Cinta aku Dan Dia Episod 5
Ayah memecut laju kereta, tidak lama kemudian kami sampai di perkarangan Hospital, Aku yg masih lagi rasa lemah, jd tk berapa nak lemah bila ingtkan apa yg berlaku pd Aimee, memang hati aku baru nk ok balik, cuba nak berkawan balik, Aku takkan maafkan diri aku kalau aku tk sempat nk mintk maaf pd Aimee, Ingatan aku semua terimbas semasa di bawah pokok, satu demi satu kejadian2 yg berlaku bermain di mata aku, paling kemuncak bila aku menolak Aimee sampai jatuh, Arghhhh...tk patut aku buat Aimee mcm tu, mana boleh...!! Kesian si Aimee...
Aku nampak ramai org berkerumun dia ruang kecemasan, Mak dan ayah cepat2 turun dari kereta, mak meninggalkan aku begitu sahaja di dalam kereta, Hati aku meronta ingin turun, dan ingin tau apakah sebenarnya yg berlaku. Keadaan nampak cemas. Aku cuba menggagahkan diri untuk turun. Aku nampak mak dan mak Aimee berbual dan sesekali berpelukan. Keadaan jd sedih, Kenapa ni ? Hati aku meronta, Aku membuka pintu kereta dan cuba berjalan ke arah mak, Yg aku dengar hanya tangisan, Ayah pulak tengah berbual dengan Ayah Aimee di ruang dalam Hospital.
" Mak , Aku memanggil mak, Mak memandang aku dan cepat2 memeluk aku,
" Kenapa mak ? apa yg jd ni ? " hati aku berdebar, tiba-tiba aku dapat rasakan bergeletar seluruh tubuhku, Ya Allah selamatkan Aimee, kenapa ni , ????
" Ci, ni la Datin TIyah, mak Aimee, Mak memperkenalkan aku pd Datin.
" Mak apa yg jadi ? " aku bertanya, tumpuan aku hanya ke situ, benda lain2 aku tk nak tau.
Datin Tiyah datang memeluk aku tiba2,
" Aimee , Aimee kemalangan...Dia mengalami kecederaan yg teruk, Doktor cakap td nyawa dia hanya 70/30% sahaja, Untie risau, Dia lah satu2 nya ank untie, Untie tk nak apa2 jd pd dia..."
Datin menangis di bahu aku, Air mata jernih ku lihat di pipi mak juga. Bagai kan halilintar membelah bumi, tk dpt ku bayangkan bila ku mendengar Aimee kemalangan, hati aku tiba2 sebak, Badan aku serta merta lemah, pening kepala ku bertambah tambah, Aku nk jatuh tp di peluk Datin. Hati aku meronta, Kenapa ???
" Aimee, kenapa secepat ini...??? Jangan la biar saya mcm ni, saya mintak maaf atas apa yg saya buat kt awk, saya ikut emosi. " Ayat ini lah yg akan aku bgtau bila aku jumpa dengan Aimee. Sapa yg dapat menolak takdir Allah, dan aku takde hak nak persoalkan takdir dan ketentuan semua ini. Tiba2 Airmata aku juga mengalir tanpa di minta .Ayah melambai pd kami supaya masuk ke dalam Hospital, Aku memandang muka Datin Tiyah, mukanya saling tk tumpah muka Aimee, , Walaupun berusia still cantik..Aku mengajak mak dan Datin masuk ke dalam., aku cuba untuk gagah menerima berita di luar jangkaan ini. Hati aku susah nk di gambarkan, yg aku mampu hanyalah berdoa semoga Allah selamatkan nyawa Aimee dan Aimee kembali seperti sediakala. Aku tk sabar2 nk jumpa Aimee...
Kami menunggu di tempat menunggu ruang kecemasan, semua menanti dengan penuh sabar , mak menyuruh ayah menghantar aku balik berehat di rumah, tp aku ttp berkeras nak tunggu sampai Doktor keluar dr bilik OT. Aku tk dapat tenangkan hati aku walau sedikit pun, Dalam hati aku ttp berdoa, mintk di selamatkan semuanya. Zikirku pd Allah ku sedekahkan untuk Aimee.
" Aimee, awk kena gagah hadapi situasi ni, Ya Alllah, hanya kau yg amt mengetahui. " gumamku keseorangan. Air mata ku jatuh setitik demi setitik, Kenapa aku jahat sangat, kenapa aku tk beri peluang untuk aimee kenal dan jd kawan baik aku ? Aimee baik sgt. Dia muncul di saat aku btul2 kesusahan dan dalam kesedihan. Kenapa kau tarik dari aku Aimee dan Deez Ya Allah ? Seribu persoalan bermain memelikkan aku,
Sungguh aku tak mampu menghadapi dugaan ini..Aku tertunduk sambil menangis, aku cuba sembunyikan sebaik mungkin perasaan aku, aku tak nak mak tau apa yg aku lakukan pd Aimee..Biarlah aku sorang yg menanggung, dan aku akn buat apa sahaja asal aku dpt menebus balik kesalahan ku pd Aimee. Aimee maafkan aku..Sedang aku melayan perasaan aku yg tengah tk keruan, Tiba2 muncul Doktor dari bilik OT. Doktor berjalan menuju ke arah Datin, ku lihat mak sentiasa berada di sisi Datin sepanjang menunggu.
" Datin, Aimee mengalami kecederaan yg teruk di bahagian kepala, kami berusaha untuk lakukan sebaik yg boleh, Doa2 la biar Allah panjangkan nyawanya, Aimee koma..!! Saya akn cuba buat yg terbaik mengikut kepakaran kami yg ada..Mintak Datin dan dato banyak2 doa dan sabar."
Tiba2 Datin Tiyah jatuh rebah, terkejut dengan berita yg Doktor sampaikan sebentar td..Mak memegang Datin, aku meluru menolong mak, walau badan aku masih lemah, dan aku sendiri masih terkejut tidak terkata dengan berita yg tidak di sangka itu, Ayah dan Dato tidak kelihatan. Keadaan agk cemas. Doktor menyuruh nurse memapah Datin masuk ke bilik rawatan. Kami juga mengikuti ke bilik rawatan. Keadaan jd makin cemas bila jantung Datin Tiyah lemah, Doktor sedang berusaha merawat Datin menggunakan segala cara yg ada .Datin sempat memandang ke arah aku dan mak yg berdiri di tepi..
Dato dan ayah baru saja balik dari bilik rawatan di mana Aimee di tempatkan, aku nampak Dato bergegas mendapatkan Datin Tiyah, dan aku nampak Dato di tahan oleh ayah kerana Doktor dan Nurse2 masih lg sedaya upaya menstabilkan Datin. Kesedihan dan kesayuan menyelubungi bilik rawatan. Aku hanya mampu memeluk mak dan berdoa semoga keadaan kembali seperti sediakala. Sebaik saja datin berjaya di stabilkan, Aku nampak Dato meluru ke katil Datin, sayang nya Dato pd Datin Tiyah, Dato seolah olah tidak dapat menerima apa yg jd pd ketika ini, Dek kerana menerima berita yg Aimee koma, Datin di serang jantung, rupanya memang Datin ade penyakit Jantung dan tidak boleh menerima sebarang berita mengejutkan. Aku nampak Datin masih lg bergelut dengan dirinya, Dato menangis sambil mencium tangan Datin, Aku, Ayah dan Mak hanya melihat dan mampu menenangkan , dan berdoa semoga Dato tabah menghadapi situasi ini. Tengah2 Dato menangis, tiba2 Datin membuka matanya, Datin membisikkan sesuatu ke telinga Dato, Dato menoleh ke arah aku,
" Cici, Datin nak cakap dengan Ci ," Dato memandang aku dan menarik tgn aku ke arah Datin.
Aku agk terkejut dengan permintaan Datin, aku memandang ke muka mak dan ayah, dan perlahan2 mendekati Datin
" Ci..Unty nak Ci jaga Aimee, tolong penuhi permintaan Unty, Unty nak Aimee hanya jd milik Ci, Janji dengan Unty, "
Terketar ketar dan lemah suara Datin mengenggam tangan aku, semua jd saksi di atas ayat yg baru saja Datin luahkan, aku sedikit terkebelakang kerana terkejut dengan permintaan Datin, Aku tk boleh..!! aku baru sahaja kenal Aimee dan mana mungkin Aimee akn jd milikku apatah di jodohkan. Ya Allah , dugaan apakah ini ? aku serba salah, Datin masih mengemggam tangan aku dan menanti jawapan.
" Ci, unty dh tk lama, hanya itu sahaja permintaan Unty, dan Unty harap Ci tolong penuhi."
Suara datin makin lemah, dadanya makin turun naik turun naik, Datin seolah olah tengah bergelut. Nadi nya yg td normal dh unstabil balik .Aku jd risau dengan perubahan Datin yg tiba2. Aku hanya mengangguk pantas, itu sahaja yg mampu aku buat di saat ini, asal saja Datin pulih seperti sediakala. Tapi makin lama makin teruk, Dato memanggil Doktor. Keadaan bertambah cemas, beberapa minit kemudian Datin menghembuskan nafasnya yg terakhir. Aku dapat rasakan pegangan tangan datin masih mengenggam tgn aku, semakin lama semakin lemah dan genggaman tgn Datin terlepas dr tgn aku.
Aku menangis memeluk mak, Sungguh aku tk sangka, Datin yg baru saja ku kenali di ambil nyawanya oleh Allah sebentar td. Aku menangis, Ayah hanya tertunduk sambil memegang bahu Dato yg masih memeluk Datin, Keadaan yg tidak di sangka itu sangat memilukan..Bagaimana kah Aimee menerima berita ini di kala dia sendiri bergelut antara hidup dan mati ?? Dan bagaimana aku harus melunaskan janji2 aku pd Datin walaupun aku sama sekali tidak lansung merelakannya ? Aku buntu, dan aku fikiran ku tiba2 kosong, aku tk tau apa yg harus aku lakukan, yg hanya mampu ketika ini hanya airmata aku deras mengalir laju,,
Aku masih tk sempat menjenguk dia lansung kerana sibuk menolong Mak menguruskan pengebumian Datin, Aku tidak dapat menerbitkan perasaan aku untuk jdkan Aimee putera hati aku, dan mampukah aku melunaskan semua janji2 Datin ? Ya Allah..Tabahkan aku.
Ya Rahman...Sesungguhnya aku bermohon pada mu..Berilah aku jalan untuk hadapi semua ini. Dan satu lg yg paling mengejutkan aku, mengapa Deez muncul ? dan aku tidak dapat lupakan pandangan Deez pd aku, sorot matanya yg sayu. Aku sama sekali tidak faham..Lamunan aku terus bermain sementara kereta masih lg menyusur perjalanan, arahku melawat Aimee di Hospital. Aimee...Maafkan aku....
Bagaimana Cici mengharungi semua ini ? Adakah Aimee akn sedar dr koma ? dan mcm mana Deez boleh ada di tanah perkuburan ? Adakah Deez ingin Cici kembali ke sisinya ? Nantikan episod seterusnya dalam episod 6 " Cinta aku dan Dia "
Di larang sama sekali mencetak atau mengcopy ke blog2 lain dan mana2 saja untuk tatapn pembaca2 melainkan dari blog saya sahaja. Sebarang pelanggaran hak cipta akn di ambil tindakan undang-undang. Watak-watak tiada persamaan sama ada dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia.
Hasil Nukilan : Aida Amer
2 ulasan:
aww . best laa cite nyer . btw mama , follow kite balik taw . http://syanazforever.blogspot.com
best .. touching lak . haha
Catat Ulasan