Selasa, 19 Jun 2012

Sanggup Bunuh Diri Sebab Putus Cinta


Mungkin sedikit terlewat untuk update mengenai berita yang dikeluarkan di Hmetro “Nota Ditangan Mayat Kena Gilis Keretapi” tetapi menarik untuk diambil iktibar bersama…

Putus cinta bunuh diri??? Mungkin kalau orang bukan islam kita selalu dengar tetapi kini Melayu islam juga mula nak ikut-ikut perangai seperti ini. Putus cinta bunuh diri….. Bunuh diri tempatnya NERAKA. Semoga kita semua tidak buat tindakan kurang bijak begini.

BUKIT MERTAJAM: “Sha…012xxx, dia menyebabkan saya mengambil tindakan ini, dia mahu saya mati…,” itu nota kecewa tulisan tangan yang ditemui pada mayat seorang lelaki yang maut digilis kereta api di Jalan Sri Bukit, di sini, semalam.

Nota itu adalah luahan hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya memutuskan hubungan mereka.

Malah, seminggu sebelum itu, mangsa nekad mengelar badan di depan teman wanitanya.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi semalam, orang ramai menemui mayat yang digilis kereta api di belakang sebuah stesen minyak di Jalan Sri Bukit sebelum menghubungi polis.

Sumber polis berkata, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri selain keadaan mayat yang putus dua dan hancur.

Bagaimanapun, katanya, melalui sekeping nota yang ada bersama mayat itu, pihaknya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek.

“Kami menghubungi nombor yang ada pada nota itu dan wanita berkenaan mengakui mengenali lelaki terbabit.

“Berdasarkan keterangan wanita itu, mangsa, Faizal Abd Azi, 25, berasal dari Taman Ria, Sungai Petani, Kedah adalah bekas teman lelakinya,” katanya.

“Wanita itu mengakui dia memutuskan hubungan mereka tetapi lelaki itu tidak bersetuju, malah minggu lalu, dia (si mati) sanggup mengelar badan di depan wanita berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Putus cinta memang la frust menonggeng tapi jangan la sampai bunuh diri…Kalau dah bunuh diri mana ada peluang nak bertaubat dah….

Tiada ulasan: