Marabaya www.amerda.com.my |
perkataanjiwa.blogspot.com
Salam semuanya pd pengikut blog saya yg di kasihi, sudah lama rasanya saya tidak mengap date News feed terutamanya Novel " Cinta aku dan Dia ", pastinya semua ternanti nanti apakah sambungan episod 7 nanti. Tp tkpe lah,,Saja saya peram dulu, supaya keinginan anda2 semua memuncak sambil goncang lappy mintk di percepatkan update novel itu. Sabarrr yew..Insyaallah hilang bz sy mesti update.
Bila dh berniaga ni mcm2 yg sy kena tahu. Baru2 ni kami satu family baru lepas beli Camera DSLR Canon EOS 60D, bersama nya juga , kami membeli lense, rode boom , dan pakej barang2 yg sewaktu dengannya untuk kami photoshoot barangan Koleksi Amerda dan jugak khas buat Puteri kami Dayana shoot Drama slot , Video Clip dan menaik taraf setiap Cover Vid kami d You tube. Apa sahaja berkenaan kami satu family akn bakal di upload kan dlm Ac You Tube kami. So mana yg tk boleh tgk kt tv boleh la subscribe Ac You tube kami , Username nya ialah Amerda100. Di chanel itu akn ade drama-drama yg di buat khas untuk peminat2 kami dan bermacam-macam kisah suka dan duka akn di shoot untuk Fans2 kami semua. Ini ingin mengasah bakat ank2 dari segi lakonan, editing dan pengolahan Drama2 arahan kami nanti.
Tukang editnya sape lg kalau bukan D sendiri, di pantau oleh papanya dan saya sendiri. Setiap detik dan minit yg berharga akn di gambarkan di dalam Clip nanti. Konsep yg sesuai dengan jalan cerita yg menarik akn membuatkan peminat2 tidak sabar mau menunggu setiap episod clip kami nanti. Kepada fans tersayang, ttp dengan kami dan sabar menunggu semuanya ya. Paling terbaru kami akn upload teaser kami sepanjang d Bandung di susuli dengan Travel lodge kami sepanjang pergi , balik dan sepanjang kami berada di sana. Untuk pengetahuan, buat pertama kali kami sefamily menjejakkan kaki di sana ( Bandung ).
Tanpa berlengah lg ,.Inilah pengalaman kami. Bak kata pepatah, " Banyak berjalan jauh pemandangan, banyak pengalaman ". Ikutilah kisah kami sefamily. Selamat membaca.
Persiapan semuanya lancar, tinggal saja bertolak ke LCCT. Dari Putrajaya ke LCCT lebih kurang 40 minit masa perjalanan kami. Kami di hantar oleh adik my hubby iaitu Sheda. Tiket kami agk mahal kerana di beli seminggu sebelum kami ke sana, bila di kira- kira, semua skali dengan caj beg pergi dan balik, dalm 3K jugak la hangus. Mana yg nk jimat, tiket flight jgn beli mcm kami beli, beli 3 bulan sebelum gitu, sangat la murah. Kami tk kisah pasal tiket sbb memang kami tau yg kami akn pergi dlm masa terdekat. Kalau nk tunggu murah rugi banyak la. Lgpun katanya urusan bisnes, mana boleh tangguh2 kan. Kali ni kami membawa beg besar sebiji sorg, Fungsinya untuk membawa pulang barang2 yg di beli di sana nanti. Itu je cara yg afdal untuk bisneswoman kecil2 kecilan mcm saya ni. Bg mengelakkan jugak kastam banyak cerita , cara ini adalah lebih selamat. Kredit dan tq banyak2 jugak buat Cik Qoma , Bos besar Qoma Butik, beliau banyak memberi tunjuk ajar dan tips bagaimana caranya membawa barangan kami dengan selamat. Aminn..
Waktu penerbangan kami pd pkl 11.45 malam . Mcm biasa, kami kena sampai 2 jam sebelum d LCCT untuk melancarkan proses2 biasa untuk fly nanti. Saja perut di biarkan lapar sbb tk sabar nk rasa makanan di Bandung. Tapi 3D sempat jugak menjamu selera ringan2 d kafe d LCCT. Saya dan suami saja simpan rasa lapar itu untuk menjamu selera d Bandung. Katanya makanan di sana semua enak2 belaka. Tak sabar plak rasanya. Ini ada beberapa keping gambar yg sempat d snap oleh kami.. Jom tgk gambar2 nya..
Airport Bandung, sempat la snap pic mana yg ada.
Sempat merenung luar jendela..Bdk ni takut tinggi nih..
Pemandangan di luar jendela
Ada jugak gambar2 kami yg hilang mungkin masa copy tu ade yg tersilap tekan jd hilang, Ralat sangat sbb banyak sgt gambar2 yg cantik di ambil semasa di LCCT, sepanjang fly dan sampainya kami d Airport Bandung. Tp tkpelah , kami redha. Ada la tu silapnya masa tranfer gambar2 semua ke lappy, maybe no kod gambarnya sama, bila salah tekan semuanya hilang. Ini je la yg tinggal..Ada 8 gig tuh...Fuhhh,,,,Sudahnya , kami up yg mana ade je..sedih,,,huaaaa,,,sob2
Sepanjang Fly ke Bandung , kami di tempatkan berjauhan tempat duduk, seb baik 3D duduk sama2. Cuma saya dan hubby duduk lain2 tempat. Saya bersebelahan dengan org Bandung yg kebetulan balik negeri. Sempat la kami borak2 bercerita tentang keistimewaan Bandung. Mcm2 yg kami cerita dan saya jugak ceritakan hajat kami satu family ke sana. Borak punya borak, dia terkejut dan tidak sangka yg dia dpt bertemu dengan Dayana. Rupanya dia pun kenal Dayana ni artis cilik d Malaysia. Terbayang kegembiraan seorang rakyat Bandung yg mencari nafkah di Seremban. Kiki namanya. Raut wajahnya seakan Anne Ngasri tp versi debab, kalau senyum nampak manis sgt. Excited bercampor teruja tk sangka bila saya ramah melayannya. Dia ingt saya ni nk balik Indon, muka saya mcm muka indon ke ? hahaha..Dan dia cakap saya ramah, tk sombong mcm org Malaysia yg lain. Katanya kalau imegresen Malaysia tambah2 kalau naik Feri, memang kena tengking2 lg kalau tau dia tu org indon. Kesian Kiki,,Sabar ya Ki., tk semua org Malaysia sombong, ada yg baik2..
Baru 1 jam berborak, tp mcm dh kenal lama. Kiki dengan bangga meng offer diri dia untuk menjadi supir ( tourist guide ) . Katanya niatnya ikhlas dan memang niat ingin menolong kami sefamily. Katanya kalau tak tau, nanti di tipu. Lgpun dia terpksa menetap di negara sendiri berikutan permitnya sudah hbs dan dia akn kembali ke Malaysia dalam tempoh 6 bulan lg. Ade la cerita tersembunyi yg tk boleh d catatkan di sini, hanya saya , Kiki dan kami sefamily yg tau. Bila Kiki offer diri untuk menjadi pemandu pelancong kami, kami sgt happy dan berbesar hati. Entah mengapa perasaan ini tk rasa yg Kiki buat semua sbb ada tujuan tertentu. Terpancar keikhlasan di muka nya yg tembam tu..Lgpun dia tk minta balasan dari kami. Lagi2 upah. Thanks Kiki. Hanya Allah bisa membalas jasa kamu dan family.
Lebih kurang 5 minit lg nak mendarat, saya menjenguk ke luar tingkap dan dapat lihat rumah2 dan bangunan2 yg saling berdekatan di antara masing2. Memang jauh bezanya dengan tempat kita. Bangunan nya yg agk usang dan tidak la besar kalau nk di bandingkan dengan Malaysia. Tetapi bergantung di mana tempat itu, contohnya kalau Bandar Bandung, ada bangunan yg cantik2, dan besar berbanding di pinggir bandar. Kalau kita bangunan nya tinggi melangit, tp di sana tkyh nk dongak tinggi2. Bangunannya padat begitu jugak rumah2 nya. Jarang sekali dpt tgk rumah yg besar2 yg ade di tepi2 jalan. Kalau gerai menjaja memang merata-rata. Ini berikut menjaja di sana tidak perlu lesen berniaga seperti Malaysia. Jd sapa saja yg mampu dan ada modal berniaga memang boleh je berniaga. Kedainya dekat2 dan menghidangkan menu yg agk sama. Di sana yg saya tengok, makanan gerai yg paling popular ialah Bakso, Somay , Batagor , Bakwan, Martabak telur, Martabak bangka, gerai buah buahan, cakue, dan aneka Nasi Goreng. Ada lg mungkin yg saya terlpas pandang. Nanti sy update lg.
Alhamdulillah kami mendarat dengan selamat. Sampai saja di Bandung, kami di kenalkan oleh Kiki saudaranya yg menunggu untuk menjemput Kiki di airport. Selesai saja pertemuan yg singkat itu, kami menuju ke Hotel yg di tempah oleh Supir kami iaitu d Orange Home. Tp sebelum kami ke Hotel, kami ingin menjamu selera dahulu, jd kami suarakan pd supir kami supaya membawakan kami ke tempat makan yg enak2. Tp supir kami seakan malas untuk memenuhi permintaan kami, di katanya kedai2 yg sedap2 sudah tutup. Jd supir minta kami makan fast food. Saya cakap lah, kalau fast food , kat Malaysia pun ada. Kiki cuba berkomunikasi bahasa Jawa dengan supir itu. Katanya kiki, supir tu tk nk bawak kami makan di tepi jalan, takde class katanya. Sedangkan sy telah maklum pd Kiki awl2 lg kalau ade makanan yg best, tk kira la kt mana, just drop by je..Kami tk kisah asalkan halal. Kalau ikut standard memang lapar la kami. Kami tk pernah berkira di mana saja , asalkan bersih dan halal. Sedang mencari cari kedai makan , kami ternampak satu kedai namanya Satay Shinta yg di buka 24 jam dan menghidangkan makanan yg cukup lazat. Terus sy memberitau Supir yg kami mau ke sana. Setelah supir parking kereta, dengan tidak berlengah kami turun. Kedainya sgt klasik, cozy dan cantik..Jom tgk kami makan apa..
Lepas memesan makanan dan Tengah menanti makanan sampai. Muka keletihan
Sup Kambing bersama Telor Dadar ini di pesan oleh papa. Daging kambingnya sangat lembut dan rempah sup nya lain sama sekali dr sup di Malaysia.. Sedap bangattt !!!
Nasi goreng Ikan Masin Pedas di pesan oleh Dayana dan saya. Nasi gorengnya saya bg 100% sedap. Memang cukup rasa, tambahan ikan masin nya yg lain dan jauh beza dari sini.
Lamb chop ini Dalili yg pesan, Dalili ni memang mcm tu la., taste dia yg keren2 ( bgs2 ) je, Sepetang tk makan tp bila makan, order lamb chop. Tp serius cakap, Lamb chop nya sgt sedap. Whip kentang nya di buat lain sangat, agk kenyal dan sos nya sgt berbeza. Daging kambingnya di hidangkan bersama lemak dan dagingnya sgt lembut. Sayangnya si Dalili mcm biasa, kalau mkn tk pernh hbs. Semua makanan, kami saling rasa merasai dan dapat menikmati kesemua keenakan makananya. Yg pastinya , kesemuanya memang BEST !!.
Ini plak Nasi Goreng Seafood yg di pesan oleh Dayini. Udangnya fresh dan kecil2. Banyak lauk2nya dlm pinggan. Rasanya pun sgt sedap. Dekat Malaysia susah nak cari Nasi goreng yg rasanya cukup enak, pedasnya, masin manisnya, memang tk sama. Kecuali kalau homemade la. Lauknya mesti ciput dan tk cukup rasa. Tp tk semua la, ada jugak Restoran kt Malaysia sedap2 gila makanannya. Tengok kedai jugak la kan..Di Indonesia ( Bandung ), rasanya sgt berlainan, bukan saja rasa, cara pembuatannya pun lain. Saya sempat juga berkongsi resepi dengan Kiki mcm mana setengah resepi di masak d sana. Kalau duduk lama skit balik sy jd Tong drum la jawabnya.
Pd mulanya kami duduk, kami di hidangkan tea suam, tanpa di minta..tea tu rasanya kelat dan tk manis. Di sana memang kalau makan di hidangkan tea tawar. Kalau d bandung, bila kita nk minum tea o ais atau panas, kita kena cakap nk Tea manis, baru la waiter tu faham. Kalau tidak memang tawar la jawabnya. Kami memesan jus buahan untuk di minum. Saya agk teruja bila mendengar yg Jus buahan sgt popular di bandung. walaupun kedai kecil2 akan ade Jus buahan. Terutama Jus Avocado. Jus Avocado atau di panggil Jus Apukat memang popular kt Bandung. Katanya buah itu murah dan senang untuk di dapati. Saya memesan Jus apukat untuk di minum. Sedap dan pekatnya memang tk boleh d gambarkan. Terasa nikmat nya sgt, dalam keadaan lapar, haus dan agk keletihan , bila minum Jus Apukat hilang semua penat. Memang best !!! .3D pulak memesan Jus Strawberri, Limau Ais , Susu ais dan tea manis..
Dinner pd pkl 2 pg itu sgt lah enak. Kami menikmatinya dengan rasa bersyukur sgt. Kiki meneman kami makan dan bercerita apa lg keistimewaan di Bandung. Sambil makan sambil borak2. Sayangnya kami lupa untuk memesan Satay. Di sana menu specialnya Satay, tp bila dh lapar menu yg berat kami mintk sampai lupe menu yg ringan2 mcm Satay. Tp tkpelah, apa yg ada pun lebih dr cukup buat kami sefamily. Alhamdulillah sgt2. Harga makanan semuanya kalau di ikutkan dalam matawang RM lebih kurang 90 ringgit. Bg saya Harga nya sesuai dengan tempatnya. Kalau d Malaysia restoran yg besar2 gitu harganya dh cecah ratus. Jd bg kami RM 90 ringgit kami makan seramai 6 org dan masing2 minum jus sgt lah berbaloi. Kalau di Malaysia harga nya mungkin mahal la sedikit . Memang puas. Yg penting makanannya sedap dan servisnya bagus. Alhamdulillah.
Selesai saja makan dan bayar , Kami di bawa oleh supir ke Orange Home..
Agk jauh dr tempat kami akn shopping dan ke bandar Bandung nanti.. Jalan nya sempit dan ke dalam. Memang agk susah untuk dapatkan pemandu jika hendak keluar bershopping. Tp saya faham kenapa supir2 bersatu nak menaikkan Orange Home ni.. Bak kata pepatah sy sendiri, " awk untung, saya pun untung , jd sama2 untung..Faham2 la ek apa maksudnya..Kami hanya daftar untuk semalam sahaja, dan decide untuk mencari bilik lain pd keesokkan harinya. Sengaja kami buat mcm tu kerana ingin merasa pengalaman dan suasana di tempat org.. Kalau kt Malaysia ni, Orange Home ibaratnya mcm bilik biasa untuk Family. Kiki agk mengeluh bila saya memberitau harga semalaman dan upah supir untuk satu hari. Kalau dalam 5 hari kami kena belanjakan hampir RM 1500 untuk upah supir dan bilik sahaja, tidak termasuk makan n kos lain jika ingin pergi Ke luar dari Bandung. Harga menetap d Orange Home agk mahal kalau di bandingkan dengan harga bilik d Malaysia . Orange Home ni mcm apartment atau di panggil rumah susun di Indonesia. Harganya untuk satu malam ialah RM 170. Di sini, saya nampak permainan pemilik hotel dan supir yg membawa kami. Supir terutamanya akn dpt komisyen lebih bila bawak customer ke sini. Nasihat saya bg yg nk kesana, hati2 dengan duit anda. Anda tidak sedar yg setiap benda akn di caj oleh supir anda sendiri. Percayalah, anda kena lebih bijak dan berjimat bila di sana. Cajnya hampir sama bila kita di Negara sendiri. Syukur pd Allah kerana pertemukan saya dengan Kiki.. Kalau dia tkde kami tk tau la berapa rupiah lg duit kami melayang mcm angin je. Alhamdulillah..Meh tgk gamba, ada la kami snap skit keadaan rumah susunnya.
Pemandangan di luar bilik.. ade satu kolam besar dan ruang duduk bersantai.
My princess posing berdekatan Kolam besar di depan bilik. Ikan nya pun besar dan banyak.
Papa pun sempat posing jgk..
Lukisan di dinding tempat check in..
Muka tu kan pelik..Hehe2...Excited kot,,hehe
Sekali tgk Orange Home ni tk besar tempatnya, Hotelnya kecik dan bertingkat. Ade ruang makan di sediakan untuk makan pagi. Macam Kafe kecik gitu. Kalau d Malaysia Hotel 1 star yg biasa sgt tp harganya agk mahal bila kita d Bandung. Rata2nya semua Malaysian yg dtg dan menetap di sana. Bila berbincang dan lihat pd gayanya baru la saya faham permainan org2 d Indonesia ni..Cukuplah satu family kami yg tau. Saya sangat pasti bila org malaysia yg tidak tau mana arah tuju dan reference dia sapa atau kawan yg biasa ke sana dan membaca blog2 yg ada memilih di sini. Kalaulah anda semua tau permainannya yg sebenar, kamu semua akn mengeluh dan akn lebih berhati2 bila kesana. Ada ramai yg bersama-sama kami dari Malaysia juga menetap di sini.. Kalau yg datang ramai2 duduk satu bilik mintak d tambah tilam untuk satu malam RM 170 dh murah sbb bayarannya boleh kongsi. Tp kalau family, untuk hotel yg seumpama itu dengan harganya di bandung sebanyak RM170 itu mahal bg kami. Cuba bayang kalau 5 malam..?? Bukan lah kami tidak mampu nk tinggal atau cek in d Hotel 7 bintang sekalipun, tp katanya Bandung itu tempatnya cantik, murah kosnya dan enak makananya. Kalau nk 5 bintang Malaysia pun ada. Jd kami memang besederhana. Konsep kami ke bandung pun untuk Bisnes Vacation. Mana yg boleh berjimat kami berjimat.
Tunggu update seterusnya dari kami Hari pertama kami ke destinasi yg pertama.. Nak tau apa lg yg best2 kami alami dan apa lg yg kami tau sepanjang kami d Bandung ??? Tunggguuu
Hasil Nukilan : Aida Amer