcm tu dan takkan. I percaya dia, dan u jgn nak pandai2 tuduh dan nak laga laga kan i, Dah la, malass nak layann.." Aku meninggal kan Geegee kesorangan. Dalam hati aku hanya Tuhan tau, Geegee tk habis-habis mengacau hidup aku, kemana sahaja aku pergi dan buat mesti dia tau. kadang-kadang rimas di perhatikan, semua sbb dengkikan aku , kejayaan aku dan paling utama Deez. 


    Apa-apa pun aku harus sabar, inilah ujian bagi aku. Bukan senang nk pertahan kan Cinta aku. Jd aku terpaksa berkorban hati dan perasaan, dan aku percaya yg satu hari nanti selepas semuanya " Sah ", aku tk perlu bimbang lagi. Tiba-tiba senyuman Deez terlintas di benakku. Hati ku tenang.


" Assalamualaikum, Mak, Cici dah balik, " 
" Walaikumussalam, Eh ank Ayah dah balik ? " Aku terkejut bila melihat ayah aku berada di ruang tamu. 


" Eh ayah, kata ayah kena gi kursus, tk jadi ke ? " Aku menghampiri ayah dan mencium tangan ayah.
" Bos ayah hantar org lain ganti ayah, lgpun ayah tk berapa sihat. " Ayah aku terbatuk- batuk menahan dadanya.


" Ayah dah makan ubat, Cici gi ambik air ya." Aku bergegas ke dapur, bimbang di hati aku, takut penyakit lama ayah datang lagi. Aku menuang air dan menghulur pd ayah.


" Ayah minum tau, ubat ayah dah makan ?" aku agk cemas, maklumlah ayah kesayangan, sapa tk bimbang.
" Dah, jgn la cici risau, " Ayah mengurut dadanya..
" Mak mana ayah ? "

" Mak kt atas tengah sembahyang," Sambil tgn ayah menunjuk ke atas.


" Kalau mcm tu, cici naik dulu ya, cici pun tk solat lg ni, jap lg cici  turun, ayah ok kan ? " aku memegang bahu ayah, kerut di muka ayah membimbangkan aku.


" Ayah ok, jangan bimbang ya.." Ayah cuba tersenyum, Ayah menghidap penyakit jantung, kalau nak ikutkan agk serius jugak sakitnya, pernah membuat pembedahan pintasan jantung dan tidak boleh menahan sebarang tekanan. Sakit ayah ni buat aku sangat bimbang. Bila-bila masa boleh sakit teruk. Aku berlalu meninggalkan ayah dan menuju ke tingkat atas.

Selepas makan malam kami duduk di ruang tamu, Mak membawa secawan kopi untuk ayah sambil meletakkan di atas meja.


" Abang. lepas makan ni abang rehatlah, abang kena banyak rehat, " Mak mengusap belakang ayah, terpancar kebimbangan di muka mak, aku memandang dengan perasaan terharu. maklumlah, ayah dan mak dah lama kahwin, tp kasih sayang diaorg ttp utuh, malah tidak pernah pudar. Kasih sayang ayah pada mak tidak bertepi. Mak pun sama. Dalam hati aku doa, semoga aku pun begitu dengan Deez..Tiba-tiba adik aku mencelah,


" Akak, boleh tak tolong lina, Lina tak faham lah subjek nih,"  sambil menghulur buku teks sejarah pd aku. 
" Hurmm, tk faham ekk..meh akk tolong, " Aku membantu Lina memahamkan apa yg tak faham. Sambil mengajar Lina, aku di sapa mak,


" Cici, boleh tak cici tolong mak ? " Tiba-tiba mak berada di tepi aku. 
" Nape mak ? ada yg tak kena ke ? " Bimbang campur pelik aku di buatnya.
" Takdelah, mak ni risau kesihatan ayah, kalau Cici sayang kan ayah, Cici belajar la selok belok perniagaan ayah tu,  Cici je yg akn gantikan Bisnes ayah tu. " Nampak kebimbangan di wajah mak, Aku menyentuh tangan mak,


" Mak, Insyallah..Ayah tkde pape, mak jgn la bimbang, Insyallah Cici akn ingt amanat mak tu. Aku memeluk mak, Kerisauan di muka mak jelas terpapar. Aku ank sulung aku lah yg akn menggantikan tempat ayah aku bila ayah tiada, Jd aku mesti tahu semua berkenaan perniagaan ayah.Semua tanggungjawab akn terpindah ke bahu aku, tidak boleh tidak aku harus ambil tau.  Aku  meneruskan membantu Lina menyiapkan kerja sekolahnya, dan hari pun makin lewat, aku naik ke bilik untuk berehat. Mak dan ayah dh lama masuk bilik, 
Tiba tiba satu panggilan masuk.
" Assalamualaikum, hello,,"  Suara tu aku cam dan tk lain tk bukan dari Deez.
" Walaikumussalam,  , Ingatkan dah lupa nak call Ci," suara aku agk merajuk.


