SANTAPAN ROHANI BULAN RAMADHAN
1. Peringatan dari langit
Sabda Rasulullah SAW :
إِذَا كَانَتْ أَوّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ وَنَادَى مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ. وَيَا بَاغِيَ الشّرّ أَقْصِرْ. وَلِلّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النّارِ. وَذَلِكَ فِي كُلّ لَيْلَةٍ
- Riwayat Al-Khamsah
Maksudnya : Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit) menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah, bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap malam.
2. Wasiat Rasulullah SAW.
Hakikat sebenar bulan Ramadhan dan kebesarannya. Rasulullah SAW telah memberi wasiat di akhir khutbah baginda , berbunyi :
... واستكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون بِهِمَا ربكم وخصلتين لا غناء بكم عنهما . وأما الخصلتان اللتان ترضون بِهِمَا ربكم : فشهادة أن لا إله إلا الله وتستغفرونه . وأما اللتان لا غناء بكم عنهما فتسألون الله الجنة , وتعوذون به من النار . ومن سقى صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظماء بعدها حتى يدخل الجنة
Maksudnya : Perbanyakkanlah beramal di dalam bulan Ramadhan dalam empat perkara. Dua perkara untuk kamu beroleh keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu tidak boleh terlepas darinya. Adapun dua perkara yang kamu beroleh keredhaan Allah ialah kesaksian kamu (syahadah) " لا إله إلا الله" dan kamu beristighfar kepada-Nya. Dan dua perkara yang kamu tidak boleh terlepas darinya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan memohon berlindung dengan-Nya dari neraka. Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa (ketika berbuka) Allah akan memberi minum kepadanya air dari kolamku sebagai air minum yang tidak akan dahaga lagi selepas meminumnya sehingga dimasukkannya ke dalam syurga.
3. Penghayatan wasiat
Penghayatan dari wasiat di atas sebagaimana berikut :
- Perbanyakkan bermalam di dalam bulan Ramadhan berzikir " لا إله إلا الله".
- Perbanyakkan beristighfar di dalam bulan Ramadhan dengan mana-mana lafaz istighfar, juga perbanyakkan bertaubat dari dosa.
- Perbanyakkan berdoa memohon syurga di dalam bulan Ramadhan juga perbanyakkan berdoa berlindung dari neraka.
- Memberi makanan atau minuman berbuka kepada orang berpuasa adalah besar pahalanya.
4. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan.
Rasulullah SAW menarik perhatian umat-umatnya supaya berusaha mendapatkan gandaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan , di antaranya menghidupkan malam-malamnya, sebagaimana sabda baginda :
مَنْ قامَ رَمَضانَ إِيماناً واحْتِساباً غُفِرَ له ما تَقدّم مِنْ ذَنْبِه
- Diriwayatkan oleh Bukhari-
Maksudnya : Barangsiapa yang menghidupkan (malam-malam) bulan Ramadhan (dengan berbuat amal) sepenuh keimanan dan mencari pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu.
5. Bagaimana hendak dilakukan
Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan boleh dilakukan sekurang-kurangnya :
- Mengikut pendapat Al-Syaukani : Ialah dengan, atau semata-mata sembahyang yang memberi maksud menghidupkan malam dengan beramal malam (Qiamullail).
- Mengikut pendapat Imam An-Nawawi : Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan berhasil dengan sembahyang terawih, kerana Qiam Ramadhan tidak berlaku melainkan dengan sembahyang terawih.
6. Sebaik-baik peluang
Tiap-tiap orang mukalaf yang melakukan dosa wajiblah bertaubat segera di dalam bulan Ramadhan dan sebaik-baik peluang untuk bertaubat. Keperluan bertaubat sebagaimana berikut :
- Menyesal daripada pekerjaan dosa yang telah dikerjakan.
- Meninggalkan pekerjaan dosa itu dengan kehendak sendiri.
- Berazam tidak hendak kembali selama-lamanya berbuat dosa.
- Benci kepada perbuatan dosa sebagaimana benci kepada racun.
- Memperbanyakkan beristighfar kepada Allah.
7. Praktik bertaubat
Bertaubat dipraktik atau dilakukan sebagaimana berikut :
- Menyebut dengan lidah : Iaitu mengaku berlaku zalim dengan menyebut :
رَبِّ , ظَلَمْتُ نَفْسِيْ , وَعَمَلْتُ سُوْءَ فَاغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِي
Maksudnya : Tuhanku, ku telah menzalimi diriku, ku telah melakukan kejahatan, maka ampunilah segala dosaku.
Dan juga dengan beristighfar (menyebut mana-mana Istighfar).
- Melakukan dengan anggota iaitu berbuat sebarang amalan ketaatan kepada Allah, bersedekah dan jenis-jenis ibadat yang lain.
Mengikut atsar Sahabat cara bertaubat yang lebih kepada mendapat keampunan daripada Allah apabila diikuti dengan lapan amalan, empat daripadanya amalan hati dan empat lagi amalan anggota.
Empat daripada amalan hati :
1. Taubat yang disebatikan dengan azam.
2. Kerelaan hati membuang dosa.
3. Menimbulkan perasaan takut kepada seksa di akhirat.
4. Menaruh harapan mendapat keampunan Allah.
Empat daripada amalan anggota :
1. Sembahyang sunat Taubat dua rakaat.
2. Beristighfar kepada Allah 70 kali (selepas salam).
Dan mengucapkan (100 kali)"سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ"
3. Memberi sedekah.
4. Berpuasa satu hari (selain puasa bulan Ramadhan).
(Ihya' Ulumuddin , Juzu' 12, M/s 2145)
Kata Imam Ghazali Rahimahullah, kata setengah hukama' : Sesiapa yang diberi oleh Allah empat perkara nescaya tiada ditegahkan daripada empat perkara :
- Sesiapa yang diberi oleh Allah akan syukur, nescaya tiada ditegahkan tambahan nikmatnya.
- Sesiapa yang diberi oleh Allah akan taubat, nescaya tiada ditegahkan kebajikan.
- Sesiapa yang diberi oleh Allah musyawarah, nescaya tiada ditegahkan kebenarannya.
(Hidayah As-Salikin fi Suluk Maslak Al-Muttaqin m/s 262)
8. Taubat meninggalkan yang fardu
Jika dosa yang berhubung dengan meninggal yang fardu seperti sembahyang, puasa, zakat maka hendaklah segera qadha', bahkan hendaklah diutamakan qadha' yang fardu dari mengerjakan amalan-amalan sunat. Ini berlainan dengan sunat di bulan Ramadhan, kerana sunat terawih yang berpahala besar, juga sunat muakkadah tidak patut ditinggalkan.
9. Taubat dosa yang bersangkut dengan manusia.
- Jika doa itu yang berkaitan dengan harta benda hendaklah dikembalikan kepada empunyanya. Jika yang empunya harta benda itu sudah tiada lagi maka hendaklah harta itu dibuat kebajikan atau disedekahkan dengan meniatkan pahala bagi empunyanya.
- Jika yang berkaitan dengan mengumpat dan mencabuli kehormatan hendaklah minta halalkan dari yang kena umpat dan yang kena cabul.
- Jika dosa membunuh hendaklah menyerahkan diri kepada warisnya yang kena bunuh / minta halalkan.
- Jika dosa meluka / mencedera hendaklah membayar ganti rugi / minta halalkan jika ia masih hidup.
10. Taubat dosa yang bersangkut paut dengan binatang.
Mintalah keampunan dengan Allah, kerana Allah sahaja yang mengampun dan Dialah (Allah) yang menjadikan binatang.
11. Rintihan dalam bertaubat.
Iringilah dalam bertaubat doa rintihan berikut :
اللَّهُمَّ مَغْفِرَتَكَ أَوْسَعُ مِنْ ذُنُوْبِنَا
" Hai Tuhanku ! Keampunan Engkau terlebih luas daripada segala dosa kami"
وَرَحْمَتَكَ أَرْجَى عِنْدَنَا مِنْ أَعْمَالِنَا
" Dan rahmat Engkau dan kasihan Engkau lebih besar daripada harapan kami kepada amalan kami"
وَكَرَمَكَ وَجُوْدَكَ مَسْبُوْلٌ عَلَيْنَا وَعَلَى الْمُذْنِبِيْنَ
" Dan kemuliaan Engkau dan kemurahan Engkau terlepas dan terhampar ke atas kami dan ke atas hamba Engkau yang berdosa"
12. Contoh istighfar Nabi SAW.
الّلَهُمّ اغْفِرْ لِي خَطِيْئَتِي وَجَهْلِي. وَإِسْرَافِي فِي أَمْرِي. وَمَا أَنَتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. الّلَهُمَّ اغْفِرْ لِي هَزْلِي وَجِدِّي. وَخَطَئِي وعَمْدِي. وَكُلُّ ذَلِكَ عِنْدِي. الّلَهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ. وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ. وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ. وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Ya Allah ! Ampunilah daku kesalahanku, kejahilanku dan perbuatanku yang melampau-lampau, dalam urusanku, dan perkara yang Engkau lebih tahu daripadaku. Ya Allah ! Ampunilah daku sendaanku, kesungguhanku, salahku dan sengajaku, semuanya itu dariku. Ya Allah ! Ampunilah daku dosaku yang telah kulakukan dahulu dan yang akan kulakukan kemudian, dosaku yang tersembunyi dan yang nyata padaku dan dosa yang Engkau lebih mengetahui dariku. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Engkaulah ya Allah, berkuasa ke atas segala sesuatu.
13. Doa menyambut ketibaan bulan Ramadhan
اللّهُمَّ أَهْلِهُ عَلَيْنَا بالأَمْنِ وَإِلايمَانِ والسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَمِ وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى. رَبُّنَا ورَبُّكَ اللهُ
Maksudnya : Ya Allah ! Jadikanlah kedatangan (Ramadhan) ke atas kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, menyerah diri (dengan agama Islam) dan mendapat taufik bagi perkara yang Engkau suka dan Engkau redha. Tuhan kami dan Tuhan engkau (bulan) ialah Allah.
14. Ucapan setelah di isytihar puasa bulan Ramadhan.
هِلاَلٌ خَيْرٍ وَرُشْدٍ آمَنْتُ بالّذِيْ خَلَقَكَ
Maksudnya: Anak bulan kebajikan dan anak bulan petunjuk, ku beriman dengan Engkau (Allah) yang telah jadikan.
15. Lafaz niat puasa Ramadhan.
نَوْيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءٍ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala.
16. Doa berbuka puasa.
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ
Maksudnya : Ya Allah untuk-Mu ku berpuasa dan atas rezeki-Mu ku berbuka.
17. Doa berbuka puasa bersama keluarga / beramai-ramai.
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَعَلَى رِزْقِكَ أفْطَرْنَا , فَتَقَبَّلَ مِنَّا ، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ
Maksudnya : Ya Allah, untuk-Mu kami berpuasa dan atas rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
18. Doa ketika menerima sesuatu pemberian.
بَارَكَ اللهُ لَكَ فِيْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ
Maksudnya : Allah memberi berkat kepadamu, pada ahli keluargamu dan harta bendamu.
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Maksudnya : Allah sahaja yang membalas dengan sebaik-baik balasan.
19. Ucapan di kala terlintas di dalam hati sesuatu yang tidak baik / perasaan marah.
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
Maksudnya : Ku berlindung dengan Allah dari syaitan yang kena rejam.
20. Ucapan Apabila terlanjur melakukan kesalahan dosa.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ
Maksudnya : Ku memohon ampun dengan Allah yang Maha Besar.
21. Ucapan apabila dilempar kata-kata kesat / kata-kata tidak sopan
إِنِّيْ صَائِمٌ , إِنِّيْ صَائِمٌ
Maksudnya : Sesungguhnya ku orang yang berpuasa (dua kali)
22. Ucapan apabila menghadapi sesuatu yang tidak disenangi.
اَلْحَمْدُ ِللهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah atas segala keadaan.
23. Bacaan ketika sujud tilawah / sujud sejadah.
سَجَدَ وَجْهِي للّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِوَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أحْسَنُ الخَالِقِينَ
Maksudnya : Telah sujud muka dan seluruh diriku kepada Allah yang telah mencipta dan membentuk rupanya, juga yang telah mencipta pendengaran dan penglihatannya (dengan perantaraan telinga dan mata). Dengan kuasa Allah jualah (pendengaran dan penglihatan terpelihara dengan selamatnya). Maha suci Allah sebaik-baik pencipta.
24. Bacaan ketika sujud syukur.
الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي عَافَانِي مِمّا ابْتَلاَنِي , وَفَضَّلَنِيْ عَلَى كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ تَفْضِيلاً
Maksudnya : Segala puji dan syukur kepada Allah telah memberikan kesihatan kepadaku dan apa yang diuji kepadaku dan telah memberikan banyak kepadaku dari kalangan hambanya yang ramai.
25. Doa sepanjang bulan Ramadhan / untuk mendapat Lailatul Qadar.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ
Maksudnya : Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun , Mulia, suka memberi keampunan, maka ampunilah dosaku.
26. Doa selepas membaca Al-Quran.
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا بِكُلِّ حَرْفٍ مِنَ الْقُرْآنِ حَلاَوَةً , وَبِكُلِّ كَلِمَةٍ كَرَامَةً , وَبِكُلِّ آيَةٍ سَعَادَةً , وَبِكُلِّ سُوْرَةٍ سَلاَمَةً , وَبِكُلِّ جُزْءٍ جَزَاءً . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Maksudnya : Ya Allah ! Kurniakanlah kepada kami setiap huruf dari Al-Quran kemanisan iman, setiap kalimah Al-Quran kemuliaan, setiap ayat Al-Quran kebahagiaan, setiap surah Al-Quran keselamatan, dan setiap juzuk Al-Quran balasan. Dan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga baginda dan para sahabat kesemua.
27. Uswah untuk kaum wanita.
Jadikanlah di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Uswah / ikutan daripada amalan Siti Fatimah bt. Rasulullah SAW. yang diamalkan ketika hendak tidur, iaitu :
Baca
33 Kali : سُبْحَانَ اللهِ
33 Kali : اَلْحَمْدُ ِللهِ
33 Kali : اَللهُ أَكْبَرُ
Kelebihan (fadhilat).
- Dapat mentadbir rumah tangga dengan baik dan teratur.
- Dapat melahirkan ahli keluarga bahagia dan bertakwa kepada Allah.
- Dapat membentuk suri rumah yang soleh.
Sekian .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan