Ahad, 8 Julai 2012

Cinta aku Dan Dia - Episod 3

Cinta aku Dan Dia Episod 3



     

Pandangan aku makin kabur, air mata yg terus menerus jatuh menerjah ke pipi memang tidak dapat di bendung lagi, saat itu juga aku rasa diri aku tiada apa-apa. Semuanya kelam, suram, umpama jasad ku melayang layang terawang awangan. Betapa pedih rasa hati ini, di tinggalkan tanpa sebab yg munasabah. Aku perlukan seribu jawapan untuk ini. Dan aku tidak teragak-agak untuk lakukan apa sahaja untuk aku dapatkan jawapan mengapa Deez tinggalkan aku.

      Selama 4 tahun perkenalan aku tidak pernah sekali pun aku lakukan  sesuatu ,yg boleh buat  Deez marah dan kecik hati. Jd takkan la sebab-sebab kecil Deez boleh tinggalkan aku dengan begitu sahaja, mana janji-janji dia sebelum ni yg ingin jdkan aku " Permaisuri " hidup dia , mana janji-janji yg Deez ingin sehidup semati dengan aku, susah senang bersama dan ayat seribu tahun aku lah tetap di hati .

Mengapa di saat ini ? mengapa di saat aku amat memerlukan kasih sayang dia dan saat aku begitu selesa menerima kasih sayang Deez dan begitu enak di buai rasa, di saat itu lah Deez rentap semua kebahagian dan harapan aku, kenapa di saat aku amat menyintainya dengan setia tanpa ada niat untuk mencuranginya. Tetapi , Deez senang-senang melepaskan aku begitu sahaja,  seolah olah aku tidak penting baginya...






     Kenapaaa ????


    Sejuta persoalan terus menerus menerjah di benak fikiran ku, macam2 yg aku fikirkan sehingga aku buntu mencari jawapan yg pasti. Aku hanya mampu menangis di saat ini. Wajah mak dan ayah bermain di ruang fikiran aku, andai mak ada di situ memang basah baju mak bermandikan air mata aku. Aku melangkah longlai, mengumpulkan sekuat tenaga untuk ku susuri jalan pulang. Umpama angin yg bertiup tiada arah itulah yg ku rasa di saat ini. Entah mana harus ku tuju, semuanya gelap di depan aku.








Tiba-tiba satu suara menyapa aku dari tepi...


 " Assalamualaikum , Boleh saya bantu, ? errkk awk ok ke ? " Susuk lelaki yg aku nampak memerhati aku dari kejauhan, entah bila tiba-tiba berada di tepi aku, Wajah nya yg kacak, badannya yg tegap dan rambutnya yg lurus panjang mencecah bahu membuat aku sedikit terkejut. Dengan rupa aku yg sebegini, aku tidak mungkin boleh berdepan dengan sesiapa, masih lg bercucuran air mata ,  tidak tertahan hiba hati ku , dan aku cuba menyembunyikan, dengan cepat-cepat aku menyapu air mata aku. 


" Wa a laikummusalllam" ..Teragak2 aku menjawab salam si mamat kacak nih, Aku cuba bertenang.


" Maaf lah kalau saya mengganggu awk , saya terpanggil untuk mendekati awk, tp awk, apa sahaja yg awk alami, saya harap awk tabah, awk sabar ya, saya tau awk mampu mengharungi." 


 Panjang pulak si mamat kacak ni berhujah, entah dari mana datangnya tiba-tiba plak muncul, tahu-tahu dah bg nasihat bagai, Sapa mamat nih ?


" Awk sapa ahh ? saya kenal ke ? " berkelip kelip mata aku menahan sebak, Aku cuba tenang..


" Saya Aimee, Aimee Zariff..Saya baru 2 hari pindah sini, dan saya selalu datang bawah pokok sebelah sana bila saya free, cari idea..saya suka melukis,"  aimee memperkenalkan diri.


" Ohh...Thankss " Ringkas sahaja ayat aku untuk Aimee, Mood masih tkde untuk meneruskan perbualan.


" Saya minta diri dulu, " Aku meninggalkan Aimee yg masih lg hendak meneruskan perbualan dengan aku.


" Errrr awk,....  awk Cici kan ? Nur Asyierah Dato Azman " Aimee meneka nama aku, dan aku sedikit terkejut dengan tekaan Aimee.


Langkah aku terhenti seketika bila Aimee menyebut nama penuh  aku, bekerut muka aku kehairanan, aku membatu seketika dan perlahan lahan aku memusing badan aku ke arah Aimee,  sambil menyapu sisa-sisa air mata ku yg masih tertinggal.

" Mana awk tau nama saya ? " Aku kehairanan. Muka aku still berkerut.

" Saya kenal awk,... awk yg tk kenal saya, " Yakin je si mamat Aimee ni menjawab. Muka nya yg cool membuat aku tertanya-tanya, mcm mana dia boleh kenal aku,, ?? Sebut nama penuh plak tu, tk pernah di buat orang.,.

" Takpelah, take your time, nanti  bila awk dh ok,  tegur-tegur lah saya, maybe kita boleh sembang." Aimee merenung aku sambil tersenyum manis.

    Aimee meyakinkan aku,  yg dia kenal sapa aku, dan bila di fikirkan balik , aku jd pelik, baru masuk Kolej 2 hari, dan mengaku yg dia kenal pulak aku sapa, hurmmm, yg kusut makin kusut, Aku cuma mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan Aimee yg melambai perlahan pd aku. Aku berlari ank ke tengah padang dan menuju ke kereta, Perasaan bercampur baur , hanya Tuhan saja tau apa yg aku alami sekarang, Aku perlukan kekuatan, dalam hati , " Deez, kenapa Deez buat Ci mcm ni ? Apa salah Ci Deez ???? "

"Tolong lah aku Ya Allah !! Bantu lah aku menghadapi ujian ini, sesungguhnya segala jiwa dan raga ku serahkan pd mu Allah, sesungguhnya kau lah sebaik baik penentu jalan. " Ku pecut kereta dan terus balik ke rumah.



" Cici, Cici, bukak pintu ni sayang, mak dh sediakan makanan, Cici, jgn mcm ni, bukaklah pintu ni." 

       Ketukan pintu yg bertalu talu dari mak, buat aku tersedar dari tidur, entah bila aku tertidur pun aku tk tau, yg aku ingt sampai sahaja di rumah aku cepat cepat naik ke bilik dan terbaring menangis , rupanya aku tertidur , sejak balik dr Kolej petang td, sampai malam aku berkurung dalam bilik dan tk keluar-keluar, mak dah naik bimbang. Aku biarkan sahaja pintu di ketuk, aku tidak hiraukan lansung panggilan mak. Sampailah mak berhenti.

        Aku biarkan diri aku hanyut di lamun perasaan. Sedang aku hanyut  dengan tekanan perasaan, aku terpandang Al Quran yg berada di atas " Raha" terletak cantik di sudut solat, Dengan  pantas aku berwuduk  dan tunaikan apa yg tertinggal. Doa aku teriring dengan air mata..Aku pasrahkan semua pd Allah yg satu. Kitab suci itu aku baca satu demi satu ayatnya dengan penuh penghayatan. Sekejap saja hati aku kembali tenang. Doa doa ku tertumpu pd ketenangan dan kekuatan, entah mengapa aku rasakan cinta itu lebih penting dr segala gala di saat ini, dan aku amat lemah. Alhamdulillah dengan alunan bacaan Al Quran . hati aku kembali tenang  berbanding sebelum.

Sehabis bacaan Ayat2 suci Al Quran, dan berdoa,  aku kemaskan kain sembahyang dan aku simpan Al Quran ke tempat yg sepatutnya. Perut pulak tk terasa lapar lansung. Setitik air dan semulut makanan tidak ku sentuh dari petang sampai ke malam..

Tiba-tiba bunyi pintu ku di ketuk lagi. Tidak lain tidak bukan, mesti mak.

" Cici, bukaklah pintu ni Ci, mak nak cakap, " Kesian pulak aku dengar mak tk jemu2 mengetuk pintu,

Aku bangkit dari katil dan  menyelak daun pintu, Bila saja ku terpandang muka mak, tk semena mena air mata aku jatuh deras tanpa di minta, cepat2 aku peluk mak, mak memeluk aku erat sambil mengusap usap rambut aku..

" Cici, apa pun yg berlaku, mak doa yg terbaik, kalau nak kongsi, boleh cerita kat mak, mak kan mak cici, tkde rahsia yg cici tk pernah tk bgttau mak, tenang ci, ci kan tabah, "

Mak memberi semangat pd aku, esak aku makin deras, makin lama makin deras, mak cuma mengurut belakang aku dan mengusap rambut aku supaya lega, mak menarik aku masuk ke dalam bilik, kami duduk di atas katil . Mak biarkan aku menangis,



" Ci, mengucap nakk..Istighfar banyak2, tkde benda tk boleh selesai, apa masaalah ci ni ? cuba ci cerita kat mak, " Mak cuba menyelidik.

" Mak.,.." tersekat sekat suara aku, " Deez dah tinggalkan Ci, Deez dh putuskan hubungan dengan Ci, apa salah Ci mak ? " tersekat sekat aku menahan esakkan.

" Astaghfirullah, bila ci ? " mak terkejut.

" Petang td mak, Ci tk tau kenapa Deez mcm tu, selalu Deez tk macam tu mak." aku menutup muka aku depan mak, malu tambah pilu bila berdepan mak sendiri.

Mak menarik tangan dari mukaku, sambil menyapu air mata aku mak merenung tepat ke muka ku. 

" Ci, setiap yg berlaku ada hikmahnya, mak pasti ada sbb dia buat mcm tu, Doa pd Allah banyak2 ci, kalau ada jodoh ada lah, " Ringkas ayat mak, Mak nampak tenang, tp dalam hati mak aku tahu, mak mesti sedih bila tengok aku macam ni. Aku cuba mengawal perasaan aku, aku istighfar dan selawat, dan ternyata, aku tenang. Pandangan mak sayu, tiba2 air mata jernih terbit dan jatuh dari pipi mak..Aku terkejut tgk mak nangis,

" Mak, mak jgn nangis mak, Ci mintk maaf, ci tk niat nk buat mak sedih..Mak, maafkan ci, " Aku memeluk mak..Hati aku tambah pilu, Berat ujian mu Ya Allah, tp aku harus dan mesti tempuhi, walau apa sahaja aku mesti..!!! Ikrar aku dalam hati..Kami saling berpelukan, Angin malam menghembus rambut ku, Namun aku tidak merasa kesejukan malam, yg ku rasa  hangatnya pelukan mak, Jiwa aku tenang..Malam ku biarkan berlalu, Aku pasrahkan semua padaNya, semoga Allah tunjukkan jalan buatku.

" Salam..Awk apa khabar ? sihat ? selamat solat subuh "  Terkejut aku sms yg aku terima pg2 sebaik sahaja aku menunaikan solat subuh. Bila kubaca, tidak ku kenal no sape yg tertera di hphone aku, Aku kehairanan.

" Ni sapa ? " Aku membalas.

" Saya Aimee, " Si Mamat kacak ni lagi,  Mana dia dapat no phone aku pun aku tk tau lah, kenapa di saat mcm ni dia muncul, ? apa sebenarnya ? Fikiran aku bercelaru, sengaja aku tidak membalas sms si Aimee, aku biarkan begitu sahaja.

" Maaf kalau saya ganggu, Semoga hari ni awk ceria, " Aku baca dan aku biarkan  sms Aimee, aku kembali baring, malas ke kolej, kepala aku masih lg pening, mungkin akibat kuat menangis.

" Cici, cici, bangun sayang, cici tk gi kolej ke ? "

Mak mengetuk pintu mengejutkan aku ke Kolej, tapi kepala ku rasa berat, kaki plak terasa lemah,

" Cici, kenapa tk bangun lg, ? dah lewat ni, " Mak membuka pintu bilik dan menyingkap selimutku,

" Cici tk nak gi Kolej la mak, " Aku memegang kepala ku yg main berdenyut,

" Eh...Cici, badan cici panas ni, cici demam la.." Mak sedikit terkejut menjamah dahi aku, muka mak risau.

" Ah.. ? yeke ...tkdelah mak, cici ok je.." Aku cuba mengelak , bimbang mak dh mula risau.

" Cici, ci demam, nanti mak ambik ubat ya, hari ni ci tk payah gi kelas, rehat la ya.,"

      Mak berlalu meninggalkan aku, mak membawa ubat untuk di telan. Mak menyelimuti aku dan mengusap-usap kepala aku, di ambiknya kain yg lembab dan di letakkan ke atas dahi aku, Sayang mak pd aku, Aku kesejukan, kepala pusing, satu badan lemah. Doa aku semoga cepat sembuh, tidak kusangka, penangan semalam sampai aku demam. Arghhhh...aku lemahhh...!!

2 hari aku tidak ke Kolej, hari ketiga aku rasa dh sihat dan boleh meneruskan pengajian mcm selalunya. Aku cuba kuat untuk berdepan dengan Deez, walau hati ini masih sakit dan menuntut seribu jawapan, hajatku mesti mengetahui apakah yg sebenarnya di sebalik semua ini, Kalau benar Deez ade yg lain biarlah dari mulutnya sendiri yg beritau dia dh ade pengganti aku. Aku redha kalau itu lah yg terjadi, cuma aku hairan kenapa tiba2, begitu mudah insan lain yg menggantikan tempat aku begitu sahaja. Argghh,,,, Aku menunggu saat untuk bersemuka. Aku capai kunci kereta dan memecut laju. Semoga hari ni aku dapat bersemuka dengan Deez. Berilah aku jawapan.

  Suasana kelas mcm biasa, sebaliknya ,hati aku yg tidak tenang, aku banyak termenung, sampai Cik Kam yg tk pernah tegur aku, perasan dengan perubahan aku. Aku rasa kosong, fikiranku tertumpu pd Deez, aku menunggu lunch hour, memang aku akn cari Deez..Aku kena semuka..

Aku menuju ke kafe, dan terserempak dengan jac , Jac baru sahaja lepas lunch dengan geng2 dia.

" Jac, kau ade nampak Deez tak ? sambil meninjau ninjau dalam kafe.

" Errrr, td aku nampak Deez makan dengan Geegee, " suara Jac agk terketar ketar, rupanya satu kolej dh tau yg aku dh di tinggalkan oleh Deez, malah ade yg tk senang hati dengan hubungan aku dengan Deez happy bila tau Deez dh putuskan hubungan kami, Aku malu, malu di perlakukan macam ni, apa salah aku ?? gelaran Pasangan serasi tidak lg milik aku, aku tertunduk bila Jac bgtau Deez sedang seronok2 makan dengan Geegee, terasa seolah aku di perbodohkan, Cepat2 aku ke bilik air, air mata aku tk tertahan.

" Cici " Jac menjerit memanggil, dia berlari ank mengikut aku.

Hancur luluh hati aku, sepanjang aku tidak ke kolej, dan sepanjang Deez putuskan hubungan kami, sepanjang itu jgk lah Deez tidak menghubungi aku, usahkan call , sms jauh sekali, Kenapa kerasnya hati mu Deez ? sanggup Deez buat ci mcm ni, esakkan aku makin deras, jac hanya memelukku dari belakang, dia seakan mengerti apa yg aku alami. Aku Lemah...Tolong aku Ya Allah...Berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini..Hati aku sakit, sakit yg hanya aku sahaja yg tahu. Betapa bodoh rasa diri aku, mempercayai Deez selama ni, Mengapa ?? Kenapa ??


" Jac, kenapa Deez buat aku mcm ni, ? " esakkan aku makin kuat, Jac hanya menunduk, hanya itu yg mampu dia lakukan. Aku cuba untuk tabah dan tenang. Harapan aku biarlah aku kuat untuk hadapi semua ini, dan bg ku bukan senang. Aku mesti kuat..!! Aku berlari keluar dari bilik air dan balik ke kelas, dalam tengah aku berlari ank, tiba2 aku terlanggar susuk tubuh seseorang, beg sandang aku jatuh,

" Opsss,, sorry, maafkan saya, saya tk sengaja, " Suara aku terketar-ketar dan agk resah , ianya memang salah aku..Satu fail jatuh,  lukisan2 skecth dan potret bertaburan, aku mengutip semua nya dan cepat dan aku susunnya dengan teratur. Bila saja aku dongak untuk memberi semua kertas2 lukisan itu, satu senyuman manis di lemparkan pd aku, dan aku rasa, aku  kenal dengan senyuman manis itu.

" Aimeee ?...

" Cici "  ?   Serentak menyebut nama masing2, aku sedikit terkejut dengan kebetulan ini, malah aku sama sekali tidak menyangka org yg aku langgar, ialah si mamat kacak yg kenal sapa diri aku. Belum lg settle masaalah aku, timbul lg masaalah baru, Aimee hanya tersenyum  memandang sambil memegang semua lukisan2 dia yg berada di tangan aku.


" Saya mintak maaf, saya tk sengaja"  Aku cepat2 bangun dan cepat2 berlalu, seboleh bolehnya aku ingin menjauhkan diri aku dari Aimee, Ini bukan masanya dia hadir di saat aku sedang begini. Aimee mengikut aku dari belakang.


" Cici , Tungggu,,"  Aimee  mengejar ku dan cuba membuat langkahku terhenti.


" Jangan ganggu saya !! " aku  mengelak, kenapa la ketika aku tengah sedih dan nangis, si mamat kacak ni muncul ? 


 Aimee ttp tidak putus asa, dia berlari di depan aku, tindakan yg agk drastik di buat oleh Aimee, aku berhenti btul2 di hadapan nya.

" Aimee, awk nak apa dari saya, ? saya tk kenal awk sapa dan saya tak nak awk ganggu saya, so please !! jangan ganggu saya lagi, " Aku tegas dan cuba mengingatkan Aimee yg aku benar2 tk suka dengan caranya. Bagi aku ianya sangat drastik, aku  tengah sedih dan masih dalam seribu macam pertanyaan, datang pulak si Aimee, menambahkan lg kekusutan . Yg penting bagi aku di saat ini ialah jawapan dari Deez, yg lain2 bagi aku tk penting.

   Tengah2  berdepan dengan Aimee, tiba2 mataku tertumpu ke arah hadapan. Aku terpandang Deez dengan Geegee berjalan berduaan, tangan geegee dalam pautan tangan Deez, sangat mesra dan gembira, seolah olah dunia ni hanya diaorg yg punya, Perasaan aku ketika itu seperti di tampar tampar, aku rasa bodoh lg di perbodohkan, Jelas di depan aku yg Deez bermadu kasih dengan Geegee, mengapa ?? Aku ni sapa bg Deez ? Kesabaran aku dan tk tertahan lagi.  Dengan pantas aku tinggalkan Aimee di depanku dan meluru ke depan, aku menarik geegee  dengan keras..Pegangan tangan geegee dan Deez terlepas. Deez dan geegee terkejut dengan tindakan aku.

" Heeiiiii... apa kau buat ni ?? " Geegee menjerit pada aku, matanya terjegil bulat. Marah yg tgn nya di tarik dari Deez.

" Ohhhh...sbb ni la kenapa awk putuskan perhubungan kita ?? Sampai hati  Deez, sanggup tinggalkan Ci sbb perempuan lain,"  air mata aku nak jatuh tp ku tahan, aku cuba untuk kuat, apa2 pun aku harus hadapi apa sahaja yg terjadi. Dan aku hanya  akn puas hati bila semua persoalan aku  terjawab.



" Pinnggggg..." tiba2 hinggap satu tamparan hinggap ke pipi  aku yg mulus, Deez telah menampar aku, Mukanya yg marah memandang aku dengan tidak puas hati, Serta merta aku rasa lutut ku longlai, muka aku merah padam, tk pernah Deez buat mcm ni pd aku. Selama 4 tahun perkenalan aku dengan Deez, Deez tidak sekali kali " letak tgn"  ke badan aku apa lagi ke pipi aku, bgnya lelaki pukul perempuan adalah
 " Dayus " . Tetapi semuanya sudah berubah, Deez sekarang bukan Deez yg dulu, begitu cepatnya Deez berubah. Dari seorang yg lembut, baik dan peyayang, bertukar menjadi seorang yg sangat teruk bg aku, semuanya kerana tindakan aku sebentar td..Salah kah apa yg aku buat td ?? Dek kerana menarik tgn Geegee,  aku di tampar ?? Air mata aku tidak henti2 mengalir, aku tewas dengan tamparan dari Deez,Dalam tengah2 menangis, Aimee meluru mendapatkan aku, dia dengan pantas menolak Deez,


" Kalau ya pun, nak lawan, laki sama laki la,, apa kes pukul perempuan !! " . Aimee menarik aku ke pangkuannya dan menolak Deez ke tepi, Deez terkebelakang kerana di tolak Aimee, aku tengok Deez agk lemah bila di tolak, dan terbatuk batuk, 


" Belum lawan dah nk jatuh ? , kalau kau ganggu cici lagi, kau siap !! " Aimee cuba membela nasib aku,  Jari telunjuknya di acukan ke muka Deez tanda memberi amaran.  Aku lihat Deez tertunduk dan aku ternampak ada genangan air mata di kelopak mata Deez. Mukanya merah padam  menahan tangis. Deez tidak melawan Aimee, Deez cepat2 menarik geegee berlalu dari situ, seolah olah hendak menyembunyikan genangan air matanya. Terdetik rasa pelik di hati aku, kenapa dengan Deez ? Menangis ? Adakah Deez menangis sbb kena marah kt Aimee atau menangis sbb dia menampar aku ?? Aku dapat rasakan sesuatu di sebalik semua ini. Aku pelik..


Mengapa Deez ?? Kenapa Deez buat mcm ni ? Adakah semua ini kehendak Deez atau dia di paksa berbuat begini ??? Argghh...Beri aku jawapan..


Apa sebenarnya yg terjadi pd Deez ? mengapa Deez putuskan hubungan dengan Cici ? dan bagaimana Cici menerima keadaan dirinya setelah apa yg di lakukan oleh Deez ? Tunggu sambungan " Cinta aku dan Dia " episod 4 nanti...




Di larang sama sekali mencetak atau mengcopy ke blog2 lain dan mana2 saja untuk tatapn pembaca2 melainkan dari blog saya sahaja. Sebarang pelanggaran hak cipta akn di ambil tindakan undang-undang.

Watak-watak tiada persamaan sama ada dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia. 




Hasil Nukilan : Aida Amer

5 ulasan:

Cyew Alissa berkata...

Kesian kat Cici ... Best cerita ... Mama boleh jadi penulis novel nie

Fiqra Ayesha berkata...

best la crta mama..:)
mama dah boleh jd penulis novel ni..

Aida C Daud berkata...

thanks..tunggu episod 3 ya

9 berkata...

Best betul cite Mama nie... Nanti kalau Mama jadi penulis novel, saya akan beli novel Mama banyak2...

Aida C Daud berkata...

thanks..jgn lupe episod 4