Selasa, 19 Jun 2012

Nostradamus 2012


Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia”Hadis Riwayat Muslim.
Jadi itu adalah salah satu tanda kecil hari kiamat akan berlaku. Merujuk artikel yang lepas mengenai 6 Perkara Allah Sembunyikan.
Pesan saya sebagai sedara Islam, jangan mudah terpengaruh cerita-cerita dari barat yang sentiasa cuba mengelirukan Umat Islam sedunia. Ingin saya ingatkan kepada diri saya sendiri, salah satu hadis yang mengatakan Tanda Kiamat begitu hampir.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A berkata : Bahawasanya Rasulullah S.A.Wbersabda:” Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka“. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?“. Nabi S.A.W menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka“.
Jadi jelas di sini, bahawa mereka suka mempropagandakan media massa sebagai pemesong akidah yang utama. Jika anda sudah menonton filem “2012″ baguslah, sekurang-kurangnya anda tahu cerita tersebut. Pertanyaan dari saya, Kenapa negara Arab yang menjadi watak pentingkan diri? Kenapa pula Presiden Amerika yang berjiwa rakyat? Kenapa pula negara Cina menjadi tempat pembinaan kapal? Tanyalah kepada diri anda sendiri Smile mungkin anda akan dapat pandangan yang buruk tentang filem tersebut.

Tiada ulasan: