Rabu, 20 Jun 2012

Siri Propaganda Israel Di Sebalik Jendela Dunia


Bangsa Yahudi – Israel ini sudah lama membuat onar di muka bumi. Buktinya lihat saja firman Allah Ta’ala pada lembaran ayat 148 surah al-A’raf kisah mengenai kaum Bani Israel di kala era pimpinan Nabi Musa a.s.
Sekejap sahaja mereka berubah sikap dan kata. Kecekatan bangsa Yahudi ini langsung menatijahkan manusia sekitar seringkali tertindas. Merusuh dan tidak senang hati. Akhirnya mereka terbuang dari masyarakat antarabangsa. Tiada bernegara sebermula zaman kegemilangan Madinatu Munawwarah yang dipimpin Rasul tercinta – Muhammad SAW.
“Khaibar-khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya Udd!” Teriakan laungan ini segar diingatan. Dan ia menggentarkan nubari Israel hakikatnya. Lalu berciciran lari bangsa Yahudi ini merempat ke penjuru dunia.


Tatkala hidup tidak bernegara, mereka tidak pernah diam dan bisu daripada merencanakan sesuatu. Dendam kesumat tetap tersemat senantiasa bersama strategi menjahanamkan musuh. Mereka bijak dan cerdik, tetapi menyelewengkan kecerdikan itu mengikut telunjuk kuasa Syaitan, bukan Tuhan.
Bayangan serangan Holocaust Nazi pasca pemerintahan Adolf Hitler seringkali diputarkan ke seluruh sarwajagat – agar dunia tahu mereka bangsa tertindas. Lantas alasan tidak munasahabah ini selalu dimainkan bersama pembantaian terhadap umat Palestina. Berkekalan dimainkan tanpa henti.


Dunia terpaku, dunia diam seribu bicara. Dunia termakan kata-kata manis zionis Israel pada alasan pernah dizalimi Nazi. Propaganda ini jelas tidak terhenti di situ.
Yahudi melebarkan sayap pemerintahan senyap dalam gelap disebalik empayar kapitalisme Amerika Syarikat. Mereka menguasai seluruh perusahaan, bank-bank, penggurup matawang, politik dunia, media antarabangsa, sebaran sosial hatta kepada pembudayaan terhadap etnik dunia. Termasuk dunia Islam.
WASHINGTON 14 Mei – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta

Kongres meluluskan peruntukan AS$205 juta (RM697 juta) untuk membantu Israel mempercepatkan penempatan sistem pertahanan roket di kawasan sempadannya. Sistem ‘Kubah Besi’ Israel bertujuan untuk meminta roket yang dilancarkan dari Genting Gaza dan Lebanon
Lihat fakta ini – Bank Simpanan Persekutuan dikuasai pemilik-pemilik Yahudi seperti Rothschild Banks Of London dan Berlin, begitu juga pemilikan Lehman Brothers Bank Of New York, Lazard Brothers Bank Of Hernburg dan Amsterdam serta Goldman Sachs Bank Of New York.
Mereka menguasai sumber kewangan keluar masuk dunia. Jadi tidak mustahil umat Islam ‘terpaksa’ mengiyakan RIBA. Walhal mengiyakan RIBA bagai mengisytiharkan perang kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya!

Kata salah seorang Penguasa Amerika Syarikat bernama Amschel Bothschild:
“Izinkan saya mengeluarkan dan menguasai wang negara dan saya tidak peduli siapa yang menjadi Presiden atau mereka yang menulis undang-undang negara.”
Lalu slogan dicanang bahawa jalan lurus itu adalah west life, bukan sirathol mustaqim yang digembar-gemburkan firman Jalla Wa’ala. Bahkan mereka seringkali mencipta undang-undang, tetapi realitinya bagi Israel slogan NO RULES lebih kerap digunapakai.


PROPAGANDA MEDIA ISRAEL
Selesai pasca serangan ke atas kapal Flotilla dan penangkapan anak kapal Rachel Corrie, mereka tidak berdiam diri. Jangan disangka Israel akan diamkan sahaja detik 31 Mei itu. Serangan media mereka bertali arus dilancarkan siang dan malam.

Media mereka lantas memainkan perang saraf memutarbelitkan kefahaman dunia bahawa anak-anak kapal LineLife4Gaza itulah yang bersalah. Kononnya mereka menyerang pasukan lanun Israel terlebih dahulu.
Bijak bukan?!

Nah, siapa pula mahu menuntut bela atas kematian 20 aktivis itu? Senang bicaranya – tuntutan ke atas jutaan umat Islam yang terkorban dek pembantaian Israel selama ini?
Bisu.


Dan setelah menonton siri proganda itu, kalian tidak mengira apa pangkat sekalipun hatta para huffaz yang menghafaz 30 juz adalah dijemput dengan segala hormatnya meneliti ayat al-Quran:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka”. TMQ al-Baqarah: 120
12.54PM, 6 Jun 2010,
Siberbay, Tanta.

Bid’ah Di Maqam Wali Allah?


INI ADALAH BID’AH
“Assalamualaikum ya ahli bait..” Ucapan salam tanda hormat menjadi muqaddimah utama. Wali Allah ini adalah tinggi martabatnya di sisi Allah SWT, lebih-lebih lagi ianya berketurunan Rasulullah SAW. Tidaklah bersalahan dengan nas memberi salam kepada penghuni kubur. Ini jelas diterangkan dalam Sahih Muslim yang dilaporkan oleh Buraidah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Terjemahan: “Assalamualaikum, aku memohon kepada Allah agar memberikan kesejahteraan kepada kami dan kepada kamu sekalian.”
Begitu juga di dalam Musnad Imam Ahmad Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi SAW mengajar Saidatina ‘Aisyah r.anha berdoa ketika menziarahi kawasan kubur Baqi’:
Terjemahan: “Assalamualaikum penghuni kubur, daripada kalangan orang-orang mukmin dan orang-orang muslim, mudah-mudahan Allah merahmati orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian daripada kita, dan InshaAllah kami sesungguhnya akan mengikuti jejak kamu semua.”
Sebelah kiri pintu masuk, tersergam indah maqam berneonkan silauan hijau. Penuh sesak manusia di sekelilingnya. Bagi pengunjung tempatan, mungkin hadirnya mereka sekadar menunaikan ibadah rutin sebagaimana biasa. Manakalah bagi yang datang dari kejauhan, menziarahi maqam wali Allah Syeikh Said Ahmad al-Badawi r.a adalah kemestian.
“Kenapa pelajar Maleziyyin selalu ke Masjid Badawi?” Tanya seorang pemuda arab Mesir.
“Berdoa dan boleh bertawassul.” Teman pantas menjawab.
“Kenapa tak doa terus kepada Allah? Bid’ah tu, haram.” Tambahnya lagi. Cepat benar manusia sekarang meletakkan hukum.
Ya, isu ini tidak pernah hilang dibicarakan ramai orang. Malah wujud sekelompak manusia yang mengaku Salafi (juga Wahabi) dan berhujjah mengatakan bahawa bertawassul di maqam auliya’ (berdoa untuk mendekatkan diri pada Allah di maqam wali Allah) ia adalah bid’ah. Mereka tidak pernah sunyi daripada menimbulkan kontroversi di celah-celah masyarakat. Hasilnya perbalahan tidak pernah selesai, tetapi menatijahkan perpecahan di kalangan umat Islam pula.
Sebenarnya dalam masalah ini, sudah pun diperjelaskan secara panjang lebar serta dibahaskan oleh para ulama’ terdahulu dan cendikiawan Islam kini. Bukan letak duduk masalah pada bida’ah itu, tetapi pada kesilapan umat Islam mencerna kefahaman dan mengorek khazanah silam itu sebagai satu kaedah menjernihkan pemikiran yang keruh. Atas kesilapan itu, umat Islam terbelenggu dengan perselisihan faham isu kecil yang tak pernah terhenti. Walhal ianya sudah jelas.
Kitab Tahzib al-Tahzib ada menterjemahkan riwayat Yahya bin Yahya al-Naisaburi dengan nukilan daripada kitab Tarikh Naisaburi yang dikarang oleh al-Hakim, dia berkata:
“Aku mendengar Abu Ali al-Naisaburi berkata: Pada suatu ketika aku berada di dalam keserabutan, lalu aku bermimpi Rasulullah SAW seolah-olah baginda berkata kepadaku;
“Pergilah ke kubur Yahya dan beristighfar serta berdoalah nescaya akan ditunaikan hajatmu.”
Maka setelah bangun daripada tidur, aku pun terus melakukan apa yang dicakapkan oleh Nabi SAW. Lalu dikabulkan permintaanku oleh Allah Ta’ala.” (Tahzib al-Tahzib 11/299)
Begitu juga dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ ketika menterjemahkan cerita Sayyidah Nafisah, berkata Imam al-Zahabi:
“Diriwayatkan bahawa Sayyidah Nafisah adalah seorang yang solehah dan kuat beribadat, doa mudah dimakbulkan di kuburnya, di kubur-kubur para nabi dan orang-orang soleh, di masjid-masjid, di Arafah, di Muzdalifah, di dalam permusafiran, dalam solat, di waktu suhur, doa daripada ibu bapa, doa orang yang berjauhan untuk saudaranya, doa orang berada di dalam kesusahan, di kubur orang-orang yang diazab dan juga pada setiap waktu berdasarkan firman Allah SWT:
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (Al-Mukmin: 60)
Lantas, apakah kehancuran dan perpecahan umat Islam lebih engkau redhai hanya semata-mata kerana masalah DOA?

Bayangan Rejim Israel


Cuba anda pejam mata sebentar. Kosongkan fikiran. Hadirkan fakta ini di dalam benak minda masing-masing.
Terdapat sekeping tanah yang semakin hari semakin mengecil. Tanah itu dikelilingi pula oleh benteng konkrit dan gelungan dawai berkarat meninggi. Tembok-tembok tersebut memisahkan antara dunia luar dan dalam. Di perbatasan tembok itu ia dijaga pula oleh ‘anjing-anjing’ liar yang terjelir lidahnya senantiasa kelaparan.
Di dalam tembok itu, sebanyak 1.4 juta manusia pelbagai peringkat umur bersesakan sesama sendiri. Mereka tertekan, kelemasan dan pelbagai bentuk rasa kurang enak menghantui setiap hari yang dilalui. Malam-malam mereka bermimpikan makhluk ngeri yang dahsyat!
Kelompok populasi 1.4 juta itu, separuhnya adalah kanak-kanak kecil. Kawan, kanak-kanak ini bukan seperti anak-anak kecil kita. Mereka bukan kanak-kanak yang boleh melompat riang di taman permainan. Mereka bukan kanak-kanak yang boleh memakai uniform sekolah lalu pergi dan pulang dihantar oleh ibu bapa berkereta mewah.
Dan mereka juga bukan membesar seperti anak-anak kita! Tidak sama sekali.
Bahkan hampir 80% daripada kanak-kanak hidup di dalam keadaan kedhaifan. Mengerti apa itu kedhaifan? Kedhaifan bukanlah kesenangan menjamah KFC, Mc Donald, Pizza Hut, makanan mewah-mewah dan bukan juga mampu menonton rancangan kartun Donald Duck, Mickey Mouse, Doraemon ataupun bergelak tawa bersama keluarga menyaksikan rancangan bersiri Adamaya, siri drama musalsal dan lain-lain lagi.
Tidak tuan-tuan dan puan-puan! Rancangan mereka hari-hari ialah menyaksikan bom yang meletup di depan mata, muntahan peluru berjela-jela dan penjajah berpakaian uniform bersama jentolak lalu memusnahkan rumah mereka.
Di rumah kita, hari-hari kita membazirkan air kerana beranggapan bahawa sumbernya tidak terputus. Jika putus 1 jam, tetap saja ada perkhidmatan air lain mengambil tempat. Subhanallah, nikmat bukan! Tetapi tahukah ibu-ibu bapa-bapa serta pemuda pemudi yang dimuliakan – 90% air semulajadi yang terdapat di dalam kepungan penjara besar itu tidak boleh diminum!
Mereka minum apa?! Coke atau Pepsi? Tidak sahabat. Sedangkan mahu dapatkan air kosong sudah sukar inikan pula mahu meneguk air berkarbonat yang mampu menyebabkan perut bergelodak itu.
Ini gara-gara si bangsat zionis yang menyerang pada tahun 2008 hingga 2009!
Lalu mereka terus mengharap simpati masyarakat umum dunia. Doa-doa mereka selalu saja disertai airmata yang bercucuran. Barangkali lebih banyak limpahan airmata berbanding air semulajadi di tempat sendiri.
Maka celiklah sebelah mata PBB (kononnya penyelamat dunia) bersama agensi bantuan antarabangsa yang lainnya. Namun begitu, disangkakan panas hingga ke petang, tiba-tiba muncul ribut taufan di tengahari pula. Bantuan PBB itu ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’ dan ‘melepaskan batuk di tepi jalan’.
Bantuan mereka sekadar mahu tunjukkan kepada mata dunia bahawa PBBlah antara organinasi penyelamat dunia yang unggul, cemerlang dan terbilang. Walhal di sebalik lakonan watak PBB itu, si lanun rejim zionis telah berupaya menyekat PBB dan organisasi-organisasi kemanusiaan daripada menghantar bekalan kepada penduduk Ghazzah.
Segala keperluan asas pendidikan, makananan, air, ubat-ubatan yang sangat diperlukan penduduk penjara terbesar itu disekat sewenang-wenangnya. Malahan ada yang dicampak serta termusnah begitu saja tanpa sempat dinikmati umat Islam Ghazzah!
Kempunan mereka, dan yang pastinya Ghazzah terus menangis.
DI MANA PARA PEMIMPIN UMAT?
Nah, siapakah yang boleh diharapkan lagi? PBB atau OIC? Mereka itu boneka sahabat-sahabat sekalian. Mana mungkin boneka mampu melawan tuan asal mereka. Boneka adalah boneka. Mampu dibogelkan bila-bila masa tanpa sebuah kenyataan rasmi.
Di mana para pemimpin umat Islam?
Saya merasa jijik untuk menjawab pertanyaan ini berulangkali. Yang nyatanya, mereka bukan pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam tidak ada buat masa sekarang. Mereka adalah para boneka yang buncit perutnya bersama perkara-perkara HARAM. Terenjeksi kelawahan.
Jikalau mereka menjadi hero umat Islam, kepada siapakah harta bermillion setinggi Burj Khalifa dan menara petronas mahu dijaga? Minyak bertong-tong siapa yang mahu menjualnya kepada Amerika Syarikat dan sekutunya? Siapa pula mahu menjaga keuntungan judi Sport Toto, Genting, Berjaya dan pelbagai jenis aneka judi lainnya? Oh, sudah pasti gadis-gadis genit yang menjadi mainan tidur malam hari akan terlepas!
Kini baki yang tinggal ialah rakyat marhean bawahan.
Rakyat-rakyat inilah yang bertungkus-lumus siang malam mengambil tahu hal ehwal umat.
Rakyat inilah yang senantiasa memenuhi sepertiga malamnya untuk bermunajat kepada Allah SWT memohon nusrah-Nya.
Rakyat-rakyat inilah yang berdebar-debar jantungnya menanti perkembangan dunia Islam.
Rakyat inilah yang menghulurkan sesen dua wang ringgit untuk mereka.
Malah ada di kalangan rakyat ini sanggup ke sana mahu membantu mereka.
Allahhu Akbar.
Celikkanlah mata kembali. Buka mata seluas-luasnya setelah bayangan-bayangan di atas menerjah daya fikir kalian.
……………………
Titik-titik kosong ini, siapakah yang mahu mengisinya?

Paderi Kristian Kaji Ilmu Islam?


Pameran Buku Antarabangsa Kaherah (Ma’rad al-Qahirah ad-Dauli Lil kitab) diadakan setiap tahun bermula Januari sehingga Februari. Justeru, pembekal mahupun syarikat-syarikat buku tidak melepaskan peluang untuk menyertai pameran buku ini serta mempamerkan produk-produk ilmiah mereka.
Kepelbagaian manusia yang datang itu bermacam-macam. Ada yang mahu membeli, ada yang datang melihat-lihat, ada yang sekadar memenuhi kalendar tahunan mereka bersama keluarga tersayang.
Bagi kami mahasiswa dan mahasiswi al-Azhar ataupun pelajar perubatan, tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk berkunjung ke sana. Biarpun jarak Kaherah berbanding wilayah lain – Tanta, Mansurah, Iskandariah, Damanhur, Zaqaziq, Shibin El-Kom, Dumyat dan Tafahana agak jauh, ia tetap tidak menghalangi kami berbondong-bondong ke sana.
Suatu saat, sedang saya membelek kitab di penjuru bilik pameran Pustaka Darus Salam. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berjubah hitam. Tengkuknya jelas kelihatan seutas rantai, dan bersimbolkan salib besar di hadapannya. Mata menyeluruhi gerak-gerinya seketika.
“Paderi Kristian..” Hati berbisik sambil mengelih ke arahnya. Tangannya membelek-belek sebuah buku tebal setebal kamus alih bahasa. Saya terus mengamati dalam diam.
“Ermm, kitab sejarah Islam karangan cendiakawan Islam rupanya.” Saya terkilat sejenak. Sememangnya diakui, orientalis dan pendakyah kristian tidak leka dalam merencanakan agenda mereka saban waktu. Mereka rajin berusaha untuk mengkaji dan mendalami kitab ilmu-ilmu Islam, dengan tujuan dijadikan bekalan hujah balas untuk berdepan golongan cendikiawan dan ulama’ Islam khususnya. Bahkan, sudah diketahui umum, di Kota Kaherah sendiri terdapat berpuluh-puluh buah Universiti yang dibiayai oleh para orientalis luar dan dalam.
Keperihalan itu mengingatkan saya tentang kisah armada perang yang diketuai oleh seorang panglima empayar Perancis suatu ketika dahulu. Napoleon Bonaparte. Dahulu sewaktu Napoleon Bonaparte cuba menyerang Mesir, dia telah mengirimkan dua buah kapal. Kapal pertama dipenuhi pemikir-pemikir barat yang telah mengetahui selok-belok tentang agama Islam. Tujuannya adalah untuk menyerang umat Islam secara melalui cara fikir – Ghazwatul fikri (peperangan pemikiran). Kapal kedua pula, dipenuhi barisan tentera-tentera perang untuk menyerang umat Islam secara fizikal – peperangan biasa.
Akhirnya, Napoleon Bonaparte mampu menakluk Mesir dan menguasai wilayah-wilayah Mesir. Akan tetapi bukan itu sahaja, dia juga Berjaya memetakan serta mencorakkan pemikiran umat Islam di Mesir. Penjajahan ini menatijahkan, pemisahan Negara Mesir daripada empayar besar Khilafah Uthmaniyyah, Turki.
Bermula titik tolak dari situlah, mereka tidak pernah sunyi menyerang para pemikir Islam yang dinaungi oleh Universiti al-Azhar sehingga kini. Malah, pusat-pusat pengajian tinggi berfahaman barat dan orientalis turut didirikan bagi mengimbangi arus deras ulama’ Islam diardul Kinanah.
Pernah berlaku suatu ketika dahulu di Mesir, seorang paderi bernama Samuel Zwimmer telah menyamar sebagai mahasiswa pengajian Islam di Universiti al-Azhar Kaherah. Paderi itu juga merupakan salah seorang ahli gerakan Missionari dan fasih berbahasa Arab. Kesempatan itu, dia telah merencanakan propagandanya dengan menyebarkan risalah-risalah berunsur fitnah hingga memecah belahkan serta menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam!
LUASNYA ILMU ALLAH
“Memang besar sungguh pameran kitab ini, kalah Malaysia..” Seorang rakan bersuara.
“Itulah, kaki ana dah lenguh tak larat jalan… Berapa kali pusing, bila tengok ma’rad sebesar ini rasa terlalu banyak ilmu para ulama’ Islam dan cendikiawan seluruh dunia. Itu belum masukbook fair dekat Amerika ke, dekat United Kingdomke..” Saya menyampuk.
“Agaknya ada tak manusia yang boleh habiskan baca semua kitab sebesar ma’rad ini?” Soal saya pula. Masing-masing terkelu. Khali. Perjalanan daripada bilik pameran Solah Sittah diteruskan menuju ke bilik pameran milik Pustaka Darus Salam.
Memang agak luas, besar dan terlalu banyak buku-buku yang dipamerkan. Apabila memerhati deretan kitab yang tersusun di rak-rak pameran, tergambar di fikiran betapa luasnya ilmu Allah SWT, tidak terhitung nilaian manusia. Maha Suci Allah yang memiliki seluas lautan ilmu, dari timur ke barat, dari utara ke selatan merentasi sempadan-sempadan geografi benua seluruhnya. Ilmu yang kita miliki ini, barangkali tidak layak untuk disamakan dengan zarah sekalipun.
Duhai, atas alasan apakah untuk kita mendabik dada bahawa kita memiliki keajaiban ilmu yang tinggi? Sedangkan Allah SWT Maha memadamkan ilmu yang kita miliki itu sekelip mata sahaja. Bersyukurlah, berdoalah, semoga Allah SWT sentiasa menganugerahkan kita semua dengan limpahan ilmu dan rahmat-Nya.
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. (Al-Kahfi: 109)
Langit persih tanpa awan yang bergumpal. Baki angin musim sejuk masih setia berhembus. Perut pula rancak berbunyi menginginkan sedikit makanan. Sementelah, seharian tidak menjamah nasi. Tengahari itu sempat saya berehat menjamu selera di café bersama rakan-rakan. Roti Shawarma menjadi santapan menggantikan sepinggan nasi.

Bolehkah Haiwan Ini Di Makan?


Rahsia Di Sebalik Kejadian Lalat



“Bila musim panas ja lalat bukan main banyak lagi ya..” Saya membuka cerita petang itu. Mata kami memerhati sekumpulan lalat yang liar hinggap di permukaan tikar plastik. Sengaja kami hamparkan tikar di atas sutuh rumah baru Hasbul Nizal usai membantu proses perpindahan.

Beliau dah zaujahnya baru sahaja mendirikan rumah tangga. Lalu imarah kosong tinggalan arab itu disewakan buat tumpangan mereka berdua melayari bahtera.

“Tula, banyak ya lalat..” Balas Sulaiman.

“Ana pelik juga ya, waktu musim sejuk lalat pi mana habis..tak dak pulak.” Saya menyambung.

“Lalat dia simpan benih siap-siap kot..”

“Ka pakat lari dok dalam selimut sebab sejuk..hehe.” Sambung saya serentak suara Sulaiman dihujung. Kami ketawa memecah sunyi hening petang. Sesekali bayu senja berputar menerobos celah rekahan bangunan berbatu.

Hikmah Pertama

Pernahkah kita berfikir sejenak hikmah penciptaan seekor lalat yang dianggap jijik oleh manusia?

Cerita lalat bukan suatu hikayat baru, lalat pernah mewarnai kisah sejarah yang tercatit dalam lembaran Al-Quran mulia. Buktinya? Ayuh perhatikan kalam Agung ini:



“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.” (Al-Hajj: 73)

Gambaran yang dilukis dalam ayat Al-Quran ini menunjukkan pengajaran yang berguna untuk difikirkan secara teliti. Ini kerana, Allah SWT telah mendatangkan perbandingan yang ringkas tetapi kesannya cukup besar kepada manusia khususnya kepada golongan kafir.

Kesan besar yang dimaksudkan ialah kerana ia melibatkan soal Aqidah. Dakwaan golongan kafir yang mengatakan patung-patung ukiran tangan mereka adalah Tuhan harus disembah telah dijawab oleh Allah SWT dengan sindiran tajam yang menyucuk jiwa-jiwa mereka. Allah SWT telah menghina golongan yang menyembah patung dengan suatu penghinaan yang melumpuhkan daya fikir mereka secara logikal.

Dalam membicarakan berkenaan konsep ketuhanan ianya tidak dapat lari daripada membincangkan konsep penciptaan. Oleh yang demikian itu, Allah SWT telah menyuruh golongan ini menciptakan seekor lalat seandainya mereka mengaku mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang diberikan patung sembahan mereka.

Lalu, kehinaan ini terus menerus menusuk ke ulu hati mereka memandangkan patung keras tidak bernyawa itu mana mungkin mampu menciptakan serangga sekecil lalat bahkan tidak memberikan sebarang kelebihan apapun kepada mereka yang menyembah.

Tidak cukup dengan itu, Allah SWT mendatangkan lagi suruhan dengan gaya bahasa dan uslub yang cukup berbekas iaitu seandainya patung itu berkuasa maka halaulah lalat yang hinggap dihidung ukiran itu tanpa bantuan sesiapapun.

Ternyata patung itu tidak berkemampuan. Malah tidak langsung memberikan sebarang reaksi tindak balas.

Begitu juga Allah SWT turut menyuruh agar golongan kafir memohon kepada patung mereka menghapuskan segala macam penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat. Juga tidak mampu!

Uslub Balaghah

Di dalam ayat di atas, Allah SWT menyeru kepada manusia dengan seruan يا أيها الناس bermaksud “Wahai sekalian manusia!” dan ia adalah seruan berbentuk umum. Menurut pengertian bahasa arab, seruan itu seolah-olah suatu panggilan yang jauh. Apa yang dimaksudkan dengan suatu panggilan jauh pula? Maksud firman Allah SWT dalam ayat ini adalah suatu seruan kepada semua manusia semenjak dahulu sehinggalah datangnya hari pengakhiran iaitu hari kiamat.



Apakah rahsia Allah SWT menyebut perkataan lalat, bukan gajah atau unta?

Ini kerana ayat ini seolah-seolah menempelak orang kafir yang berkata Tuhan mereka mampu melakukan segala-galanya. Oleh itu didatang suruhan untuk mencipta lalat yang jijik agar mereka berfikir dan terus berfikir. Hatta mencipta benda sekecil lalat juga tidak mampu inikan pula haiwan sebesar gajah dan unta.

Apakah pula hikmah Allah SWT memilih lalat untuk dijadikan contoh?

Seperti yang manusia sedia maklum bahawa lalat merupakan serangga yang kecil, lemah dan hina bahkan mampu memberi kemudharatan kepada manusia dengan di datangkan bermacam penyakit yang berbahaya sehingga membawa kepada hilangnya nyawa manusia.

Menurut Kitab Jaulah fi Dauhah Al-Adab, di antara penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat ialah jangkitan Tuberculosis (Jarsumah As-sel), Salmonella typhi (At-Taifud), Amebiasis (Ad-Dusnataria) dan Pink Eye (Ar-Ramd).

Selain itu, saya juga terbaca info yang ditulis oleh seorang pelajar perubatan Kaherah berkenaan penyakit bawaan lalat. Anda boleh terus klik untuk ke blognya.


Hikmah Kedua

“Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” (Hadis riwayat Bukhari, Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

Betapa hebat mukjizat kurniaan Allah SWT kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Sedangkan jikalau menurut logik akal tidak relevan untuk mencelup lalat yang kotor kali kedua di dalam bekas air minuman. Namun kajian saintifik kini membuktikan kebenaran kata-kata baginda Rasulullah SAW. Menurut Dr Danial Zainal Abidin dari petikan buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden:

Secara dasarnya, hadis ini memperkenalkan konsep vektor dalam penyebaran penyakit. Vektor ialah haiwan dan serangga tertentu, contohnya lalat yang membawa kuman-kuman keapda makhluk lain, contohnya manusia. Dalam konteks lalat, konsep vektor ini hanya baru difahami pada abad kesembilan belas sedangkan Nabi Muhammmad menyebut mengenainya pada abad ketujuh lagi.

Hikmah Ketiga

Saya tertarik bila membaca artikel sebuah blog mengatakan bahawa di negara-negara Eropah serangga-serangga kecil misalnya seperti lalat jarang ditemui. Ini berbeza jika mahu dibandingkan dengan negara-negara timur tengah dan beriklim khatulistiwa.

Seperti yang saya sebutkan di permulaan artikel, apabila iklim bertukar ke musim panas maka kehadiran lalat yang beribu-ribu itu akan memenuhi ruang udara negara Mesir.

Umumnya masyarakat mengetahui lalat ialah sejenis serangga yang hidup di persekitaran kotor dan menjijikkan. Malah lalat terus aktif membiak jika kawasan tersebut dibiarkan tanpa seliaan yang bersistematik.

Justeru, saya melihat ini adalah merupakan hikmah mengapa Allah SWT mendatangkan serangga lalat kepada manusia. Bukankah Islam mengajar bahawa menjaga kebersihan itu adalah suatu perkara yang dituntut oleh umatnya? Nah, lihat dan fikirlah hikmahnya.

Masakan lalat mahu hidup ditempat yang bersih dan tiada sebarang pencemaran yang menjijikkan bukan?

SubhanALLAH!

  
Rujukan:
Jaulah Fi Dauhah Al-Adab, Tahun 3, Doktor Muhammad Ahmad Abu Alufa.