" Deez bz sikit td. Mak nak makn so Deez masak la." Suaranya agk ceria
" Hah, Deez masak ? Pandainya Deez masak, mana aci bagi mak je makan, Ci pun nak try jgk tau," 


" Nanti la Deez masak Deez bawak kt kolej ek.." 
" Deez, Ayah Ci tk sihat, " Suara aku agak mendatar. 


" Hah, kenapa ? sakit lama ke ?" suara Deez agk cemas " Kirim salam Ayah, nanti deez datang rumah tau tengok ayah," Deez cuba menenangkan aku. 


" Hurmm, mcm biasa lah sakit lama, tkpelah Deez, tkyh susah2, sakit sikit je," Deez ni sangat prihatin, maklumlah, tinggal dengan ibu, ayah dah lama meninggal dunia. Buat Deez, dia sangat hormatkan insan yg bernama Ayah, tidak kira sapa-sapa pun Deez akn anggap seperti ayahnya sendiri. 


" Takpelah, lgpun bakal ayah Deez jgk kan ", Deez berseloroh. 
" Yelah tu, Bakal ya ? " aku tergelak kecil..


" Ermm Awak, Deez ada benda nak bgtau Ci, tp tk boleh kt sini, nanti esok kita jumpa ya, Suara Deez berubah.


" Ape awak ? Deez buat Ci risau cam ni, " Tiba-tiba hati aku jd tk tenteram.
" Tkpe, esok kita jumpa ya, Ci tunggu tempat biasa ek.." Pinta Deez.
" Ermm Ok," aku menjawab pendek.


" Miss u n I love u so much " Ungkapan yg Deez tak pernah lupa ucapkan pd aku setiap kali hendak menghabiskan perbualan telefon.
" Miss u n luv u too " Dalam hati aku berdebar-debar, tk pernah Deez mcm ni sebelum ni.


Aku menyiapkan semua kerja yg di bekalkan oleh lecturer aku, Dateline dah dekat, kena hantar cepat. Tapi hati aku tak tenang. Tiba-tiba muka Deez terpandang dan senyuman dia bermain di fikiran. Aku dapat rasakan sesuatu yg pelik tentang perbualan td. Ianya amat menggangu aku. Malam ku tidur tk lena, puas ku pejamkan mata, hati masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya.. Malam berlalu bercahayakan bulan yg sangat cantik, angin sepoi-sepoi bahasa menyucuk sejuk ke tulang. Kicauan unggas-unggas malam memecah kesunyian. Semakin malam semakin kelam.

Aku menutup lampu dan cuba untuk tidur walau hati aku tidak tenang.
Entah bila aku tertidur dengan sendirinya, bangun-bangun dah subuh. Cepat- cepat aku bersiap-siap hendak solat ,tak sabar hendak masuk kelas dan tak sabar nak jumpa Deez
Dah separuh hari dalam kelas, aku tidak nampak batang hidung Deez pun kat Kolej, hati tertanya-tanya.Tiba-tiba aku di sapa oleh Jac


" Ci, Deez pesan kat aku dia tk boleh jumpa kau hari ni, dia kena g Hospital , ada hal, dia pesan kat aku td," Jac satu-satunya kawan beragama Kristian yg sangat baik dengan aku. 


" Errr, bila kau jumpa dia ? " aku agk pelik, " Kenapa Deez tak call  atau text aku sendiri,"  Aku gapai telefon aku dalam beg, ade satu pesanan ringkas berbunyi, " Ci, hari ni tk boleh jumpa, Deez ada hal , nanti kita jumpa ya ". Rupanya hphone aku terbuat vibrate , tk sedar mesej masuk. Hati aku lg tak tenteram, 


Fikiran melayang. Kenapa ? soalan tu bermain dalam fikiran aku. Aku dapat rasakan ada sesuatu akn jadi, Mintak-mintak semuanya ok.


Dua hari dah berlalu, tp Deez mediamkan diri tanpa berita, Aku setia menunggu, bila aku call dia tak angkat, aku jd pelik campur risau, dan sepanjang dua hari jugaklah  Deez tidak kelihatan di Kolej, apa dah jadi pada Deez..? Hati aku sangat risau. Tidak pernah Deez mcm ni. Aku rasa aku nak pergi rumah Deez, aku dh tak boleh sabar, aku mesti tau kenapa Dezz senyap tanpa berita.


 Geegee mudar mandir di hadapan aku, muka dia mencebik, mata dia menjeling sambil mengulung rambut nya yg ikal mayang tu. Geram plak tengok muka nya yg sombong dan sengaja mencari masaalah dengan aku. 


" Heeeiii...Kau risau pasal Deez ek ? hahaha, Deez tu dh tak nak kau, kan betul aku cakap. Kau tak nak dengar. Kesian kau kena tipu.."  Geegee gelak jahat depan aku. Aku hanya menunduk dan memalingkan muka aku dari melihat terus ke muka geegee.Kalau pandang lama-lama aku tk boleh tahan, rasa kecik je Geegee aku tengok, Gerammm !!

" Dah lah, malas lah aku tengok muka kesian kau ni Cici, Baik aku pergi shopping., lg bagus, huh !! " Geegee berlalu sambil menjeling pd aku. Aku hanya mampu diam dan sabar, Banyak lg benda yg penting selain nak fikir pasal tu. Yg paling penting aku kena pergi jumpa Deez, .Aku dh tk boleh sabar lagi, Aku mesti jumpa Deez !!


" Baiklah U olls..U olls kena siapkan semua sebelum persembahan tu tau, jangan nak tangguh2 plak, i olls tk suke tau, " CIk Kam, nama penuhnya Kamaruddin. Seorang lecturer berkarakter lembut yg sering membuat aku gelak dengan keletah dia, dia lecturer yg paling sporting berbanding yg lain2. Dia mengajar aku seni persembahan. Bila tengok tangan dia yg patah tu buat aku tergelak sorang diri. Tetapi Cik kam ni baik.


" Ci, tadi aku ade tengok Deez ade kat kelas dia,"  Jac menyapa aku.
 " Yeke " aku teruja, " Thanks jac" terpancar kegembiraan di muka aku bila dengar Deez dan masuk kelas.
Sebaik kelas dh hbs,  aku cepat-cepat  keluar  nk jumpa dengan Deez, aku menuju ke kelas dia, ternampak kelibat Deez. Deez agk ceria tp mukanya agk pucat.  Hati aku berbunga, kerinduan aku pd Deez buat aku tak sabar nk berbual dengan nya. Aku hanya memandang , hati aku lega bila nampak dia. 


          Tiba-tiba Deez terpandang aku yg memandangnya dari luar kelas, dia terus tunduk dan mengalihkan mukanya, aku tersentap bila melihat Deez mcm tu, tak pernah Deez mcm ni, kenapa dia terus mengalihkan pandangan dia ? Apakah dia dah berubah hati, Aku jgk tengok bukan main mesra Deez berborak dengan Geegee. Buat hati aku tidak senang .Aku terus berlalu meninggalkan kelas Deez, hati aku agk terkilan, tanpa berita dan separuh mati aku risaukan dia, tp dia berkelakuan seperti tiada apa-apa,  Aku berlalu dengan geram dan sakit hati.


Sampai sahaja di kelas aku, aku kemaskan semua barang-barang untuk balik rumah. Hati dah tak tenang, nak belajar tkde guna. Sedang aku tengah kemas-kemas, Deez terpacak depanku, rupanya dia mengejarku dari belakang. 


" Ci, Deez ade benda nak bgtau Ci,"  Deez agk serius memandangku.
" Nak bgtau apa ? bgtau yg Deez dh tk pedulikan Ci ?"  aku merenung matanya . 


" Kita jumpa tempat biasa, sini tk elok, nanti org pandang." Pinta Deez
" Baik " Aku mengemas semua barang dan mengambil beg aku, aku mengikut Deez


" Ci, Deez nak putus, Deez harap Ci terima. 


     Wajahnya yg serius melafazkan ayat itu, membuatkan aku terkejut. Ibarat seperti halilintar memanah bumi, nak terduduk bila aku dengar Deez melafazkan ayat itu. Selama 4 tahun perkenalan dengan aku, Inilah pertama kali Deez bersikap demikian dan putus dengan ku. Ayat tu tidak sekali kali di lafazkan oleh Deez dan Deez cukup benci melafazkan ayat keramat itu. Sepanjang perkenalan aku, kalau aku bergaduh sekalipun Deez lah org yg sangat sabar menempuh apa sahaja, Dia selalu menyelesaikan sebarang masaalah, tidak kira kecil atau besarnya masaalah itu. Apa sahaja akn berakhir dengan elok dan baik.


" Deez, apa salah Ci ? Deez ni bergurau ke ? Aku cuba sedapkan hati aku.
" Ci, Deez tak gurau, Jangan harap apa2 kat Deez, Ci tk sesuai dan tk layak untuk Deez..So, Lupakan " 


Aku terpana dengan kata-kata Deez, terdiam aku seketika, fikiran ku kosong, Lidah ku kelu. Tak semena mena air mata ku mengalir. Deez memalingkan mukanya bila melihat aku menangis. raut wajahnya jugak sayu. Sekilas terlintas di benakku, kenapa sekarang ? kenapa tidak dulu. apa salah aku, ? aku tidak buat apa-apa yg Deez tak suka, malah aku adalah Wanita idaman dia. Kenapa ?? Setelah bagi aku harapan kau putuskan dengan tiba-tiba, kenapa ??


" Kenapa Deez ? air jernih ku menitis tanpa di minta, semakin deras air mata ku jatuh, semakin aku tidak boleh mengawal perasaan aku. " Ci tak layak untuk Deez. ? Apa yg Ci buat Deez ? Kalau Ci ada buat salah maafkan lah Ci, tp bukan dengan jalan ni kita kena lalui, Deez kan tau Ci tk boleh hidup tanpa Deez " Aku merayu supaya Deez menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.


Deez menunduk..Wajahnya merah padam, dia terdiam dan tidak berkata-kata. Dia tidak memandang muka ku, tetapi alih pemandangan nya ke arah lain.


" Benci sangat Deez pd Ci sampai muka Ci pun Deez tak nak tengok , sampai hati Deez. Kenapa- kenapa Deez ?? Explain it Explain to me " Aku mendesak.


" Deez ada sebab, tp Deez tk boleh bgtau sekarang, Ci hadapilah hidup tanpa Deez, Deez dh tk suke CI lagi, Maafkan Deez, " Deez tunduk layu.


" Aku terduduk menangis, Aku tidak boleh mengawal perasaan dan diri aku, tanpa sebab aku di tinggalkan, tanpa penjelasan, 4 tahun aku hidup dengan insan bersama Deez, sekarang dia telah tinggalkan aku, Deez berlalu pergi tanpa melihat ke wajah ku, Dia tidak berpaling malah terus meninggalkan aku yg menangis tersedu sedan kesorangan. Aku buntu, tak tau kenapa aku di perlakukan sebegini. Serta merta ku rasa dunia ku gelap. Insan yg baik pernah ku kenal tiba-tiba berubah hati, perkara ini lah yg amat ku takuti, tetapi telah terjadi. Seribu persoalan hadir ke benakku.


Aku masih di bawah pokok tempat selalu aku dengan Deez berbual mesra, Masih menangis dan melayan perasaan aku, Sementara Deez dh lama berlalu meninggalkan aku, Waktu makin petang, kicau burung tidak kedengaran bg ku, semuanya kosong dan gelap, Banyak persoalan yg muncul, dan yg paling aku tidak menyangka ayat Deez " Ci tak layak untuk Deez " Deez takkan pernah berkata begitu pada aku, kenapa ?? 


" Ya Allah , berat nya ujian mu terhadap aku, Kau tunjukkan lah Ya Allah, berikan ku jalan dan ketenangan, sesungguhnya aku redha " Doa aku bila diri aku tidak tenang, Ibarat entah mana jalan yg ingin ku tuju, serba gelap di hadapan aku, aku tidak gagah kalau begini. Insan yg ku puja telah menolak ku..


Dalam aku tengah sedih-sedih, ada sepasang mata memerhati aku, aku terperasan seorang lelaki merenung ku dari jauh, Wajahnya samar-samar, aku tidak cam, mata aku pun dh bengkak dek menangis, Aku melihat dia terus, dan dia juga memandang pd ku tanpa berganjak dari situ, Hati ku tertanya, siapa ? 


Nak tahu kenapa Deez tinggalkan Ci tanpa sebab ? dan sapakah lelaki yg merenung pd Ci ? Tunggu episod seterusnya dalam " Cinta Aku dan Dia " episod ke 3..


Di larang sama sekali mencetak atau mengcopy ke blog2 lain dan mana2 saja untuk tatapn pembaca2 melainkan dari blog saya sahaja. Sebarang pelanggaran hak cipta akn di ambil tindakan undang-undang.

Watak-watak tiada persamaan sama ada dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia.





Hasil Nukilan : Aida Amer




5 ulasan:

NuR nAdhIraH berkata...

Best laa Mama :)

Princess Syazliyana berkata...

hehe touching pulak malam-2 ni :D

AidaAmer berkata...

Thanks...tunggu episod ke 3..lgi sedih...huhu

Dee Amerda Fc berkata...

best lah mama..bila lgi mama nk buat.. x sbar2 nie ..

Cyew Alissa berkata...

sedihnya denga cite mama ...