Jumaat, 13 Julai 2012

Cinta Aku Dan Dia - Episod 4

Cinta aku Dan Dia Episod 4



     Aku melihat dengan air mata yg tk henti2 jatuh dari pipi ku, langkah Deez dan Geegee makin hilang dari pandangan, rupanya bukan aku sahaja yg menyaksikan  drama yg baru saja berlaku di depan ku td, ramai bdk2 kolej yg aku kenal dan tidak ku kenal turut sama menyaksikan drama pd petang itu. Aku malu, malu di perlakukan sebegini, apa salah ku ? apakah dosa ku ? aku tidak menyangka ini akn berlaku, sama sekali aku tidak menduga, selama hidup aku,  tidak pernah sekali hinggap tamparan dari sapa2 pun ke pipi mulus ku,   takkan ada dan tidak pernah, sekalipun dari mak dan ayah aku. Tambah2 lg Deez, memang takkan sekali kali, dia berbuat begitu, tampar kucing pun dia tk sanggup inikan org yg pernah  dia sayang...Ya Allah, hebatnya dugaan mu, apakah sebenarnya ???

     Aimee menarik lembut tangan aku, dia memimpin aku cepat2 berlalu dari pandangan ramai, nampak ke prihatinan dia pada aku, Jac dan yg lain2 di tinggalkan kami berdua. SEmua yg ada turut bersurai, tk kurang ada yg mengeleng kepala melihat kejadian td, Entah kenapa , aku biarkan saja Aimee menarik tangan aku,  Aimee memimpin aku , dan aku  ikut kemana saja Aimee melangkah. Tahu2 aku sudah berada di bawah pokok tempat aku selalu jumpa dengan Deez. Setibanya aku di bawah pokok,  baru aku tersedar yg aku di tarik oleh Aimee, aku cepat2 melepaskan pegangan tangan aku dari Aimee.







" Errr,, apa yg awk buat nih ? " aku menyorokkan tangan ku di belakang, aku agk marah dengan tindakan Aimee memegang tgn ku td,

" Maafkan saya Cici, saya cuma nak buat awk ok je, awk nampak teruk sangat, awk ok ke ? "
Aimee cuba menenangkan aku.

" Apa !! awk kata saya teruk , memang saya teruk dan saya tk mintk pun awk tolong org yg teruk mcm saya, awk boleh balik lah,..!!!

   Aku agk bengang bila Aimee cakap aku teruk, emosi aku dalam keadaan yg tidak stabil, perasaan marah, sedih dan terkilan bercampur baur semuanya, Jawapan yg aku hendak tp persoalan yg masih timbul, makin aku mahukan penyelesaian antara aku dan Deez makin aku tertekan dengan keadaan ini. Aku hilang sabar dan tidak boleh menahan kemarahan sekarang, Aimee pulak yg jd mangsa aku..Arghhhh...






" Tak, tak,,,maksud saya bukan teruk mcm tu, errrr errr muka awk nampak teruk sbb nangis, " Aimee rasa bersalah dan salah habah melihat aku marah.

" Hah....apa !! awk cakap apa ??? saya benci awk lahh....awk ni penyibuk tau tak, saya tk nk tengok muka awk lg, tolong jgn ganggu saya laa !!! "

Aku marah dengan Aimee, entah kenapa aku pusatkan seluruh kemarahan aku pd Aimee, Aku dh hilang arah dan kawalan, payah jugak aku  nak marah org sebelum ni, aku banyak sabar dan buat tak tau je kalau ada yg sengaja nak cari pasal dengan aku, tp dengan Aimee aku jd geram..Aku marah sangat, semua sbb Deez..Aku cuba mengawal perasaan aku, aku tarik nafasku dan ku hela nafas ku panjang2. Tak cukup dengan itu aku cuba beristighfar, aku tutup mata aku dan aku cuba tenang...Tamparan itu menghantui aku. Aku menjerit kuat2, ibaratnya, satu padang suara aku bergema. Aimee cuba  menjauhkan diri dari aku, aku  berperang dengan diri aku sendiri,  Aimee agk terkejut melihat aku . Lidahnya kelu, aku tengok dia terdiam. 

" Pergi lah, saya tk nk tengok muka awk !!! "

 






 Aku menolak Aimee sampai Aimee terjatuh, Aimee membiarkan sahaja aku memperlakukan dia sebegitu, Aimee faham yg aku dalam keadaan " sesuatu " sekarang, perlahan lahan dia bangun mengutip kertas2 yg bertaburan  dek di tolak aku, Aimee meninggalkan aku, renungan matanya sayu memandang , pandangan matanya tajam, aku dapat rasakan ada sesuatu melalui renungan mata itu..Aku puas, puas dapat buat Aimee begitu...Tiba2 pandangan ku kabur, kepala ku berpusing, seluruh pandangan ku gelap..Gelapp....

     Aku cuba membuka mata aku, samar2 aku melihat Mak, Ayah dan Aimee berdiri sebelah katil tempat aku terbaring, aku pandang sekeliling, tempat itu sangat ku kenal, aku cuba untuk bangun, tp badan aku terasa lemah. Aku tak sedar apa yg terjadi, yg aku tahu , sekarang aku berada di Hospital. Terkejut bila aku lihat Aimee bersama sama mak dan ayah.



" Ci, Ci pengsan td, nasib baik Aimee ada, dia la yg hantar ci ke hospital, kalau tak, apa lah yg jadi nanti."

Mak mengusap dahi aku perlahan lahan. Aku palingkan muka aku dari Aimee, hati aku terdetik rasa bersalah yg amat, tk sepatutnya aku lemparkan seluruh kemarahan aku pd Aimee, Kesian Aimee biarkan aku lakukan apa saja padanya. Aku tak sanggup tengok muka dan matanya. Pandanganku ku palingkan  ke arah lain.


Ayah mendekati dan memegang tangan aku, 

" Ci, Doc cakap ci tkde ape2, cuma tekanan darah ci rendah, ci kena banyak berehat, ci rehatlah ya, ayah tk nak tengok ci macam ni, "

    Sayangnya ayah dan mak pada aku, kasih sayang ayah dan mak tidak berbelah bahagi, airmata aku tiba2 mengalir, rasa sebak menyelebungi aku. Aku menyembunyikan perasaan aku, aku tak mahu ayah tahu pasal aku dan Deez. Aku tak nak ayah pulak sakit bila tahu pasal aku dan Deez, biarlah aku buat2 gembira dan takde ape2, Aku tak nak ayah sakit, aku tak mahu !!.

" Oh ya Ci, lupa pulak ayah nk perkenalkan, ni anak kawan baik ayah, AImee, Aimee cakap yg Ci dan dia dh saling kenal, betul ke ? "

      Ayah memandang aku dan AImee, terkejut aku , bila ayah perkenalkan Aimee, ayah menarik Aimee dekat dengan katil aku. Patutlah Aimee tahu nama penuh aku, dan kenal sangat dengan aku, anak kawan ayah rupanya. Aku nampak Aimee senyum kelat, mukanya senyum tp senyum paksa, mungkin masih takut dengan aku, aku nampak dia cuba untuk jauh dari katil aku, sikapnya yg sedikit cemas buat aku nk tergelak,  lucu pulak rasa, dah mcm tikus takut kucing pulak.. Hati aku sedikit terubat dengan gelagat Aimee..terukir senyum kecil di bibir ku. 


" Ci rehat la ya, abang, biarlah cici dengan Aimee kt dalam, jom la kita keluar.."

 Mak mengajak ayah keluar, nampaknya mak bg peluang pd Aimee untuk berbual dengan aku. Mungkin mak cuba untuk merawat hati aku yg masih kecewa di tinggalkan Deez, mak memandang aku dan Aimee, mak menarik tangan ayah keluar, dan satu senyuman manis di lemparkan pd aku. Ayah mengikut mak dan mengangguk pd Aimee. Tanda ayah merestui Aimee bersama aku seketika.

" Errrr,, errr maafkan saya, saya tak sengaja dokong awk, saya tengok tiba2 awk jatuh, jd saya cepat2 la pangku awk dan bawak awk ke hospital, risau saya kalau jd apa2 pd awk, saya tak sanggup dan takkan maafkan diri saya sampai saya mati. "

    Panjang Aimee berbicara, mukanya yg agk pucat dan teragak agak cuba menjelaskan apa yg terjadi di bawah pokok td..Aku hanya memandang gelagat Aimee. Aku biarkan dia berkata kata. Aku hanya membatu.

" Lepas saya hantar awk ke Hospital, saya call mak awk dan ayah awk, saya ambik no tu dari hset awk, sorry la saya on hset awk tanpa mintak kebenaran awk dulu, saya terpksa, saya cemas, tk nk mintk dengan ayah saya, jd saya search je la dalam hphone awk..seb baik jumpa, maaf ya awk."

       Aku meninjau pandangan aku ke arah luar, melalui cermin ku lihat ayah dan mak tengah berbual bual dengan Doctor, mungkin doctor inilah yg merawat aku sebentar td. Aku kembali merenung AImee, Aimee masih berada jauh dariku. Mukanya yg serba salah dan kerisauan tidak boleh di sembunyikan. Jauh di lubuk hati aku, sebenarnya, aku amat bersyukur sebab Aimee menyelamatkan aku dari semua yg berlaku td, baik dari Deez dan semasa aku pengsan bawah pokok td.

        Tengah2 terfikir, Entah mcm mana tiba2 aku teringat kembali peristiwa petang td, aku jamah pipi ku yg kena tampar, dan aku gosok perlahan lahan, air mata aku tumpah lg ke sekian kalinya. Aimee mendekati aku dan cuba untuk menenangkan aku, dia menyentuh bahu aku dan  menepuk perlahan lahan, aku teresak esak, aku palingkan muka aku ke arah lain, teringat pulak yg Aimee cakap muka aku teruk bila menangis, aku malu..Aku cuba bertenang, cuba berhenti dari terus menangis, aku tarik nafas dalam2, Hati aku menyebut Allahuakbar..aku istighfar banyak kali dan tangisan ku makin hilang.

" Eh2,, Ci cuba awk sentuh pipi awk belah kanan, " Tiba2 pulak si Aimee menyuruh aku sentuh pipi aku yg sebelah lg,

" Awk perasan tak ? apa awk rasa bila awk sentuh pipi awk tu ? Aimee memandang tepat ke muka aku. Renungan matanya tk berkelip. Reaksi mukanya agak cemass,..konon nak buat suprise la...












" Pipi awk bulat dan comell, cuba awk senyum , kalau awk senyum, mesti tambah bulat dan laaaaaagii comell.." Aimee cuba memujuk aku, dia tersenyum lebar, aku menyentuh pipi belah kanan, hati aku sedikit terubat dengan lawak dan pujukan Aimee.,terukir senyum kecil di bibir ku, aku hanya memandang Aimee dengan pandangan yg kosong. Aimee tertunduk mengeluh, seakan putus harap melihat keadaan aku. 


" Errr..saya mintk maaf sekali lg Ci, kalau awk sedih sbb saya , saya tk kan ganggu awk lagi, saya mintk diri dulu " 


   Aimee meminta diri untuk pulang, nada suaranya mcm merajuk, aku biarkan sahaja Aimee meninggalkan aku, ku lihat aimee keluar dan bersalaman dengan mak dan ayah, aku jugak lihat ayah menarik tgn aimee supaya jgn balik dulu, tp Aimee berkeras hendak balik, ku hanya mampu memandang, memang jiwa ku hanyut, perasaan ku hilang, entah ke mana, semuanya seakan tidak penting dan bermakna bagi aku. Aku cuba memejam mata , aku pohon supaya hati aku tenang. Biarlah aku rasakan ketenangan walau seketika. Itu sudah memadai bagi aku. Aku hanyut...


" Dato, rasanya cici dah boleh keluar, dah 2 hari dia menerima rawatan, ubat2 jgn lupa makan, kasi dia ada tenaga balik, "


Aku memandang Doc hasyim, doc hasyim memang doc ayah, apa2 sahaja masalah kesihatan , dialah tempat rujukan ayah, Kesihatan aku makin baik, Migrain aku makin kurang, dengan bantuan ubat ubatan yg di bekalkan sakit aku makin baik, Dan aku boleh meneruskan rutin aku mcm biasa, yg pastinya satu2 nya yg masih tidak baik adalah perasaan dan jiwa aku, jiwa aku masih sakit, sakit mengenangkan Deez. 

    Sepanjang aku berada di Hospital, dia tk pernah bertanya khabar,  pernah juga aku dengar, org2 kata, kalau pasangan yg  putuskan hubungan, tk semestinya pasangan kita akn terus melupakan, mungkin dia boleh anggap kita sebagai kawan, tk kurang juga yg masih mengambil berat walaupun dah tidak ada sebarang ikatan , tp, Deez lansung tidak berhubung dan bertanya khabar tentang aku, mungkin jgk dia tak tau aku sekarang menerima rawatan di hospital. Setahu aku ,tak mungkin kalau tak tahu, setiap berita hangat mengenai aku akn cpat tersebar. Dan aku masak sangat dengan bdk2 Kolej. Kalau jac tau, mesti satu Kolej akn tau. Bila di fikirkan balik , hati aku tambah sakit, geram, marah, bengang dan segala macam perasaan aku rasa tika ini..Dan satu je yg pasti, Bagi aku, Deez memang jahat dan memang dh lupakan aku. Arghhhh... Sampai hati Deez..!!! Aku benci kau Deez..!!


   Ku biarkan perasaan aku hanyut dengan begitu sahaja, jika aku ikutkan akn merana badan, biarkan keadaan dan masa  menentukan segala galanya. Dan aku pasti akan ada jawapan bg semuanya ini. Aku menunggu saat itu, dan aku akn hadapi semuanya walau apa yg mendatang, Ku di peluk oleh mak dan ayah ke kereta, terasa jauh perjalanan aku pulang ke rumah, aku perlu rehat yg panjang, biarlah hati aku betul2 tenang, baru aku akn kembali ke kolej. Doaku , " Ya Allah berilah ku ketenangan."


      Dalam aku hanyut melayan perasaan, teringat aku pd Aimee, entah mengapa wajah dan senyum dia bermain main di ruang mata aku, perasaan kesian bercampur kesal atas apa yg aku lakukan pd Aimee, aku yg buat Aimee jd bersalah, aku juga yg buat Aimee nampak menyibuk, aku aku dan aku..Entah kenapa aku dapat rasakan ade sesuatu dengan Aimee, kenapa dia muncul di saat aku tengah ada masalah dengan Deez, 


   Mungkin jugak ayat " Allah menarik sesuatu sebab ingin menggantikan dengan yg lebih baik," itu boleh di guna pakai ketika ini ?  Adakah Aimee pengganti Deez ? Arghh, tidak mungkin,  aku takkan senang2  menerima lelaki, setelah di kecewakan, aku perlu masa untuk sembuh. Tp mcm mana keadaan Aimee, adakah dia ok ? dia pun tk menjenguk aku sepanjang 2 hari aku di Hospital, malah Hset aku lansung tidak berbunyi waima pesanan ringkas sekalipun, mungkin Aimee ingt pd kata2 aku, " jangan kacau aku lg," Sebab itulah  Aimee mengambil tindakan mendiamkan diri, tp hati aku tak sedap, aku boleh rasakan ade sesuatu .   Mana awk Aimee ? tiba2 aku jd tk tentu arah, aku gapai phone ku dan ku hantar sms bertanya khabar, 


" Salam, maaf ganggu, awk ok ke ? sihat ? " 


Aku tidak menghiraukan tanggapan  Aimee pd aku, yg penting sekarang,  aku nak tau Aimee ok atau tidak itu je. Baru hati aku lega. Lama aku hantar sms, tp tk berbalas..memang jd tambah pelik, selalunya aku yg tkkan peduli sms Aimee tp keadaan dh jd terbalik..Hurmmm..aku mengeluh. Mungkin aku akan mintak maaf dengan Aimee dkt kolej nanti, mintak2 la Aimee maafkan aku, maybe dia boleh jd kawan aku yg paling baik di masa akn datang atau pengganti Deez ?? argghhh..Jawab la Aimee. Hati aku resah...Salah habah dan tiba2 aku fikir macam2.. Mintak2 Aimee ok...


  Tiba2 tengah aku sibuk melayan keresahan, Telefon mak berbunyi...

" Trittttt triittttt, Waalaikumusallam..  " Datin Tiyah, ya.. Hahhhh ?? Masyaallah, ye ke ni.." .Mak cemas,
 nanti saya dan suami ke sana ya, Ya Allah, datin banyak sabar yew, Doa yg baik2,....Insyallah tkde ape2, "

Aku jd risau,

" Ada apa mak, " hati aku tiba2 terdetik pd Aimee, entah kenapa aku dapat merasakan sesuatu, biasanya hati aku tak menipu..

" Aimee bang, kite kena ke Hospital sekarang jugak, " Mak memandang ayah, ayah agk terkejut mendengar berita yg tidak di sangka itu,

" Astaghfirullah, kenapa ? " Ayah membuat pusingan U menuju ke Hospital tempat Aimee di masukkan, ayah memecut laju,

Aku terdiam, dalam hati Allah saja tau betapa risaunya aku, Ya Allah selamatkan lah Aimee, aku mesti jumpa dia, aku nak mintk maaf, aku takkan maafkan diri aku kalau apa2 jd pada dia...Ya Allah, tolong Ya Allah...

" Ayah cepat ayah " Aku plak yg tk sabar, Arghhh....mengapa, ? baru sahaja aku bukak hati aku untuk menerima seorang kawan, Aimee Maafkan saya !!! perasaan aku makin resah....walau apa2 yg jd selamatkan lah Aimee ya Allah....!!!..tiba2 air mata aku jatuh lg..

Apa sebenarnya yg jd pd Aimee ?? Adakah Aimee selamat ?? Argghhhh....tunggu sambungan seterusnya Episod 5 " Cinta Aku dan Dia " .


Di larang sama sekali mencetak atau mengcopy ke blog2 lain dan mana2 saja untuk tatapn pembaca2 melainkan dari blog saya sahaja. Sebarang pelanggaran hak cipta akn di ambil tindakan undang-undang.

Watak-watak tiada persamaan sama ada dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia. 
 




Hasil Nukilan : Aida Amer



1 ulasan:

Amirah. berkata...

t hadoi,, buat suspen . tpi cerita ni mmg terbaekkk !! hehe