Selasa, 19 Jun 2012

SIFAT-SIFAT ISTIMEWA MAKHLUK DI SEKELILING KITA


Tahukah kamu hidupan-hidupan yang kamu lihat setiap hari mempunyai sifat-sifat istimewa?
Setelah mejadikan bumi, Allah telah mejadikan banyak hidupan di dalamnya. Terdapat hidupan selain daripada manusia di planet ini. Iaitu haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Di dalam bahagian ini, kami akan cuba menerangkan keajaiban sebahagian daripada haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini. Sebahagian daripadanya adalah haiwan-haiwan yang kamu lihat setiap hari ketika keluar bersiar-siar, bermain di halaman atau ketika duduk di atas batu. Mungkin kamu tidak pernah memikirkan tentang keunikan sifat-sifat haiwan ini.
Apabila Allah mejadikan manusia, Dia menganugerahkan mereka beberapa sifat yang menyebabkan mereka sentiasa mengingati-Nya. Sebagai contoh, kamu dapat melihat gambar seorang manusia dan seekor nyamuk di dalam halaman ini. Nyamuk beratus-ratus kali ganda lebih kecil daripada manusia. Tetapi, manusia tidak dapat melindungi dirinya daripada nyamuk ketika tidur di atas katil. Apapun yang dilakukannya, dia tidak akan dapat menghalang nyamuk daripada menggigitnya. Allah telah mengugerahkan nyamuk banyak sifat-sifat istimewa, walaupun ia jauh lebih kecil daripada manusia. Tujuannya adalah supaya manusia memikirkannya. Dia mahu mereka mengetahui bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa, walaupun untuk melawan seekor nyamuk, tanpa kehendak-Nya. Dengan cara ini, manusia akan menyedari mereka tidak mempunyai sebarang upaya di hadapan Allah.
Sekarang, fikirkan tentang diri kamu. Kamu ke bilik tidur dan mendengar bunyi dengungan berpanjangan. Ia adalah bunyi dengungan seekor nyamuk. Seperti yang kamu lihat di dalam gambar ini, nyamuk sangat kecil tetapi bunyinya amat kuat. Ini kerana bakat istimewa yang Allah berikan kepadanya. Bagaimanapun, tahukah kamu mengapa nyamuk terus menerus berusaha untuk menggigit kamu? Mari kami jelaskan kepada kamu pengembaraan hebat seekor nyamuk.
PENGEMBARAAN HEBAT SEEKOR NYAMUK
Nyamuk merupakan makhluk yang paling dikenali kerana ia sering melawat kediaman kita ketika musim panas.
Pernahkah kamu mendapat peluang untuk melihat nyamuk secara dekat? Jika tidak, lihatlah gambar pada halaman ini dan kita dapat mengkajinya bersama. Tahukah kamu mengapa badan nyamuk berwarna merah? Badannya berwarna merah kerana ia dipenuhi darah manusia atau apa sahaja yang dihinggapinya? Ramai manusia percaya nyamuk menghidap darah. Kenyataannya, nyamuk menghisap manisan bunga.

Seekor nyamuk sedang bekerja! Perhatikan gambar ini, dapatkah kamu lihat bagaimana badan nyamuk menjadi merah disebabkan oleh darah yang disedutnya?
Hanya nyamuk betina menghisap darah, dan ia adalah untuk keperluan telur yang dibawanya.
Selepas mempelajari perkara ini, kamu pasti akan melihat nyamuk dengan pandangan yang berbeza. Terdapat beberapa perkara tentang nyamuk ini yang akan menghairankan kamu. Seperti yang kamu ketahui nyamuk adalah makhluk yang tinggal di darat dan ia terbang, tetapi mereka membesar di dalam air dan setelah dewasa, mereka keluar daripada air tanpa basah. Pernahkah kamu mendengar tentang perkara menakjubkan ini? Jika tidak, teruskanlah membaca dan kamu akan merasa kagum.
PENGEMBARAAN BERMULA ...
Ibu nyamuk menyambung telur-telurnya dalam bentuk rakit untuk mencegahnya daripada tenggelam.
Pengembaraan nyamuk kecil bermula apabila ibu nyamuk meninggalkan telur-telurnya di dalam kolam atau daun-daun basah. Tetapi, ia tidak meninggalkan telur-telurnya begitu sahaja. Ia menyusunnya dengan rapi saling bersebelahan. Telur-telur ini kelihatan seperti sebuah rakit. Tahukah kamu mengapa ibu nyamuk menyusun telur-telurnya dalam bentuk ini?
membentuk telur-telurnya begitu kerana, memandangkan mereka akan ditinggalkan di atas air, ia mungkin akan tenggelam. Jika ia disambungkan seperti ini, risiko untuk ia tenggelam tidak mungkin ada. Telur-telur putih yang disusun oleh ibu nyamuk serta merta berubah menjadi gelap. Dengan cara itu, telur-telur ini akan selamat daripada serangan serangga dan burung. Jadi, bagaimana telur nyamuk yang kecil ini belajar menukarkan warnanya?
Sudah tentu, telur kecil ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Nyamuk yang menjadi ibu kepada telur-telur ini juga tidak mungkin tahu bagaimana menukarkan warnanya. Allah yang telah menukarkan warna telur-telur itu. Allah Yang Maha Pengasih dan Pelindung kepada semua benda yang telah dijadikannya. Dia menukarkan warna telur nyamuk itu untuk melindunginya.
Nanti dulu! Pengembaraan si nyamuk ini baru sahaja bermula. Telur itu kemudian berubah menjadi makhluk seperti ulat dikenali sebagai larva. Larva-larva ini, seperti yang dapat kamu saksikan di dalam halaman berikutnya, kekal di dalam air dalam keadaan kepalanya berada di bawah. Bagaimanakah larva ini bernafas sekiranya kepalanya berada di dalam air? Allah telah menjadikan bagi mereka satu organ yang yang membolehkan mereka bernafas. Tahukah kamu bagaimana bentuk organ ini? Ia kelihatan seperti alat menyelam yang digunakan oleh kanak-kanak di dalam gambar ini. Ia adalah satu pembuluh dari bahagian atas yang sentiasa berada di atas air. Udara yang masuk melalui pembuluh ini membolehkan nyamuk kecil ini bernafas di bawah air.
Bagaimanapun, terdapat satu masalah besar. Pembuluh ini berada di atas air tetapi ombak yang kecil boleh menyebabkan air memasukinya dan menyebabkan nyamuk ini lemas. Tetapi, ini tidak berlaku. Satu bahan melekit di hujung pembuluh ini menghalang air daripada memasukinya. Apakah kamu fikir nyamuk-nyamuk ini boleh berkata, "Mari letakkan bahan melekit pada hujung pembuluh ini, supaya air tidak dapat masuk ke dalam"? Apakah mungkin nyamuk-nyamuk kecil ini memiliki kebijaksanaan dan kemahiran seperti ini? Sudah tentu nyamuk-nyamuk kecil ini tidak dapat berfikir untuk melakukan perkara berikut. Allah yang telah menjadikan pembuluh itu supaya nyamuk ini dapat bernafas dan bahan melekit di hujungnya agar air tidak dapat masuk.
Seperti yang dapat kamu lihat, Allah tidak hanya melindungi kita tetapi dia juga melindungi semua hidupan lain.
Jangan fikir pengembaraan ini telah tamat. Ia masih berterusan.
Pada ketika yang sama, nyamuk-nyamuk kecil ini juga menyalin kulitnya beberapa kali. Sehingga akhirnya ia berbentuk seperti yang dapat kamu saksikan di dalam gambar di sebelah. Ia masih tidak kelihatan seperti seekor rama-rama. Fasa ini dikenali sebagai peringkat pupa. Di dalam kulitnya dikenali sebagai kokun, nyamuk yang telah cukup matang dan mempunyai bentuk seekor rama-rama yang sebenar. Ia bersedia untuk terbang dengan sesungutnya, mulut, kaki, dan mata yang memenuhi sebahagian besar kepalanya. Tetapi, ia perlu keluar daripada kulit ini dahulu.
Nyamuk yang keluar daripada kokun berdiri di atas air! Allah melindungi nyamuk ini daripada tenggelam dengan sejenis bahan melekit yang dijadikannya di bawah kakinya.
NYAMUK PERTAMA KALI KELUAR!
Kokun akan mula pecah pada bahagian kepala. Bagaimanapun, nyamuk ini berhadapan dengan bahaya besar. Bagaimana jika kokun ini dipenuhi air? Dalam keadaan ini nyamuk tersebut akan tenggelam. Bagaimanapun, bahagian kepala kokun ini mempunyai bahan melekit khas yang menghalang kepala nyamuk ini daripada terkena air.
Inilah saat paling penting, kerana nyamuk ini perlu berdiri di atas air dengan hujung kakinya, dan sayapnya tidak boleh basah. Angin yang perlahan sahaja sudah cukup untuk menyebabkan ia jatuh ke dalam air dan mati. Nyamuk ini melakukannya dengan kemahiran hebat, kerana Allah menjadikannya dengan kepakaran ini.
BAGAIMANA NYAMUK DAPAT MELIHAT KAMU PADA WAKTU MALAM DAN MENYENGAT KAMU?
Pernahkah kamu terfikir? Di dalam malam yang gelap dan kamu sedang terbaring di atas katil. Kamu dibaluti selimut. Hanya sebahagian kecil tangan kamu terdedah. Kemudian nyamuk datang di dalam kegelapan malam; ia melihat dan menggigit bahagian kamu yang terdedah itu. Jadi, ketika kamu tidak dapat melihat apa-apa di dalam gelap, bagaimana nyamuk dapat melihat?
Nyamuk dapat melihat hidupan di sekeliling mereka dengan haba dikeluarkan, yang merupakan cahaya tidak kelihatan pada kita. Memandangkan ia tidak kelihatan di dalam cahaya, mereka dapat mencari urat-urat kita walaupun di dalam kegelapan malam.

Nyamuk melihat hidupan lain di kelilingnya berpandukan kepada bentuk haba mereka. Dengan cara inilah seekor nyamuk melihat sekumpulan manusia dan memilih sasarannya.
Ini adalah kebolehan unik. Dengan merujuknya, para pakar sains telah mencipta sebuah kamera yang dapat menangkap imej dalam bentuk haba. Walaupun di dalam gelap, kamera ini membentuk imej sekeliling seperti hari siang. Dapatkah kamu bayangkan? Manusia meniru nyamuk yang kecil! Mungkinkah seekor nyamuk tahu lebih daripada seorang manusia, dapatkah ia mengetahui lebih daripada seorang pakar sains? Sudah tentu tidak! Allah telah menganugerahkan nyamuk kebolehan luar biasa ini. Manusia mengedari kelebihan ini dan cuba menirunya. Mereka mencipta kapal terbang dengan meniru burung. Manusia telah meniru banyak benda yang mereka saksikan di alam semula jadi. Sekarang mari kita teruskan pengembaraan nyamuk ini.
Nyamuk Ketika Bekerja!
Teknik yang digunakan nyamuk untuk menghisap darah adalah sangat teliti sehinggakan mengejutkan manusia.
Pertama, nyamuk hinggap di atas sasarannya. Contohnya, tangan kamu... Kemudian, dengan menggunakan pembuluh berbentuk jarum, ia memilih satu tempat yang sesuai. Jarum nyamuk ini kelihatan seperti picagari dan ia dilindungi dengan sarung khas. Ketika proses penyedutan darah, jarum ini dikeluarkan daripada sarung ini. Ramai menyangka nyamuk mencucuk kulit dengan memasukkannya jarumnya, sebaliknya nyamuk menggunakan cara yang berbeza untuk melakukannya. Ia menggerakkan gergajinya ke depan dan ke belakang, seperti sebuah gergaji, dan dengan bantuan gergaji bawah, ia memotong kulit. Ia memasukkan jarumnya ke dalam bukaan ini dan apabila jarum ini telah sampai ke urat darah, ia mula menyedut darah.
Doktor Nyamuk!
Kamu mungkin bertanya, "Bolehkah nyamuk menjadi doktor?" Selepas membaca halaman ini kamu akan berkata, "Mereka memang doktor!".
Apabila kamu terluka, darah kamu akan berhenti mengalir dengan sendirinya. Ini kerana darah dapat membeku dan berhenti mengalir. Allah telah menjadikan darah dengan kualiti seperti ini untuk melindungi manusia. Jika darah tidak dapat membeku dengan sendirinya, luka kecil di jari kamu atau luka kerana terjatuh ketika berlari boleh menyebabkan kematian kamu, kerana kamu tidak dapat menghalang pendarahannya.
Ia amat penting kepada kita. Tetapi, nyamuk mungkin tidak gemarkannya. Mengapa? Kerana, apabila nyamuk mula menyedut darah, ia akan menjadi beku dan tidak akan dapat disedut. Jika ini berlaku, nyamuk tidak akan wujud, kerana tidak seekor nyamuk dapat memberikan protein kepada telur-telurnya. Sekali lagi Allah telah menjadikan satu kemahiran unik untuk proses ini. Bagaimana? Sebelum nyamuk mula menghisap darah, ia mengeluarkan satu cecair khas, yang Allah kurniakan kepadanya, ke dalam saluran darah sesiapa yang dihinggapinya. Dengan cara ini, darah di kawasan ini tidak akan membeku dan nyamuk dapat menyedutnya.

Kamu dapat lihat di dalam gambar ini, kegiatan yang dilakukan oleh seekor nyamuk apabila ia menggigit manusia. Nyamuk tidak menghisap darah sebagai makanan. Ia menyedut darah hanya untuk memberi makan kepada telur-telurnya. Kamu juga tidak akan dapat merasa sakit ketika melakukannya, kerana nyamuk telah membius kawasan yang digigitnya.
Cecair ini juga mempunyai kualiti lain. Apabila nyamuk menjalankan kerjanya, kamu tidak akan merasa apa-apa, kerana bahan ini mengebaskan kawasan yang digigit nyamuk. Cecair ini seperti anestesia yang digunakan oleh doktor gigi atau pakar bedah. Doktor memberikan sejenis dadah supaya kamu tidak merasa sakit, dan memang kamu tidak merasanya. Jadi, nyamuk juga bekerja seperti seorang doktor. Mulanya ia membius dan kemudian menghisap.
Selepas nyamuk menggigit kamu, kamu akan merasa sedikit gatal dan bengkak. Punca rasa gatal dan bengkak ini adalah cecair ini.
Kamu mungkin beranggapan perkara ini memakan masa yang panjang. Tetapi nyamuk ini melakukan semuanya di dalam masa yang singkat. Kamu hanya merasa kesan gigitannya setelah ia menyelesaikan kerjanya dan mengemas kembali peralatannya.
Sekarang, mari kita fikirkan bersama. Nyamuk hanya bersaiz hujung pensil, tetapi kerja yang dilakukan amat penting dan sempurna. Pada pandangan kamu apakah nyamuk-nyamuk ini dapat memikirkan semua ini? Untuk menghalang pembekuan darah manusia, membius kawasan gigitannya supaya ia tidak menyakitkan, menghasilkan mata yang dapat melihat pada waktu malam, menyusun telurnya dalam bentuk rakit supaya ia tidak tenggelam... Ia tidak dapat menciptanya, bukan?
Allah telah menjadikan hidupan dengan sifat-sifat yang bersesuaian untuknya supaya ia dapat mencari makan sendiri, melindungi diri dan menyelamatkan diri. Ini membuktikan betapa Allah amat mengambil berat, Maha Penyayang dan melindungi. Sebagai contoh, sekiranya seekor nyamuk dapat meneruskan hidupnya, itu adalah kerana Allah telah melindunginya. Allah tidak pernah meninggalkan sesuatu pun, dan tidak pernah lupa. Kerana itulah semua yang diperlukan oleh seekor nyamuk adalah sempurna. Tiada satu pun yang kurang.
Lalat Adalah Hidupan Terbang Terbaik Di Dunia
Setakat ini kami telah menyebutkan sifat-sifat istimewa seekor nyamuk. Hakikatnya, setiap serangga yang wujud di sekeliling kita mempunyai sifat-sifat istimewa. Sebagai contoh, lalat dapat terbang sebaik sahaja ia dilahirkan. Boleh dikatakan, apabila membincangkan tentang terbang, lalat adalah makhluk paling berbakat.
Seekor lalat dapat mengepakkan sayapnya sekitar 500 hingga 1000 kali setiap saat. Berhenti di sini, dan fikirkan sejenak. Kadar yang kami sebutkan bukan sejam dan tidak juga seminit; tetapi hanya sesaat. Ia itu sama masa yang kamu gunakan untuk mengelipkan mata kamu. Lalat dapat menyepakkan sayapnya sekurang-kurangnya 500 kali ketika kamu membuka dan menutup mata kamu.
Fikirkan contoh berikut: Apa akan kamu lakukan sekiranya kamu diminta membuka dan menutup tangan kamu 10 kali dan bukannya 500 kali? Sudah tentu mustahil untuk kamu melakukannya 500 kali dengan otot-otot yang kamu milik ini. Lalat, dengan otot-otot luar biasanya, dapat melakukan tugas yang tidak dapat kamu atau orang dewasa melakukannya. Tambahan pula, lalat tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika mengepak sayapnya; otot terbangnya tidak akan tercabut. Kerana Allah telah menjadikan mereka dengan sistem yang hebat.
Jika kamu dapat melihat lalat dengan dekat, kamu akan melihat ia tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika terbang; kamu mungkin tidak merasa terkejut atau mengendahkannya. Bagaimanapun, sebenarnya ia adalah gerakan yang penting dan sukar.

Dalam penerbangan, sebuah helicopter tercanggih yang dihasilkan manusia dengan teknologi paling maju sekali pun tidak dapat menandingi seekor lalat.
Kamu mengenali helikopter dan kapal terbang. Tahukah kamu bila manusia mula menggunakannya? Mesin yang dapat terbang hari ini hanya direka pada hujung abad lepas. Ini bererti beratus-ratus tahun dahulu, tidak terdapat kapal terbang atau helikopter seperti yang ada sekarang. Jurutera dan juru teknik telah mengkaji sekian lama; mereka bekerja selama beberapa tahun dan hanya berjaya menghasilkannya tidak beberapa lama dahulu. Perhatikan: Hari ini tidak ada satu pun mesin yang dapat terbang seperti lalat. Ciri-ciri ini terdapat pada beberapa jenis helikopter yang maju. Tetapi berapa lama pun usaha yang dijalankan dan enjin canggih yang kuat, helikopter ini masih tidak memiliki kebolehan untuk terbang seperti lalat.
Sekarang, perhatikan lalat yang kamu temui. Perhatikan apa yang dapat kamu kesan: Kamu akan mendapati lalat tersebut tidak terbang dalam keadaan lurus. Lalat dapat ke mana sahaja yang dikehendakinya dengan melakukan gerakan yang lincah. Contohnya, ia dapat melakukan "zigzag" di udara, dan melakukan peralihan mengejut. Ia dapat mendarat di atas sebarang permukaan, walau sesukar mana sekali pun. Ia dapat mendarat di atas siling atau dinding menegak dengan mudah.
Tiada satu pun mesin terbang yang dapat melakukan semua perkara ini. Cuba bayangkan di dalam minda kamu bagaimana keadaan kapal terbang dan seekor lalat berlepas untuk terbang, dan bandingkan yang manakah paling sempurna.
Sekarang, kamu mungkin pernah terfikir persoalan ini: Siapakah yang mengajar lalat-lalat ini semua gerakan seperti ini? Sekali lagi, kita akan menyaksikan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Allah telah mengurniakan lalat dengan kebolehan yang sempurna.
SI KECIL HEBAT YANG MENGHASILKAN MADU
Tahukah kamu siapa yang menghasilkan madu di atas meja kamu?
Kamu mungkin akan menjawab, "ya!" Kita semua sedia maklum lebah menghasilkan madu. Tetapi, tahukah kamu betapa sukarnya lebah-lebah ini bekerja untuk menghasilkan madu sejak mereka lahir sehingga mati, atau betapa bijak dan pintarnya mereka? Mari kita mengkaji bersama bagaimana Allah menjadikan lebah...
Di dalam sebuah sarang lebah, terdapat seekor ratu, beberapa ratus lebah jantan dan tenaga kerja beribu-ribu lebah betina yang mandul, iaitu lebah pekerja. (Bilangan lebah di dalam sebuah sarang boleh mencecah 80,000 ekor). Lebah pekerja menjalankan semua aktiviti di dalam sarang. Sebahagian daripada tugas-tugas mereka ialah:
Membina sarang, membersihkan dan melindunginya, memberi makan ratu dan lebah jantan, menjaga larva, dan memberi mereka makan dengan jeli diraja, madu dan debunga, membina sel untuk telur-telur berkembang, membersihkan ruang-ruang ini, mengekalkan kepanasan dan melembabkan sarang, mengumpul manisan buah, debunga, air dan damar, dan lain-lain.
Kami telah menceritakan sebelum ini kisah perjalan hidup seekor nyamuk. Sekarang mari kita perhatikan kehidupan yang dilalui oleh sekor lebah.
Seekor lebah pekerja dapat hidup selama 4 hingga 6 minggu. Selama tiga minggu selepas dilahirkan ia tinggal di dalam sarang. Tugas pertamanya ialah menjaga lebah-lebah yang sedang membesar. Ia memberi makanan kepada bayi lebah dengan madu dan debunga yang diambil daripada tempat simpanan.
Apabila lebah pekerja ini mencecah umur 12 hari, tiba-tiba, lilin lebah mula dihasilkan di dalam badannya. Lilin lebah amat penting kepada lebah, kerana mereka membina sarang dengan lilin ini. Kamu dapat melihat gambar sarang lebah di halaman sebelah.

Adalah mustahil untuk membentuk sebuah lukisan tangan sarang lebah.
Tidakkah ia kemas? Dapatkah kamu membina heksagon yang kemas seperti ini tanpa pembaris? Atau, dapatkan sehelai kertas kosong dan lukis bentuk heksagon dari satu penjuru kertas dan seorang kawan kamu melukis daripada hujung lain. Dapatkah kamu menghasilakan sebuah heksagon yang rapi, di tengah-tengah kertas, tanpa meninggalkan sedikit pun ruang? Pasti kamu tidak akan dapat melakukannya, bukan? Malah orang dewasa juga tidak dapat melakukannya. Guru kamu, ibu bapa, malah datuk kamu juga tidak akan dapat melakukannya. Untuk melakukannya, kamu memerlukan peralatan dan kamu perlu melakukan perkiraan yang kompleks. Tetapi, si lebah kecil ini yang baru berusia 12 hari, dapat menghasilkan sebuah sarang lebah yang sempurna. Tambahan pula, ia melakukannya tanpa sebarang peralatan.
Setiap lebah memulakan pembinaan heksagon daripada satu sudut, dan bertemu di tengahnya. Kamu mungkin dapat mengesan keluasan sarang lebah ini adalah sama. Bagaimanakah seekor lebah melaksanakan satu tugas yang tidak dapat dilakukan oleh seorang manusia dan ia melakukannya dengan cemerlang? Allahlah yang telah membenarkan lebah ini melakukan semua tugas-tugas tersebut. Allah telah menjadikan lebah bersama dengan kelebihan ini.
Tanggungjawab seekor lebah pekerja tidak berakhir di situ sahaja. Di antara tugas-tugasnya, sehingga ia berusia 3 minggu, ialah menyimpan jeli diraja dan debunga di dalam sarang madu, memastikan sarang bersih dan membuang lebah mati dan sampah sarap ke luar sarang. Di peringkat akhir tugas 3 minggunya, ia memulakan tugas terakhirnya sebagai pengawal keselamatan dan melindungi sarang tersebut daripada musuh. Apabila tempoh 3 minggu berakhir, lebah tersebut telah cukup mahir untuk mengutip jeli diraja, debunga dan air.
Lebah pekerja akan keletihan setelah bekerja tanpa henti 2 hingga 3 minggu dan kemudian mati.
Di dalam kehidupan mereka yang singkat, ia bekerja tanpa henti. Tambahan pula tidak ada siapa pun yang mengajarnya untuk melakukan tugas-tugas mereka. Ia mula bekerja sebaik sahaja selepas dilahirkan. Fikirkan, bagaimana sekiranya seorang bayi baru lagi keluar bangun daripada katilnya, mengemasnya, mandi, dan kemudian menjaga bayi-bayi lain; memandikan mereka, memberi mereka makan, memakaikan mereka pakaian. Tidakkah ini mustahil? Tetapi lebah telah melaksanakan tugas yang mustahil ini, kerana Allah telah menjadikan mereka dengan kebolehan untuk melakukannya.
LEBAH MADU YANG MENARI

Lebah menari dengan membuat gerakan berbentuk “8”. Tarian mereka mempunyai tujuan: Untuk menunjukkan kepada pekerja-pekerja lokasi sumber makanan.
Pernahkah sesiapa memberitahu kamu lebah mempunyai tarian? Sebahagian lebah mencari sumber makanan di luar sarang. Setelah terbang sepanjang hari, mereka menemui sumber mereka sendiri dan membawa sebanyak mana jeli diraja yang boleh dibawa, dan kemudian mereka kembali ke sarang mereka. Masih terdapat banyak jeli diraja di sumber tersebut tetapi lebah berkenaan tidak dapat mengambilnya semuanya tanpa bantuan daripada lebah-lebah lain. Lebah pemandu akan mengingati lokasi sumber makanan ini di dalam mindanya dan dengan segera kembali ke sarang dan mengumpulkan rakan-rakannya. Mereka memulakan gerakan yang berbentuk nombor 8 di dalam sarang. Jumlah lebah ini bergerak atau menggoyangkan badannya adalah isyarat menunjukkan jarak sumber makanan daripada sarang. Pada penghujung tarian tersebut, lebah-lebah lain telah mengetahui lokasi sumber makanan tersebut dan segera meninggalkan sarang untuk mendapatkan bunga yang menjadi sumber makanan baru mereka.
Pada pandangan kamu, di manakah lebah-lebah ini belajar berkomunikasi dengan menari? Sudah tentu, Pencipta merekalah yang telah memberikan ilmu pengetahuan ini.
TAHUKAH KAMU LEBAH JUGA MEMBUAT MADU UNTUK KITA?
Lebah dapat menghasilkan madu lebih banyak daripada keperluan mereka. Seperti yang kamu ketahui, lebah menghasilkan madu di dalam badannya. Tubuh kecil mereka ini dapat menghasilkan madu yang mencukupi untuk keperluan mereka dan juga manusia.
Tetapi mengapa lebah-lebah ini begitu pemurah? Mengapa mereka tidak memikirkan wang sahaja daripada memikirkan keperluan kita? Madu sangat berkhasiat kepada manusia. Kerana itulah, Allah telah menjadikan lebah bersama kebolehan menghasilkan madu dan memerintahkan mereka untuk menghasilkannya di dalam kuantiti yang banyak. Allah menyebutkan di dalam Al-Quran:
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok- pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga- bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu" (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai- bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah An-Nahl:68-69)

Lebah menyimpan madu di dalam sel-sel yang dibinanya dengan sempurna. Inilah sarang lebah yang menakjubkan itu!

Tiada ulasan: