Soalan
Saya ada beberapa soalan:
1. Ada dakwaan mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. pernah disihir, betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum, terpelihara daripada kejahatan manusia? Adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunah tentang perkara ini?
2. Apakah hikmah Islam melarang keras pekerjaan atau amalan sihir?
3. Bolehkah saya menggunakan tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia?
MOHAMAD BACHOK
Rengit, Johor
Jawapan Pertama
Maksud firman Allah: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepada mu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” (Al-Maaidah: 67).
Perkataan maksum daripada makna perkataan “ya’tsimuka” (memelihara kamu). Dalam tafsir muktabar maksudnya, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna, Nabi Muhammad dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Bagi peristiwa Nabi disakiti sehingga luka kaki, dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesa kitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya, ia bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.
Mengenai Nabi disihir, jika diteliti, sihir memang boleh berlaku. Disebut dalam hadis sahih: Kata Aishah, telah disihir Rasulullah oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq, dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah berasa tidak keruan atas perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya Aishah, “Wahai Aishah, apakah kamu tahu bahawa Allah telah melakukan sesuatu ke atas diriku?” Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepadaku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada di sisi kepalaku, seorang lagi berada di sisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?
Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah menyihirnya? Dijawab lagi, disihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawab nya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut?Dijawab nya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan.
Maka ditanya lagi, dengan apa kah kita akan merawatkan Muham mad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w. sedar dari tidurnya, maka diberitahu kepada Aishah, “Bahawa sanya, Allah SWT telah menyem buhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat berpandukan hadis sahih ini, ada percubaan melakukan sesuatu yang dipanggil sihir. Nabi memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari ba rang-barang sihir tersebut, dikeluar kan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disa makan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan mengganggu ibadat, malah mengganggu daripada melakukan kerja harian.
Semua itu tidak mengganggu Nabi, baginda cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya.Tiada siapa yang me ngetahui, Aishah pun tidak menge tahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat, ayat pelindung penyakit sihir.
Ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit. Jelas bahawa Nabi sendiri pun bila disihirkan orang, tidak mengetahui, melainkan selepas Jibrail as. memberitahu bahawa baginda telah matbub (disi hirkan).
Jika Nabi sendiri tidak menge tahui baginda disihirkan, bagaima na orang hendak berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba si pengubat mengatakan ‘kamu telah kena sihir’ Datang pesakit lain, dikata ‘kamu telah kena buatan orang’, ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘ka mu telah disihir fulan bin si fulan.’
Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, ini lah masalah yang kita hadapi. Tidak sepatutnya berlaku sede mikian kerana hanya Allah sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai mendakwa orang itu kena sihir atau menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
Jawapan Kedua
SIHIR pada kebiasaannya meng agungkan makhluk halus sama ada yang bernama iblis, jin, syaitan dan sebagainya. Mereka bertugas sapenuh masa menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka dari rahmat Allah SWT.
Selepas dilaknati Allah mereka berusaha menyesatkan manusia. Salah satu caranya adalah meng gunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kejahatan tersebut.
Manusia mudah terpengaruh melihat orang yang mampu mela kukan perkara ganjil, mengetahui penyakit orang lain tanpa diberitahu, atau mungkin boleh membaca fikiran orang lain. Kemungkinan ini boleh berlaku dengan bantuan makhluk halus. Perkara itu merangsang manusia mendampingi dan mendapatkan khidmat ahli sihir untuk menyam paikan sesuatu maksud mereka.
Sihir menyebabkan kerosakan akidah. Maksud hadis Rasulullah, “Sesiapa yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah SWT.” (Riwayat Imam Muslim)
Hadis lain menyebut (mahfumnya), “Sesiapa yang mendatangi seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib, lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quranul Karim yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.”
Sihir membuka jalan manusia mempercayai apa sahaja yang di katakan ahli sihir. Kata-kata seperti, “penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya” atau kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya). Ini boleh menimbulkan permusuhan sehingga perkara yang tidak sepatutnya beraku, dilakukan. Lebih buruk apabila, dibalas balik dengan sihir juga.
Allah menyebut (mahfumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.” (Ali-Imran: 91)
Apabila orang yang mendatangi ahli sihir, syaitan mengambil kesem patan menimbulkan permusuhan antara dua orang yang berkasih, menimbulkan kebencian antara anak beranak.
Ilmu sihir boleh menimbulkan caca marba dalam masyarakat. Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir, tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keun tungan duniawi sehingga menge nakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.
Maka Islam sebagai agama salam sejahtera, menyelamatkan manusia dari hal-hal yang tidak baik, khasnya menjaga akidah supaya tidak rosak, memelihara harta benda dari peme rasnya dan supaya manusia kembali kepada pertolongan Allah SWT.
Islam melarang dengan sekeras kerasnya menggunakan sihir sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud.
Jawapan Ketiga
DI zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan dalam masyarakat jahiliyyah. Rasulullah mengharamkan tangkal dan meng gantikan dengan penggunaan ayat Al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah menghindari dari sesuatu yang tidak diingini.
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mahfumnya, “Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.”
Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat menerima ayat al-Quran, diamalkan untuk menghindari gangguan, menulis ayat tersebut di kertas dan menggantungkan kepada anak-anak meneka yang belum boleh membaca al-Quran. Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya. Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Pandangan ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa an Zahabiyyah pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, “Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah SWT untuk dijadikan tangkal, maka ulama- ulama berselisih pendapat, di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya dengan syarat-syarat khusus.
“Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam.
“Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, (1) mencegah daripada keburukan yang lebih besar; (2) menjaga kesucian al-Quran dari terbawakedalam tandas dan; (3) membulatkan keyakinan bahawa Al lah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya.”
(Petikan dari ruangan Bersama Dato’ Dr. Haron Din akbar Harakah 16-31 Julai 2006)