Rabu, 20 Jun 2012

PERIHAL SYAITAN


Iblis adalah keturunan makhluk Jin dan merupakan musuh kepada makhluk manusia semenjak beliau dilaknat oleh Allah,
akibat dari kesombongan beliau yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam.

Bermula daripada sangkaan buruk Iblis terhadap penciptaan Nabi Adam,
sehinggalah akhirnya beliau menaruh dendam terhadap keturunan Nabi Adam (iaitu manusia hari ini) ,
dan berjanji untuk menyesatkan seluruh keturunan manusia ini sehinggalah ke hari kiamat.
(hari itu akan tiba tak lama lagi melalui tanda-tanda di sekeliling kita)
Inilah musuh-musuh ALLAH yang tak pernah putus asa untuk menyesatkan keturunan manusia terutamanya Umat Islam (kerana penganut agama ini masih di jalan yang benar),
dan di antaranya adalah Iblis, Syaitan, Dajjal dan kuncu-kuncunya yakni Yahudi dan Nasrani.

'Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu,
maka jadikanlah ia musuh(mu),
karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghunineraka yang menyala-nyala'.
Al-Quran
Surah Al-Fathir
Ayat 6

Di dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud:
"Iblis menjawab:
“Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat,
aku benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”
Kemudian aku akan mendatangi mereka dari arah hadapan dan dari belakang,
dari kanan dan dari kiri mereka.
Dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka tidak bersyukur.”
Al-Quran
Surah Al-Araf
Ayat 16-17

'Hai anak Adam !
Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan,
sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu-bapa kamu (Adam dan Hawa) dari syurga,
ia menanggalkan kedua-duanya pakaiannya untuk memperlihatkan kedua-dua auratnya.
Sesungguhnya dia ( Iblis ) dan pengikut-pengikutnya (Syaitan) melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.
Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.'
Al-Quran
Surah Al Araf
Ayat 27

Tiada ulasan: