Rabu, 20 Jun 2012

Kerajaan yg memerintah sekarang...


Menjelang kempen pilihan raya yang selalu menjelang,, kita akan melihat ramai penceramah dalam kalangan Umno termasuk calon yang akan bertanding sama ada dalam kalangan tokoh agama, tokoh rasuah, tokoh maksiat, tokoh hina syariat Allah dan berbagai tokoh lagi dari kalangan Umno akan berusaha mengajak rakyat sama ada dengan cara lembut, cara kasar untuk terus memberi undi kepada parti mereka.
Persoalannya, ke mana halatuju sebenar mereka dengan mengajak rakyat itu? Umno yang jelas perjuangannya bercanggah daripada al-Quran dan hadis, menolak hukum syariat Allah secara jelas dan terang, melakukan pelbagai kezaliman dan kemungkaran, meroboh masjid dan surau, merampas tanah rakyat miskin, melakukan rasuah, menyalahgunakan harta rakyat, khianat dengan amanah dan berbagai lagi.

Apakah mereka ini tidak malu kepada Allah setelah mereka tahu akibatnya jika terus menyokong Umno, segala kezaliman, kemungkaran akan berterusan, penentangan terhadap hukum Allah akan kekal?
Jika mereka berjaya menghasut rakyat supaya menyokong mereka, tidakkah ini bermakna perkara yang jelas Allah dan rasul haramkan seperti arak, judi, riba, murtad dan banyak lagi akan terus berkembang?
Inikah yang mereka cuba lakukan, iaitu dengan mengajak rakyat supaya bersama mereka untuk terus menentang Allah, menyokong kezaliman dan kemungkaran yang mereka lakukan dulu, kini dan selamanya?
Bagi mereka yang punya didikan agama dalam Umno, apakah mereka tidak rasa bersalah, rasa berdosa dengan mengajak rakyat terus menyokong Umno sedangkan mereka tahu bahawa Umnolah punca kezaliman, kemungkaran, punca hukum Allah tidak dapat dilaksanakan dan kilang arak, tempat judi, pelacuran bercambah semakin banyak? Apakah hujah mereka di hadapan Allah kelak?
Apakah mereka masih tidak faham kandungan, nasihat dan amaran Allah dalam al-Quran dan hadis habi? Atau, sememangnya mereka ini telah dibutakan hati oleh Allah dan termasuk golongan yang �istidroj�?
Apakah matlamat sebenar golongan agama ini yang dulunya menjadi ahli akademik, imam yang tidak pernah terlibat dengan parti politik tiba-tiba menjadi calon Umno? Apakah mereka lupa bahawa mereka hanya dijadikan alat sahaja bagi menghadapi pengaruh PAS?
Ingatlah jika tujuan mereka menyertai Umno untuk membetulkan Umno, untuk menegur pemimpinnya, jangan mimpilah. Yang jelas golongan agama ini juga turut terpalit dengan kezaliman, kemungkaran dan maksiat yang berlaku dalam Umno dan di bawah pemerintahan Umno.
Agamawan Umno dicemuh setelah berpolitik
Sebelum menyertai parti politik, mereka ini sangat dihormati. Tetapi, kini mereka dicemuh bahkan jika wajah mereka muncul di kaca TV, ramai yang menutup TV dan jika muncul di akhbar, wajah mereka di conteng. Percayalah, golongan agama sebenar tiada tempat dalam Umno kecuali mereka patuh mengikut telunjuk pemimpin tanpa sebarang bantahan.
Dulu, mereka berapi-api bercerita kisah nabi yang menolak tawaran golongan musyrikin dengan pangkat, kuasa dan harta, mereka bercerita bagaimana bila turun ayat yang mengharamkan arak dan judi, para sahabat memecahkan tempayan arak dan menutup tempat judi.
Kini, dengan tawaran pangkat, harta, kuasa dan gaji yang lumayan, tokoh agama ini sanggup menggadaikan maruah agama untuk bersubahat sama dengan arak, judi, kezaliman dan kemungkaran.
Mereka terpedaya dengan hasutan iblis dan syaitan, malahan mengajak pula rakyat yang jahil dan keliru untuk menyokong dan bersama-sama mereka dalam mengekalkan kemungkaran dan kezaliman serta menghalang syariat Allah dan rasul daripada dilaksanakan.
Firman Allah, "Janganlah kamu cenderung kepada golongan yang zalim, kelak kamu disambar api neraka".
Tidak pelik jika penceramah atau calon Umno yang memang sudah diketahui akhlak buruk mereka, kaki arak, kaki rasuah, kaki judi, kaki perempuan dan kaki penipu itu mengajak rakyat terus menyokong mereka supaya segala kejahatan mereka tidak terbongkar.
Tetapi, bagaimana dengan yang ada didikan agama ini? Hafal al-Quran, lulusan usuluddin, syariah, tasawwuf, tetapi dalam masa yang sama, mereka sanggup mengajak kepada kesesatan bersama-sama Umno secara terang dan jelas itu?
Bagi rakyat yang solat, puasa, bayar zakat, pergi haji dan umrah sudah berpuluh kali, apakah tidak punya akal dan iman sehinggakan tidak dapat membezakan mana yang batil dan yang hak?
Tidak malu dan rasa takut
Datang berkempen, ajak rakyat sokong mereka yang jelas dipenuhi dengan kemungkaran dan kezaliman, tidak rasa malukah? Tidak rasa takutkah pada Allah, mengajak umat Nabi Muhammad s.a.w melawan dan menderhaka pada hukum dan perintah Allah dengan menyokong Umno itu?
Sedarlah dan insaflah wahai tokoh-tokoh agama dalam Umno, apa yang kamu buat dan serukan itu adalah jelas batil dan sia-sia. Marilah bersama berjuang dalam PAS untuk menegakkan agama Allah, menghapuskan kezaliman dan kemungkaran daripada terus-menerus berlaku di bawah pemerintahan Umno.
Bukankah nabi telah berpesan bahawa hanya perjuangan yang berasaskan kepada al-Quran dan hadis sahaja yang selamat. Selain itu, ia jelas sesat dan batil.
Apakah tokoh agama dalam Umno ini tidak punya iman, tidak punya akal untuk memikirkan ancaman dan betapa bahayanya Umno terhadap aqidah, akhlak dan masa depan umat Islam di negara kita ini?
Menyokong Umno bermakna ingin segala kezaliman, kemungkaran dan penghinaan terhadap syariat Allah dan sunnah nabi akan terus berkekalan, apakah mereka sanggup tanggung semua dosa ini? Ini dosa besar yang boleh merosakan aqidah.
Sepatutnya mereka inilah yang mengajak rakyat menjatuhkan Umno kerana sudah terlalu banyak kemusnahan yang telah dilakukannya, setelah segala teguran dan nasihat diberikan, pemimpin Umno masih bongkak dan sombong.
Maka pilihan raya adalah cara terbaik bagi tokoh agama Umno ini mengajak rakyat jatuhkan Umno kerana ianya sudah menjadi wajib bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan kezaliman daripada terus berlaku.
Tetapi, hal ini tidak berlaku. Sebaliknya, yang lain pula yang dilakukannya. Ini bermakna, mereka telah mengkhianati ilmu yang mereka belajar selama ini.
Mengapa tidak diberitahu, berapa ramaikah gadis remaja Melayu yang melahirkan anak tanpa nikah setiap bulan sejak mereka mengambilalih kerajaan negeri empat tahun lalu?
Mengapa tidak dihebohkan tempat judi berlesen yang mereka luluskan, remaja boleh minum arak secara bebas, zina dan khalwat yang tidak terhitung banyaknya, rumah rakyat miskin yang umpama reban ayam dan hampir tumbang?
Ingatlah sebuah hadis nabi yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Tabrani, "Apabila engkau melihat Allah mengurniakan kekayaan, harta, kuasa, pangkat kepada golongan yang zalim dan melakukan kemungkaran, ketahuilah bahawa mereka itu sedang disesatkan sedikit demi sedikit." (yakni istidroj). --- aba._

Banggakah kamu dengan pimpinan pada hari ini ?

Tiada ulasan: