Selasa, 19 Jun 2012

Kajian UFO – Formasi awan yang pelik di langit Romania


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semakin banyak UFO kelihatan akhir2 ini di merata2 tempat di seluruh dunia. Dan dunia juga dikejutkan dengan formasi awan yang aneh yang bentuknya seperti kuih donut di langit, seakan2 sebuah kapal angkasa seperti dalam filem The Independence Day. Beberapa minggu lepas sudah kelihatan formasi awan pelik itu di Moscow, Russia. Dan pakar meterologi mengatakan ianya berlaku kerana kesan dari cuaca yang tidak menentu.
Tetapi kali ini berlaku pula formasi awan yang hampir sama, bukan lagi di Russia, tetapi beralih ke Romania pula. Mengapa formasi awan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan sama seperti UFO, berlaku dalam selang masa yang tidak lama, tetapi di negara yang berlainan?
Dan kebetulan pula dengan ramalan bencana yang akan menimpa pada tahun 2012. Dan kebetulan lagi dengan perancangan Illuminati ingin menakluki dunia. Adakah Dajjal sudah betul2 hampir ingin keluar dengan NYATA di hadapan seluruh umat manusia? Anda boleh keluarkan pendapat anda sendiri, asalkan tidak bercanggah dengan syara’ dan keluar Aqidah sudah...Nauzubillah

Tiada ulasan: