Salam semuanya..Lama tk meng update kisah2 dalam blog saya, maklumlah kemalasan di tahap maksima membuatkan sy malas nk menjenguk apa lg nak update, bila kebizian mengatasi segala itu yg jd lambat. Apa2 pun thanks pd followers sy yg setia menunggu segala kisah2 yg sy update terutama " Cinta Aku dan Dia ". Terima kasih atas kesudian anda..
Kali ni sy nak ceritakan satu kisah di mana berlaku baru2 ni, pd tahun lepas hujung bulan 12, baru lg kejadian ini, dan sy lansung tk menyangka benda ini boleh berlaku. Kejadian ini berlaku sempena Trip dan BBQ bersama Artis cilik kita, sapa lg kalau bukan Dayana Amerda. Sekarang dh tk cilik lg dah, dah besar dan remaja dah..Pd awal nya tempat kami bincangkan akn di buat d PD iaitu rumah sepupu sy, dan lokasinya di pantai2 yg berdekatan, oleh kerana rumah sepupu sy jugk mengalami kejadian mistik yg sgt kronik, bimbang plak takut benda tuh menggangu gugat peserta kami, kami lanjutkan ke tempat lain di Hulu selangor iaitu Sungai Congkak dengan harapan tkde perkara yg tidak di ingini akn berlaku.
Kisahnya begini..
Pada awalnya saya ada berbincang dgn sepupu sy yg ingin buat trip dan BBQ ni di pantai PD dan tidur di rumah dia, kalau tk tido di rumah sepupu sy pun kami decide nak berkhemah dan tidur di pantai, oleh kerana keadaan dan cuaca sangat tidak mengizinkan dengan sering kali hujan tidak menentu, sy batalkan dan tukar lokasi. Ada jugak kami bertanya challet2 berhampiran untuk di sewa, tetapi malangnya kebanyakan nya dah full kebetulan plak cuti sekolah memang pack la PD. Pagi2 isnin Dayana dan Zafwan pulak kena mendaftar masuk sekolah, bila fikirkan jauh nk ulang alik dr PD ke Putrajaya, memang tkde jalan lain melainkan memang kena cari lokasi yg berhampiran, supaya senang ulang alik. Selepas sahaja mendaftar, kami semua akn terus ke Felda Serting memenuhi undangan nyanyian sempena Pelancaran 1Malaysia.
Kami decide pergi lebih awl. Saya jugak bimbang dan rasa harus elakkan dari pergi ke rumah sepupu saya. Rumah sepupu sy mengalami gangguan makhluk halus yg agak kronik dan pernah satu ketika bila saudaranya pergi bercuti dan kebetulan tidur di rumahnya, kerasukan dan susah hendak di pulihkan sehinggakan berlanjutan beberapa hari. Beberapa org ustaz jugak di panggil untuk berubat, elok kejap pastu jd lagi. Bertitik tolak dari itulah, memandangkan salah sorang peserta kami ada 6sixth sense(Boleh nampak) dan merasa kehadiran makhlus halus, kami cuba mengelakkan ke lokasi2 keras dan tak mau terlibat atau mengalami hal2 yg sepertinya. Tp kami hanya merancang, Allah jugaklah sebaik-baik perancang. Sy pernah tidur rumah sepupu sy, agk kerap dan pernah mengalami sendiri keberadaan makhluk halus itu, ada yg di hantar sihirnya untuk menghancurkan rumahtangga mereka sekeluarga, di tanam di dalam tanah, ( tapak rumah ) di tuju2 dan mungkin jgk tapak asal rumah tu ada history sebelumnya.
Paling kronik bila benda tu mengacau dengan menampakkan dirinya pd tuan rumah, ank2 dan mcm2 aktiviti yg terjadi sepanjang berada di rumah. Tak boleh di lupakan bila dia menarik dan boleh menyentuh salah satu anggota badan semasa berada di dlm tandas. Pernah menampakkan diri berbentuk pontianak, lembaga hitam, wanita berambut panjang, lelaki berbaju hitam, dan mcm2 lg sewaktu dengannya. Kalau setakat bau bauan, wangi, hangit, busuk tu dah biasa, bunyi bunyian plak sgt la kerap. Padahal sepupu saya tidak pernah berhenti memasang Ayat Al Quran surah Al Baqarah untuk menghalau syaitan2 ni, tetapi betapa pandainya syaitan ni sampai boleh menukar ke surah lain, dan memberhentikan player MP3 sampai tau2 dah diam, kalau pause tu memang banyak kali. Pernah saya tidur di sana dan di kacau dengan bunyi bunyian dan pernah cuba di tindih, bila benda tu x boleh tindih atau rasuk sy, benda tu beralih menggangu ank2 dengan mcm2 cara, pernah Dayana kena kawal mindanya dengan memarahi adik2nya tahap maksima, sering tertekan dan bersendirian di dlm bilik rumah sepupu sy tu, bila dia membaca surah2 tertentu dan di pagar dengan ayat suci, keadaan kembali tenang.
Pernah jugak syaitan tu menyerang saya dengan masuk ke dalam mimpi. Kalau hubby saya kesana, jarang kena kacau atau mengalami gangguan pelik2. Bukan tk nak ganggu tp takut gaknya, sbb hubby saya ni belajar ilmu2 penyembuhan untuk mempertahankan diri dan menghalau makhluk2 halus, ade Ijazah dan boleh mengubat org kerasukan. Dia pernah rasa mcm2 perkara mistik dan pernah follow kawan2 pergi tangkap hantu. Tetapi hubby sy sgt la low profile, ilmu ni dia belajar untuk pertahankan family tercinta dan diri sendiri, akan tetapi, jika ada yg kena kerasukan dan kejadian seumpamanya dia tidak ragu2 untuk membantu. So, bila dia ke sana, benda tu akn lari dan jarang tunjukkan bahwa dia ada, tp aktiviti nya tetap aktif cuma berkurangan sedikit, bila hubby sy tkde, mula lah benda tuh mengaktifkan diri dgn pelbagai aktiviti. Yang sering nampak makhluk2 tu ialah ank sepupu sy yg bongsu, laki2 bernama payin berumur 8 tahun dan Ibunya.Yg lain2 jarang, tp selalu di serang mental dan fizikal. Ce tengok gambar ni, gambar ni di ambil dengan phone ( BB ) dan tidk terjangka ade susuk lembaga hitam di belakang Dalili dan Payin ( ank tuan rumah ) Memang Serrrraaaammm...
Perhatikan bayangan hitam di belakang Dalili dan ade benda putih di atas kepala budak lelaki tu..Apakah ??
Dan ini plak tapak tanah rumah sepupu sy di bawa berubat dgn salah seorang kenalan saya, hasilnya keluar patung perempuan berambut panjang, memakai baju warna pink, zoom dan lihat sendiri, sgt jelas, manakala tanah yg berdekatan dengan penampakan perempuan berbaju pink ini berbentuk seakan muka beruk. perhatikann !!
( Lihat bulatan Putih besar berada berhampiran kereta hitam, Orbs ini muncul sewaktu sepupu sy melakukan penyembuhan. Objek ini di tangkap oleh my hubby apabila di scanning, dan merasa auranya yg berada di luar rumah )
Ok, berbalik pd cerita td, bila dh banyak kali fikir dan meeting, kami bersetuju untuk berpindah lokasi ke Hulu selangor iaitu Sungai Congkak. Banyak tempat di Sungai Congkak ni boleh di jdkan kawasan rekreasi, challet2 nya boleh di pilih mengikut kemampuan masing2. Sy memilih satu tempat di mana dahulunya sy satu family dan kawan hubby sy pernah tidur dan berbbq di sana. Tempatnya agk cozy dan sederhana, sungai yg cetek untuk mandi manda di samping challet yg simple untuk tidur. Kesejukan air dan pemandangan yg indah dgn pepohonan di belakang challet mengelilingi kawasan. Desiran air sungai yg mengalir menambah bingit suasana, memang aman dan tenteram. Challet kami ni berdekatan dgn jalan kecik untuk kereta lalu lalang, ada kedai2 kecil di sepanjang jalan, kawasan perkampungan dan bingitnya bila siang dan sunyi nya sgt mencengkam bila malam. Kami berjanji berjumpa di rumah sy Putrajaya pd pkl 9 malam dan akn bertolak sebaik sahaja suami sy blk dr kerja..Semua peserta excited dan tk sabar sepanjang trip nih, peserta plak x ramai, semuanya yg rapat2 dengan sy, dan yg sy pilih sahaja boleh join trip nih..
Kami bertolak ke sana agk lewat, setelah packing barang2 dlm kereta, pkl 10.30 malam, kami bertolak dr Putrajaya dan terus ke Sungai Congkak. Sepanjang perjalanan kami berborak biasa dan berbincang nk berhenti untuk makan. Kebetulan kami semua blum makan malam, kami cdgkan nk makan dlm perjalanan. Apabila berbincang, suami memutuskan kami cek in dahulu letak brg2, barulah keluar lg untuk makan..Sesampainya kami di challet sy menuju ke rumah Pak Mat, ( tuan challet) untuk mengambil kunci. Sy menyewa 3 biji challet yg memanjang dan semuanya berdekatan, memudahkan lagi kami sentiasa bersama dlm apa saja keadaan. Setelah mendapatkan kunci dr Pak Mat, kami menurunkan semua barang2 ke challet. Setelah semuanya di simpan elok, kami keluar lg untuk makan, lapar sgt dan kami berhenti di satu kedai makan yg jauhnya dlm 20Km dari tempat kami menginap..Dlm keadaan malam dan waktu yg agk lewat, jalan kiri kanan sepanjang kami ke tempat penginapan kami tu sunyi sepi, al maklumlah, kawasan kampung. Setelah kami makan, kami singgah sekejap d kedai runcit untuk membeli sedikit brg2 keperluan. Tak sabar nk balik ke challet dan berehat, kami meneruskan perjalanan pulang..
Sesampainya di challet kami mengemas barangan yg perlu, lauk2 untuk BBQ di asingkan dan di letakkan dlm bekas kedap udara untuk di sejukkan, nasib baik ade kedai yg jual ais, kalau x memang melepas la merasa lauk2 tu semua. Takut bau je..Tengah2 mengemas keadaan nampak biasa dan sepi, di depan challet kami, di seberang jalan ade tempat memancing, berdekatan rumah Pak Mat, walau mcm mana pun ianya agk jauh dgn tmpat kami, kalau ade apa2 memang agk susah skit nk mintak tolong..Sy membahagikan bilik antara peserta. Peserta perempuan di tengah, saya di tepi kiri dan peserta laki2 di belah kanan. Dalam pada seronok2 tu , perasaan sy agk terganggu, dan sy sendiri tidak mengetahui mengapa saya berperasaan demikian.
Tanpa berprasangka, saya biarkan saja perasaan sy berlalu begitu. Dalam hati , sy berdoa semoga semuanya di permudahkan. Selesai mengemas barang2 dlm bilik, sy merebahkan diri baring dlm bilik..Agk keletihan bila siangnya sy full dengan kerja2 seperti selalunya, jd sy nak berehat, tambah pulak hari dh pagi. Aktiviti para peserta telah di atur oleh Dayana. Pada ketika itu jam menunjukkan pkl 1 lebih pagi..Firasat saya maybe bdk2 ni letih dan just nk berborak biasa, memandangkan lama tak jumpa, tapi mereka memutuskan nk main game yg di buat oleh D iaitu " Truth or Dare ".
( Permainan Truth or Dare. )
Semasa mereka bgtau yg mereka nak main game mcm tu, hati sy sedikit risau, ye lah apa taknya, buatnya kena suruh mcm2 memang teruk la. Sy cuba suarakan agar di tukar ke permainan yg lain, tp mereka bersetuju nak main jugak then tk boleh nak buat apa la. Dalam hati hanya Allah saja yg tahu. Sebelum kami masuk ke challet tersebut pun, suami telah membaca doa2 terterntu masuk ke challet dan meminta jikalau ada benda yg tk elok mohon di jauhkan. Saya cuba bersangka positif , melihat kan salah sorang peserta kami yg kami pantau ( yg boleh nampak makhlus halus) tu ok, so sy tkde la risau sgt, mereka bermain seperti biasa dan pd sy agk bising skit ramai2 gelak dan bergembira. Antara tugasan yg peserta2 pd malam tu kena buat antaranya ialah
Azwar = kena tiru cakap atau slang bangla,
Zafwan = kena puji mama ( Ibu dayana ) dalam masa di ttpkan,
Dalili = kena buat muka paling buruk depan kamera
Dylla = kena gelek depan papa, tp x buat sebab malu then dia gelek depan bdk2 ni je la
Syikin = kena kentut tp di tukarkan ke tugasan lain
Dayini = kena berseorangan di tengah2 padang dalam masa 1 minit, lampu di tutup dan berada agk jauh dari challet.. Perghhhh
Dayana = kena berada dalam toilet selama 20 saat lampu tutup dan kesorangan, tp memandangkan keadaan agk menyeramkan, Dayana duduk dlm toilet dgn lampu tertutup tp peserta lain menunggu di luar,
Tp ada satu saja buat sy terkejut dan menambahkan lg rasa seram, azwar secara tak sengaja mengambil gambar depan challet kami dan dia tertangkap 2 biji " Orbs" yg mana menjelma dengan tidak tersangka. Untuk pengetahuan semua, orbs bukan senang nk dapat, kalau tkde aktiviti dan auranya tidak aktif, memang tkkan dpt capture, kami mengambil pengalaman sebelum dgn mengkaji apa itu makhluk halus, jd secara x lansung kami tahu. Dengan cara paling sopan mereka menunjukkan diri mereka adalah dgn menzahirkan bentuk sebegini sebelum menjelma dlm bentuk yg lengkap..Meh tengok gambar nya..
Nampak tak Lingkaran bulat putih berada di challet dan di sebelah berdekatan sungai, bulatan putih itulah di panggil " Orbs"
Ini gambar yg kami ambil dan berbeza dr gambar2 yg di atas, gambar sama tp penampakan berlainan, bukan di sebabkan kamera atau mcm2 teknikal problem, semuanya nyata dan Allah mengizinkan tertunjuk di dalam gambar ini, Gambar ni ni tkde penampakan dan orb dan kelihatan keadaan sangat berbeza. Sejak penampakan " Orbs" itu hati sy makin bercelaru dan tak tenang..Doa sy panjatkan pd Allah semoga tk terjadi apa2 pd kami semua.
Di Toilet di dlm gambar sebelah kiri itu lah Dayana kena berada , manakala lampunya semua di tutup selama 20 saat. Seram kan ? Agk seram kalau di ikutkan bila setengah tugasan tu mencabar keberanian mereka sendiri. Tetapi bila mereka enjoy dan tk fikir ke arah yg tk elok memang tk rasa ape2, cuma sy sahaja yg rasa mcm ada something dan perasaan tu agk menggangu saya.
Suami dan saya hanya rilek2 dan cuba online Fb, walaupun line x berapa nak laju kat sana, sambil memerhati mereka sdg rancak bermain. Saya hanya mampu berpesan supaya jgn terlalu bising dan tamatkan permainan awal dan masuk tidur walaupun memang pd masa itu agk lewat, anggaran ketika tu pkl 3 pg..Bila dh siap main, dan tiba waktunya untuk mereka masuk tidur, ank2 3D ( Dalili, Dayini dan Dayana ) plak mintak nak tidur dlm bilik peserta perempuan kami, iaitu Dylla dan Syikin. Hanya sy berdua jela tidur dgn my hubby. Selepas say gudnite dan bersalaman ,semuanya masuk ke bilik masing2. Masing2 masih lg segar baik peserta lelaki Azwar dan Zafwan mahupun peserta wanita ( Syikin dan Dylla, mereka berdua adik beradik ). Jd bila dh tkleh nk main kt luar, mereka sambung berborak dalam bilik..Saya tk dpt melelapkan sedikit pun mata, cuma mampu terpejam dan masih lg mendengar gelak tawa mereka semua. Dinding bilik hanya papan nipis, kentut pun bunyi, apatah lagi setiap perbualan dan bunyian memang sgt jelas kedengaran.
Terasa agk bising, sy pun bbm pd Dayana supaya tidur. Ayat sy lebih kurang mcm ni , Gayanya mcm mendesak skit. " Kakak baik awk tidur, cuba bayangkan tgh2 awk bising ni ade benda ketuk pintu tingkap awk suh diam " terus dia reply bbm sy dan cakap ok. Kecut perut dia bila sy ckp mcm tu. Dalam pesan mcm tu pun, masih lg kedengaran bunyi ketawa dan gurauan kecil bdk2 nih. Maklumlah lama x jumpa, bila jumpa ramai2 mcm tu la jdnya..
Saya masih tidak dpt melelapkan mata, begitu juga suami, keadaan berpanjangan begitu sahaja dan kami sendiri tidak tahu bila kami tertidur. Kami tersedar apabila alarm phone berbunyi pkl 7pg . Sempat sembahyang subuh walaupun dh agk cerah, lebih lebih lg terdengar bdk2 gelak ketawa depan challet. Rupanya org menyewa tapak untuk mandi dan berkelah bersama family. Selesai solat , kami baring dan tidur sekejap, topup mana yg x cukup semalam. Saya anggarkan, mungkin kiteorg tertidur dlm pkl 5 pagi. Kalau di ikutkan memang tak cukup tidur, cuba jgk la rebahkan badan , hubby sy plak terus sambung tido lepas solat, letih bekerja yg semalam pun blum hbs lagi. Sy lelapkan mata dan tersedar balik dlm pkl 8 lebih pg. Bila sy tersedar sy bersiap dan kejutkan semua bdk2 untuk b"first, semua bangun seolah2 mcm awal plak tido, muka masing2 ceria je..
Pada mulanya, ingtkan nk bakar ayam dlm tengah hari, preparation tu dlm pkl 11 pg gitu, tp keadaan x mengizinkan bila tapak bersebelahan telah di sewa, paling kurang pun kena tunggu org tu semua blk dulu baru la boleh bakar, jd selepas kami b'first, saya menyarankan aktiviti di jalankan mcm biasa . Aktiviti pertama yg tk sabar2 nk di buat oleh Dalili dan semua ialah mandi sungai..Dr semalam duk mintk nak mandi sungai, memandangkan malam dan gelap , mana lah sy kasi, so we all decide, lepas sahaja b'first kami semua mandi sungai. Kami berborak mengenai semalam, memandangkan dlm challet xde kipas sy bertanyalah, selesa ke ? panas ke ? Dan lg satu ubat nyamuk memang tkde, nasib baiklah nyamuk tkde sgt malam tu. mereka cakap bilik dlm keadaan yg agk panas, sy cakap, bukak la tingkap, masing2 tersenyum kelat, faham2 la ya. Saya memang tk endah sgt pasal panas ke sejuk ke sbb dlm bilik sy ok jew, tak panas dan tak sejuk sangat, nyaman je rasa. Banyak topik yg kami bincangkan, ade nama2 yg di sebut, contohnya Haikal, Mieyra , Syanim, Meor , dan kebanyakannya semua peserta2 vacation sebelumnya. Di samping tu jugak, kami meeting next trip to Genting plak, sambil meeting sambil bermain rubik, sambil main sambil borak..
Keadaan mcm biasa, agk sesak dgn pengunjung2 lain yg menyewa di challet2 kecil di tepi2 jalan untuk mandi manda, jd banyak benda jgk yg di borakkan sambil gelak sambil mandi..Sambil menunggu org tu balik, dlm hati aduhai, lama plak la family nih..Tempat bakar tu plak satu tu jew..nk menyelit rasa segan la plak, kebetulan plak ade ank2 cucunya yg dh noticed Dayana , lg la pandang memandang..Agk lama kami mandi dan kami naik ke darat pkl 2 lebih ptg jgk..Selepas bilas badan dan solat Zohor, kami menunggu masa yg sesuai untuk meneruskan plan kami, tunggu punye tunggu punya tunggu, Akhirnya family besar tu pun mengemas untuk pulang, senang rasa hati, kami mengeluarkan semua lauk2 dan barang2 persediaan, ade Ayam, Daging dan Ikan. Nasi dah pun di masak, tunggu masa lauk pauk je siap di bakar, selesai sahaja family tu berangkat pulang kami cepat2 meletakkan semua barang2 di pondok berdekatan dgn tempat bakar..Jadi kami memulakan acara membakar lauk2 tu saat tu jgk,. Sy hidupkan api dan biarkan arang panas membara, memang makan masa agk lama la jgk..Dalam pd tengah bakar2 tu ade lg family yg tk putus2 menyewa tapak untuk mandi dan berkelah. Mereka menyewa agk berdekatan dengan tempat kami dan dlm pada tu pun ade yg kenal Dayana dan terdengar duk sebut2 nama Dayana. Sambil kami bakar sambil kami jalankan aktiviti lain iaitu main lompat tali dan Limbo rock..Happening bila dpt berkumpul. Mcm2 kejadian lucu, terjatuh, terlompat, semuanya happy, walaupun ianya tkde lah seberapa, ikatan ukhwah yg terbina sesama kita tu memang membuatkan hati lapang dan gembira.. Yang penting keadaan dan moment happy tu bukan senang nk rasa, tmbah2 bersama Dayana..Jd kami manafaatkan seboleh yg mampu..
( Antara Menu untuk petang itu, Ayam)
Aktiviti kami ptg tu sambil bakar ayam ce tgk gamba kt bawah..
Zaf pegang tali getah
Papa pun bukan main lg..Juara Limbo Rock Hospital Tuanku Jaafar 2 tahun berturut2 mana boleh kalah..haha..
Adehh,, Kakak jatuh jgk..hehe
Si Tinggi melangit ni nak jgk..sah2 la patah belakang tuh,,hahaha
Antara muka2 cute yg memaintainkan diri supaya tidak jatuh..Limbo Rock dan Zero Point..Memang happening, dan ianya berlarutan sambil membakar lauk pauk. Dah terlanjur ptg sy menyiapkan sekali untuk makan malam. Lauk2 yg di bakar tu di jangka boleh makan dlam pkl 6 ptg gitu. Pd awalnya nampak biasa dan tkde yg memelikkan berada di sini, tambah2 sy dh cukup selesa dengan tuan challet dan pernah dtg. Memang perasaan yg pelik dan sangkaan mcm2 tu tk pernah timbul dlm hati sy. Yg ada cuma bersyukur dpt berkumpul ramai2 dan menjalinkan ukhwah sesama..Hampir siap semua makanan dan hasilnya memang berbaloi dgn lapar dan letih. Masing2 berkumpul dan Dayana masakkan telor dadar khas untuk D'Luvers yg ada..Bukan senang nk rasa masakan D, jd memang yg mana pegi tu sgtlah bertuah..
Hidangan sudah tersedia dan tiba masanya untuk makan..
Dayana menggoreng telor dadar sambil di bantu yg lain2..Sedaapp neh
Selesai saja makan lebih kurang pkl 6 lebih, dah dkt dgn maghrib dan hari pun mulai gelap, semua decide nk mandi sungai kali terakhir pd hari tu. Pagi2 esok memang sah2 x sempat, so badan pun dh berpeluh, memang nk terjun lah, dalam hati sy agk tk berapa nk elok bila time maghrib berada di luar apalagi nk mandi kt sungai , tp memandangkan keadaan terkawal dan nampak ok, sy just biarkan hubby sy yg handle. Saya mengemas apa yg perlu dan memindahkan semua makanan2 ke challet kami. Pendek kata memang tkkan lapar la, full of foods..Dan boleh makan apa sahaja ketika bila dan sebanyak mana yang mahu. Semuanya sudah tersedia, keadaan semakin gelap dan bertemankan lampu2 sekeliling sy cepat2 membasuh semua peralatan. Belakang sy memang hutan dan byk pokok2 besar, gelap dan sunyi. Ade jgk terlintas mcm seram plak duk sorang2. Saya memandang di kejauhan nampak semua tgh mandi tp bukan bahagian depan, mereka berpindah bahagian belakang, di mana sgt gelap dan sungainya agk dalam. Sampaikan Dalili lemas dan kakinya melecet terpijak dan terjatuh atas batu. Keadaan gelap memang tkleh nk cakap la lampu challet tepi tu pun memang memantulkan cahaya samar2 je. Hubby sy di samping mandi, sekali sekala dtg menjenguk saya. Dia org pertama yg naik bilas badan dan sedia untuk solat maghrib. Bila dh ade org sekeliling, tkde la rasa seram sgt. Pak mat plak seharian duduk di challet, memantau org2 yg nak menyewa dan menjaga tandas kt situ, masuk kena bayar bg yg mandi dan buang air. Pak Mat ade ckp nk blk sekejap then dtg balik agknya letih sgt duk mengemas kawasan challet, sampai sudah tak dtg2..
Bermula detik ini sy boleh rasa something wrong, dr awal sy asyik perhatikan adik sy sorang nih
( Dylla, adik angkt ) dia dah la boleh nampak mahkluk halus, dtg tmpat mcm ni tkkan xde kot. Dah memang penempatan dia mestilah ada, jd saya bersedia baik dr segi mental dan fizikal. Sempat jugak bercakap dlm keadaan biasa dgn hubby bimbang tkut apa2 jd. Saya juga ada membawa ubat2 ubatan dan air semburan bacaan Quran 30 juz untuk perubatan jika terjadi sesuatu yg tdk di ingini. Insyaallah, kami semua tawakkal pd Allah dan yakin Hanya Dia yg maha tau dan hanya dengan izin Allah sesuatu kejadian itu boleh berlaku. Dalam hati was2 dan sentiasa bersedia..
Semua naik dari mandi sungai dan membilas badan di toilet yg di sediakan, sy masih lg mengemas, dlm tengah2 mengemas, sy terlihat Dylla masuk ke toilet dan tiba2 keluar, dia berkeadaan biasa, tp nampak agk terkejut , masa ni semua dh membilas badan masing2 dan naik ke bilik untuk menukar pakaian. Saya just biarkan je sbb memang tak nampak pelik, cuma nampak dia mcm tk basuh bdn selengkapnya. Tak tergerak plak hati nak bertanya sbb sy dah pesan if ade pape tolong bgtau sy, dan sepanjang dia di sana, dia pun tk cakap apa2. Kelihatan ok dan baik semuanya..Selesai mengemas dan memindahkan barangan ke bilik, tiba giliran saya plak nk membasahkan diri. Dlm keadaan gelap, sy capai sabun dan berus gigi. Saya menuju ke sungai kesorangan dan mandi. Memang gelap kalau ikutkan hati tk berapa nak berani sangat, tp berani kan je lah, suka jgk keadaan mencabar mcm tu, nk uji iman..
Keadaan sungai ketika malam..
Sy mandi dan sempat memandang keliling kelalang, malam makin gelap dan hari seakan nak hujan, terkadang bunyi guruh kecil dan cahaya kilat di langit kelihatan. Tak semena mena bulu roma saya tegak. Bila dh boleh detect something, sy malas nak layan, so sy siapkan cepat2 mandi dan sy terus naik ke bilik. Lepas solat Maghrib, semua yg ada meneruskan aktiviti mcm biasa. Azwar ade bawak Kad ( Daun terup) untuk main sama2. Saya melayan bdk2 ni main, sy ajarkan beberapa permainan untuk di mainkan. Hujan sudah mulai turun, agk lebat pd mulanya dan berlarutan . Kesejukan makin mencengkam. Petang td pun dh tak berapa nak panas dah. Bila hujan mcm ni, memang best lah tido, tambahan duduk tepi sungai mcm tu. Bila dah boring2 main kad , sy pergi ke bilik menjenguk hubby. Dalam pkl 10 lebih malam x silap saya , memang plan nak makan colek buah, sengaja saya bawak buah pauh ( mempelam kecik ) dan betik untuk di makan sambil santai2, jd saya menyuruh azwar membasuh buahan untuk syikin potong2 kan. Azwar menyuruh Dylla, tp Dylla x nak , masing2 x nak, maybe sbb hujan dan sejuk nk ke toilet tu cam malas la. Last2 azwar pergi.
Tengah2 menikmati colek buah tuh, di cicah pulak dengan kicap cmpur belacan dan cuka, Tambah lak favo bdk2 ni semua, memang sedap tidak terhingga. Segar bila makan pauh yg masam tu. Saya kirakan kami semua dah kenyang makan lewat petang dan di tambah plak dengan colek tu sebagai pencuci mulut. Kalau nk makan pun maybe lmbt sikit la. Kami meneruskan aktiviti seterusnya
Saya memang menyerahkan sepenuh pd diorg untuk main apa saja aktiviti. Tiba2 dengan tk di sangka, Dayana masuk ke dalam bilik dan meminta sy melihat Dylla, keadaan nya nampak pelik, berselimut, menangis terketar ketar dan dlm ketakutan yg amat sangat. Takde lain yg saya syak, dan semestinya ini permainan makhluk halus..Sy bergegas masuk ke bilik. Masa tu pulak Hubby saya nk solat Isya, dh jd mcm tu, hubby suruh sy handle dulu dgn membaca ayat2 yg di ajari untuk menghalau makhluk halus, sy lihat Dylla terketar2 dan ketakutan yg amat sangat, sebelum itu, kronologi nya , saya smpat join main kad dan dh boring sy ke bilik sy. Manakala Dylla yg tengah main daun terup tiba2 masuk ke dalam biliknya. Dia masuk dan duduk dalam bilik. Bila Dylla dah masuk, Dalili ikut masuk dan duduk tepi Dylla. Dalili main tab dan meminta Dylla melayannya. Pada masa tu Dylla cakap tubuh nya sangat lemah, kepala pulak pening. Dayana plak masuk dlm bilik nak pinjm charger phone. Ketika Dayana cuba bertanya Dylla tentang charger, Dylla seakan tk nak menjawab dan x berapa nak layan Dayana, dia cuma diam dan keadaannya sgt lain dr biasa.
Bertitik tolak pd itu lah Dayana dapat merasakan yg Dylla dah di rasuk. Dayana dah biasa lihat org kerasukan jd simptom tu dpt di kesan. Saya mendekatinya dan bertanya dan cuba berkomunikasi. Tapi saya nampak badannya mengeletar dan dia menangis mengerang tk berhenti. Saya membaca surah Qursi dengan lantang. Keadaan agk cemas memandangkan sgt2 tidak terjangka..Sy mengajak azwar ke rumah Pak Mat, al maklumlah dia mesti lebih tau tempat dia mcm mana, dan Pak Mat datang, tp Pak Mat hanya memandang dari kejauhan, dia cakap dia tk boleh buat apa2 dan tak tau nk buat mcm mana. Selepas je hubby sy solat, dia bergegas ke bilik untuk merawat dan menghalau makhluk halus itu dari menguasai sepenuh tubuh Dylla. Dalam keadaan kalut mcm tu yg lain2 nya hanya mampu memandang. Mungkin agk kaget dan mungkin jgk ini pengalaman pertama diaorg mengalami perkara semacam itu. Bila di baca Surah Qursi, Dylla bertempik dengan lantang dan cuba melawan, kakaknya Syikin sudah sedia maklum jika adik dia kerasukan, Dylla akan merasakan sesuatu, dia tk akan berlengah memberitahu kakak nya, tp kali ni tidak, mungkin menggangap tkde apa2 yg berlaku, maka di biarkan begitu sahaja.
Hubby sy menyembur air yg di baca dengan beberapa doa2 tertentu bg menghalau syaitan2 durjana itu. Dylla terus terdiam. Hubby saya memberikan air untuk di minum dan di lumurkan ke muka. Nampak reaksinya terus bertukar kepada tenang. Tetapi masih lg menangis ketakutan. Saya bisikkan Syahadah di telinganya dan meminta supaya dia mengikut sama. Nampak mulut dan kedengaran Syahadah turut di baca bersama saya. Keadaan malam tu lebih kurang pkl 11 mlm. Dalam hati ,saya boleh rasakan yg benda tu cuma nak main2 dan tujuan nya tidak lain tidak bukan nk menggangu dan menyesatkan. Sementelah plak Dylla boleh nampak, so dia akn serap energy dari Dylla dan munculkan dirinya. Proses pengubatan berlaku lebih kurang satu jam. Nasib baiklah hantu2 tu tak berebut nak masuk ke dalam badan Dylla. Selalunya kalau nk masuk bukan sekor, mesti setan2 ni semua angkat geng. Alhamdulillah, lepas membaca ayat2 Quran tersebut, Dylla beransur pulih seperti sediakala. Tubuh masih lemah tp dia sudah menjadi dirinya kembali. Sebaik sahaja Dylla sedar dr kerasukan, dia terus memeluk saya erat dan menangis..
Dlm keadaan yg tidak berapa nk terkawal sangat, dia cuba memberitahu yg dia sgt ketakutan. Hubby sy mengajar beberapa doa untuk di baca ketika dia masih lagi berkeadaan begitu. Sy cuba meyakinkan nya yg makhluk halus akan lebih suka dan sangat suka dengan org yg sgt takut. Dengan harapan supaya dia berani dan tidak membiarkan dirinya di kuasai oleh makhluk tersebut. Apa saja yg akn berlaku selepas ini saya mintak padanya supaya jgn segan untuk memberitau walau apa saja keadaan dan situasi diri dia sendiri. Dia cuma mengangguk dan meminum air doa. Keadaan bertambah baik dan kami berkumpul semua. Hubby mengambil minyak Anugerah dan memberi pd semua untuk di sapukan di tubuh badan bg memagar diri dan mengelak dari sebarang serangan dan gangguan. Mujurlah terdetik hati ingin membawanya air semburan dan minyak Anugerah kemana saja yg saya rasakan perlu, tambah2 tempat2 mcm tu.
Dylla di tenangkan
Saya membaca Surah Qursi di telinga,dan benda nih melawan.
Keadaan beransur ok. Kami semua berkumpul bersama dan membaca doa pelindung bagi mengelak dan perisai untuk berdepan makhluk halus nanti. Saya dapat rasakan yg akan ada serangan balas daripada syaitan2 ni semua. Jadi, saya memang menunggu benda tu dtg. Kalau nk dtg biar dtg btul2. Kalau boleh nak bakar biar hangus. Melihatkan Dylla dah bertambah baik, sy cuba bertanya apakah sebenar yg terjadi. Dia mengambil masa untuk bercerita, tak lama kemudian dia menceritakan seawal mulanya sampai di sana dan saat berlakunya kejadian tadi.
Berikut ceritanya..
Sesampai sahaja di challet Pak Mat tu, dia ada ternampak sosok lembaga berada di pohon sebelah bilik saya, berambut panjang berbaju putih. Tapi masa tu mukanya tk berapa nampak. Semasa first dtg dia pergi toilet, dia ada terdengar suara bdk2 dan suara perempuan meminta tolong. Rupanya bukan dia je yg dengar dan rasa, hubby sy dapat mengesan dari mula2 sampai di challet lagi akn suara2 pelik dan bunyian yg pelik2 berlaku sepanjang di sana. Perasaannya lain dan aura mahkluk halus sangat terasa keberadaannya. Bila kewujudannya hubby sy dpt rasa, tidak pulak dia memberitahu saya, sebaliknya memendam kesorangan dan hanya berdoa semoga segalanya dalam keadaan baik dan di lindungi. Hubby saya jugak tidak mahu semua bimbang dan ketakutan bila berada di sana. Bila masing2 dah bukak cerita , semua pun pakat cerita la apa yg mereka rasa.
Apabila sampainya kami pd hari pertama, dylla di sambut oleh makhluk halus berdekatan dgn bilik saya berada di sebatang pokok yg besar, di samping itu jugak dia sering terdengar bunyi bisikan , laungan dan suara budak2 seakan di dalam toilet tetapi hakikatnya, entah dari mana sumber suara tu tidak dpt di pastikan. Kata Dylla benda tu ada sebut satu nama tp x jelas nama apa. Azwar plak tertangkap gambar "Orbs" pd malam pertama dan sy sempat merasa seakan di kelilingi oleh makhluk halus pd ketika sy mandi keseorangan pd waktu mahgrib di sungai..Untuk pengetahuan semua, hubby sy selalu cakap, antara 2 waktu yg paling kritikal masuk dan keluarnya makhluk halus ke alam kita ialah pada waktu Maghrib. Ketika inilah semua makhluk2 halus akan berbondong bondong masuk ke alam kita dan sangat aktif menunjukkan diri dan sifatnya. Kemuncak aktiviti makhlus halus paling aktif ialah pd pkl 12 malam hingga pkl 4 pg. Dan apabila subuh, mereka akn cepat2 masuk ke alam mereka dan kembali seperti sediakala, begitulah aktivitnya hari2 sampailah dunia kiamat. Pada 2 waktu itu jugak lah banyak kejadian2 yg tidak di ingini boleh berlaku.
Azwar sempat bertanya pd Pak Mat adakah challet tersebut pernah mengalami gangguan atau apa2 saja perkara mistik sebelum ini, Pak Mat cuma cakap dia sering terdengar bunyi cakaran di batang pokok dan dia juga pernah di cakar, di samping itu ada juga gangguan2 yg lain. Waktu yg seringkali di ganggu apabila Pak Mat tengah menyapu waktu petang dan Maghrib. Kejadian rasuk ni pulak berlaku pertama kali di challet dia, dan dia pun sama sekali tidak menyangka.
Saya sempat bertanya pd Dylla apa sebenarnya yg dia nampak. Selepas beberapa ketika dia mula bercerita.
Pada mulanya, dia nampak lembaga tu sering berada berdekatan pokok2 di depan tandas memerhatikannya dari jauh. Banyak kali dia sering memandang dan cuba mengalih pandangan supaya tidak terpandang ke arah lembaga itu. Dia jgk takut nak ke tandas kerana sering terdengar bisikan2 dan pernah sekali, telinganya di tiup oleh sesuatu yg dia sendiri tidak pasti apakah itu. Hembusan itu seakan hembuans angin yg lembut. Sebab tu yg dia takut sgt nak ke tandas semasa Azwar memintanya membasuh buah-buahan. Dia masuk ke bilik kerana dah tak tahan melihat lembaga itu sering memerhatikan dia di kejauhan. Kemucak ketakutan apabila dia masuk ke bilik dan dah tak tahan menghalang pandangan. Tiba2 lembaga yg memandangnya di depan tandas td sudah berada di tepi Dalili berdekatan dengan nya. Mukanya yg di penuhi dengan ulat, darah dan nanah, matanya yg tersembul keluar, sangat mengerikan dan menakutkan pd mata kita yg melihat. Lembaga ini tidak putus2 memandang tepat ke wajah Dylla, Dalam pada duk bercerita bulu roma sy asyik meremang. Perasaan tak enak memang tak boleh nak buang. Dia bercerita dalam keadaan yg takut. Kerana di paksa oleh saya dia cuba memberanikan diri.
Dylla cakap seumur hidup dia, dia pernah nampak, tp tkde lah seram seperti malam ni. Kebiasaannya yg dia pernah nampak, mukanya blank dan kosong. Ada ketika dia pernah nampak org yg dah lama meninggal tp still berjalan dan naik lif bersama-sama dengannya. Pernah dia kerasukan bila balik ke kampung sampai tahap mencekik ibunya sendiri. Apabila di ubatkan barulah ok. Hijab matanya tetap terbuka..Apabila mendengar ceritanya, hubby saya pun bukak lah cerita. Dia cakap sejak mula2 datang lg memang dia dapat rasa dan dengar benda pelik2 contohnya bunyi bdk2 bercakap seakan berdekatan dgn tandas dan ade beberapa bunyi berdekatan pokok besar. Hubby saya sengaja x ambik pusing . Baginya benda tu sgt kecik. Saya sekadar merasakan kehadiran makhluk itu dengan perasaan. Apabila berdekatan dengannya, bulu roma saya berdiri. Nampak memang jauh sekali lah..Azwar plak cerita dalam bilik dia tidur, dia dpt rasakan hawanya panas dan ada bunyi seakan bunyi " Taapppp". Bunyian tu seolah di buat dengan lidah. Sekali dengar mcm org buat cakk !!, susah nk describe kan, tp saya pernah mendengar bunyi itu. Saya memesan banyak kali pd Dylla, supaya dia jangan simpan apa2 kalau ada apa2, Dia sekadar mengangguk setuju.
Bila saja Dylla dah okey, perut kami rasa lapar dan nak meratah lauk pauk mana yg ada, nak makan nasi rasanya berat plak, sbb hari pun dah lewat. Hujan masih rintik2 dan turun berterusan. Saya masuk ke bilik untuk sembahyang Isya. Manakala mereka berkumpul makan di depan bilik Dylla . Selesai solat sy keluar dari bilik dan nk join makan sama. Saya memerhatikan saja Dylla dan nampak Dylla seolah olah memandang beberapa kali kearah sungai. Tempat tu di mana tempat dia dan bdk2 ni main rubik masa mandi first day. Pandangan nya di lepaskan beberapa kali ke sungai saya cepat2 bertanya, samada dia ok atau tak. Dia hanya menggangguk tp tidak menceritakan kenapa..Selepas sahaja makan, sy berkumpul dan borak dalam bilik. Saya cuba bertanya apa yg dia lihat ke arah sungai , dia cakap lembaga tu duduk dekat batu tempat dia main rubik pd hari pertama semasa mandi sungai. Makhluk tu melambai lambai mengajak Dylla ke arah sungai. Lambaian tu nampak jelas dan mengerikan. Nasib baik mukanya tk kelihatan seperti mana muka lembaga yg berulat dalm bilik.
Kami memutuskan ingin berkumpul bersama di dalam bilik dan sy meminta Zaf dan Azwar mengambil kamera masing2. Cuba snap apa yg patut mana tau kot ade lg penampakan dalam gambar seperti mana gambar yg kami dapat sewaktu malam pertama . Kami semua berkumpul di dalam, manakala hubby saya berada di pintu depan. Kamera tidak lekang dari tgnnya. Bila saja dia rasa something dia akn snap. Basicly, apa yg dia rasa memang ada. Sebelum tu hubby saya dah memagar bilik tu dengan menyembur Air Quran dan Ayat2 yg di baca dan di hembuskan ke sekeliling bilik. Saya jugak memasang Surah Al Baqorah di tab dan ipad di dalam bilik, sebagai pendinding. Sekurangnya mahkluk tu tk berani nk dtg lagi. Mari kita tgk apa yg Hubby saya dan Azwar dapat dalam kamera masing2. Benda ni hanya org yg tau akan tau apakah objek2 tertentu di dalam gambar. Pada mata kasar, memang payah nak nampak sosok lembaga. Cuma ada satu gambar je yg agak jelas lembaga berambut panjang berbaju putih tergantung gi pohonan di depan toilet yg pernah di katakan oleh Dylla.
Saya emailkan pd adik sy semua gambar2 "Orbs dan penampakan yg ada, Dia plak minat nak selidik benda2 mcm ni dan ada jugk pengalaman mengenai makhluk halus sebelum ini. Adik saya cakap dia pakai kanta retina, dan kaji semua gambar2 yg saya emailkan padanya. Banyak penampakan seperti sosok pocong berdekatan pokok, muka syaitan, dan mcm2 bentuk lagi. Semuanya kelihatan di dalam gambar bila di lihat dengan kanta retina. Apa yg boleh saya katakan ianya ngeri, ngeri dan ngeri..Awk takkan boleh bayangkan jika awk berada di dalam keadaan seperti ini. Dengan hujan yg berlarutan, cuaca lembap dan dingin, bunyi air sungai dan bunyi binatang2 dalam hutan yg agak bising bila hujan.
Meh kita tgk gambar2 nya..
Gambar2 biasa bilamana Orb tidak kelihatan
Nampak kan perbezaan gambar ni jikalau ada dan tidak . Mari kita tgk gambar seterusnya..Gambar ini di ambil bila hubby saya merasakan Makhluk halus itu seakan menyerang dan memerhatikan kami semua di dalam bilik..
Lihat perbezaan gambar di atas dengan ini. Tompokan putih " ORBS " ada di mana2. Manakala sebelah kanan saya ada satu bentuk kabus putih yg besar, menampakkan diri. Belum sempurna lagi sifatnya. Dia hanya mampu tunjukkan rupa mcm ni.
ORBS, hubby saya snap berdasarkan apa yg dia rasa. Padang basah kerana hujan.
Semakin banyak dan kabut di sebelah kanan gambar ini makin hendak menampakkan dirinya, memang nampak yg makhluk ini sgt berdekatan dan mengajak geng untuk menyerang kami.
Ini pulak seakan muka syaitan berwarna merah di atas batu tempat saya mandi.
Semakin banyak dan semakin dekat. Hampir mengaburi lensa kamera. Kemuncak kita org semua rasa panas walaupun hujan. Hubby saya dpt merasakan hawa di telinga panas dan suhu tak seperti biasa. Walaupun keadaan sejuk hujan.
Bintik2 putih dalam gambar tu mungkin air hujan. Tapi bulatan besar kt atas bumbung tu memang ORB. Sangat besarrrr...
Makin banyak dan banyak. Satu orbs bersamaan dengan seekor iblis atau syaitan. Cuba awk semua kira berapa bulatan orbs yg ada ??
Kemuncak apabila lembaga putih ini berjaya menyerap semua energi di persekitaran dan menampakkan dirinya. Lihat saja bergantungan di pokok depan toilet berambut panjang dan berbaju putih memerhatikan kami. Untuk lebih jelas sila tengok video ini.
Video di atas ada membulatkan lembaga putih tersebut. Fokus dan tengok betul2 ya.
Bila berada dalam keadaan mcm tu, perasaan takut dan tk selamat memang tk boleh di nafikan. Cuma saya yakin hanya Allah yg memberi keizinan dan hanya Allah yg memudaratkan. Semuanya atas asbab2 tertentu dan bukan dari makhluk halus. Saya menyuruh semua membacakan doa2 dan terus berzikir supaya jiwanya tidak kosong. Jiwa yg kosong senang syaitan buat macam2. Tambah plak suasana hujan dan sejuk, benda tu memang aktif dan akn menyerang bila2 masa saja di kehendakkan. Bila dah lama duk borak2 dalam bilik, keadaan pun dah terkawal ,kami cuba meneutralkan keadaan dengan buat seolah olah tiada apa yg terjadi. Terdetik plak nk makan Maggie. Bila dah hujan tau2 saja lah, ade jgk bdk2 ni nk buang air kecil dan saya nasihatkan semua pergi berama ramai. Saya dan hubby jugak turut temankan. Malam ni semua mintak Dayana masakkan Maggie dan yg lain2 membantu menyediakan bahan2. Waktu lebih kurang pkl 1 lebih pagi. Maggie yg di masak oleh Dayana pun dah siap. Baunya yg menusuk sangatlah menyelerakan..Sy cuma memerhatikan sahaja dan membiarkan dieorg yg menguruskan semua. Saya merebus air dan bancuh Te o untuk di minum . Best di minum suam2 dan di makan bersama Maggie panas2.
Hari pun lewat, terasa agak letih bila tidur x cukup dan melakukan aktiviti sepanjang ptg td. Jadi hubby saya berpesan, semua makan dan selepas makan kita tidur memandangkan pg esoknya kami kena bertolak pagi2 lagi dari challet ke Putrajaya untuk pendaftaran. Hubby saya mengambil minyak Anugerah dan meminta semua membacakan doa dan memagar diri masing2. Kesemuanya di minta masuk ke bilik Azwar . Masing2 mengadap kiblat. Pada masa tu, sy sorang di luar kerana nak menyedokkan maggie ke dalam pinggan untuk semua makan. Tengah2 menyenduk tuh, saya terkejut dengan bunyi Pontianak mengekek ketawa. Bunyinya datang dari arah sungai. Kenapa sy kata pontianak ? sbb saya pernah dengar suara yg sama sebelum tapi ketawa dalam keadaan mengilai panjang. Berbeza ini lebih kepada mengekek. Berdiri bulu roma saya. Kepala saya tiba2 rasa besar. Saya memandang ke arah sungai. Gelap dan tidak nampak apa2. Saya cepat2 tinggalkan menyenduk maggie dan masuk ke dalam bersama yg lain2 untuk di pagarkan. Rasa geram pun ada. Memang dia nak kacau dan x berhenti kacau. Saya boleh rasa aura makhluk tu di sekitar kami.
Kami menikmati Maggie pada malam itu dengan keadaan berjaga-jaga. Segala bunyi dan pergerakan di antara kami saya pantau sepanjang masa terutama Dylla. Saya cuma perhatikan dia, dia ceria seperti sebelumnya. Selepas sahaja makan, saya memesan pd semua org pergi ke toilet dan buang mana yg perlu sebelum masuk ke bilik. Bagi memudahkan semua supaya tidak bangun di waktu malam dan ke toilet tanpa berteman. Saya mengemas barang2 yg tidak di gunakan bg memudahkan kami cek out keesokkan. Apabila sudah siap, saya pastikan semuanya naik ke bilik masing2. Pada mulanya sy dh bgtau pd Dayana supaya Dalili dan Dayini tidur bersama sama saya sebilik, memandangkan keadaan Dylla mcm tu, bimbang takut terkena lagi, jd apa2 yg tidak di ingini nanti susah. Tapi melihatkan keadaan kembali normal, Dalili dan Dayini tetap tidur di bilik sana. Hati sy jelas tidak tenteram, sy sempat memesan pd Dayana tolong bbm saya if ada saja benda pelik atau sikap Dylla yg di luar kebiasaan, jgn tangguh2. Saya jugak memesan pd Zawfan dan Azwar berbuat benda yg sama kalau ada rasa sesuatu.
Saya masuk kedalam bilik. Tak lama selepas itu , Dayana bbm saya mengatakan Dalili dan Dayini nak tidur bersama saya pula. Mereka tidak dpt melelapkan mata dan suhu dalam bilik agk panas padahal suasana luarnya sgt sejuk. Dalili dan Dayini padahal siangnya sgt kuat melompat situ sini. Mata pun dh mengantuk sangat dah. Tapi tk boleh nak lelapkan mata tidur di bilik Dylla, sy agk mengomel sedikit sbb dr awl lg saya mintk dieorg tidur skali tp tk nk. Sebaik saja mereka masuk ke bilik, sy melihat jam menunjukkan pkl 2 pg. Sebelum Dayana menutup pintu biliknya, saya sempat menjenguk ke dlm bilik dan memantau Dylla. Dia baring, nampak gayanya dh tertidur. Begitu jgk kakak nya yg separuh sedar. Yang mengherankan saya, Dayana pulak tk boleh nak tidur. Memandangkan bilik sy agk sempit dan penuh dengan barang2 sy tk mempelawa Dayana join tidur di bilik saya. Tak best plak kalau berhimpit himpit. Takut x selesa. Sy pesan kalau ade apa2 call terus atau ketuk pintu kuat2..Dalili dan Dayini baring sekejap terus terlena. Heran plak bila tgk, sempat Dayini dan Dalili cakap yg bilik mama best sbb sejuk. Saya selimutkan dengan toto nipis dan cuba lelapkan mata tapi tk dapat. Agk gelisah tambah plak agk berhimpit himpit tidur. Tak lama kemudian tiba2 hset saya berbunyi. Rupanya bbm dari Zawfan. Dia ckp dia tk boleh tidur dan rasa pelik ketakutan. Katanya dia tidak pernah rasa perasaan seperti itu. Sy cuma meyakinkan yg kita dah baca doa2 waktu dlm bilik td dan dah di pagar dengan ayat2 Al Quran. Insyallah tkde pape2. Tetapi dia mendesak mengatakan dia tk boleh tidur. Bbm Dayana dan Zafwan silih berganti masuk, buatkan sy lebih risau dan tambah x lena..Saya dapat rasakan semua nya tk tidur terutama Azwar, Zafwan dan Dayana. Dalam pd tu saya asyik teringtkan Dylla dan teringt akn serangan2 makhluk itu yg muncul dalam gambar. Tengah tak lena tu dengar mcm2 bunyi di sekeliling kami. Ade bunyi anjing meraung sayu, bunyi mcm tapak kaki berjalan, bunyi yg kami sendiri tk boleh gambarkan. Semuanya mcm tk logik kenapa pd malam kedua tu makin kuat dan jelas kedengaran.
Entah bila sy terlena dan terkejut bila terima call dari Dayana, dia cakap mama, " cepat bukak pintu, Kak Dylla kena kacau lagi. " Saya cepat2 bangkit dan mengejutkan hubby yg lena tidur. Semua nya terjaga dgn tiba2 dan cepat2 sy meluru ke bilik mereka. Azwar dan Zafwan jgk terjaga dan meluru ke bilik Dylla. Bila saya masuk keadaan sama mcm td. Dylla terketar ketar sambil menangis ketakutan. Mukanya memandang ke arah dinding dan matanya ttp melihat ke arah dinding berdekatan dgn tingkap berlawanan dengan pintu bilik. Hubby sy plak cepat2 membaca doa mcm biasa ke dlm air untuk di sembur ke dalam bilik. Sebaik saja hubby sya masuk ke dalam, Dylla tiba2 berubah memandang ke arah pintu depan. Dia seakan memerhatikan lembaga itu bergerak kemana saja makhluk tu pergi. Mukanya yg ketakutan dan matanya yg luas tambah lg menyeramkan. Nasib baik dia tidak kerasukkan. Cuma ketakutan dan perasaannya di luar kawalan. Saya dan hubby bertanya sama ada makhluk halus itu masih ada di dalam atau di mana makhluk tu berada. Senang hubby saya nk sembur air Ayat Quran. Padahal Dylla dah tidur dengan Surah al Baqorah di pasang. Dan sudah di pagar dengan ayat al quran dan minyak anugerah di sapu ke seluruh sendi2 bg menghalang gangguan. Namun benda alah tu tk jemu2 bakar diri sendiri dengan memberanikan diri untuk mengacau. Walaupun telah di lindungi dengan Ayat suci kalamulllah.
Keadaan agk genting. Tak lama kalau nak di bandingkan dengan mula2 kejadian kerasukan malam td. Dylla cuba memberitahu di mana makhlus halus tu berada dengan menunjuk ke arahnya. Hubby saya menyembur air terus ke arah tempat yg di tunjuk. Tak lama kemudian keadaan kembali tenang. Saya rasa geram dgn permainan makhlus halus nih. Mereka ni memang bebal dan keras. Lagi kita ubat, lg dia dtg dekat. Perasan sgt geram dgn kedegilan mereka , tp memang itulah perangai syaitan. Dia takkn berhenti menyesatkan umat2 islam, sehingga kiamat. Itu janji mereka..Bila tgk jam menunjukkan pkl 4 pg, sedangkan sy kena bangkit awl untuk esok, saya cuba bertanya apa sebenarnya yg jadi. Dylla cakap waktu dia tidur, dgn tidak semena mena dia tiba2 tersedar. Dia memandang kiri dan kanan. Masa tu semua dah tidur, jantung dia tiba2 berdegup kencang, kepala dia pening dan bulu roma dia berdiri dengan tiba2. Dia tertarik memandang ke tingkap sebelah kakak dia, (Syikin) tido. Tiba2 dia ternampak lembaga yg sama, seperti mana yg berambut panjang pd mulanya menggangu dia pd malam td. Kali ni ada satu lagi lembaga bdk kecil memakai baju putih menunduk dan menangis tapi mukanya tidak kelihatan. Tangisannya hanya toloooongg...
Dylla bercerita lagi, bila makhluk tu tgk je hubby saya dan saya masuk, terus benda tu duduk di muka pintu. Bila air Quran di sembur, dia lari ke luar tingkap. Agak lama dia berada di luar dan takut nak masuk ke dalam. Bila hubby saya ke luar untuk menyembur air lgi, dia terus hilang..Memang benda tu nampak takut bila kami masuk untuk menyembuhkan Dylla. Bila keadaan dh ok, sy meminta diri untuk menyambung tido. Sempat jugak saya suarakan pd hubby supaya berangkat pulang. Malas nak layan permainan makhluk halus ni, baik sy balik ke ruma. Sebaliknya hubby saya cakap, buat apa nak lari, pagi2 mcm ni lg payah nak packing barang2. Tunggu esok je la katanya, nak takut buat apa. Saya ni, bukan la takut actually, malas nak melayan sebenarnya takut makin berlarutan. Memang nampak sgt ada something. Apa yg benda tu nak pun sy tak tau lah. Azwar cerita yg dia tk boleh tidur dan dengar ada bunyi , tp x tahu apa, jd dia dan zafwan main kad sambil2 menhilangkan rasa takut. Saya menyuruh mereka tidur sebilik dengan Dylla dan Kakaknya. Bimbang takut benda tu dtg balik, sy sarankan duduk bersama. Manakala Dayana tidur dalam bilik saya. Walaupun bersempit sempit.
Kami masuk ke dalam bilik dan sy sempat mendengar suara Zafwan, Dylla, Syikin dan Azwar tengah berborak, diiringi ketawa kecil. Saya juga mendengar bunyi mereka membuka pintu bilik. Mungkin nak ke toilet gaknya. Saya sempat mengintai ke pintu bilik dan ternampak ada bayang hitam yg berada berdepan dengan muka pintu bilik. Nampak gelap seolah olah ada org di depan nak mengetuk pintu. Saya kirakan yg mungkin Azwar dtg untuk mengetuk atau meminta sesuatu, tp tkde pulak..Tak lama bayang tu pun hilang. Pelik pun ada. Mungkin jugak dieorg tu nak main2 sangka saya. Saya malas nak fikir, mata nak tidur je memandangkan kejap lg je nak bangun, sy cuba melelapkan mata. Tapi semakin nak lelap semakin banyak bunyi pelik2 yg saya dengar. Banyak sgt bunyian sampai kami tk boleh memastikan mana satu aktiviti ghaib. Kemuncaknya apabila kami tidur jatuh satu benda yg cukup besar atau bumbung tempat saya tdur. Sedikit terkejut dengar, maklumlah, malam2 nk kata ade buah durian, pokok tu bukan pokok durian. Memang aneh.. Akhirnya saya hampir terlelap tp sy masih boleh mendengar suara2 mereka dlm bilik. Mereka masih lg berborak, tk lena nak tidur la kot..
Alhamdulillah, akhirnya saya lena dan terbangun pkl 7 pagi,.Saya cuba menghantar pesanan ringkas pd Pengetua mengatakan saya tak dapat hadir untuk pendaftaran Dayana, memandangkan kami akn kelewatan ke Felda Serting untuk undangan, di tambah pulak dengan rentetan kejadian semalam dan td, sgt terkesan. Mujurlah pengetua memberi kebenaran dan mendaftar pd hari mula persekolahan. Fuhh memang selesai masalah saya. Saya cuba pejamkan mata sikitt je lagi, dh memang mata ni tk boleh nak tahan mengantuk. Karang lak nak drive lagi..Saya terlena dan terbangun pkl 9 pg. Saya cepat2 bangun dan mengejutkan semua. Saya mengemas barang2 yg masih lg tidak di basuh, packing semua barangan masuk ke kereta. Waktu pagi tu sangat suram. Keheningan pagi tu lain dr pagi yg lain. Saya masih rasakan aura seram tu masih ada. Saya kesorangan membasuh pinggan dan bekas2 kotor yg semalam punya. Saya dpt rasa ada mata yg memerhati setiap pergerakan saya.
Tapi saya tetap membasuh dan tidak hiraukan keadaan sekeliling. Saya pantau je bunyi2 pelik di keliling saya. Tak lama kemudian bdk2 bangun semua. Saya tanya Dylla, samaada dia ok ke tak ? dia mengangguk, tp seakan takut memandang ke arah tandas. Saya menyuruh basuh muka dan kemas barang2. Kiteorg akn terus balik dan mandi sahaja di rumah saya. Kesan seram sangat terasa..Selepas selesai packing barang2 dlm bonet kereta, saya meminta kunci pintu bilik masing2. Saya terdengar Dayini berkata, " mama , kak Dylla nampak lagi," sambil tgn Dayini menunjukkan ke arah toilet. Serta merta saya memandang dylla. Dylla mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dia takut nak pandang toilet. Saya cepat2 menyuruh dia masuk ke kereta. Mulut saya menyumpah marah bila benda tu masih lg menggangu walau hari dah pg..Memang gilaaa lah..Dylla masih lemah, dia masuk ke dalam kereta saya dan duduk di dalam. Saya menyerahkan kunci pd Pak Mat dan mengucapkan terima kasih. Pak Mat meminta maaf banyak2 pd saya dan berjanji nak cari ustaz untuk uruskan tempat tu.
Saya memandu mcm biasa balik ke rumah. Manakala hubby sy mengikut dari belakang. Dalam kereta kami bercerita semua mengenai kejadian yg berlaku seawal hari pertama . Dylla cakap, Makhluk yg menggangu kami semua ada 3 ekor, berada di depan toilet memandang dan merenung marah. Salah sekor hantu itu ada mengugut nak ikut kami semua. Ayatnya lebih kurang mcm ni, " Aku nak ikot kau tp aku takut". Takut maksudnya takut pd hubby saya dan saya..Hubby saya memang dh baca ayat suci dan memagar kereta mencegah dr makhluk halus mengikut kemana saja kami pergi. Berikutan pengalaman yg sebelum, pernah benda tu follow dari rumah sepupu saya kt PD sampai Putrajaya. Tapi kita hanya mampu berdoa , yg mengizinkan itu ialah Allah. Banyak yg kami borakkan, sy sempat menoleh pd Dylla, kelihatan dia tidur lena. Letih dan x cukup tido. Kesian dia, dah la badan lemah, energi plak di serap oleh syaitan tuh, memang x berapa nak kuat dari segi fizikal dan mental. Sebab tu la benda tu suka sgt. Sampai saja di rumah saya, kami bersiap-siap secepat yg mungkin. Setelah semuanya siap, kami bersedia untuk bertolak ke Serting. Melihat jam pkl 12 tgh, kami x sempat nak berhenti makan. Saya cuma belikan roti dan susu untuk masing2 bagi mengalas perut. Fikir saya mungkin boleh singgah berhenti untuk makan. Kami menggunakan highway LEKAS untuk ke Serting. Jalan situ tk berapa nak jem sangat dan dekat berbanding highway biasa.
Perjalanan kami lancar dan selamat. Semasa dlm perjalanan, kami asyik borak benda yg sama mengenai Misteri di Sungai Congkak. Banyak sgt yg tersorok dan yg saya x tahu. Banyak yg perlu di rungkai. Dylla dah makin ok. Badan dah makin segar. Cuma masing2 berkeroncong perut kerana lapar. Jam menunjukkan pkl 4 ptg. Kami tiba dalam pkl 4.30 ptg dan show pulak akn berlansung selepas sahaja YB dtg untuk perasmian. Show berjalan dengan lancar dan seperti di jangkakan. Pihak penganjur berbesar hati menerima Dayana dan kami sekeluarga. Mereka kagum pd Dalili, kerana sekecil itu boleh bermain gitar dan menyanyi dgn baik. Hbs show mcm biasa lah, sessi bergambar dan Dayana di serbu..Kami memang nk cepat pulang. Menunggu selepas wartawan NSTP menemuramah Dayana dan Dalili, kami meminta diri untuk pulang. Dalam hati cepatlah, perut dah lapar..Semua pun letih dan kelaparan, Azwar la kesian, duk lapaarr laparr, rasa bersalah plak sy bila tgk mukanya. Tp apakan daya, kena selesai kerja dulu, baru hati senang. Hari dh gelap, tmbh plak kesan hujan semalam membawa mendung sampai ke petang. Nasib baiklah masa perform td x hujan. Malam tahun baru tu kami jugak di jemput meraikan bersama di situ, tp kami menolak dengan baik. Banyak lg kerja yg tk selesai kena selesaikan.
Beberapa keping gambar sepanjang si Serting
Sessi latihan
YB Catwalk
Sessi Show bermula
Meneguk air buat seketika
Wartawam NSTP menemuramah Dalili.
I Malaysia. Bergambar bersama peminat.
Wartawan NSTP menemurah D
#GangAmerda
Dylla dan Dayini..
Kami meninggalkan Felda serting yg menuntut kemajuan. Saya harap YB di situ boleh buat sesuatu supaya makin maju. Insyaallah..!! Kali ni saya memollow hubby saya dari belakang. Kami memberhentikan kereta di sebuah kedai makan di tepi jalan. Waktu tu hampir maghrib. Kami nk singgah sembahyang, kedai plak tkde surau, jd kami memang memutuskan cepat2 makan dan singgah solat selepas makan .Selepas saja memesan makanan, kami borak lagi mengenai kejadian malam di sungai congkak. Dah ramai mcm ni baru best nk bercakap. Tadi kereta lain2 so memang ade la cerita yg ketinggalan. Kami tengah borak, semua pun mcm tk sangka benda tu boleh jd. Banyak benda jgk kami tanyakan pd mangsa keadaan iaitu Dylla, kisah sebenar mengenai makhluk di sungai congkak. Dia hanya tenang bercerita. Kami bongkar setiap rentetan cerita pd awlnya sampailah pg td kami cek out. Pengalaman yg tidak akn kami sama sekali lupakan. Sambil makan sambil syok bercerita . Dah hbs makan tiba-tiba Dalili nk ke tandas, dan meminta supaya Dayini temankan, tp memandangkan Dayini masih makan, Dalili meminta Dylla yg teman, saya plak kesian kat Dylla takut menyusahkan, tp Dylla x kisah dan sudi untuk temankan. Mulanya Dylla dan Dalili pergi berdua, sy memaksa Dayini untuk ikut sama. Entah hati ni rasa x sedap. Akhirnya mereka pergi bertiga. Selesai makan dan membuat bayaran, kami cepat-cepat bertolak dan mencari surau atau masjid terdekat untuk solat sementara waktu masih ada. Saya perhatikan sikap Dylla agk berubah skit, nampak ceria dan happy. Agk saya, kalau dia dah ok, Alhamdulillah, sy pun tumpang happy. Dalam keadaan mcm tu, ade satu perkara yg memelikkan saya, seumur hidup dia x pernah memanggil saya gelaran yg selalu bdk-bdk FB panggil iaitu " Mama". Bila bercerita di kedai td, dia asyik sbut " Mama" je, selalunya dia bahasakan saya " I @ U " atau " Kakak ". Saya tkde lah risau sgt, cuma hati tu mcm pelik dan tertanya tanya. Kami meneruskan perjalanan. Masjid agk jauh dan waktu sembahyang kami sudah pun terlepas. Adehh.. terpaksa lah kami qodho kan sembahyang bila dh sampai rumah nanti.
Tengah drive saya perhatikan sikap Dylla. Hati saya tambah x sedap. Kakaknya duduk di depan manakala Dayini dan Dylla di bahagian belakang. Yg lain2 naik kereta hubby saya. Saja saya bertanyakan padanya. Banyak-banyak kejadian dan penampakan, lembaga mana dan kejadian mana yg paling menyeramkan, dia diam dan berfikir. Tak lama kemudian, dia cerita yg kejadian paling seram seumur hidup dia ialah lembaga di Sungai congkak. Dia cuba explain balik raut wajah dan keadaan lembaga itu semasa dia di rasuk tempoh hari. Dan dia cerita semasa di kedai makan td, masa nak pergi tandas, dia nampak kerusi bergerak dengan sendiri. Lama dia perhatikan kerusi kt dapur tu bergerak tnpa ada apa-apa pergerakan sokongan. Saya agk terkejut dgn cerita dia. Dayini turut sama bercerita mengenai kerusi tu, tp dia tk nampak jelas cuma pelik bila Dylla ajak Dayini dan Dalili cepat-cepat keluar mendapatkan kami. Bila Dylla bukak cerita mcm tu, saya dh jd pelik, semua tmpat ke dia boleh rasa ? ke kedai ni pakai pelaris ? memang ade je yg pakai mcm2 untuk majukan kedai. Sambil cerita, dia tetap bahasakan saya " Mama". Saya dah jadi makin tak sedap hati. Saya seakan tidak tenang bila melihat perubahan sikap Dylla. Tak lama kemudian, Dylla meminta dgn saya nk bukak tudung, dia cakap dia rasa panas,
Saya tambah pelik. Kereta saya aircond pasang, suasana pun malam , tkkan panas kot. Dylla ckp, dia nk tidur sbb ngantuk dan kepala dia pening. Sempat dia bertanya sy samaada sy ada minyak angin untuk di sapukan di kepala nya. Saya menyuruh kakaknya Syikin mengambil minyak Anugerah yg ada dan berikan pd Dayini untuk sapukan pd Dylla. Dayini menuangkan atas tapak tgn Dylla dan menyuruh Dylla berselawat dan niat supaya sakitnya hilang di samping mencegah gangguan. Bermula dari itu saya dpt mengesan Dylla sgt pelik, dia hanya menyandar di kerusi.Badan dia nampak lemah dan sikap dia agk keanak anakan. Tengah-tengah drive, fikiran saya tidak tenang dan terkejut dgn cerita Dylla yg kerusi bergerak di dapur waktu di kedai makan td. Saya menyatakan rasa bimbang pd Syikin berikutan kejadian itu. Tiba-tiba Dylla bangun, dia cakap dia rasa sesuatu, dia cakap perasaan tu sama seakan dia di sungai Congkak tempoh hari. Jalan makin gelap dengan suasana malam. Kerisauan sy makin berlarutan. Melalui jalan Kuala Pilah yg banyak kejadian2 misteri dan aneh sering terjadi. Highway LEKAS plak mcm2 kejadian seram yg kedengaran. Takut plak kalau la Makhluk2 yg duduk tepi2 jalan tu ikut kami dan tambah plak gangguan2 lain. Maklumlah Dylla boleh nampak, risau risau !!
Bila saya dengar dia rasa pelik, saya dengan pantas menyuruh Syikin menukar tempat di bahagian belakang dan Dayini dtg ke depan. Saya menyuruh Syikin mengambil minyak Anugerah dan membacakan doa tertentu untuk di sapukan pd Dylla bg menghalang gangguan. Minyak itu di sapukan di kepala dan sendi2 anggota badan Dylla, sambil bacakan Ayatul Qursi ke telinga nya. Saya juga menyuruh Dylla membaca Ayatul Qursi dan mengucap. Tiba2 dia bertanya pada saya, " Mcm mana eh nak mengucap ??? " Saya terkejut dan pelik. Nak mengucap pun x tahu memang pelik lah. Ini bukan dia dah ni dalam hati saya mengomel sendirian. Saya suruh kakaknya membaca ayat Qursi di telinga Dylla, dan meminta Dylla turut sama membaca Ayat Qursi. Kadang2 Dylla menepis muka kakaknya yg tengah membacakan ayat Qursi di telinganya. Katanya dia panasss. Saya terus ingatkan Dylla memandangkan saya dah tau makhluk halus itu cuba untuk mengawal Dylla. Sekali lagi dia bertanyakan pada saya mcm mana nk baca ayat Qursi , lupa katanya. Saya makin pelik dan geram Sah !! ini memang bukan dia. Dalam keadaan risau mcm tu, tiba-tiba dia bangun cakap,
" Mama, benda tu duduk tepi " !!!!!
Maknanya Syaitan tu ade di belakang kerusi saya. Saya terkejut dan agk cemas. Dylla menangis dan makin meronta. Dia ketakutan. Saya plak tengah memandu dan cuba untuk bertenang. Saya memulakan dgn membaca Ayat Qursi sekuat yg boleh. Saya baca dgn yakin dan kuatkan aura dalaman saya. Saya jugak baca doa2 yg saya tahu dan membuka tingkap sedikit bagi memudahkan makhluk halus tu keluar. Keadaan agk kecoh. Tengah2 mcm tu tiba2 hubby saya call. Dia mengagak yg kami mengalami sesuatu. Saya meminta hubby saya memberhentikan kereta dan memberitau yg Dylla mengalami kejadian yg sama apa yg dia alami di Sungai Congkak. Hubby saya memberhentikan kereta di tempat yg selamat. Saya nk tukar, biar Dylla naik kereta hubby saya plak. Senang kalau makin teruk hubby saya akn ubatkan. Kereta di berhentikan di tepi jalan Highway LEKAS. Suasana gelap. Kat sana plak hutan. Menambahkan lg serammm. Dylla makin kuat menangis. Dia ckp makhluk halus yg ikut ni mukanya buruk sama mcm dia nampak kt Sungai Congkak. Saya jd marah. Makhluk ni memang berdendam dan ikut kami sampai ke Serting. Pantang Dylla lemah , dia akn serang. Memang nak kena bakar la Setan nih !!!
Saya menyuruh Syikin dan Dylla naik ke kereta hubby dan meminta Zafwan dan Dayana menaiki kereta saya. Dalam pd itu Dylla tidak mahu ke kereta hubby saya. Dia memeluk saya erat sambil terketar ketar menangis ketakutan. Mulutnya hanya nak " Mama " nak " Mama". Saya cakaplah yg saya kena drive, dan meminta dia bertenang. Saya menyuruh syikin memegang dan membawa dia naik ke kereta hubby saya. Dylla cerita yg dia nampak makhluk halus tu tiba2 dan bersebelahan dgn dia. Dia sgt terkejut melihat rupa makhluk tu dan takut makhluk tu akn mengikut dia ke kereta hubby saya. Hubby saya membacakan doa2 tertentu mcm biasa di hembuskan ke air mineral dan menyuruhnya minum. Sambil itu hubby saya memagar jarak jauh kereta saya dengan ayat suci Al Quran sepanjang perjalanan balik. Setelah agk tenang, kami meneruskan perjalanan. Dlm kereta, saya tak hbs2 menyumpah syaitan2 yg mengikut kami tu. Dah kena bakar pun dtg lagi. Dah memang bebal tahap maksima btol. Tengah2 memandu tiba2 hubby saya memberhentikan kereta di RNR. Hati saya risau takut plak makin teruk. Kalau ya pun biarlah sampai kami di rumah dahulu. Rupanya Dylla asyik memandang kereta saya di belakang dan meminta nk berjumpa dgn saya. Sbb tu la hubby saya memberhentikan kereta. Dia hanya nak " Mama " sahaja, bila dah di baca doa2 tertentu dan di beri minum air, Dylla dah ok. Dia ada terdengar suara Dayana kononnya berborak dgn Azwar di iringi plak dgn suara tawa makhluk halus itu di telinganya. Dia jd takut dan makin menangis . Badannya mengigil. Saya melihat dia berpeluh. Dia hanya memeluk dan tidak ingin melepaskan saya.
Saya menyuruh hubby saya buat apa yg perlu dan kami harus meneruskan perjalanan. Gangguan ini makin teruk. Dan berharap kami sampai cepat di rumah untuk di ubatkan. Perjalanan di teruskan. Kami hampir sampai. Saya melihat Dayana agk diam, mungkin dia letih dan pening sbb di kedai td dia pening sampai tk lalu nak makan. Akhirnya kami selamat sampai di rumah. Keadaan agk kecoh skit bila Dylla takut nak turun kereta. Hubby saya membaca ayat2 tertentu dan teruskan pengubatan untuk menghalang makhluk itu mengikut kami masuk ke dalam rumah. Pada mulanya saya bercadang semua peserta akn tidur di rumah saya malam ni dan saya akn hantar keesokkan hari. Memandangkan Dylla jd mcm ni saya terpaksa menghantarnya terus ke rumah malam ni jugak. Saya mesti berjumpa ibunya dan menjelaskan semua yg terjadi. Dylla memandang sekeliling dan tiba2 mata dia beralih pd Dayana. Dia terus memeluk saya dan memberitau yg makhluk tu duduk atas bahu Dayana. Bertinggung dengan muka yg menyeramkan. Patutlah sy lihat sikap Dayana agk pelik dari kebiasaan . Hubby saya terus membacakan doa2 dan melakukan beberapa jurus menyerang. Hubby sy bertanya pd Dylla sama ada makhluk itu masih ada atau tidak. Dylla menggeleng dan berkata makhluk itu dah lari. Saya memberitahu Syikin supaya menelefon ibunya bimbang takut risau keadaan Dyllla dan memberitahu yg saya dan hubby akn hantar nya pulang. Bimbang jgk takut ibunya terkejut dgn apa yg terjadi. Kebetulan ibu Dylla tk sihat dan demam.
Sebelum masuk ke dalam rumah, hubby saya membaca ayat2 bg menghalang benda tu masuk. Semua yg ada di suruh berselawat dan membaca doa sebelum masuk rumah. Saya tinggalkan Dayana, Dalili , Dayini dan Zafwan di rumah. Kebetulan adik ipar saya ada di rumah, jd saya minta dia tolong pantau keadaan Dayana. Dayana agk ketakutan pd mulanya tetapi beransur ok apabila semangatnya telah di pulihkan oleh papanya. Kalau ikutkan Dylla tk nak balik. Dia agk berat dan masih ketakutan. Tiba2 dia menangis dan memeluk saya. Dia cakap makhluk tu berada di depan pintu dan mengugut. Ayatnya berbunyi begini " Aku tak boleh masuk rumah ni , tapi aku akn ganggu kau di rumah kau,. Kau tunggu !!!!! " Sebab itulah yg buatkan Dylla x nak balik ke rumah. Memang makhluk ini akn ikut malah mengugut Dylla akn menggangu seisi keluarganya. Saya cuba menenangkan Dylla dan menyatakan yg Hubby saya akn menolong memagar rumah nya dengan Ayat2 Suci . Hubby saya melakukan jurus2 tertentu bg menghalau dan memagar. Memang rumah kami di pagar oleh ayat Suci dan setakat ni Alhamdulillah memang tk pernah terjadi kejadian yg pelik2 seumpamanya berlaku di rumah kami. Hubby saya ada belajar dan berguru dengan beberapa Tok Guru yg di iktiraf dan mendapat sijill khas untuk mengubat org2 yg ada masalah dengan kerasukan. Akan tetapi atas kesibukan bekerja, Hubby saya cuma amalkan untuk melindungi keluarga dan org2 terdekat yg kebetulan meminta bantuan. Saya memberi kata semangat buat Dylla supaya jgn takut. Juga meyakinkan dia bahawa Allah sajaha lah yg boleh memberi mudarat. Syaitan x boleh buat apa2 kalau tidak dgn keizinan Allah..Selepas semuanya ok, kami bertolak ke rumah Dylla. Dalam perjalanan dia semakin okey dan nampak tenang. Saya panjat kan kesyukuran atas semuanya, walaupun penuh getir dgn ujian, kami mampu menghadapi walau susah dan senang. Azwar mengikut sama.
Sesampainya di rumah Dylla, saya bercerita semua pd ibunya kejadian yg kami alami. Ibunya sgt berterima kasih dan sedia maklum dengan kejadian seumpama ini . Lgpun ini bukan kali pertama bg mereka. Sebelum dtg, hubby sy sempat membuat air bacaan Al Quran dan di bawa untuk di beri pd ibu Dylla. Ibunya di kehendaki menyemburkan ayat suci itu ke penjuru2 rumah.. Manakala rawatan susulan, hubby saya akn memagar dari jarak jauh sebaik pulang nanti. Insyaallah benda tu tak akn ganggu.. Lgpun sebelum ini Dylla pernah memberitau memang mengalami mcm2 kejadian yg sama di rumahnya. Cuma senarionya berbeza..Saya perhatikan sikap Dylla, dia agk manja dengan ibunya, boleh di katakan dia memang " anak mak." Hati saya lega dan bersyukur tidak terhingga bila semuanya sudah selesai. Dylla sungguh yakin bila berada di rumahnya.
Malam sudah larut. Bunyian mercun dan bunga api yg bingit menghiasi malam tahun baru. Berada di tingkat 10 flat rumah Dylla membolehkan sy melihat beribuan duit di hbskan dlm upcara pembakaran bunga api secara gilang gemilang..Memang happening dgn mcm2 design dan kaler yg menarik..Kami meminta diri untuk pulang. Sepanjang perjalanan pulang, saya tak hbs2 bercakap dan meminta hubby saya mengetatkan lg system alarm batin di rumah saya. Saya tk suke kalau benda tu masuk kacau. Biasanya Hubby saya akan buat selepas sembahyang di waktu malam. Sampainya di rumah keadaan kembali ok. Hubby saya cuba scaning sama ada benda tu masih ada atau tidak. Apa yg hubby saya boleh rasa, benda tu memang berdiri di hadapan pintu rumah, tapi tidak boleh masuk. Bulu roma kami berdiri tegak dan perasaan tidak enak itu kuat bila berada di muka pintu. Mcm biasa doa2 di baca sebelum masuk dan saya lihat semuanya dlm keadaan baik terutama Dayana. Yang tk ok ialah saya. Kepala saya tiba2 pening. Badan saya rasa panas. Banyak kali saya menyuruh hubby saya memagar saya walaupun telah di pagar sebelumnya. Saya rasa mcm benda tu nk attack saya berikutan perubahan suhu yg mendadak dan auranya yg jelas berlainan. Tiba2 jugak badan saya gatal2 tidak di ketahui puncanya. Rumah saya memang tkde nyamuk dan kami tidak pernah di gigit oleh nyamuk dan serangga. Bila saya gatal ianya menambahkan pelik, sy lihat badan saya di cermin seakan bintil2 kemerahan di beberapa bahagian dan yg paling teruk di perut saya, mcm terkena satu gigitan tp tk tau kena gigit oleh apa. Kalau nk dikatakan gatal sbb penyakit, memang jauh tak logik dan saya tahu gatal ini bukan sebarang gatal..Ini gatal Misteri..
Hubby saya mengubatkan saya dan buat apa yg perlu bagi menghalau syaitan2 tersebut. Baik yg menumpang atau makhluk yg saja nak main2 dengan kami semua. Selepas ayat2 suci di bacakan keadaan saya beransur ok dan gatalnya lama2 hilang. Selesai sahaja mandi dan sembahyang, kami berkumpul bersama dan bercerita. Banyak yg kami rungkaikan dan utarakan. Semuanya bertitik tolak dari apa yg terjadi. Ada hikmah yg mungkin saya sendiri tidak ketahui. Hanya Allah yg maha mengetahui. Kami labuhkan tirai malam dengan seribu persoalan. Alhamdulillah atas apa2 pun yg terjadi, moga Allah sentiasa lindungi kami semua dari segala bentuk gangguan mendatang. Mata di pejam rapat dan tidur malam sgtlah lena..Esoknya Azwar dan Zafwan di jemput oleh ayah masing2 pulang. Saya pasti itu kenangan yg paling mereka tidak akn lupakan dan pastinya mereka beroleh sesuatu di sebalik hikmahnya kejadian. Saya imbas kembali kronologi2 dan setiap gambar2 yg ada saya siasat balik. Apa yg saya dapat sangat lah jelas dan nyata akan penampakan yg pd mata kasarnya kita tidak dpt melihat dgn jelas. Setelah di lihat menggunakan software tertentu dan di kaji dengan teliti,Inilah gambar2 yg tertangkap di lensa kami..
Lihat di dalam bulatan , ada Muka Syaitan seolah olah marah memandang ke arah kami.
Lihat dalam bulatan merah, syaitan mengangkang memandang ke arah sungai..
Yang ini paling jelas kelihatan dan sangat menyeramkan. Bulatan lembaga berpakaian putih di depan toilet yg di maksudkan. Dan di percayai sosok inilah yg menggangu Dylla dan kami semua
Syaitan yg tertangkap di ats bumbung toilet.
Adik saya tidak dapat meneruskan siasatan berikutan merasa agk seram. Ada satu gambar dia bersama kawan2 nya nampak jelas pocong di sebatang pokok. Nasib baik dia tk buang I mac dia di tangan. Seraaaammmm, tp bila di lihat kembali pocong td susah hilang. Memang agk pelik..Adakah makhluk itu saja mahu menggangu ???
Beberapa hari selepas kejadian, Dylla masih lg tak stabil. Pernah satu ketika dia hendakkan saya dan meminta saya berjumpa dengan nya. Bila imbas balik kejadian semasa perjalanan pulang dari Serting, Dylla ada memberitau sosok lembaga putih berambut panjang dan bertaring mencangkung atas bumbung kereta. Makhluk itu lari keluar selepas hubby saya membaca kan doa dan menyembur air bacaan ke dlm kereta. Semasa perjalanan, hubby saya merasakan kereta yg di pandu agk berat dan tidak lancar seperti kebiasaan. Mungkin jgk dia bergilir gilir ke bumbung kereta saya dan ke bumbung kereta hubby saya. Sepanjang di rumahnya juga dia sering terdengar suara kanak2 tengah bermain, dan suara bisikan perempuan. Padahal dia berada dlm bilik yg sunyi dan memang tk ada org. Pernah dia online dan mention nama saya dengan memanggil " mama ". Saya tahu dia masih di ganggu, cuma dia kuatkan diri dengan mengamalkan doa2 yg di beri oleh hubby saya.
Zafwan plak mengalami mimpi ngeri yg sebelum ni dia x pernah mimpikan seumur hidupnya. Azwar plak di ganggu dan di ikut sampai ke dalam rumah. Sampai sekarang azwar masih di ganggu. Kalau tidak dalam mimpi dia akn buat dlm bentuk bunyian. Adik nya yg kecik berumur 1tahun lebih sering menangis ketakutan dan tidak berhenti menangis sepanjang malam. Saya mengajak dan meminta hubby saya pergi ke rumah Azwar menolong untuk pulihkan keadaan. Hubby saya memagar jarak jauh rumah Azwar dan Alhamdulillah keadaan beransur pulih. Walaupun sudah pulih sepenuh, kami sering di hantui oleh mcm2 bentuk gangguan. Baru2 ini Ibu Azwar plak kena gatal2 satu badan. Apabila di sapu dgn minyak Anugerah dan di baca doa2 tertentu keadaan kembali baik..Zafwan plak di serang di dlm mimpi buat kali kedua, manakala saya mengalami macam2 gangguan samaada dalam mimpi atau bentuk2 lainnya . Pelik apabila satu fail penting di dalam laptop saya di delete oleh unknown..( Makhluk halus ) Padahal xde sapa menyentuh lappy saya pd ketika itu. Dan gangguan itu sering menghantui sehingga kini,, Anda yg membaca bersedialah, di saat saya mengedit dan menulis ini juga, saya dapat merasakan perasaan yg aneh dan sering mimpi benda yg sama. Dan saya akn terbangun dalam ketakutan. Hati2...Mungkin dia tau awk tgh membaca kisahnya dan melihat rupanya..Memang menyeramkan Kisah Seram di Sungai Congkak, Hanya yg tau akn rasa dan tau....
Misteriiiiiiiiiiiiii.... Seraaaaaammmmm
PS : Hanya Allah yg bisa menjadikan sesuatu dengan keizinannya.. Takutlah pd Allah yg satu, tiada yg maha berkuasa selain Allah..
6 ulasan:
Ya Allah ,Tolong Lindungi Kami Ya Allah..Semoga Keluarga Amerda Tidak Dikacau Lagi Setelah Misteri Ini Dibongkarkan
Assalaamualaikkum,mungkin sudh agk trlewat sye postkan psal nie..tapi sye juga mmerlukan mase untuk menyelidik lebih lagi tngtang permasalahan nie..Suke sye nk kongsikan kpd followers2 sume n Amerda Family sndiri...mgkin mama n papa dh tau sal nie,tapi sye nk share jugk lah bagi tatapan kite bersama...
pertamanya-sbnarnye bacaan ayat qursitidk akan memberi kesan terhadap makhluk alus ini..jika ingin dbacekan ayat qursi,jin dan syaitan juga boleh menbaca ayt qursi dengan lancar sekali..oleh itu,apabila membaca ayat qursi,ayat paling akhir dalam suratul qursi itu harus diulang2 sebaik2nye sbnyak 450 kali...insyaallah,makhluk itu akan menjadi "buta"...selain itu,dnasihatkan kpade smue supaye rajin berwuduk dan jagelah wuduk selagi mane mampu...krane syaitan akan menjauhkan diri drpd orng yg berwuduk..Dan lagi,apabila menggunekan minyk anugerah,sebaik2nye bacelah surah yg same berulang2..tidk digalakkan mengcampur adukkan surah2 ke apabila menggunakan minyk tersebut..sye juge kagum dngan kberanian papa dalam menghadapi suasana2 yg seram mcam tu..so,bagi sye,Kak Dylla perlu bersyukur kpd Allah s.w.t krane dberi kebolehan "Hijab" sperti ini..satu lagi,biasenye orng yg diganggu oleh syaitan,adelah org2 yg beriman..tetapi orng yg diganggu oleh jin,ialah org yg bnyk mlakukan perkare maksiat..So,all the best to Papa Amer n Mama Aida,n all D fc...gudluck 4 ur next trip..
Belajarlah ilmu haq kalau tak mahu diganggu makhluk halus ni lagi.... letih kan nak melayan kerenah syaitan ni sepanjang masa....
ilmuhaq-danish.blogspot.my ~ Ini saya sharekan blog yg mungkin dapat membantu puan sekeluarga. Saling tolong menolong sesama saudara islam dituntut dalam agama Islam. Nak percaya atau tidak itu terpulang masing2 tapi saya sekeluarga dh belajar dgn ustaz ismail dan alhamdulillah kesannya sangat ketara.... Semoga puan sekeluarga diberi kekuatan dan hidayah. Wasalam.
Belajarlah ilmu haq kalau tak mahu diganggu makhluk halus ni lagi.... letih kan nak melayan kerenah syaitan ni sepanjang masa....
Kau padam file dia kan
Catat Ulasan