Jumaat, 14 Disember 2012

Bakat si kecik


       Tajuk tu di tujukan khas buat Anakanda yg tercinta, Bakatnya yg boleh bermain gitar pd usia 6 tahun dan mampu menyanyi dengan baik, Alhamdulillah ank ketiga dari 3 beradik nih sangat menonjol bila di bawa ke show2 undangan menyanyi di serata tempat. Bakat yg semulajadi dan di copy paste dr Mama n Papanya yg tercinta...Sedutan vid dr Dalili si budak comel..



Dan ini Vid semasa Dalili mengadakan pertunjukkan bersama kakak2nya...


Anda dengar dan nilai sendiri..Untuk lebih lanjut boleh subscribe channel You tube saya iaitu TheAmerda100  dan Amerda100...Selamat surfing

Lama tak jumpa rindu ingin bersua..

Assalamualaikum buat semua, Maafkanlah jika lama tidak mengapdate sebarang perkembangan, lantaran kesibukan dan banyaknya kerja yg perlu di bereskan, blog ni lama plak terabai. Thanks buat follower yg sanggup memollow dan membaca isi2 dalam blog ini. Teruskan dengan memollow dan mengisi ilmu2 yg blum teirisi, sama2 berkongsi pengalaman dan rencah kehidupan untuk pedoman buat semua.


Lama sungguh tidak mengapdate perkembangan anakanda tercinta, paling terbaru D sangat sibuk dengan New Album dan single dia yg berjudul " Cinta Dalam Diam" Jom kita dengar sedikit sedutan khas buat Fans2 yg tersayang..




Nantikan kemuculan Beliau dengan Single terbaru soon..Sentiasa stick with us dan sokong kami selagi termampu..Tunggu update soon dr saya mengenai kisah2 kehidupan yg terkini. Salam sejahtera dan Assalamualakum.




Rabu, 10 Oktober 2012

Trip ke Bandung ( Bisnes sambil Bercuti )


Marabaya  www.amerda.com.my



perkataanjiwa.blogspot.com









Salam semuanya pd pengikut blog saya yg di kasihi, sudah lama rasanya saya tidak mengap date News feed terutamanya Novel " Cinta aku dan Dia ", pastinya semua ternanti nanti apakah sambungan episod 7 nanti. Tp tkpe lah,,Saja saya peram dulu, supaya keinginan anda2 semua memuncak sambil goncang lappy mintk di percepatkan update novel itu. Sabarrr yew..Insyaallah hilang bz sy mesti update.

              Bila dh berniaga ni mcm2 yg sy kena tahu. Baru2 ni kami satu family baru lepas beli Camera DSLR Canon EOS 60D, bersama nya juga , kami membeli lense, rode boom , dan pakej barang2 yg sewaktu dengannya untuk kami photoshoot barangan Koleksi Amerda dan jugak khas buat Puteri kami Dayana shoot  Drama slot , Video Clip dan  menaik taraf setiap Cover Vid kami d You tube. Apa sahaja berkenaan kami satu family akn bakal di upload kan dlm Ac You Tube kami. So mana yg tk boleh tgk kt tv boleh la subscribe Ac You tube kami , Username nya ialah Amerda100. Di chanel itu  akn ade drama-drama yg di buat khas untuk peminat2 kami dan bermacam-macam kisah suka dan duka akn di shoot untuk Fans2 kami semua. Ini ingin mengasah bakat ank2 dari segi lakonan, editing dan pengolahan Drama2 arahan kami nanti.

                 Tukang editnya sape lg kalau bukan D sendiri, di pantau oleh papanya dan saya sendiri. Setiap detik dan minit yg berharga akn di gambarkan di dalam Clip nanti. Konsep yg sesuai dengan jalan cerita yg menarik akn membuatkan peminat2 tidak sabar mau menunggu setiap episod clip kami nanti.  Kepada fans tersayang, ttp dengan kami dan sabar menunggu semuanya ya. Paling terbaru kami akn upload teaser kami sepanjang d Bandung di susuli dengan Travel lodge kami sepanjang pergi , balik dan sepanjang kami berada di sana. Untuk pengetahuan, buat pertama kali kami sefamily  menjejakkan kaki di sana ( Bandung ).

Tanpa berlengah lg ,.Inilah pengalaman kami. Bak kata pepatah, " Banyak berjalan jauh pemandangan,  banyak pengalaman ". Ikutilah kisah kami sefamily. Selamat membaca.

     Persiapan semuanya lancar, tinggal saja bertolak ke LCCT. Dari Putrajaya ke LCCT lebih kurang 40 minit masa perjalanan kami. Kami di hantar oleh adik my hubby iaitu Sheda. Tiket kami agk mahal kerana di beli seminggu sebelum kami ke sana, bila di kira- kira,  semua skali dengan caj beg pergi dan balik, dalm 3K jugak la hangus. Mana yg nk jimat, tiket flight jgn beli mcm kami beli, beli 3 bulan sebelum gitu, sangat la murah. Kami tk kisah pasal tiket sbb memang kami tau yg kami akn pergi dlm masa terdekat. Kalau nk tunggu murah rugi banyak la. Lgpun katanya urusan bisnes, mana boleh tangguh2 kan. Kali ni kami membawa beg besar sebiji sorg, Fungsinya untuk membawa pulang barang2 yg di beli di sana nanti. Itu je cara yg afdal untuk bisneswoman kecil2 kecilan mcm saya ni. Bg mengelakkan jugak kastam banyak cerita , cara ini adalah lebih selamat. Kredit dan tq banyak2 jugak buat Cik Qoma , Bos besar Qoma Butik, beliau banyak memberi tunjuk ajar dan tips bagaimana caranya membawa barangan kami dengan selamat. Aminn..



Waktu penerbangan kami pd pkl 11.45 malam . Mcm biasa, kami kena sampai 2 jam sebelum d LCCT untuk melancarkan proses2 biasa untuk fly nanti. Saja perut di biarkan lapar sbb tk sabar nk rasa makanan di Bandung. Tapi 3D sempat jugak menjamu selera ringan2 d kafe d LCCT. Saya dan suami saja simpan rasa lapar itu untuk menjamu selera d Bandung. Katanya makanan di sana semua enak2 belaka. Tak sabar plak rasanya. Ini ada beberapa keping gambar yg sempat d snap oleh kami.. Jom tgk gambar2 nya..


Airport Bandung, sempat la snap pic mana yg ada.



Sempat merenung luar jendela..Bdk ni takut tinggi nih..



 Pemandangan di luar jendela



Ada jugak gambar2 kami yg hilang mungkin masa copy tu ade yg tersilap tekan jd hilang, Ralat sangat sbb banyak sgt gambar2 yg cantik di ambil semasa di LCCT, sepanjang fly dan sampainya kami d Airport Bandung. Tp tkpelah , kami redha. Ada la tu silapnya masa tranfer gambar2 semua ke lappy, maybe no kod gambarnya sama, bila salah tekan semuanya hilang. Ini je la yg tinggal..Ada 8 gig tuh...Fuhhh,,,,Sudahnya , kami up yg mana ade je..sedih,,,huaaaa,,,sob2

       Sepanjang Fly  ke Bandung , kami di tempatkan berjauhan tempat duduk, seb baik 3D duduk sama2. Cuma saya dan hubby duduk lain2 tempat. Saya bersebelahan dengan org Bandung yg kebetulan balik negeri. Sempat la kami borak2 bercerita tentang keistimewaan Bandung. Mcm2 yg kami cerita dan saya jugak ceritakan hajat kami satu family ke sana. Borak punya borak, dia terkejut dan tidak sangka yg dia dpt bertemu dengan Dayana. Rupanya dia pun kenal Dayana ni artis cilik d Malaysia. Terbayang kegembiraan seorang rakyat Bandung yg mencari nafkah di Seremban. Kiki namanya.  Raut wajahnya seakan Anne Ngasri tp versi debab, kalau senyum nampak manis sgt.  Excited bercampor teruja tk sangka bila saya ramah melayannya. Dia ingt saya ni nk balik Indon, muka saya mcm muka indon ke ? hahaha..Dan dia cakap saya ramah, tk sombong mcm org Malaysia yg lain. Katanya kalau imegresen Malaysia tambah2 kalau naik Feri, memang kena tengking2 lg kalau tau dia tu org indon. Kesian Kiki,,Sabar ya Ki., tk semua org Malaysia sombong, ada yg baik2..

      Baru 1 jam berborak, tp mcm dh kenal lama. Kiki dengan bangga meng offer diri dia untuk menjadi supir  ( tourist guide ) . Katanya niatnya ikhlas dan memang niat ingin menolong kami sefamily. Katanya kalau tak tau, nanti di tipu. Lgpun dia terpksa menetap di negara sendiri berikutan permitnya sudah hbs dan dia akn kembali ke Malaysia dalam  tempoh 6 bulan lg. Ade la cerita tersembunyi yg tk boleh d catatkan di sini, hanya saya , Kiki dan kami sefamily yg tau. Bila Kiki offer diri untuk menjadi pemandu pelancong kami, kami sgt happy dan berbesar hati. Entah mengapa perasaan ini tk rasa yg Kiki buat semua sbb ada tujuan tertentu. Terpancar keikhlasan di muka nya yg tembam tu..Lgpun dia tk minta balasan dari kami. Lagi2 upah. Thanks Kiki. Hanya Allah bisa membalas jasa kamu dan family.

            Lebih kurang 5 minit lg nak mendarat, saya menjenguk ke luar tingkap dan dapat lihat rumah2 dan bangunan2 yg saling berdekatan di antara masing2. Memang jauh bezanya dengan tempat kita. Bangunan nya yg agk usang dan tidak la besar kalau nk di bandingkan dengan Malaysia. Tetapi bergantung di mana tempat itu, contohnya kalau Bandar Bandung, ada bangunan yg cantik2, dan besar berbanding di pinggir bandar. Kalau kita bangunan nya tinggi melangit, tp di sana tkyh nk dongak tinggi2. Bangunannya padat begitu jugak rumah2 nya. Jarang sekali dpt tgk rumah yg besar2 yg ade di tepi2 jalan. Kalau gerai menjaja memang merata-rata. Ini berikut menjaja di sana tidak perlu lesen berniaga seperti Malaysia. Jd sapa saja yg mampu dan ada modal berniaga memang boleh je berniaga. Kedainya dekat2 dan menghidangkan menu yg agk sama. Di sana yg saya tengok, makanan gerai yg paling popular ialah Bakso, Somay , Batagor , Bakwan, Martabak telur, Martabak bangka, gerai buah buahan, cakue, dan aneka Nasi Goreng. Ada lg mungkin yg saya terlpas pandang. Nanti sy update lg.

        Alhamdulillah kami mendarat dengan selamat. Sampai saja di Bandung, kami di kenalkan oleh Kiki saudaranya yg menunggu untuk menjemput Kiki di airport. Selesai saja pertemuan yg singkat itu, kami menuju ke Hotel yg di tempah oleh Supir kami iaitu d Orange Home. Tp sebelum kami ke Hotel, kami ingin menjamu selera dahulu, jd kami suarakan pd supir kami supaya membawakan kami ke tempat makan yg enak2. Tp supir kami seakan malas untuk memenuhi permintaan kami, di katanya kedai2 yg sedap2 sudah tutup. Jd supir minta kami makan fast food. Saya cakap lah, kalau fast food , kat Malaysia pun ada. Kiki cuba berkomunikasi bahasa Jawa dengan supir itu. Katanya kiki, supir tu tk nk bawak kami makan di tepi jalan, takde class katanya. Sedangkan sy telah maklum pd Kiki awl2 lg kalau ade makanan yg best, tk kira la kt mana, just drop by je..Kami tk kisah asalkan halal. Kalau ikut standard memang lapar la kami. Kami tk pernah berkira di mana saja , asalkan bersih dan halal. Sedang mencari cari kedai makan ,  kami ternampak satu kedai namanya Satay Shinta yg di buka 24 jam dan menghidangkan makanan yg cukup lazat. Terus sy memberitau Supir yg kami mau ke sana. Setelah supir parking kereta,  dengan tidak berlengah kami turun. Kedainya sgt klasik, cozy dan cantik..Jom tgk kami makan apa..



 Lepas memesan makanan dan Tengah menanti makanan sampai. Muka keletihan



Sup Kambing bersama Telor Dadar ini di pesan oleh papa. Daging kambingnya sangat lembut dan rempah sup nya lain sama sekali dr sup di Malaysia.. Sedap bangattt !!!



Nasi goreng Ikan Masin Pedas di pesan oleh Dayana dan saya. Nasi gorengnya saya bg 100% sedap. Memang cukup rasa, tambahan ikan masin nya yg lain dan jauh beza dari sini.



 Lamb chop ini Dalili yg pesan, Dalili ni memang mcm tu la., taste dia yg keren2 ( bgs2 ) je, Sepetang tk makan tp bila makan, order lamb chop. Tp serius cakap, Lamb chop nya sgt sedap. Whip kentang nya di buat lain sangat, agk kenyal dan sos nya sgt berbeza. Daging kambingnya di hidangkan bersama lemak dan dagingnya sgt lembut. Sayangnya si Dalili mcm biasa, kalau mkn tk pernh hbs. Semua makanan, kami saling rasa merasai dan dapat menikmati kesemua keenakan makananya. Yg pastinya , kesemuanya memang BEST !!.



Ini plak Nasi Goreng Seafood yg di pesan oleh Dayini. Udangnya fresh dan  kecil2.  Banyak lauk2nya dlm pinggan. Rasanya pun sgt sedap. Dekat Malaysia susah nak cari Nasi goreng yg rasanya cukup enak, pedasnya, masin manisnya, memang tk sama. Kecuali kalau homemade la. Lauknya mesti ciput dan tk cukup rasa. Tp tk semua la, ada jugak Restoran kt Malaysia sedap2 gila makanannya. Tengok kedai jugak la kan..Di Indonesia ( Bandung ), rasanya sgt berlainan, bukan saja rasa, cara pembuatannya pun lain. Saya sempat juga berkongsi resepi dengan Kiki mcm mana setengah resepi di masak d sana. Kalau duduk lama skit balik sy jd Tong drum la jawabnya.

       Pd mulanya kami duduk, kami di hidangkan tea suam, tanpa di minta..tea tu rasanya kelat dan tk manis. Di sana memang kalau makan di hidangkan tea tawar. Kalau d bandung, bila kita nk minum tea o ais atau panas, kita kena cakap nk Tea manis, baru la waiter tu faham. Kalau tidak memang tawar la jawabnya. Kami memesan jus buahan untuk di minum. Saya agk teruja bila mendengar yg Jus buahan sgt popular di bandung. walaupun kedai kecil2 akan ade Jus buahan. Terutama  Jus Avocado. Jus Avocado atau di panggil Jus Apukat  memang popular kt Bandung. Katanya buah itu murah dan senang untuk di dapati. Saya memesan Jus apukat untuk di minum.  Sedap dan pekatnya memang tk boleh d gambarkan. Terasa nikmat nya sgt, dalam keadaan lapar, haus dan agk keletihan , bila minum Jus Apukat hilang semua penat. Memang best !!! .3D pulak memesan Jus Strawberri, Limau Ais , Susu ais dan tea manis..

    Dinner pd pkl 2 pg itu sgt lah enak. Kami menikmatinya dengan rasa bersyukur sgt. Kiki meneman kami makan dan bercerita apa lg keistimewaan di Bandung. Sambil makan sambil borak2. Sayangnya kami lupa untuk memesan Satay. Di sana menu specialnya Satay, tp bila dh lapar menu yg berat kami mintk sampai lupe menu yg ringan2 mcm Satay. Tp tkpelah, apa yg ada pun lebih dr cukup buat kami sefamily. Alhamdulillah sgt2. Harga makanan semuanya kalau di ikutkan dalam matawang RM  lebih kurang  90 ringgit. Bg saya Harga nya sesuai dengan tempatnya. Kalau d Malaysia restoran yg besar2 gitu harganya dh cecah ratus. Jd bg kami RM 90 ringgit kami makan seramai 6 org dan masing2 minum jus sgt lah berbaloi.  Kalau di Malaysia harga nya mungkin mahal la sedikit . Memang puas. Yg penting makanannya sedap  dan servisnya bagus. Alhamdulillah.

Selesai saja makan dan bayar , Kami di bawa oleh supir ke Orange Home..

Agk jauh dr tempat kami akn shopping dan ke bandar Bandung nanti.. Jalan nya sempit dan ke dalam.  Memang agk susah untuk dapatkan pemandu jika hendak keluar bershopping. Tp saya faham kenapa supir2 bersatu nak menaikkan Orange Home ni.. Bak kata pepatah sy sendiri, " awk untung, saya pun  untung , jd sama2 untung..Faham2 la ek apa maksudnya..Kami hanya daftar untuk semalam sahaja, dan decide untuk mencari bilik lain pd keesokkan harinya. Sengaja kami buat mcm tu kerana ingin merasa pengalaman dan suasana di tempat org.. Kalau kt Malaysia ni, Orange Home ibaratnya mcm bilik  biasa untuk Family. Kiki agk mengeluh bila saya memberitau harga semalaman dan upah supir untuk satu hari. Kalau dalam 5 hari kami kena belanjakan hampir RM 1500 untuk  upah supir dan bilik sahaja, tidak termasuk makan n kos lain jika ingin pergi Ke luar dari Bandung. Harga menetap d Orange Home agk mahal kalau di bandingkan dengan harga bilik d  Malaysia . Orange Home ni mcm apartment atau di panggil rumah susun di Indonesia.  Harganya untuk satu malam ialah RM 170.  Di sini, saya nampak permainan pemilik hotel dan supir yg membawa kami.  Supir terutamanya akn dpt komisyen lebih bila bawak customer ke sini. Nasihat saya bg yg nk kesana, hati2 dengan duit anda. Anda tidak sedar yg setiap benda akn di caj oleh supir anda sendiri. Percayalah, anda kena lebih bijak dan berjimat bila di sana. Cajnya hampir sama bila kita di Negara sendiri.  Syukur pd Allah kerana pertemukan saya dengan Kiki.. Kalau dia tkde kami tk tau la berapa rupiah  lg duit kami melayang mcm angin je.  Alhamdulillah..Meh tgk gamba, ada la kami snap skit keadaan rumah susunnya.


 Pemandangan di luar bilik.. ade satu kolam besar dan ruang duduk bersantai.


My princess posing berdekatan Kolam besar di depan bilik. Ikan nya pun besar dan banyak.



 Papa pun sempat posing jgk..



Lukisan di dinding tempat check in..



Muka tu kan pelik..Hehe2...Excited kot,,hehe



Sekali tgk Orange Home ni tk besar tempatnya, Hotelnya kecik dan bertingkat. Ade ruang makan di sediakan untuk makan pagi. Macam Kafe kecik gitu. Kalau d Malaysia Hotel 1 star yg biasa sgt tp harganya agk mahal bila kita d Bandung. Rata2nya semua Malaysian yg dtg dan menetap di sana. Bila berbincang dan lihat pd gayanya baru la saya faham permainan org2 d Indonesia ni..Cukuplah satu family kami yg tau.  Saya sangat pasti bila org malaysia yg tidak tau mana arah tuju dan reference dia sapa atau  kawan yg biasa ke sana dan membaca blog2 yg ada memilih di sini. Kalaulah anda semua tau permainannya yg sebenar, kamu semua akn mengeluh dan akn lebih berhati2 bila kesana.  Ada ramai yg bersama-sama kami  dari Malaysia juga menetap di sini.. Kalau yg datang ramai2 duduk satu bilik mintak d tambah tilam untuk satu malam RM 170 dh murah sbb bayarannya boleh kongsi. Tp kalau family, untuk hotel yg seumpama itu dengan harganya di bandung  sebanyak RM170 itu mahal bg kami. Cuba bayang kalau 5 malam..?? Bukan lah kami tidak mampu nk tinggal atau cek in d Hotel 7 bintang sekalipun, tp katanya Bandung itu tempatnya cantik, murah kosnya dan enak makananya. Kalau nk 5 bintang Malaysia pun ada. Jd kami memang besederhana. Konsep kami ke bandung pun untuk Bisnes Vacation. Mana yg boleh berjimat kami berjimat.


Tunggu update seterusnya dari kami Hari pertama kami ke destinasi yg pertama.. Nak tau apa lg yg best2 kami alami dan apa lg yg kami tau sepanjang kami d Bandung ??? Tunggguuu


Hasil Nukilan : Aida Amer

Khamis, 30 Ogos 2012

Cinta aku Dan Dia Episod 6


Cinta aku Dan Dia Episod 6




Kepala ku yg masih buntu dan emosi ku masih tidak stabil, entah mengapa tiba2 aku rasakan hidup aku begitu penuh dengan Ujian, Yg mampu aku buat ialah sentiasa memohon pd Allah dan bersabar dengan apa sahaja ujian yg bakal melanda..Sungguh aku tidak mampu menahan segalanya di saat ini, aku perlukan seseorang untuk bersama aku berkongsi masaalah dan menenangkan aku. Namun semuanya aku rasa tidak bererti. Jiwa yg masih berserabut melayan seribu persoalan bermain di minda ku ini, Hanya Allah lah tempat aku mengadu, Ya Allah, aku redha dengan ujianmu, bantu lah aku supaya aku tabah menghadapi segalanya..Semoga sinar bahagia menjelma buat aku..

" Krinnnggggg kringggggg  " Lamunan aku tiba2 terhenti mendengar bunyi telefon di ruang tamu.

Ku biarkan sahaja deringan itu tanpa berangkat, hati aku kosong dan mud aku masih dalam keadaan yg tidak menentu, bimbang jikalau aku terkasar bila bercakap nanti. 

" Kringgggggggggg " makin di biarkan makin kuat berdering..Hati aku semakin geram dan bosan dengan deringan telefon itu. 

" Sapa lah pulak ni, Arghhhh " Aku bangun dan cepat2 mengangkat telefon di ruang tamu.

" Helllo, !!  " suara aku agk kasar, 

" Nak cakap ngan sapa " ? 

Aku bertanya siapakah gerangan yg menelefon, sebaliknya suara tidak kedengaran, hanya dengus nafas seakan  terketar- ketar ingin memulakan perbualan.


" Hello, awk sapa dan nk cakap dgn sape ? , Jawablah, kalau tk jawab saya letak telefon nih, " Nada suara aku bertambah geram.
Agk lama jugak aku menanti jawapan ,  nampaknya suara belah sana tidak kedengaran,  sunyi dan sepi.  Hanyalah hembus nafas yg semakin lama semakin kuat kedengaran, harapan aku supaya pemanggil misteri ini menjawab dan menyatakan apa yg dia nak sekarang.

" Heii...cepat boleh tak ? saya dengar  nafas awk ni.,kalau awk rasa nak cakap , cakap, kalau tk saya letak !! " Aku cuba mengugut. Nada suara aku makin tinggi.

" Ci.... sa sa sa..saya rindu awk " Tiba2 suara di sebalik gagang itu berbunyi, aku gk terkejut, dan aku seakan cam dengan pemilik suara tersebut.

" Deeezzzz, " Terkeluar nama itu di mulut aku.

Aku kaget dan sgt terkejut dengan panggilan telefon itu, sungguh aku tidak menyangka , panggilan telefon itu dari Deez..Btulkah Deez atau org lain ? tp suara itu sgt aku kenali, tidak lain dn tidak bukan, memang Deez. 

 " Tuuuuutttt ... Tuuuuuu... Tuuuuuut " Talian di putuskan oleh Deez..aku terduduk. Jiwa aku terimbas dan terpana, mengapa ??? di saat aku bencikan mu, di saat ini kau dtg..Tidak cukupkah lg dengan apa yg kau lakukan pd ku Deez ? Kepala aku semakin berat, hati ku meronta meminta penjelasan. Kebencian aku meruap pd Deez, tp apakah aku benci atau sebaliknya ? berulang kali aku cuba menolak seribu andaian, dan aku cuba bersikap seperti biasa, tp aku tewas. SEmakin lama semakin suara itu menghantui aku. Kedengaran suara itu seperti org sedang menangis atau tercungap. Kenapa dengan Deez ?? 

Tengah2 aku  berfikir apakah di balik semua ini, tiba2 aku di tegur oleh ayah..

" Cici, Malam ni ayah nak melawat Aimee d Hospital, Cici kena ikut ya.. Ayah nk bincangkan pasal pertunangan cici dengan Ayah  Aimme nanti..siap2 ya." Ayah menyapa aku.

Aku agk terkejut mendengar suara ayah, aku sapu air mata aku yg mengalir tanpa di minta, dan mengangguk tanda setuju dengan permintaan ayah.

" Cici, ci kenapa ? Ayah mendekati aku dan muka ayh sedikit kaget melihat aku sedih. 

" Eh tkde pape ayah,,Ci ok je, " aku cuba menstabilkan emosi aku. Aku menyapu cepat2 air mata aku yg semakin kuat membasahi pipi. Hiba terasa tapi aku cuba sorokkan dr ayah. Aku tk mahu ayah sedih bila tau aku sedih..

" Hurmmm, Ci, ayh tahu Ci tgh berlawan dengan perasaan ci, ayah faham, tp ayah nak Ci redha, ayah doa yg terbaik untuk ank ayah, " Ayah cuba menenangkan aku sambil mengusap rambut aku..Buat kesekian kalinya air mataku jatuh lg..aku memeluk ayah dengan erat, Esakan aku makin deras.

" Dah2.. tk nk nangis, nanti hilang cantik, cepat siap, ayah tunggu ya." Ayah cuba berseloroh menenangkan hati aku, sambil menyapu air mata yg masih tersisa di pipi aku.

Aku hanya menunduk dan tersenyum pahit, dalam hati aku semakin keliru, persoalan yg semakin membuat aku buntu, kenapa sekarang Deez muncul, aku masih lg terbayang wajah sayunya di tanah perkuburan  dan sekarang hembus suaranya yg seakan dalam kesedihan, seakan akan mau memberitau aku sesuatu. Bagaimana pulak dengan Aimee ?? aku mesti patuh dan pegang pd janji, dan sekali kali aku tidak akn mungkiri, walau hati ku tidak untuk itu. Aku mesti tunaikan janji ku pd Arwah Datin..Mesti !!

   Ku sarungkan Baju Kurung warna unggu dan selendang unggu cair aku padankan bersama , mekap aku yg nipis dan mata ku yg bengkak masih jelas kelihatan di wajah ku. Aku cuba berkeadaan yg baik seboleh mungkin. Aku mesti harungi detik yg amt bermakna hari ini. Aku mesti bgtau pd Aimme tentang kematian Ibu kesayangannya. Dato sengaja mengamanahkan kepada ku mengkhabarkan berita sedih itu. Dan aku kena setabah yg mungkin untuk itu.

  
 Kereta memecut kadar yg sederhana menuju ke arah Hospital tempat Aimee di rawat. Mak tidak bersama kerana menyiapkan kerja2 yg masih tertangguh di rumah. Hanya aku dan ayah. Di benakku aku masih tertanya tanya, mengapa ??? btulkan suara tu suara Deez, ? memang ia suara tu kepunyaan Deez, tp mengapa ??? Arghh..kepala ku seakan nk pecah bile ku fikirkan. Lupakan semua ini..Perasaan aku berkecamuk. Aku harus lupakan semuanya berkenaan Deez, lupakah dengan apa yg Deez lakukan pd ku sebelum ini ? Tidak...!! Aku tk akn balik pd Deez, aku harus tumpukan sepenuhnya pd misi aku sekarang..

Ku alihkan fikiran ku yg bercelaru ini dengan  mengingatkan wajah Aimee. Serta merta hati aku berdebar debar, perjalanan yg agk jauh ku rasakan makin dekat, dan aku tidak mampu menghadapi ketika dan saat ini. Bagaimana aku harus mulakan dengan perkhabaran yg sedih itu ?? Tolong lah aku Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Berikan jugak kesembuhan dan kekuatan untuk Aimee meneruskan kehidupannya. Hanya pd mu aku berserah, dan hanya pd mu aku bermohon, Sesungguhnya engkau la penentu sebaik baik jalan. Berikan aku kekuatan, jikalau benar lah Aimee jodoh ku, maka kau dekatkan lah Ya Allah..Sesungguhnya hanya engkau yg Maha Mengetahui.

Ayah dan aku berjalan memasuki Lobby Hospital, Kami terus menaiki lif dan menuju ke Wad di mana Aimee di tempatkan. Sepanjang perjalanan,  mcm2 senario pesakit yg aku lihat , agk seram bila tgk kaki dan tgn tergantung akibat kemalangan. Dada aku berdegup kencang. Aku nampak Aimee dari kejauhan , Nampak nurse tengah melakukan tugas2 biasa memastikan agr semuanya berkeadaan baik. Aku memegang erat tgn Ayah, aku agk seram bila masuk hospital, maklumlah, aku takut jarum. tak boleh ku bayangkan kalu aku dalam keadaan mcm tu.  Aku nampak Dato tengah duduk di tepi katil Aimee. Dato setia menemani anknya yg tercinta tidak kira waktu. Tabahnya Dato, aku tk dpt bayangkan keadaan yg dato alami sekarang, baru sahaja kematian Isteri tercinta dan anknya masih tidak sedarkan diri. Kalau aku, mungkin aku pulak yg akn pengsan dan lansung tidak sedarkan diri bergelut dengan  keadaan begini..Semoga Dato sentiasa redha dengan ujian yg besar ini. Doaku dalam hati..

" Assalamualaikum, " ayah menyapa Dato, 

" Walaikumussalam " Dato menoleh dan terus memeluk ayah dengan erat, terpancar kegembiraan di muka ayah dan Dato.

Lama pelukan Dato. Seakan mau melepaskan beban yg di pikul dengan merangkul sahabat baik sedari kecil. Aku  sayu melihat ayah dan Dato berkeadaan begitu, aku lihat air jernih di muka Dato, berguguran juga air mata jantan yg di pendam ke sekian kalinya. Ayah menepuk2 kecil dan mengusap usap belakang Dato.

" Sabar , aku tahu kau sedih, kami ade untuk membantu kau..Aku tk nk tgk kau mcm ni., " Ayah cuba menenangkan Dato, aku biarkan ayah melayan emosi sedih ketika ini. Ku merenung wajah Aimee yg masih berbalut, masih lg tidak sedarkan diri. Aku pusatkan seluruh pandangan ku ke wajah Aimee. Bagaimana aku hendak ungkapkan kata2 itu ? Lgkan Dato pun lemah, apatah lg aku. Aku nampak Ayah memberi isyarat mata supaya aku mendekati Aimee, dan ayah membawa Dato ke bilik rehat untuk berbual.
Aku mendekati Aimee perlahan lahan, aku menarik kerusi dan duduk d sebelah Aimee..Aku renung mata Aimee yg masih kekal tertutup, entah bila agknya Aimee akn sedarkan diri, aku cuba memberanikan diri aku untuk berkomunikasi dengan Aimee. Kata Doc  , aku kena cuba berhubung dan bercakap seolah olah Aimee sedar seperti org biasa, dengan itu ianya meransang otak Aimee untuk cepat sedar.

Aku menyentuh lengan Aimee yg berbalut, aku letakkan tgn ku di lengan Aimee. 

" Assalamualaikum , awk, awk mungkin dh tk ingt saya, tp saya sentiasa ingt awk, saya nak awk cepat sembuh. Saya mintak maaf kalau selama ni saya selalu sakitkan hati awk. "

Suara aku agk gementar, perasaan aku berdebar debar. Aku cuba berkeadaan seperti biasa. tp keadaan ini sgt ganjil bg aku, aku tk boleh berpura-pura.

" Ermm...saya ade sesuatu untuk awk tau, tp awk kena cepat sembuh, kalau awk cepat sembuh baru sy bg sesuatu tu pd awk. Saya nk tgk awk lg, sy tk nk awk sakit, cepat sembuh ya awk."

Aku cuba berkomunikasi dengan cara aku sendiri.

Walaupun masih tiada respon aku ttp berusaha. Aku melihat di kiri meja dan aku ternampak kertas2 lukisan yg terletak di dalam fail. Elok tersusun lukisan2 itu semua, Tiba2 terimbas bila mana ku menolak Aimee sampai terjatuh, dan hbs lukisan2 jatuh berterbangan. Tengah2 aku melihat lukisan2 tersebut, mata aku tertumpu pd satu lukisan, di bawahnya tertulis " Gadis Idaman " ku amati lukisan itu, dan aku sgt kenal akn lukisan itu, Adakah itu aku ? memang lukisan itu gambar aku. Aku agk terkejut dan tidak sama sekali menyangka..Terimbas semua perlakuan yg aku lakukan pd Aimee..Serta merta air mata ku mengalir deras..Esakan aku semakin kuat, aku cuba menutup mulut aku supaya tidak kedengaran oleh sesiapa pun yg berada di situ.  Aku tertunduk dan menangis di lengan Aimee.. Semakin lama semakin kuat. Aku tidak dpt menahan lansung perasaan aku. Aku bersalah pd Aimee. Maafkan aku Aimee...


" Aimee, maafkan saya, saya banyak buat salah pd awk.." Semakin deras air mata membasahi pipi, 

Tengah2 aku menangis, tiba2 lengan Aimee bergerak kecil..Aku terkejut dengan perubahan Aimee,  aku agk gembira, Kalau lah Aimee btul2  dengar apa yg aku ungkapkan sebentar td, Aku doakan Aimee sembuh  cepat seperti sediakala. 

" Aimee !!! Aimee, aku mengoncangkan lengan Aimee.."

Aku cepat2 menekan butang di tepi memanggil Doc yg bertugas..

" DOc, cepat doc, lengan dia bergerak..Aku agk cemas bercampur kaget, gembira dengan perubahan terbaru Aimee..Tp dada ku ttp berdebar-debar, Kalaulah Aimee btul2 sedar, mcm mana aku nk beritau yg dia baru saja kematian ibunya yg tercinta..? sah2 Aimee sakit balik..Mcm mana ni ? 

" DOc tolong.." aku bangun dan mendapatkan Doc di kaunter..Rasa tidak sabar aku,  tidak boleh di sorokkan lg..


Apakah Aimee btul2 sudah sedar dr koma ? bagaimana Cici menghadapi situasi nya untuk mengkhabarkan berita sedih tentang kematian Ibu kesayangan Aimee..Berjayakah Cici ? Mcm mana pulak dengan panggilan misteri dari Deez tu, adakah Deez inginkan Cici kembali ? Adakah cici akan terima ?? sama2 kita nantikan sambungan dalam episod seterusnya dalam Cinta Aku dan Dia..


Di larang sama sekali mencetak atau mengcopy ke blog2 lain dan mana2 saja untuk tatapn pembaca2 melainkan dari blog saya sahaja. Sebarang pelanggaran hak cipta akn di ambil tindakan undang-undang.

Watak-watak tiada persamaan sama ada dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia. 
 















Hasil Nukilan : Aida Amer