Kalaulah benar bagai didengar suatu yang malang diantara yang malang. Itu hak mereka menyokong kerana kita negara demokrasi. Teman juga menyokong dengan pindaan dan berlapik.
Gamaknya ramei juga ahli puteri ini yang terlibat kot. Teman teka aje.
Gamaknya ramei juga ahli puteri ini yang terlibat kot. Teman teka aje.
Dalam kes denggi pula Kementeriaan Kesihatan jalankan kempen ` Cegah sebelum parah ` ataupun ` Tiada aedes tiada denggi ` yang menunjukkan semangat membasmi atau mencegah penyakit sebelum terkena. Bukannya dah parah baru mengubatinya.
Nampaknya dalam kes remaja hamil ini dah berlaku ataupun dah bunting baru merawat. Seolah – olah satu lagi projek kebanggaan negara. Peluang pekerjaan nampaknya terbuka kepada yang berminat.
Inilah akibatnya apabila sebuah negara tidak menitik beratkan agama meletakkan agama dalam majlis dan perayaan tertentu sahaja. Terkadang – kadang kita perhatikan [ dengan izin ] dalam pentadbiran pejabat agama pun bukan agama yang mentadbirkan pejabat tetapi namapaknya pejabat yang mentadbirkan agama.
Jika di Amerika terdapat kumpulan – kumpulan anak diluar nikah ini bangga bersimbolkan ` toncang atau rambut berekor ` sebagai indentiti mereka dan manakala di barat pula satu kumpulan lagi yang terdiri daripada pelacur – pelacur bersimbolkan ` rantai dikaki `malah mereka mempunyai persatuan yang kuat membina hak mereka dalam negara. Adakah ini yang kita impikan.
Budaya ini sebenarnya sudah menjadi trend dan ikutan remaja Melayu di negara ini. Malah lebih teruk daripada yang punya teruk.
Itu di negara barat atau negara kafir, tetapi dalam sebuah negara kita yang dikatakan bercirikan Islam mestilah meletakkan panduan Al – Quran dalam menyelesaikan kemelut manusia. Kenapalah semangat ini kita ingkari. Siapakah kita untuk mempertikaikan hukum Allah.
Kita bayangkan nak tanggung kos pengurusan pusat – pusat tahanan dan pemulihan dadah di seluruh negara pun terpaksa memperuntukkan belanja yang tinggi dan bermasalah.
Teman teringat seorang kawan teman yang bernama Hafez, dia kata semasa disekolah dulu ada seorang guru lelaki selalu mengusik pelajar yang lembab buat home work yang diberinya, guru iti selalu menyebut `` itulah orang suruh kahwin tak dak kahwin` dan didapati guru itu sebenarnya masih belum kahwin – kahwin lagi sedangkan anak – anak muridnya dulu semua dah berkahwin.
Ada satu cerita nama pun cerita kisah dulu –dulu dan orang dulu – dulu suka sangat menyakat pengantin….kadang – kadang tetamu dan keluarga dah balik pengantin dipaksa menyuci periuk belanga dan sebagainya. Lain pula cerita ini dimana keluarga pengantin perempuan tidak menyediakan bilik khas pengantin….so malam itu pengantin tercari – cari atau loghat Kualenya `cheroye - cheroye ` mana pulak isteri aku ni…tiba- tiba pengantin lelaki melihat satu sinar cahaya dan ada objek ditepinya…lalu pengantin lelaki itu pergi kearahnya dan mengaulinya dan membelai rambutnya….tiba – tiba dia terkejut dimana orang yang dibelainya itu bukanlah isteri yang baru dinikahinya ditengahari tadi, tetapi mak mertuanya yang bertitle janda…..lalu mak mertuanya berkata pula ` takpa Nak langsungkan le…` bertuah punya menantu anak dapat dan mak mertuapun dapat.
Ini cerita namapun cerita. Menunjukkan bahawa umNO dan kerajaan nak buat sesuatu mestilah dengan ilmu yang berlandaskan wahyu Ilahi dan bukannya nafsu.
Mengikuti semangat ini teman mengucapkan Selamat Datang Ke Sekolah Khas Remaja Hamil atau ringkasnya SKRH.
Ihsan khalil samad blog...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan