Khamis, 21 Jun 2012

Mekah di masa hadapan


Assalamualaikum
Hari ini aku nak share sikit pasal apa yang aku jumpa dalam internet, tengok pada tajuk entri ni pun ada yang dah tahu apa aku nak tulis kan? Begini, dengan kegilaan manusia sekarang membina bangunan-bangunan tinggi dunia sebagai mercu tanda dan pencakar langit, ianya secara langsung menunjukkan yang tanda-tanda kiamat makin dekat, apatah lagi, dengan gambar-gambar yang aku jumpa dalam Internet tu..MasyaAllah..
Apa yang bakal korang tengok ni takde kena mengena dengan Dubai apatah lagi Burj Al-ArabBurj Khalifa yang baru dibangunkan tu, tapi apa yang bakal berlaku di Mekah pada masa hadapan.
Ada diantara kita mungkin menganggap apa yang dipaparkan ini hanyalah sebagai grafik komputer dan effect Autocad semata-mata, tapi, apa yang korang dapat lihat ini adalah apa yang berlaku di Tanah Suci Mekah dan sedang dalam perancangan pun. Mungkin ada diantara kita bakal berbangga dengan apa yang bakal dikecapi oleh orang Islam di Arab ni nanti, yelah…manakan tidak, orang Islam selalu sahaja dipandang rendah oleh barat, jadi mungkin ada yang menganggap pembinaan bangunan-bangunan tinggi seperti ini suatu benda yang dapat menaikkan nama negara Islam..
Tapi, cuba rujuk dari pandangan lain, Hadis Kedua
Islam, Iman, dan Ihsan

Maksudnya:
Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda:(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
(Hadis Riwayat Al-lmam Muslim)
Jadi, mari kita saksikan bangunan-bangunan yang bakal muncul dan didirikan di Mekah ini:
Mekah Dahulu
Mekah 2009 
Pelan Pembangunan Mekah
Dan yang dibawah ini adalah gambar banguna Abraj Al-Bait yang masih dalam pembinaan di Mekah sekarang:
Pembangunan Pencakar Langit
Gambaran Artis Berkomputer tentang bangunan dan Kaabah
Emaar Residences
Jadi, kesimpulannya, apa pandangan korang semua tentang pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit ni..lagi-lagi apabila  bangunan tu dibangunkan di Mekah. Okaylah, kalau rajin…korang komen la sikit bagi pandangan…emm..pada entri akan datang, kalau ada masa aku buat kenapa diorang buat bangunan tinggi-tinggi camni…stay tuned!!!

Tiada ulasan: