Rabu, 20 Jun 2012

Apa itu Black Hole?


(Antara Takwa dan Fatwa ada Black Hole)

Katakan pada suatu hari, semua manusia dalam dunia ni berkumpul di satu padang yang besar, sehingga membentuk satu Ijtimak atau Muktamar yang paling besar dalam sejarah manusia pernah di adakan seumpama dengannya, dan maksud perhimpunan itu adalah tak lain tak bukan, hanya dengan satu tujuan sahaja, iaitu untuk menunjukkan taat setia pada Allah…,

Lalu, apa akan jadi?

Maka sedikitpun, darjat Allah tak akan bertambah naik atau kebesaran Allah akan bertambah hebat kononnya dek kerana korang dah insaf, kerana secara hakikat, Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. kita semua kena faham tu!

Ok, aku bagi contoh lain pulak, katakan pada suatu hari, semua raksasa berkumpul untuk mengadakan sebuah perhimpunan raksasa yang paling besar, err, maksud aku, perhimpunan seluruh manusia sehingga mampu membentuk sebuah pakatan rakyat yang besar, atau membentuk sebuah kerajaan persekutuan yang baru, atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, dan maksud perhimpunan itu adalah untuk menunjukkan kepada Allah, bahawa semua pakatan rakyat atau kerajaan persekutuan tadi (atau apa apa saja nama kumpulan korang nak taruk, lantaklah,) lalu berkumpulnya mereka semua dengan satu tujuan yang lain pulak, iaitu untuk Derhaka pada Allah…

Lalu, apa akan jadi?

Maka sedikitpun, darjat Allah tidak akan bertambah turun atau kebesaran Allah akan bertambah lemah kononnya dek kerana korang yang pakat-pakat mendehaka, kerana secara hakikat, Allah tidak perlu langsung kepada sebarang sekutu untuk menjadi bertambah kuat dan sesungguhnya, tiada satupun sekutu yang mampu mudaratkan Allah, langsung tak boleh!! Ketahuilah, tiada satupun yang setara dengaNya! Allah sudah berada pada darjat yang paling tinggi dan tiada yang tinggi lagi, sama ada korang sembah atau derhaka pada Allah, Allah tetap Maha Hebat , dulu kini dan selamanya.. korang dan aku kena faham tu!

Ok, sekarang, aku nak bagi lebih gempak, bagaimana jika perhimpunan raksasa tadi yang korang nak namakan sebagai pakatan rakyat atau kerajaaan persekutuan atau apa sahaja nama lantak koranglah nak taruk, maka apa kata jika perhimpunan itu tadi juga disertai oleh semua bangsa jin dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?

Ok, tak cukup lagi, apa kata jika semua bintanang juga di beri akal dan turut sama dalam perhimpunan itu, lalu apa akan berlaku?

Tak cukup lagi?, aku tambah pulak dengan semua malaikat dari tujuh langit juga terut berkumpul sama manusia dan jin lalu membentuk satu pakatan yang paling besar dalam sejarah cakerawala, dengan tujuan yang sama, iaitu untuk derhaka pada Allah, maka apa akan jadi?

Oh lupa, makluk yang dah lama derhaka pada Allah tak kan tak joint pulak, maka semua iblis dan syaitan juga terut sama hadir bagi menjayakan rangcangan derhaka pada Allah secara besar-besaran..

Sekarang, apa yang akan Allah buat?

Tak payah jawab, mana boleh bercakap waktu khutbah?, habis batal pahala jummaat karang..

Straight to the point, Korang pernah dengar tak kisah seorang Nabi yang dapat berdialog dengan Allah?, lalu tanya soalan macam macam yang dah aku tulis dalam entry “Tanya sama tuhan”.

Baik, ada satu soalan tercicir yang lupa aku nak tulis hari tu jadi aku tulis hari ni,

Soalannya adalah berbunyi begini lebih kurang:-

Wahai Allah, Seandainya semua makhluk ciptaanMu derhaka terdapapMu, iaitu JIbrail, Mikail dan semua malaikat derhaka padaMu, termasuk semua manusia dan jin, termasuk matahari dan alam, apakah yang Kamu akan buat wahai Allah?

Maka jawapannya panjang, dan aku cuba ringkaskan, yang mana Allah berfirman lebih kurang maksudnya, ekoran dari peristiwa menderhakanya semua mahkuk Allah, iaitu manusia, jin, syaitan dan makalaikat, termasuk matahari dan alam, maka Allah akan lepaskan satu ekor binatang yang paling besar dalam sejarah cipatan Allah.

Lebih besar dari brontosaurus, lebih besar dari Godzilla, lebih besar dari Cloverfeild, malahan binatang itu jauh lebih besar dari bumi ini!!

Lalu binatang ini akan muncul dan menelan semua manusia, syaitan, iblis dan jin…, oh ye, aku lupa nama binatang ni, tapi nak mudahkan cerita, oleh sebab binatang ni telan semua benda, aku namakan binatang ini dengan nama “ Si Black Hole”…

Baik, sebelum aku cerita kisah Si Black Hole ini dengan lebih detail, aku nak cerita sikit kisah dalam hadith yang aku ingat-ingat lupa yang mana ada menceritakan akan betapa besarnya Malaikat ciptaan Allah, satu sayap malaikat Jibrail sahaja dah mencakup timur dan barat, sedangkan malaikat jibrail ada 99 pasang sayap, itu belum lagi cerita betapa besar Malaikat Mikael yang bagi rezeki, dan betapa besarnya malaikat Israfel yang meniup angin Sangkakala yang mana di ceritakan malaikat Jibrail dan malaikat Mikael boleh masuk dalam serunai Sangkakala, bayangkan betapa besarnya malaikat Irafel, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Lepas tu ada lagi malaikat yang lebih besar dari malaikat israfel, yang mana waktu Sangkakala ditiupkan, habis semua manusia, jin syaitan dan para malaikat mati, tapi ada malaikat yang tak mati dan langsung tak terjejas mendengar tiupan Sangkala, iaitu lapan malaikat yang memikul Arasy Allah, maka malaikat ini hanya akan mati dengan cara di cabut nyawanya oleh malaikat maut satu persatu, bayangkan betapa besarnya depalan malaikat pemikul Arasy ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Dan akhir sekali Malaikat Maut, Malaikat yang paling akhir mati dalam alam ini, yang mana beliau akan mencabut nyawanya sendiri yang mana apabila di cabut nyawanya, maka terdengarlah jeritan suara kesakitan Malaikat Maut di seluruh alam yang mana Frekuensi suaranya adalah lebih kuat dari tiupan Sangkakala yang mana seandainya masih ada makhluk yang tidak terjejas dengan tiupan Sangkakala, maka akan mati jua makhluk itu sebaik sahaja mendengar jeritan Malaikat Maut, bayangkan betapa besarnya malaikat Izrael ini, tapi, sebesar besar malaikat ini punya besar, pun di makan juga oleh Si Black Hole tadi.

Dan Si Black hole ini, dengan pepatah melintah patah membujur lalu, maka terus Si Black Hole akan menelan apa sahaja, bumi, bulan, bintang, matahari dan galaksi dan seluruh cakrewala.., dan Si Black Hole ini menelan malakaikat tadi bukan satu persatu wahai tuan tuan dan puan puan sekalian, tapi Si Black Hole ini akan menelan semua malaikat, jin, syatan, iblis, manusia matahari dan alam hanya dengan satu suapan sahaja!!!

SATU SUAPAN SAHAJA!

Maka takutlah kamu wahai manusia akan kehebatan dan kebesaran Allah!!!

Maka Nabi Musapun menjadi bertambah takut kepada Allah setelah mendengar certa itu, lalu Nabi Musa a.s bertanya lagi,

"Bolehkan aku melihat binatang itu?”

Allah menjawab,
“Kamu tidak akan sanggup melihatnya..

Nabi Musa a.s kemudian bertanya lagi,

“Di manakah binantang ini di simpan?"

Allah menjawab,
“Aku pelihara binatang ini di salah satu padang-padang ternakkanKu..”

Maka mengelantarlah Nabi kerana takutkan Allah…

*******

Baik, sekarang aku nak cerita sikit akan perbezaan antara TAKWA dan FATWA.., kita tinggalkan sekejap kisah Si Black Hole itu..

Aku tengok akhir zaman ini, ummat islam ramai yang tahu Fatwa tapi tak ramai yang tahu Takwa..

Tanda orang yang tahu Fatwa tapi tak tahu Takwa.., adalah orang yang perasan bagus, Ajub dan rasa dirinya selamat dari Azab Allah..

Puak puak ni jika sibuk dengan urusan dunia sikit, terus lengahkan solat, lepas tu bila kita nasihat mereka, terus dengan yakinnya akan berhujah dari segi Fatwa, contoh:, solat zohor masih sah jika dibuat jam 3 petangpun, atau kalau lapar makan dulu, tak payah pergi solat jemaah sebab ada hadith itu ini begitu begini..

Bro, betullah apa yang kau cakap dari segi fatwa, tapi jika kau bercakap dari segi takwa, maka kau akan menangis jika terpaksa solat lengah lengah, kau akan solat dengan gementar sebab kau dah tinggal sunnah Nabi.. tapi sebab kau perasan bagus, Ajub dan rasa diri kau selamat dari Azab Allah.. maka selamba kau tinggal solat jemaah tanpa sedih sedikitpun, selamba kau solat lengah-lengah macam solat tu tak sepenting basuh tahi di punggung kau, sebab kau mana pernah lengah lengah basuh tahik lepas berak bukan? Yang mana jika lepas berak air takde, kau akan usaha jugak cari air atau tisu, tapi solat kau selamba lengah dengan alasan badan berpeluh, nak makan, nak tegok TV jap, tak ke bangang?!

Maka, janganlah jadi Mat Fatwa, tapi jadilah hamba ALLAH yang bertakwa, takut dan harap kepada Allah, kalau korang nak tahu, sahabat nabi jika tertinggal takbir pertama bersama imam, dah menangis, tapi korang bukan tertinggal takbir pertama, kalau zohor seratus rakkat, takbir ke 99pun korang tertinggal, tapi masih perasan bagus, Ajub dan rasa diri kau selamat dari Azab Allah.. lalu bagi Fatwa solat jam 4 petangpun sah, tak ke hampeh?

Itu baru bab solat, bab lainpun korang akan selamba meninggalkan sunnah buat bidaah, dan lepas tu berfatwa konon apa yang kau buat tu Allah redha, sedangkan jika kau orang bertakwa, kau akan sedih meninggalkan sunnah nabi dan akan bertaubat atas setiap bidaah yang kau buat..

Bila orang ajak keluar berdakwah, korang akan bagi alasan nak jaga anak bini, atau ada kerja banyak sebab kerjapun ibadat, lalu kau menyindir pulak para pendakwah sebab korang perasan bagus, Ajub dan rasa diri korang selamat dari Azab Allah.. padahal zaman Nabi memang betul ada orang yang tak dapat keluar jalan Allah sebab mak sakit atau ada keuzuran, tapi hati mereka pecah menangis kerana tak dapat bersama nabi, sebab mereka ada takwa, tapi korang yang ada fatwa, selamba tinggalkan kerja dakwah sebab nak jaga isteri kerana ada hadith jaga isteri bla bla bla.., sedangkan jika korang benar benar bertakwa, korang akan menangis takut kepada Allah, dan cari kesalahan diri akan apa sebabnya aku tak terpilih untuk keluar di jalan Allah, bukan perasan bagus, dan rasa selamat dari Azab Allah, lalu layan Astro kat rumah.., tak ke hampeh?

Bila masuk bab couple dan aurat pun sama, korang berhujah bab fatwa, sekarang akhir zaman, itu ini begitu begini, tapi cuba korang berhujjah dengan fatwa, takdenya korang nak rasa aman dari azab Allah, wanita yang terbaik bukan setakat lelaki tak dapat lihat dia (sebab aurat tutup) tapi diapun tak dapat llihat lelaki,.. (sebab menutup pandangannya) faham tak?

Bila masuk bab politik pulak, korang selamba mengumpat atau nak menyedapkan cerita tokok tambah sikit supaya pihak yang satu lagi malu dan maruahnya jatuh, kalau aku tegur kau terus korang akan bagi fatwa, boleh mengumpat pempimpin, boleh kita berstrategi, bla bla bla..

Staretegi kepala hotak kau!, kalau korang orang yang bertakwa, korang akan takut dengan azab Allah, dan korang akan takut dengan setiap patah perkataan yang kau tuturkan, korang akan bertaubat kerana kafirkan orang, tapi yelah, dah kau Mat Fatwa yang perasan bagus dan rasa diri selamat dari Azab Allah.., siapa lagi yang layak nasihat kau?

Aku tahu korang suka majlis Fatwa, seperti berusrah cari ayat quran untuk fatwakan apa yang korang buat itu betul sambil perasan bagus, atau berseminar cari fatwa untuk relevenkan bidaah, atau berdebat atau berceramah cari hujjah yang sesuai dengan nafsu, atau tulis blog kutuk orang sana sini, semua tu best sebab tidak banyak memerlukan pengorbanan…, tapi takwa tidak akan dapat melalui jalan yang mudah..

Untuk dapat Takwa, carilah KEKURANGAN pada amalan yang telah di buat, kekurangan dalam ikhlas, kekurangan dalam tawajjuh kepada Allah, kekurangan dalam kekhusyukkan solat, kekurangan dalam menjaga adab dan Sunnah Nabi SAW…

Sahabatku!

Gembira dan selesa dengan amalan yang telah di buat tanpa meneliti kekurangannya adalah seperti seorang musafir yang berjalan ke suatu tempat, tetapi sebelum sampai ia telah gembira melihat ke belakang semata mata kerana telah jauh berjalan, padahal hakikatnya, perjalanan masih jauh lagi, maka carilah kekurangan dalam amalan yang telah di buat. Fikirkanlah cara untuk membaiki dan mengganti kekurangan amalan agar dapat di sempurnakan pada masa akan datang.., itulah jalan Takwa!

Sibuk dalam suatu kerja sudah tentu akan meninggalkan kesibukkan untuk kerja yang lain. Maksudnya apabila sibuk dalam suatu pekerjaan sudah tentu akan mengabaikan kerja-kerja yang lain. Semakin sibuk seorang dalam sesuatu kerja maka semakin tipis kesempatan untuk buat kerja lain...

Sebagai contoh, Bila korang sibuk kerja cari duit nak bayar hutang kereta dan rumah, maka banyak sunnah Nabi yang terabai, solat jemaah di tinggalkan, masjid jadi kosong, orang maksiat tidak di dakwah, orang jahil ugama tidak di ajar mengenal akhirat.., atau contoh lain, Bila korang sibuk nak tegakkan negara islam, maka banyak juga sunnah Nabi yang terabai, pertama korang dah berjuang guna sistem majoriti, lepas tu maki orang sana sini, jika dulu Nabi pesan alihkan kayu di tangah jalan sebagai tanda selemah lemah iman, tapi sekarang korang dah sesekkan jalan raya sesak sebab banyak buat demontrasi.., dah nyusahkan orang dan peniaga..

Maka untuk itu, Syariat mengajarkan bahawa setelah selesai suatu pekerjaan yang ‘baik’, hendaklah di akhiri dengan istighfar., rahsianya mungkin ketika sedang sibuk dengan suatu kerja maka pada masa itu kita tidak dapat membuat kerja baik yang lain. Ketika hati dan fikiran tertumpu kepada sesuatu pekerjaan maka hak kerja lain tidak lagi dapat di perhatikan. Oleh itu, setiap islam harus beristighfar ketika beramal dan sesudah beramal sebagai kewajipan diri sendiri.

Lepas solapun kita kena beristigfar apatah lagi lepas buat benda yang Nabi tak buat!

Baru datang sifat takwa.., dan bila ada takwa, baru layak buat fatwa, bak kata satu riwayat:- "Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".

Maka, Hati ini akan jadi mufti yang betul, dan bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka dengan sifat takwa, kerana sifat Nifak dan sifat munafik iaitu ajub dan perasaam aman dari azab Allah, adalah kebutaan pada hati. Bila hati buta, fatwa tidak berguna lagi..oh!

Maka, bertaubatlah dengan penuh perasaan takwa, dan andai kata korang rasa diri tak bersalahpun, masih juga kena beristigfar dalam setiap amalan sunnah kerana masih banyak kekurangan, semua tahu sudah, lalu untuk bidaah, lagi banyak kena beristigfarlah walaupun ‘bidaah hasanah’…

Takutlah Allah, bertakwalah..

Dan tanda korang betul betul takut pada Allah, sampai satu tahap, korang sanggup jika tidak menjadi manusia kerana takutnya hari penghisaban..

Aisyah isteri Nabi kerana takutkan Allah, pernah berkata:


“Alangkah baik sekiranya aku sebatang pokok, maka aku akan sibuk bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat nanti..”


Ada jugak beliau berkata:-


“Alangkah bagusnya jika saya seketul batu,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai daun,”

“Alangkah baiknya jika saya sehelai rumput,”


Hazrat Umar r.a kerana takutkan Allah pula, pernah berkata:


“Alangkah baiknya jika saya sehelai jerami,”

“Alangkah baiknya jika saya tidak di lahirkan oleh ibuku..,!!”


Hazrat Abu Bakar r.a yang telah di jamin shurga, lelaki paling afdal selepas para Nabi a.s, namun kerana takutkan Allah pula pernah berkata:


“Alangkah baiknya jika aku sebatang pokok yang di tebang..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang di makan lembu..”

“Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan orang Mukmin..”


Pada suatu ketika yang lain, ketika Abu bakar R.A masuk ke kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk, beliau menghela nafas keluhan yang panjang lalu berkata:


“Betapa gembiranya hidupmu wahai binatang, kamu makan dan kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan pokok-pokok, dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Abu Bakar seperti kamu.."

Nampaknya orang yang bertakwa pada zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi binatang asal sahaja tidak di hisab.., tapi kita hari ni takutkan Allah ada rasa takut sampai tahap nak jadi pokok, daun atau binatang?

Sebaliknya korang hari ni dah jadi binatang bukan sebab takut pada Allah, tapi jadi binatang sebab tak takut pada Allah, apa yang binatang buat, itulah yang korang buat, binatang cari rezeki, korangpun cari rezeki, binatang kahwin korangpun kahwin, binatang tak pergi masjid, korangpun tak pergi masjid, binatang tak puasa, korangpun tak puasa, binatang tak berdakwah, korangpun sama, lepas tu angan angan dapat kuasa macam binatang, nak cegah mungkar macam spiderman, batman, keluangman dan cicakman..,

Tak cukup lagi, korang berdoa pulak nak jadi binatang, mintak panjang umur macam kura kura, boleh hidup sampai 200 tahun!, lepas tu doa nak rezeki banyak macam gajah, kalau boleh nak makan1 tan seharĂ­ macam gajah, lepas tu doa nak rumah besar, pergilah duduk zoo, rumah besar, makan free, ha ha!

Lepas tu pulak belajar ilmu hitam supaya boleh terbang macam burung, boleh berjalan atas air macam labah labah, atau boleh menyelam lama lama macam katak!!

Semua nak jadi binatang!

Tapi kat akhirat tengok kambing A yang tanduk kambing B di bangkitkan dan Allah perintah kambing B yang di tanduk supaya tanduk balik kambing A, lepas tu binatang jadi tanah buat selamanya.., maka waktu tu korang sebagai manusia A yang ‘tanduk’ manusia B di juga bangkitkan, tapi korang bukan kena hisab macam kambing tadi, korang kena azab kaw kawa punya, ada yang selama-lamanya, masa tu baru mintak nak jadi binatang balik, sebab nak jadi tanah macam kambing tadi, mana boleh beb!

Kalau nak jadi binatang, jadilah binatang kerana takutkan Allah, bukan kerana tak takut pada Allah, macam Saidina Abu Bakar Ra yang takut pada Allah sehingga sanggup jika beliau hanya menjadi seekor burung..

Ini bukan soal tak bersyukur, itu bab fatwa, tapi ini soal takwa, apa lagi nak di kata?

Banyak benda aku nak tulis tapi korang faham-fahamlah sendiri, kalau korang rasa korang ada sifat perasan bagus dan rasa diri selamat dari Azab Allah.., maka bertaubatlah, berhenti kafirkan orang, ‘islamkan balik’ mereka yang dah korang kafirkan dengan amar makruf kepada mereka,

Eh?!, apsal pulak aku dah jadi macam mat fatwa pulak, dah berjangkit ke?.., baiklah, apa-apapun, aku bukan baik sangat, masih banyak yang aku kena buat untuk dapat takwa, aku kena istigfar lepas tulis setiap entry.., dan aku kena wujudkan perasaan takut, sehingga satu tahap aku kena cemburu melihat binatang yang hidup bebas tanpa takut hari pembalasan..

Oh, aku cuba takut pada ALLAH, oh, alangkah baiknya jika aku menjadi seperti Si Black Hole yang menelan apa sahaja, tanpa perlu risau hari akhirat, bolehlah aku telah korang semua!

Tiada ulasan: